Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

azam 2011

Esok
Khamis 23 june 2011

Aku fly ke Yaman
Kejar azam 2011 aku
Sile tengok kat status kiri ni

Doakan aku dan kawan-kawan selamat
Sebab sana tengah perang saudagar saudara

wasiat aku kat kawang-kawang

1) budak rumah - ade surat cinta bawah katil aku,jangan baca kalau tak jadi pape kat aku
2) cidak - harap hutang milkshake tu kau langsaikan dengan sedekah harga milkshake pada hari jumaat 
3) dak irbid - harap korang semua dalam keadaan selamat
4) dak yang balik malaysia - selamat hari raya buat korang semua
5) rakip - tQ baca post aku yang banyak ngarut ni..keh3

Ahad, 29 Mei 2011

pengumuman

Salam.Insya'Allah,esok saya akan pergi menunaikan umrah.Mohon maaf kepada semua dan doakan keselamatan saya di sana.

29.2.2011

2 peristiwa bakal berlaku :

Umrah
Malaysia





Isnin, 9 Mei 2011

tq Dr Khalid

Aku masih lagi tersentap.Tersentap dengan nasihat terakhir dalam kelas terakhir madah Nahu 2 tadi.Dr Khalid Bani Dumi.Orangnya kemas dan segak.Sentiasa ber'kot' dalam kelas tak kira musim sejuk ataupun panas.Mengajar tak pernah sentuh punggungnya di kerusi lecturer.Aku respek ngan dia bila dia ngajar.Even terang simple tapi mudah terima dan faham.

Tadi hari terakhir dan kelas terakhir dengan dia.Arab..budaya diorang bile hargai guru memang aku respek.Diorang puji maca-macam sampai Dr pun tegur "jangan la puji ebih-lebih,aku biasa je".Aku senyum je bile ramai nak wat ucapan penghargaan.Ada yang cakap Dr ajar dengan cara terbaik sepanjang dia duduk di yarmouk la.Ada yang cakap dia akan ingat Dr sampai bila-bila la.Ada yang nak sampaikan syair,cuma Dr tak bagi takut masa tak cukup.Nampak rias wajah Dr agak sedih bila dengar ucapan yang lahir dari hati pelajar.

Adakah masa depan aku sebegini?Disukai pelajar-pelajar aku nanti?

Aku senyum.

Apa yang aku tertarik ketika ucapan terakhir Dr ada 2 point yang menjadi titik utama ucapan :

"Aku belajar dengan guru ku (Dr Samir Steteh) dan dia ada ceritakan aku ketika hari terakhir aku bersamanya dulu.Dia berkata : Ketika hari aku grad Dukturoh (PhD) dulu,aku dapat 2 nasihat dari guru ku 1) jadilah kamu pendidik,bukannya pengajar  2) mula hari ini (grad) kamu bukan lagi pelajar,tapi pendidik.Dari situ aku (Dr Khalid) mengharapkan apa yang aku buat sama seperti yang aku harapkan.Moga kekal bersama kamu semua (kitorang) ilmu-ilmu aku sampai bila-bila"

Aku time ni aku agak sentap.Nape aku tak sedar 2 benda ni?adakah aku masih BELAJAR dan sebab tu aku tak sedar dengan MENDIDIK?
"buka mata,buka hati lirikkan senyuman di bibir" - moja

Ahad, 24 April 2011

nasihat pilihanraya

"aku ingin bermimpi seperti mana mereka bermimpi"



Ramai orang dalam dunia ni suka bermimpi.
Berbeza dengan angan-angan.
Angan-angan tanpa usaha.
Mimpi dengan usaha.

Usaha,berkuasa membezakan mimpi dan angan-angan.
Dua-dua mahu dijadikan realiti.
Boleh bermimpi sebesar mana pun.
Begitu juga dengan angan-angan.

Cuma nilai diri kita semula.
Adakah kita mampu capai mimpi@angan-angan itu?
Berangan kawen dengan anak raja
tapi kerjanya tiada.
Pasti tak tercapai apa yang dihajati.

Mahu berjaya ke menara gading.
Bukunya tak di sentuh berminggu-minggu.
Mahu bersembang dengan pak arab.
Malu itu menjadi baju.
Tak bertempat pulak tu.

