Memaparkan catatan dengan label extra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label extra. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

Ihya' Ulumuddin

Teringat zaman lepas aku SPM dulu,pernah lepak kat bilik bacaan bapak aku kat rumah dulu.Usha buku-buku lama dalam almari buku beliau.Baca diari la.Baca pasal jin la.Semua buku aku pernah bukak.

Dalam banyak buku aku baca.Ada 1 buku lama.Dah usang aku tengok.Ade 8 9 jilid tak silap aku.Kulit warna merah tua.Nampak menarik bagi aku yang baru berjinak dengan kitab kertas kuning.

Aku amik jilid 1,cuba baca.(tak ingat dalam bahasa arab ke melayu jawi).AKu try baca muqaddimah,tulisan kecik-kecik.Try jangkau muka surat lain pulak..

Ayat pertama keluar dari mulut aku : "eh..ktab apa ni?tak paham langsung"

Aku tutup kitab tu dan beralih ke kitab lain.

Kini,aku kejar kitab tu.Aku belajar setiap selasa.Petang selasa aku try usha-usha isi kandungan kitab itu.penulisan yang halus.Bahasa yang lembut.Sehinggakan seluruh manusia boleh terima isi kitab itu...Ihya' Ulumuddin.

masih teragak-agak nak beli yang arab


Alhamdulillah,aku punyai guru untuk menadah kitab ini.Agar hikmah dalam kitab ini dapat diperolehi.Dan kini aku tak sabar nak baca kitab yang ada dalam almari buku tu.Insya'Allah.

p/s : sape nak join,sila hubungi aku tanpa segan silu

Sabtu, 26 Mac 2011

rahsia bumi barokah (siri 3)

Semalam baru je bertemu dengan tetamu dari Yaman.Anak murid Habib Umar.Ok,aku bukan taksub dengan habaib.Aku hanya nak ilmu dan berdamping dengan keturunan Nabi.Sebab mereka mewarisi :-

Darah Rasulullah
Ilmu dan Suluk Rasulullah


Syeikh Kazim Ja'afar Al-Saqqaf




Aku salam dengan syeikh selepas ceramah syeikh mengenai "Hari Jumaat" yang penuh barokah.Penuh semangat seperti ceramah bersama Habib Umar pulak aku rasa.

Time salam tu berlaku perbualan ringkas :

" enta malizi (org malaysia),belajar apa? " soal syeikh
" b arab " sambil senyum-senyum
" bukan-bukan,enta tolib ilm (penuntut ilmu) " kata syeikh
aku sengih-sengih jer.

Sememangnya kata syeikh tu betul.Bukan kita mai sini semata-mata ambik ilmu kos kita je.Kita kena keluar dari kepompong ilmu kita.Agar ada kegunaan dan kelengkapan diri kita kelak.Andai kata orang tanya hukum makan tahi mata,apa hukumnya?
(budak usulfeqh sila jawab)

Dalam mengejar ilmu,kita ubatkan hati dengan zikrullah dan selawat.Andai kata kita dilanda tsunami,adakah time tu ilmu kita berguna?ilmu medic kita?ilmu dentist kita?ilmu b arab kita?...hanya amalan kita berguna ketika itu (renungkan la ye)

Syeikh pesan agar berilmu dengan beramal.Jangan berilmu tapi amalan kurang.SO,kita yang rugi.ok?


Imam mahdi dan revolusi arab


Aku qiamullail dengan Syeikh Hazim Abu Ghazaleh malam semalam.Okey,aku ngaku yang sejak winter masuk ni memang payah nak qiamullail.So,kena lepak dengan arab baru no hal la.Ade layan kopi pahit bai,baru tak ngantuk bila solat.Solat dengan syeikh ni 10 raka'at solat tahajjud.Memang manis rasa hati solat dengan orang alim.

Lepas solat subuh,ada selawat dan setiap 1 round selawat 500 kali.So,pagi ni kitorang dapat 11 ribu juta (korang kire la sendiri).Aku kagummmmmmmmmmm gile-gile dengan semangat arab berselawat.Khusyuk.Aku kalau duduk rumah pagi jumaat,memang harapan la nak selawat banyak macam tu.

