Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 21 Februari 2011

oral punya cter

Kalau sebut kalimah ORAL,mesti benda kaitan dengan mulut dan seisinya.Kalau dulu sekolah rendah cina n tamil mesti ada sebut.


"Okey guys,esok kita akan adakan oral exam" kata miss Cheung dan Rita.

Kalau sekolah melayu pulak yang islamik...

"Esok kita akan adakan imtihan shafawi" kata ustazah Shafiqah.

Shafawi ke,Oral ke..benda yang sama.Cuma bahasa yang lain.Kalau dulu sekolah kampung,mesti mak-mak dah kejut bangun awal pagi baca buku.

"Din..bangun Din..siang karang kamu lisan kan..bangun!!" jerit mak Limah.

Tengok.Macam-macam istilah digunakan semata-mata nak tunjuk 1 maksud.


English = oral (mulut dan seisinya) 

Arab = shafawi (bibir @ mulut)

Melayu = lisan (lidah)


Aku sebenarnya nak citer pasal tongsil tonsil.Kawan rumah aku kena jangkitan virus yang kuat.(ye..ye..je).Baru tahap satu nak masuk tahap 2.Boleh tengok bengkak tonsil tu bai.Sampai terhakis-hakis kulit tonsil sampai nampak lapisan putih dalam.


Pergh!!! (kagum).
Jangan jadi camni,tahap super saiya ke 5



Sumpah sebijik cam kulit awek dalam filem SAW 7 3D bila mana kena panggang hidup-hidup tu.Kejam betul...




Kalau korang nak tahu,setiap manusia ada tonsil (macam appendix),cuma besar ke kecik je problemnye.Tonsil ni ada gunanya dengan merembes   armada antibiotox antibiotic yang melawan kuman.(sejak layan cter medic,gua dah pandai main istilah).

Tapi tu untuk budak kecik la,andai korang dah besar.Korang dah ada supplement antiobiotc dari luar yang lagi hebat (kot).Tapi,janji beli dari negara yang korang yakini (ubat jordan aku ragu-ragu sikit).

Ingat!! jangan bercakap dengan orang,lebih-lebih lagi yang berdarah manis bila kamu kena tonsil ni.Sebab suara kamu akan menjadi seksi walaupun kamu terseksa.

p/s : jom pi hospital,nak tengok doktor bedah tonsil...keh3

sumber pasal tonsil :


laman web omputih 1
paman wiki

Rabu, 14 Oktober 2009

Ku lihat shisha di bumi arab

Bahaya merokok :

Epidemiologi :

Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah

  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???

Jangan merokok dari awal

Jika sudah ketagih ,ada 2 cara

1) Berhenti terus

2) Berhenti beransur-ansur

3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Bermula nak cari isu ni sebab kat bumi Urdun ni belana(kelantan) dengan shisha di tepian jalan..dan ada kawan yang berbual ngan aku semalam:


Z:moja..ko tengok shisha camne??
M:ntah la..cam rokok la..just ade wangi2..
Z:ermm..ape ye kajian rokok yang latest??
M:ntah la..aku lembab ckit bab2 kesihatan nih...

SEBAB TU NAK WAT 1ST POST PASAL KESIHATAN...