Memaparkan catatan dengan label iluvislam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iluvislam. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Julai 2010

Muslimah..Akhowat...Aweks....Pompuan



Wa...kena sound ngan someone dan takleh dah post pasal pilihanraya dah...so,bahagian akhowat kena la delete...

jom kongsi artikel yang gua cilok dari ILI...layanzz


MUSLIMAH....dan Dunia

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.


sms

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:....

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”....

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?....

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”


muslimah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye......

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.....


 sekian.........

Sabtu, 19 Disember 2009

Al-Fatihah

Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).

Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.

Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.

Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).Maksud fiman Allah: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah" Surah Faatir : ayat 32

Selasa, 27 Oktober 2009

Hubungan lelaki dan perempuan

Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.



4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h

DICEDUK DARI ILUVISLAM.COM

Ahad, 5 Julai 2009

Temuduga

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

sumber:iluvislam.com

Rabu, 24 Jun 2009

Rejab


Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Dina n Dani

Ni aku cilok kat Penulisan2u...

Cerita ini mengisahkan Dani dan Dina yang merupakan sahabat baik sejak tadika lagi.Mereka berdua belajar dari tadika…sekolah rendah..hingga sekolah menengah.Sememangnya tali persahabatan mereka begitu kuat dan utuh.Segala aktiviti Dani mesti ada Dina,begitulah sebaliknya.Mereka bagai tidak dapat dipisahkan seperti kembar siam.Mereka bermain pondok-pondok,kahwin-kahwin dan macam-macam lagi.Bila Dani sakit,Dina turut sama sakit.Tapi kan,hubungan mereka yang rapat-serapat ni,tidak ada wujud kah perasaan kasih?tidak hadirkah apa yang dikatakan sayang?


Cuaca tenang pagi itu seperti membawa khabar gembira untuk Dina yang berlari-lari anak menuju ke sekolah.Jauh kelihatan pemuda yang tak asing lagi dalam hidup Dina iaitu Dani.Dani mengayuh basikal tua milik atuknya itu perlahan-lahan dan kedengaran jelas derapan tapak kaki di belakangnya.Lalu Dani berpaling dan senyum.Dina membalas senyuman itu dan nampaklah lesung pipit di tepi bibirnya itu.Inilah rutin harian mereka berdua yang bergelar pengail ilmu.Hari ini jugalah Dina bakal memberitahu sesuatu kepada sahabatnya itu.Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan…

Jam menunjuk pukul 10 pagi,kelas 3 Darda’ hening.Semua pelajar keluar menuju ke kantin kecuali Dani,Dina dan Dua orang pelajar lain.Dani sememangnya tidak menghabiskan masa rehatnya dengan mengulangkaji pelajarannya.Dina bangun dari tempat duduknya dan meghampiri Dani.Dia tenung wajah Dani beberapa minit sebelum Dani berkata”Er..Dina tak sihat ke hari ni?pelik je..”.Dina hanya mampu berdiam diri.Kerusi plastic ditarik dan Dina duduk di atasnya.Remaja perempuan yang berada di hadapan Dani perlahan-perlahan membuka mulut untuk mengatakan sesuatu.”Dani,kita dah lama kawan..sejak kecil lagi..er,Dani sayang tak kt Dina?”tanya Dina.Hatinya puas meluahkan apa yang terpendam selama ini.

“Tak..”jawab Dani selamba tanpa memandang wajah Dina.Matanya tertumpu ke arah buku matematiknya itu.Dina senyap dan berlalu pergi.Dani masih lagi mengulangkaji.”Bukan ini yang aku mahukan..”keluh Dina dalam hatinya sambil berjalan menuju ke bilik air pelajar perempuan.Tika itu jugalah mengalirnya air mata di pipinya.

Segalanya menjadi biasa hingga keputusan PMR keluar dan raya tahun itu,mereka bertemu lagi..dengan tujuan hati Dani pulak…

Di ruang tamu rumah Dani,ramai yang datang berkunjung.Dani memanggil Dina keluar untuk privasi ada benda yang mahu dibincangkan.Mereka duduk di bawah pohon tanjung.Dina senyum dan berkata”Apa yang Dani nak kata sampai keluar rumah ni?”.

“Dani nak pindah sekolah..boleh tak?”soal Dani tiba-tiba.Dina senyum dengan selamba tanpa sedikit pun serius dia menjawab”Pindah la..Dina tak kisah pon..hehehe”.
Dina senyum tetapi Dani senyap kerana bukan itu jawapan yang dia mahukan.Mereka berdua berpisah dan tidak berjumpa lagi kerana sibuk dengan urusan masing-masing.


Tanggal 2haribulan Januari,Dani melangkah masuk ke dalam kreta Innova ayahnya.Mereka sekeluarga akan menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi menguruskan perpindahan sekolah Dani.Kereta tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan kampung kelahiran Dani.Ketika melalui jalan denai yang selalu dia dan Dina gunakan menuju ke sekolah,Dani merasakan ada sesuatu yang tak lengkap dalam harinya ini.Perlahanplahan air matanya mengalir dan tika itulah dia melihat Dina yang berjalan jauh dengan keriangan.Dani hanya mampu melihat dan dia tunduk sambil mengesat air mata.”Semuanya dah terlambat Dina..”bisik hati kecilnya itu.