Alhamdulillah aku bertemu dnegan syeikh hazim.Okey,aku nak fokus pada doa syeikh hazim yang berbunyi :

"Ya Allah,keluarkanlah imam mahdi dan awalkan keluarnya"

Ini merupakan doa yang dibaca pagi tu setiap sujud akhir solat tahajjud.Syeikh kata yang huru-hara di Yaman dan Libya ini dan membawa kepada pepecahan arab.Hanya imam mahdi dapat menyatukan semua perpecahan.Itu harapan syeikh.Agar Imam mahdi keluar dan kita tergolong di dalam tentera beliau.

Kitorang blah dari Amman dengan dompet kering.Tinggal duit syiling je.Settle duit aku kat jenjalan je.Moga lekatlah ilmu ni dalam otak.Sekian.

Sabtu, 19 Mac 2011

masak-masak





pergh...kangkung goreng belacan


Amacam?terliur??

Sori la semua,malam ni aku kena tinggal sorang kat rumah ni.4 orang bujang pi piknik persatuan kat aqabah.Aku pun esok exam.Kena la masak sedap bagi panggil jin tanah dan jin perut bersatu dengan aku.Ye la...takkan telan meggi kot malam minggu.Special sekali-sekala.Kan3?


kawan umah aku : "camne ko hebak bab masok-masok nih?"

Aku pun tak tahu la..dari mana datang bakat memasak aku ni.Padahal dulu duduk asrama je pun.Mana ada penah pegang periuk sudip kebende ni.Maybe time aku cuti dulu aku masak nasi goreng kot.Dari situ aku serap aura-aura mak aku kat dapur.

"mama,camne nak masak ni?" (tipu,sebab aku panggil mak aku ummi)

Dan maybe sebab makcik aku empunya resortoren restoren Rasamas Sg Buloh tu pandai masak kot.Dari situ aku dapat tempias.Maybe.

Dan maybe sebab aku telan masakan asam pedas makcik aku yakni kakak bapak aku kot.tak abis-abis teringat asam pedas beliau.Hahaha..

Dan maybe sebab nenek aku power dalam masak-masak ni.Ada turun genetik sikit.Tapi pelik jugak,bapak aku takde pulak minat masak-masak ni.(setakat yang aku lepak kat umah la)

Emmm...dari mana entah datang bakat memasak ni.Tapi,aku yakin semua ni punca kat sini.Sekian

Rabu, 9 Mac 2011

exam 1st dah nak mula


Demam + Exam

15/3
17/3
19/3
23/3

*lagi 2 paper tak tahu la bile

Facebook dan Bloggers ditutup hingga abis 1st exam...sekian

Selasa, 1 Mac 2011

selawatlah ke atas junjungan Nabi

"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Nabi,wahai orang-orang yang beriman berselawat ke atas nabi dan sejahteralah kamu semua dengan kesejahteraan"
(Al-Ahzab : 56)

Post kali ini ilmiah atas permintaan seorang saudara/teman/sahabat saya yang ingin keterangan mengenai apa itu selawat.

Maybe ramai yang kata,kenapa ayat ini dipilih?..kerana ayat ini dijadikan sebagai panduan dalam mengeluarkan dalil,hukum berselawat ke atas Rasulullah.

Allah berselawat?
Malaikat berselawat?

Bagaimana itu??

"selawat itu doa,dari hamba ke tuhan...Allah berdoa kepada diri sendiri??"

****

Saya mulakan post ini dengan nama tuhan yang memliki seluruh alam hatta perasaan di hati.

Telah berkata Syeikh Shamsud Din Al-Khatib :

"ibn abbas pernah berkata : memang satu kebenaran sesungguhnya Allah merahmati Nabi dan malaikat mendoakan Nabi dan selawat daripada Allah itu rahmat dan daripada malaikat itu mohon keampunan (istighfar)"

"abul 3aliah pernah berkata : selawat Allah itu pujiannya kepada Nabi di sisi malaikat dan selawat malaikat itu doa"

Dan pabila kita memuji Nabi,menjadi satu kemulian dan kita diberi sepuloh ganjaran dengan selawat ke atas Nabi.