Jom sama-sama.
Kita ubah diri.
Tingkatkan iman.
Bukakan pandangan.
Luaskan persepsi.
Sekian...sila buat pilihan yang tepat untuk Pilihanraya Permai 2011 ini

Hidayat : Presiden
Najib : MMJ
Helmysudin : MMY
Hatta : S/U
Ulya : Bendahari

*takde semangat berkempen betul la si moja ni - anon

Ahad, 17 April 2011

filem mereka dan kita

Mereka para pemikir.Otak mereka begitu berharga.Penuh dengan falsafah.Penuh dengan hikmah.Merekalah penulis storyline bagi filem-filem ini :-





































ni hasil tanah melayu :



ni pemikir golongan kiri :










p/s : aku dapat jemputan ke majlis storyliner malaysia kat PWTC bulan 8 ni,tapi aku bukan jemputan rasmi dan semestinya aku tak pergi sebab tak balik tahun ni.

Khamis, 14 April 2011

nasihat imam syafie

Aku khaskan syeer-syeer hikmat ini kepada si Cidak


Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.



*masih mencari sumber syeer ni,ade ke orang tu terjemah dan tak serta sumber syeer ni bahasa arab...maghah aku!! 


Sabtu, 9 April 2011

ayah punye birthday



Fuhh,harap masih sempat.Sekarang baru pukul 9.21 malam waktu jordan.Bermakna sempat lagi aku buat post dedikasi sempena besday ayah aku.




Ha..yang atas tu ayah aku.Aku cilok dari Album Fb masjid kampung aku.(masjid kampung aku pon ade fb..korang?).

Okey,start berdedikasi.

      
        Ayah aku umpama pilot kapal terbang,dan aku dan abg aku umpama co-pilot.Ayah aku pandu dan arah,kitorang hanya follow dan tengok.Andai dulu kitorang umpama co-pilot latihan ataupun praktikal.Tengok,paham dan telan.Tu prinsip orang berpraktikal.Sekarang masa praktikal dah abis.Apa yang pilot lakukan kitorang kena kaji.

Oh..aku mula merepek.Haha...okey,citer semula zaman kecik-kecik dulu.Kalau dulu ayah aku la yang hantar aku gi tadika PASTI.Naik motor honda WAA 2787 (kalau tak silap aku).Pagi-pagi aku dengan mata kuyu tak membuka sangat tu,berpakaian serba hijau duduk kat bakul motor tu.Pergi tadika.

Bila naik sekolah rendah dan menengah,aku pergi sekolah dengan mak aku dan adik beradik yang lain.Time ni jarang la pi sekolah dengan ayah hantar.Kalau zaman tak berkereta dulu boleh la.Bila ada kereta,mak aku amik alih tugas hantar kitorang ke sekolah.

Apa yang aku nak kongsi,benda yang memberi kesan kat aku sehingga time kat maahad dulu pun masih berkesan adalah PAGAR.Rumah aku dulu pakai pagar dawai,bukan pagar grill ataupun tembok keliling rumah.Ye la..rumah perumahan.Satu hari aku masuk kawasan rumah melalui longkang.Dan time tu ayah aku pun balik dengan kereta peagout hijau.Kantoi suda...aku kena sebat la dengan tali pinggang.Haha..nakal betul.

Ape kesannya?Aku tak berani keluar kawasan maahad melalui longkang,aku lompat pagar dengan panjat tembok.So...tu kesannya.Nasib baik jordan takde longkang.Kalau tak mesti aku trauma lagi.

Harapan aku kat ayah :

*semoga panjang umur
*semoga dapat gi umrah lagi
*semoga dapat mai khirij (grad) aku nanti 2013 insya'allah
*semoga murah rezki
*semoga tetap dalam perjuangan

tu je harapan aku....dan harap ayah tak risau aku kat sini,pandai-pandailah anak bujang ayah yang dah-nak-tak-bujang ni jaga diri....Assalammualaikum


p/s : kredit henset 0.00,sbb tu takleh send sms..nak wall post,cam tak special...nak inbox,cam tak best...sebab tu buat post kat blog..hehe

Isnin, 4 April 2011

bye-bye si botak





si botak dan kotak-kotak chess


Ni mustaqim.Baru 15 minit dia gerak dari simsimah ke Queen Alia Airport.Dia nak balik malaysia hari ni.Selama ni dia sebilik dengan aku.Hari ni aku balik je rumah lepas ponteng kelas BI,aku tengok bilik aku luas.Kah..kah..kah.

Katil dan bukak abis rangka,meja dah kosong,karpet vakuum abis,almari tetutup rapi.Memang sbijik cam kemas umah time nak raya.Okey,aku ucap good bye dan selamat temui ketenangan di malaysia.

Ape yang aku epi?aku conquer 1 bilik la....hahaha...dan kompem pasni tak dengar lagu korea n hindustan kat bilik aku.Tengok la nnati,aku rindu ko ke tak.

Yang bagi kesan adalah jadual memasak mingguan la,takde dah turn ko masak.Aku nak suruh yang berkuasa rombak jadual masak tu.