Dina tiba di pintu pagar sekolah.Dia bersa sungguh gembira dapat kembali ke sekolah setelah sekian lama cuti.Tapi dia pelik hari ini tak kelihatan sahabat baiknya berbasikal menuju ke sekolah seperti saban tahun.Berdirinya Dina di pintu pagar sekolah hingga loceng berbunyi.”Mungkin dani kene gantung kot”Dina membuat 1 andaian untuk memujuk dirinya.Dani memang pelajar yang bermasalah walaupun bijak.Gantung persekolahan memang 1 tradisi dalam hidup hidup Dani.

2 minggu berlalu,setiap hari Dina menunggu Dani di pintu pagar sekolah.Hari demi hari berlalu.Hari ini Dina pergi ke rumah Dani yang terletak di hujung kampung.”Mungkin Dani sakit kot…mungkin..”macam-macam yang Dina andaikan dalam perjalanan menuju ke rumah Dani.

Tiba di rumah Dani,adik Dani keluar setelah salam yang diberi Dina dijawab.”Er..Dani ada kat rumah tak?nak jumpa boleh?”tanya Dina.”Aik?tak tau ke Dani dah pindah sekolah?akak kan kawan baik dia..”jawab adik Dani sebelim berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

“Dah pindah sekolah!!”terkejut Dina.Dia senyap dan menuju ke pondok yang menyimpa 1001 kenangan bersama Dani.Dina senyap dan air matanya mengalir di pipinya.Bunyi teresak-esak tangisannya memecah keheningan petang di kawasan bendang.”Kenapa kau pergi Dani??kenapa??”jerit Dina.Sejak hari itu,tiada lagi pertemuan antara mereka.

Kehidupan Dani di Kelantan memang perit.Hari demi hari dia menahan rindu.Hinggalah tiba hari peperiksaan SPM.Dia kembali ke kampong halaman setelah sekian lama menyepi diri di perantauan.Bas mini yang dinaikinya itu berhenti betul-betul di hadapn rumahnya.Keluarganya menyambut kepulangannya.Dani mencari-cari orang yang ingin sangat dia temui.Tapi malangnya,tiada kelihatan di situ.

Tika itu Dina sedang mengisi boring kemasukan kolej swasta di negeri Perak.Dia bagai lenyapkan Dani dari dirinya.Tetapi di sudut keecil hatinya itu,masih ada kasih dan sayang pada sahabatnya itu.Tiba-tiba adiknya masuk ke dalam kamar tidurnya dan menghulurkan sepucuk surat yang berwarna pink sambil berkata”Ni surat untuk akak”.Dina membukanya dan melihat itu bukannya surat,ia sekadar nota yang berbunyi “bertenu kita di pondok kecil”.”Siapa la yang nak bertemu dengan aku ni?Anis kot,dia kan dah balik dari kolej..”fikir Dina.

Malam itu selepas isya’,Dina menuju ke pondok yang sudah lama tidak dia kunjungi sejak peristiwa setahun yang lalu.Sedang dia tenggelam dalam mengimbau memori lalu,salam kedengaran memecahkan lamunannya.Dina senyap dan kaku melihat orang yang berada di hadapannya ialah Dani.Orang yang dia rindui selama ini.

”Da..Dani sihat?bila balik?”soal Dina bagi memulakan perbualan yang kekok kerana sudah lama tidak bertemu.”Sihat saje..petang tadi.”jawab Dani sambil mengalih pandangan ke bulan yang mengambang penuh malam itu.Mereka berdua membisu panjang.Kemudian Dani bertanya”Dina,masih ada tak ruang dalam hatimu untuk Dani??”soal Dani.Tika itu Dina berdiri dan berkata”Dah terlambat Dani..yang lalu takkan berulang”.”Dulu Dani tak redi lagi..”kata Dani bila mendangar jawapan Dina.”Usah bicara hal ini..Dina balik dulu..jaga diri baik-baik”pesan Dina sebelum meniggalkan Dani keseorangan.Kini Dani sedar bukan dia seorang sahaja menderita menahan rindu..tetapi Dina derita menahan kasih.Malam itu Dani tidur lewat memikirkan perasaannya terhadap Dina.

Suatu pagi yang hening,tika itu unggas-unggas keluar dari sarang mereka,para pesawah turun ke petak bendang masing-masing dan para pelajar mengatur langkah menuju ke destinasi yang sama bersama niat yang murni.Pagi itu,Dani membawa peralatan pertukangan bertujuan untuk membaiki pondok kecil yang sudah rosak dimakan anai-anai.Dia mahu mengantikan dengan papan lantai yang baru.Kelihatan ibunya memberi nasi semalam kepada ayam-ayam perliharaannya.