Semakin lama,semakin ramai yang memuji Nabi dan sharof (kemuliaan) Nabi itu terserlah.Ini menunjukkan kecintaan kita kepada baginda dizahirkan.

Allah pun memuji/berselawat ke atas nabi,mengapa kita tidak?apakah kita sebagai hamba perlu tabi3 (follow) apa yang tuhan kita lakukan dan arahkan?

Hukum berselawat ke atas Nabi adalah Wajib.Dan imam syafie mengatakan yang selawat ke atas nabi ketika tasyahhud akhir adalah wajib dan ini menunjukkan selawat paling kurang di sisi kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
post ini ringkas kerana ilmu yang saya ada hanya sedikit,insya'Allah akan ditambah pada masa akan datang.

sumber : Afdhalus Solawat 3ala Sayyidus Saadat : syeikh yusouf bin ibrahim an-nabhani

nota kaki

Khamis, 17 Februari 2011

syamail muhammadiyah (5)

Bab 8 : isteri-isteri baginda

1. Khadijah Binti Khuwailid
-baginda hidup bersama khadijah selama 15 tahun sebelum turun wahyu pertama sehingga 3 tahun sebelum hijrah (wafat khadijah)

2. Saudah Binti Zam'ah
-selalu memberi harinya kepada aisyah
-"tidak aku berhajat kepada lelaki dan aku mahu berhimpun dalam kalangan isteri-isteri kamu (baginda)"
-menyendiri dari nabi selepas 3 tahun wafat khadijah
-wafat pada 55 hijrah

3. Aisyah Binti Abu Bakar 
-berkahwin 2 tahun sebelum hijrah (ada qil yang kata 3 tahun)
-berumur 6 atau 7 tahun ketika itu
-wafat pada tahun 58
-kuniyah : Ummu Abdullah

4. Hafsah Binti Umar Bin Alkhotab
-wafat pada tahun 45

5. Ummu Habibah (Ramlah Binti Abu Sufian)
-usman bin affan menjadi wali nikahnya
-wafat pada tahun 44

6. Ummu Salmah Hind Binti Umayyah
-wafat pada tahun 62
-dikatakan isteri baginda terakhir yang wafat (ada qil yang kata Maimunah yang terakhir)

7. Zainab Binti Jahsh
-wafat di madinah pada tahun 20
-isteri terawal wafat selepas khadijah
-yang pertama dibawa atas keranda

8. Juwairiyah Binti AlHarith
-ditawan ketika perang bani mustolaq
-dibebaskan oleh baginda dan dikahwinkan
-wafat tahun 56

9. Maimunah Binti AlHarith
-saudara perempuan khalid bin alwalid dan abdullah bin abbas
-perempuan terakhir yang baginda kahwini
-wafat pada tahun 51 (ada qil yang kata tahun 66)

10. Sofiyah Binti Hayyi Bin Akhtob
-keturunan Harun Alaihissalam
-tawanan perang Khaibar
-wafat pada tahun 50

11. Zainab Binti Khuzaimah
-kahwini selepas 3 tahun hijrah
-wafat selepas 2 atau 3 bulan selepas berkahwin

12. Fatimah Binti Dohhak
13. Asaaf saudara perempuan dahiyah alkalbi
14. Asma' Binti Ka'ab AlJuniyah
15. Amimah 
16. Aliyah Binti Zubyan 

p/s : memerlukan pengkajian mengenai isteri-isteri baginda...sila jangan telan sahaja

Selasa, 1 Februari 2011

syamail muhammadiyah (3)

Bab 5 : nama-nama baginda

Rasulullah pernah bersabda : aku muhammad,dan aku ahmad,dan aku penghapus denganku Allah menghapuskan kekufuran.Aku juga digelar dengan penghimpun,yang umat manusia dihimpunkan di belakangku.Aku juga penyudah,yang tiada nabi selepasku.