Apa harapan aku?

-halalkan barang yang aku guna
-aku nak guna barang-barang yang ko tinggalkan
-harap ko balik sem 1 kang,jangan ko mai sem 2 pulak
-dah bawak balik buku nahu tu,wajiblah bukak...jangan simpan dalam bagasi je
-doakan aku agar cepat sikit...ehem2
-ingat nak pi umrah dengan ko taun ni,takpe la..lain taun
-sila download movie kat malaysia tu..kah3
-jangan lupe upload gambar teh tarik yang ko janjikan tu

p/s : cool gile aku tak sedih time ko blah..hahaha..cool kan?

Khamis, 31 Mac 2011

petua hilangkan lupa

Rentetan bertemu dengan habib kazim as-saqqaf baru ini,aku nak kongsi tips yang diberi.Aku baru try sekali,alhamdulillah...ade kesan sikit.Aku berharap ramai mencuba agar ilmu ini terus bersambung dan kita semua mendapat manfaatnya.Amiin



Lupa,ramai sungguh yang ada penyakit ini.Ye la,"tidak di namakan manusia itu insan melainakn dengan nisyan (lupa)".So,kita ubat benda ni awal-awal sebelum kritikal.

cara pertama :

1) buka Al-Quran anda
2) buka surah Al-A'la (surah ke 87,punyai 19 ayat dan ia makkiyah)
3) baca surah ni selepas solat 5 waktu
4) ulang 10 kali pada ayat yang ke-6,tiap kali sampai ayat itu
5) lepas ulang,sila habiskan surah itu

cara kedua :

1) sila ambil wudhu'
2) siap-siap untuk tidur malam (buat la apa yang patut,adab-adab sebelum tidur)
3) tutup mata dan cuba ingat apa yang anda lakukan hari ini
-anda bangun pukul berapa?
-anda bertemu siapa mula-mula keluar rumah hari ini?
-apa isi perbualan anda dengan kawan anda hari ini?
-pukul berapa solat-solat anda?
-apa yang anda belajar hari ini?
-apa yang pensyarah anda buat lawak hari ni?


Ini memang payah nak lakukan,tapi buat semampu boleh.Ini melatih otak kita mencuba ingat sesuatu tanpa hafalan,macam buka memori minda sedar anda.Boleh mula dengan benda biasa-biasa dulu sebelum masuk detail macam isi perbualan dan lawak tu.


Okey,tu je nak kongsi.Ada banyak lagi petua dan nasihat Habib yang berguna.Insya'Allah akan datang pasal "Muhammad : selawat,bukannya zikir"

Isnin, 28 Mac 2011

budak gigi



esok korang exam ye...good luck

dengar cter,pasal gigi..(memang pon..kata dentist)

korang mesti scorer kan? ye la...masing-masing ade gigi kan

GooDLucK

Ahad, 27 Mac 2011

10 ramadhan







Happy Birthday buat budak yang lahir 10 Ramadhan

3 bijik kek untuk awak dan selamat menjadi 20 walaupun dah lewat 220 hari yang lalu awak dah jadi 20 tahun (hijrah)

Peace No War

Selasa, 22 Mac 2011

Besday Big Bro

Usha kos family aku...

Bapak aku = Pengangkutan dan pengurusan (transportation)
Abang aku = IT dan Programing (bab program n coding bla..bla..bla..)
Aku = B.Arab dan kesusasteraan (bab bahasa dan seni-seni arab)

*tengok,tengok...kan berbeza betul tiga kos ni.Camne la family aku berbagai kos ni..haha.
Ye la..certain orang,bapak doctor,anak doctor,mak doctor...oh,semua obersi pulak tu...hebak!

Tapi aku bangga dengan family aku..pelbagai tu la yang best,lebih-lebih lagi ada Sinergi..pergh..insya'Allah



"happy 21st bro"

*bab komik n manga n anime n korea ko power

*bab download movie,TQ sebab ajar aku camne nak download

*bab games pulak,ko main..aku sidekick..aku mana reti main..ko suka amik risiko dan berani tempuh macam-macam time main games...aku lopong je la

*hope ko tak kawen dulu sebelum aku balik...dan no hal kan kalau aku langkah bendul?kan?

*harap ko jadi power cam Uda Lan

*hadiah takde la..sebab tak gi umrah lagi (aku nak bagi jubah)


Tu je wish aku...berderet exam,tapi sebab besday ko..aku post gak







p/s : Aku tengah demam exam dan demam cik Zakiyah Nourmala (sang pemimpi)


Rabu, 16 Mac 2011

soalan 'tepu'emas

 Dah naik tepu kepala otak aku dengan soalan ni.