Jauh kelihatan seorang budak mengayuh basikal dengan tergesa-gesa menuju ke arah halaman rumah Dani.Dani mengenali budak itu.Dia adalah adik kepada Dina.”Apa Epol buat kat sini?”soal Dani kepada dirinya.Basikal BMX 200 dibrek betul-betul di hadapan Dani.Dengan tercungap-cungap,Epol berkata”Abang,Kak Dina daftar kolej ari ni..tak nak cakap ape2 ke?”.Kata-kata Epol memberi kejutan kepada Dani.Dengan sepantas kilat,Dani mengambil basikal tuanya dan menuju ke rumah Dina.Ketika mengayuh basikal,sempat Dani melihat kebesaran Allah iaitu langit bertukar menjadi mendung secara tiba-tiba.”Masya’allah..ape yang bakal berlaku ni?”soal Dani.

Hujan turun dengan lebat,Dani basah kuyup apabila tiba di halaman rumah Dina.Di hujung jalan kelihatan lampu belakang kereta yang mula menghilang.Dani kesal kerana tidak sempat bertemu dengan sahabatnya itu.Tiba-tiba,kedengaran bunyi hon dibelakangnya.Hujan yang lebat mengaburi pandangan,hanya kelihatan sebauh kereta berhenti di belakangnya.Pintu kiri penumpang terbuka.Keluarlah seorang wanita yang Dani kenali bersama sekaki payung.Dina hanya memandang wajah Dani dengan sayu.Mata bertentang mata dan Dina berkata”Saatnya sudah tiba Dani..babak yang lalu bakal berulang..biar rindu menjadi semangat...biar impian dapat dicapai..tinggalkan Dina,Dani”.Lantas Dani berkata”Andai rindu menjadi penghalang?”Dina senyap dan berpaling.Hujan semakin lebat.Dengan teresak-esak sambil membelakangi Dani,Dina berkata”Tahan semahunya..lari sejauh mungkin..setakat ini saja..assalammualaikum”.Dina masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.Dani mengayuh basikal pulang menuju ke rumahnya.

”Sejak hari itu,nenek tak pernah bertemu lagi dengan Dani...apa yang nenek tahu sekarang,Dani telah menetap di Yaman membawa diri”akhiri Dina kisah hidupnya di hadapan cucu-cucunya yabg dari tadi melopong mendengar kisah hidupnya pada malam 1 syawal.Takbir raya kedengaran di malam yang sunyi,Dina tersenyum keseorangan sambil berkata di dalam hati”Dani,kau sudah faham apa erti persahabatan..moga kau kekal bahagia”....THE END

Isnin, 22 Jun 2009

Bunga

Ni aku cilok dari jawapan thread aku..hehehe..

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta


Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran


Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda


Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’


Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang


Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland


ni kaler lak

Pertama kali direkodkan sekitar 35 juta tahun lampau.Tahun 3000 B.C menjadi tanda aras pertama, tamadun Sumerian mula merekodkan betapa kecintaan dan keabadian kecantikkan dapat diwakilkan kepada bunga Ros.Ungkapan puisi “ODE TO THE ROSE’ oleh penyair silam membuktikan bahawa Bunga Ros atau mawar utuh menjadi pilihan utama melahirkan rasa cinta sejak dulukala.

Ros Merah
Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang.
Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan.

Ros Putih
Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat,kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang.emm charming eks…

Ros Merah Jambu
merah jambu terang- rasa emm mengagumi dari jauh,simpati,kelembutan dan kemanisan(macam iklan susu je-lori)
merah jambu pekat-kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.

Ros Kuning
kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali tanpa suara boleh dizahirkan…ingatlah yang tersayang, yang mengambil berat..serta emm sering ditafsirkan kepada sifat cemburu pemberinya…awas ya?

Ros Oren
kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya-persahabatan,emm dan jatuh cinta..
Oren-Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang.

Ros Lavender
Ros biru belum lagi direka ya!…jadi gantikan dengan warna Lavender bagi insan yang ingin melahirkan rasa jatuh cinta kali pertama(juga bagi bunga ros yang durinya telah dibuang)

Ros Hitam-ermm kematian bagi si penerima..ugutan atau ancaman..

mana bunga yang anda minat..n kaler yang anda suka???

Khamis, 18 Jun 2009

Pengemis dan isteri cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

Ahad, 14 Jun 2009

Tanda-tanda anda dilamun cinta

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Rabu, 10 Jun 2009

Mengintai redha ilahi...

Aku insan biasa
HambaNya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya
Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingatiNya
Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma

Dosa dan noda telah menggelapkan hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu pemberian ILLAHI

Mati itu suatu yang amat pasti
Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini
Aku bertaubat pada Yang Maha Esa
Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI
Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya
Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa

Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu
Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka
Ampunkanlah dosa-dosaku
Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini??
Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??

Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna
Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa
Terimalah taubatku ya Tawwab..
Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..
Redhailah kehidupanku ya Allah..
Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..

sumber:www.iluvislam.com