- tohaa
- yaasin
- muzammil
- mudassir
- abdullah (surah jin,ayat 19)
- muzakkir (surah alghoshiyah,ayat 21)
- nazirul mubin (surah alhijr,ayat 89)


Bab 6 : alamat kenabian baginda

1. dibelah dada baginda

- kali pertama ketika umurnya kecil di dalam susuan Halimah (sohih mengatakan 4 tahun)
- kali kedua ketika umur baginda 10 tahun
- kali ketiga ketika datang Jibrail menyampaikan wahyu
- kali keempat ketika malam isra' (dinyatakan di dalam 2 sohih)
*dibelah dada di sini bukan bermaksud keluarkan jantung ataupun hati baginda,hakikatnya tidak diketahui bagaimana kaifiyahnya wajib beriman tanpa ketahuinya.

2. khotamun nubuwwah

- khilaf ulama' dengan sifatnya
- ianya putih seperti hamamah (burung merpati)
- daging lebih (orang melayu cakap) pada belakang baginda
- terletak antara 2 bahu baginda

3. ru'yas solihah (akhlak terpuji)
- pandangan baginda seperti subuh menjelma
- seperti melihat cahaya dan mendengar suara
- menyampaikan salam ke atasnya pokok-pokok,batu-batu dan memayungi baginda alghamamah (awan mendung)
- Jabir ibn abdillah pernah berkata "aku tidak pernah mendengar rasulullah mengatakan 'tidak' pabila diminta sesuatu ke atasnya"
- Saidatina Aisyah pernah berkata "baginda tidak pernah memukul dengan tangan melainka jihad fi sabilillah,dan baginda tidak pernah memukul hamba dan  perempuan"

Ahad, 30 Januari 2011

syamail muhammadiyah (2)

Bab 3 : ibu susuan baginda

1. Thuwaibah

- menyusukan selama sehari
- hamba abu lahab
- abu lahab menyambut kelahiran nabi dengan membebaskan Thuwaibah dan dikurangkan seksaan pada setiap hari isnin
*terdapat khilaf dalam perkara ini
- beliau hadir dalam perkahwinan rasulullah dengan khadijah
- rasulullah mencari (ziarah) beliau selepas hijrah hingga beliau meninggal dunia

2. Halimah binti Abu Zuaib AsSa'diah

- membawa rasulullah ke pekannya di belakang Toif
- disusukan rasulullah bersama kaum bani Sa'ad selama 4 tahun
- ketika tempoh itu,rezki halimah mencurah-curah dan keluarganya begitu bahagia
- ketika itu juga,Syaima (anak perempuan halimah) sedang menyusu
- tamat tempoh susuan itu pada tahun kelima kerana halimah takut dengan peristiwa pembelahan hati rasulullah oleh Jibrail alaihis salam
- hadir bertemu khadijah selepas perkahwinan dan mengucapkan tahniah dengan memberi 20 kepala kambing dan biri-birinya
- halimah juga kelihatan ketika berlakunya perang Hunain

3. Ummu Aiman

- wasiat daripada bapa rasulullah
- suaminya Zaid bin Harithah


Bab 4 : kehidupan baginda sebelum perlantikan

Menjadi yatim pabila kematian bapanya dan dijaga oleh datuknya,Abdul Mutolib.Pabila umurnya mencecah 6 tahun,baginda dan ibunya bersama Ummu Aiman keluar menuju ke madinatul munawwarah dan menetap di sana selama sebulan.Kemudian dalam perjalanan pulang,Aminah jatuh sakit dan wafat serta dikuburkan di Abuwa.Ummu Aiman membawa baginda ke mekkah dan menyerahkan kepada Abdul Mutolib.

