Selasa, 25 Disember 2012

Saint Nicholas

"Ayah,malam ni Santa datang tak?"
"Tak tahu lah,kalau kamu budak baik datang lah dia"

Setiap 24 disember kita bakal disaji dengan cerita Santa Claus dan hadiah-hadiah untuk kanak-kanak.Turun dari serombong asap dan makan biskut dan susu yang disediakan lepas letak hadiah di bawah pokok krismas di dalam rumah itu.Berpakaian serba merah,perut besar,berkaca mata,rambut dan janggut putih yang lebat,naik kereta yang dipacu laju rusa-rusanya dan dia tinggal di kutub utara yang sejuk.

Tapi siapa dia?

Santa Claus merupakan cerita orang tua,mitos,cerita dongeng,hikayat,riwayat yang kita tak tahu sumbernya.

Mengikut German Europe,santa merupakan pengganti bagi kuasa Odin untuk menggembirakan kanak-kanak di Hari Natal.Mengikut orang Belanda,santa merupakan Sinterklaas yang diambil daripada cerita seorang bishop yang bernama Saint Nicholas.

Saint Nicholas merupakan bishop di zaman Christian Greek di satu kawasan bernama Myra di Anatolia yang mana sekarang terletak di Turki.St Nicholas merupakan seorang bishop tua yang hidupnya bersama gereja dan agama kristian.Diceritakan beliau keluar daripada gereja setiap tahun pada tanggal 24 disember.

Pada malam itu beliau akan membawa guni yang terdapat pelbagai benda.Ada roti,wine,gula-gula,kek,kapak,seluar,pedang,topi dan macam-macam lagi.Dia akan ke rumah-rumah orang kampung dan mengetuk pintu,letak barangan di depan pintu dan berlari sebelum pintu dibuka.Orang kampung menganggap itu 'hadiah dari tuhan'.

Pasal pengganti kuasa Odin,Sinterklaas dan Father of Christmas boleh la korang carik sendiri ye.Sekian.

Sumber : wikipedia dan yahoo answer

1 ulasan:

naisse berkata...

malas nak cari. buat part two lah krismas depan aku nak tahu pasal father of christmas tu.


yg selalu aku tertanya-tanya tapi tak pernah search ialah krismas ni bukan ke sambut birthday jesus sbnrnya? knp wujud santa claus smasa mnyambut birthday jesus haa lebih krg camnilah persoalan aku. luls.