DENGAN NAMA TUHAN YANG MENGALIRKAN NIL TANPA PUTUS DAN MEMBERI MANUSIA KEMAMPUAN MELIHAT BULAN,BINTANG DAN MATAHARI
Alhamdulillah.Mungkin kini sudah tiba masa hamba nukilkan dan coretkan sedikit sebanyak,perjalanan sebagai hamba yang menuntut ilmu di bumi penuh barokah yaitu bumi SYAM ini.Bukan tujuan hamba nukilkan untuk ditayang pada anak-anak cucu hamba.Hamba mahu berkongsi mutiara di bumi SYAM ini.Apa yang perlu kita sebagai perantau ketahui kelebihan berada di negara orang.Bukan sahaja menuntut ilmu di dalam universiti dan persatuan.Bukan hanya berlegar-legar di dalam kos yang kita ambil.
Ada yang menggelarkan ilmu dan pengalaman ini sebagai pembelajaran di luar universiti.Tapi hamba nukil di blog yang hina ini sebagai EXTRA.Bakal hamba nukilkan mengenai majlis zikir,jaulah ulama',kajian kitab,perdebatan ulama',tariqat,qasidah dan lain-lain.Inilah rahsia bumi barokah.Moga penulisan hamba tak menyinggung mana-mana pihak.
Mohon mengundur diri.Dengan lafaz bismillah,hamba rasmikan tagged EXTRA hamba di blog ini.
2 ulasan:
Bagus2..
Pengalaman yang tidak semua orang dapat.
Kongsikanlah!
eagerly waiting for the next posts.hehe.
Catat Ulasan