Umur mencecah 8 tahun,Abdul Mutolib pulang ke rahmatullah.Abu Talib bapa saudara baginda diwasiatkan untuk mengambil alih hak penjagaan baginda.Abu Talib lah perisai yang melindungi rasulullah.Pada mulanya kehidupan yang faqir.Bila rasulullah melangkah ke dalam keluarganya,kehidupannya perlahan-lahan menjadi senang.Dengan keberkatan menjaga junjungan mustoofa.

Pada umur 13 tahun,baginda menyampaikan hasrat untuk ikut Abu Tolib berdagang ke Syam.Pulang dari berdagang,Abu Tolib tidak mengizinkan lagi kerana takut dengan yahudi akan mengapa-apakan baginda selepas mendapat penerangan Buhaira (ahli kitab yang menerangkan tanda-tanda rasulullah nabi akhir zaman).Kali kedua keluar ke Syam adalah bersama Maisarah,hamba kepada Khadijah untuk berdagang barang dagangan Khadijah.

Sabtu, 29 Januari 2011

syamail muhammadiyah (1)

Muqaddimah

Setiap insan diberi suruhan dari tuhan.Salah satunya,berselawat ke atas rasul.Bagaimana kita selawat sedangkan kita tidak kenali baginda?bagaimana kita ingin suburkan cinta sedangkan tidak kita kenali orang yang kita mahu cintakan itu?Adakah kita kenal baginda lebih dari artis-artis di luar sana?

Bulan Rabi'ul Awwal makin tiba,berbaki belasan hari sahaja lagi.Bulan itu bagai berkata:"Ahlein..ahlein,ummat yang terbaik".Kenali siapa pemimpin dan sebaik-baik insan di muka bumi ini.

Jadi,blog ini bakal menge'post' syamail rasulullah sehingga 16hb februari 2011.


Allah menciptakan seorang insan
Yang dibanggakan oleh seluruh alam
Langit pernah cemburu kerana dia di dunia
Dia diangkat ke langit sebagai satu penghormatan

Allah mengarahkan dia menyeru insan yang lain
Bergerak sendirian dalam menunaikannya
Kemudian bersama khadijah,sang bidadari dunia
Harta hanya perhiasan dunia baginya

Allah menamakan dia dengan 'yang terpuji'
Hingga kini nama itu kekal dengan barokah
Hidupnya,matinya penuh dengan barokah
Kerana dia kekasih illahi

*Sollu 3Alan Nabi*


Bab 1 : nasab baginda

Muhammad
Abdullah
Abdul Mutolib 
Hasyim
Abdul Manaf
Qusai
Kilab
Murrah
Ka'ab
Lu'ai
Ghalib
Fihr
Malik
Al Nadhr
Kinanah
Khuzaimah
Mudrikah
Ilyas
Mudhar
Nizar
Ma'ad
Adnan

- Nasab baginda bersambung bertemu dengan Alkhalil Ibrahim Alaihis Salam
- Mengingati nasab baginda ini menjadi syarat dalam beriman dengan rasul,tetapi zaman sekarang mula diambil endah tetang nasab ini
- Bertemu Saidina Ali nasab dengan baginda pada Abdul Mutolib dengan melalui bapanya,Abu Tolib

Bab 2 : kelahiran baginda

hari kelahiran : Isnin

tarikh kelahiran : bulan rabi'ul awwal daripada tahun gajah (2/3/12) ada tiga pendapat dan yang masyhur di sisi jumhur adalah 12hb.

*ibn abbas pernah berkata : lahir di hari isnin,keluar berhijrah ke madinah hari isnin,wafat di hari isnin,mengangkat hajarul aswad di hari isnin.

tanda kelahiran : jatuhnya berhala-berhala,terbitnya cahaya sehingga boleh dilihat di istana-istana negeri syam,terpadamnya api majusi yang tak terpadam seribu tahun,bergegar mahligai Kisra dan runtuh beranda-berandanya.

Isnin, 20 Disember 2010

rahsia bumi barokah (siri 2)

"Salam,pi solat jenazah tak?"
"Ha??siapa?"
"Syeikh Nouh.."
"Innalillah.."




Ringkas perbualan telefon dari teman hamba semalam.Tika itu hamba baru duduk berehat di kerusi library universiti.Menghabiskan masa di library sesuatu bermanfaat buat para penuntut ilmu.Dan hari semalam terukir sejarah dengan kehilangan seorang alim.Syeikh Nouh Al-Qudhoh.Bekas mufti jordan,bekas pensyarah syariah universiti yarmouk dan duta jordan di Tehran,iran.

"putuskan ilmu dengan matinya ulama"
"mati ulama,pudarnya ilmu"

Pengenalan ringkas mampu hamba coretkan buat masa ini.Kemudian,teman hamba uruskan urusan untuk menuju ke Ajloun (20 minit dari tempat tinggal hamba).Jam 1.45 petang hamba dan teman-teman hamba bertolak.Dalam kenderaan teman hamba bertanya kepada pemandu van yang kami naiki.

"ucapannya menakjubkan,punya irama dan aura...tak lentok mendengar ucapannya" - Abu Saif,bekas rambo jordan

Bukan mudah bertemu,orang alim diterima semua pihak.Pernah berdebat dengan orang masihi (kristian).Punyai ilmu yang mendalam.Penulis buku aqidah.Pernah mengajar budak melayu zaman 80-an dulu.Zaman gemilang budak melayu jordan dulu.Ucapan yang baik-baik keluar dari mulutnya.Sering hamba dengar mengenainya dari mulut-mulut masyaikh.Bukan calang-calang orangnya.

Kini,dah berpisah di alam ini dengan kita.Hamba dan teman-teman menunggu waktu untuk bertemu dengannya dulu selepas letakjawatan sebagai mufti.Atas suratan takdir,bertemu jua..tapi pada jasad yang tak bernyawa.Dah berbalut tika hamba dan teman-teman tiba di masjid di Ra'sum Muniff.







Ribuan yang hadir.Dari setiap pelusuk.Dari Syria.Seluruh jordan.Askar-askar turun beri penghormatan.Wakil raja turut hadir.Dari masjid itu,jelas kelihatan ramai orang sembahyangkan jenazahnya.Adakah kita punyai seramai itu nanti untuk solatkan jenazah kita?

Jam 3 lebih selepas asar,jenazah selamat dikebumikan dan bacaan talqin dan yasin berkumandang yang dibacai ribuan orang yang hadir.Kami pulang ke Irbid dengan hati berduka.Moga selepas ini bertemu dengan pengganti beliau.Insya'allah.



jasad di dalam bumi,ilmu dan berkat melata di bumi..moga disamping para salihin dan syuhada'

Jumaat, 17 Disember 2010

rahsia bumi barokah (siri 1)

DENGAN NAMA TUHAN YANG MENGALIRKAN NIL TANPA PUTUS DAN MEMBERI MANUSIA KEMAMPUAN MELIHAT BULAN,BINTANG DAN MATAHARI

        Alhamdulillah.Mungkin kini sudah tiba masa hamba nukilkan dan coretkan sedikit sebanyak,perjalanan sebagai hamba yang menuntut ilmu di bumi penuh barokah yaitu bumi SYAM ini.Bukan tujuan hamba nukilkan untuk ditayang pada anak-anak cucu hamba.Hamba mahu berkongsi mutiara di bumi SYAM ini.Apa yang perlu kita sebagai perantau ketahui kelebihan berada di negara orang.Bukan sahaja menuntut ilmu di dalam universiti dan persatuan.Bukan hanya berlegar-legar di dalam kos yang kita ambil.

       Ada yang menggelarkan ilmu dan pengalaman ini sebagai pembelajaran di luar universiti.Tapi hamba nukil di blog yang hina ini sebagai EXTRA.Bakal hamba nukilkan mengenai majlis zikir,jaulah ulama',kajian kitab,perdebatan ulama',tariqat,qasidah dan  lain-lain.Inilah rahsia bumi barokah.Moga penulisan hamba tak menyinggung mana-mana pihak.

Mohon mengundur diri.Dengan lafaz bismillah,hamba rasmikan tagged EXTRA hamba di blog ini.