"Balik tak tahun ni?" -yang bertanya

Aku dah naik jemu nak jawab soalan ni,bukan apa...dah 2 3 kali kot diorang tanya soalan ni.Aku dah naik menyampah dah....adeiihh

Harap korang dapat jawapan dengan tengok video ni dah amik PERHATIAN pada minit ke 3:21...



Dah..dah...jangan tanya soalan balik ke tak dengan aku...aku insya'Allah balik bulan 1/2013 ataupun 5/2013....doakan je study aku tak kantoi

Sekian

p/s : esok aku exam sorf,exam kali kedua selepas aku failed sem lepas..kali ni amik dengan lecturer yang sama...doakan aku tak ulang cam sem lepas...Okeiy?

Selasa, 1 Mac 2011

tady's bestday


yang smart tu la tady..teka la sendiri


Sanah Helwa,Tady
Aku tak punyai bakat untuk wat video wish besday
Aku tak punyai bibir yang mampu menjadi manis time wish besday
Aku tak punyai masa untuk lepak lelame dengan orang yang ber'besday'
Aku takde duit nak beli present untuk bagi 'budak besday'
Apa yang aku ada?

Aku ada kegembiraan yang mampu dikongsi bersama kau...tu jer
.
.
Dan aku boleh bagi peluang ko berlakon dalam PP Man..amacam?



p/s : jangan kau gigit landak hitam tu..kalau x,siap ko

burung...musang betina...landak hitam...pasni tak tau jadi apa pulak

Isnin, 28 Februari 2011

PP Man the series

PP MAN THE SERIES (2011)
5 minutes - tutorial video
27 february 2011





Preview


Pihak JKK Perhubungan & Penempatan (PP) berjaya mengeluarkan seorang ikon dan wira dalam membantu ahli-ahli PERMAI yang punyai masalah teknikal.Kebiasaanya akhwat yang punyai masalah energy kurang  dalam membuat kerja berat dan leceh dan campur dengan tak tahu nak pasang/guna barangan pertukangan la yang selalu call PP dalam membantu diorang.Kali ini,PP menghasilkan PP Man untuk mengadakan tutorial agar akhwat pandai dan reti.Andai ada yang memanggil PP lagi,itu kira kes gediks...haha


OST PP Man trailer

Dia bukan pahlawan
Dia bukan punyai kuasa
Dia bukan superman

Dia manusia biasa
Dia punyai senjata
Dia sekadar membantu

Dia lah PP Man


Directed by

Abu Mahmud

Starring by

The Siva- Helmysudin
PP Man- *** (dirahsiakan agar tidak dipukul ramai-ramai sebab nak jadi hot)
PP Finger- Justin Bie.ber

Opening Weekend
$25,356,909 (USA)  (2,994 Screens)
£2,945,627 (UK)  (462 Screens)
HRK 166,216 (Croatia)  (8 Screens)
€204,682 (Greece)  (83 Screens)
HUF 19,338,223 (Hungary)  (45 Screens)
LBP 15,451,294 (Lebanon)  (4 Screens)
NZD 130,059 (New Zealand)  (56 Screens)
ROL 184,447 (Romania)  (16 Screens)
€25,006 (Slovakia)  (21 Screens)

Video


Details

Country: 

Jordan

Language:
Bahasa Melayu (loghat banting)

Release Date: 

27February 2011 (JOR) 

Also Known As: 

PP Men joy ise ar (spain)


Moja's comment

Aku takde apa nak post,hanya mahu cakap :

"Tahniah,1st video tutorial PERMAI berjaya di'publish'kan.Idea yang mantap dan lakonan terbaik dari saudara lemakpadat."

Aku harap korang klik blog dia agar tahu apa dia tulis pasal video ni.

korang nak tahu pasal video trailer PP Man? klik sini

komen aku :

1. payah betul tutorial
2. ada unsur kempen jadi calon pilihanraya di situ
3. kalau masuk akhwat dalam video...tak leh ke?
4. akhwat mesti cakap,wa......tomeynye PP Finger

Khamis, 17 Februari 2011

hadiah maulidurrasul korang?

Salam Maulidurrasul (12 rabi'ul awwal)

Hari ini,setiap insan diberikan hadiah yang istimewa,dan menjadi ummat "muhammad bin abdullah" hadiah yang teristimewa

-ada yang menang pertandingan menulis sajak dan dapat hadiah buku motivasi arab,even suka tengok kulit yang cantik tapi isi malas nak baca

-ada yang mendekelamasi sajak (aku tak reti eja) atas pentas depan ratusan orang semata-mata untuk membuatkan pendengar bertambah sayang dengan Rasulullah

-ada yang pergi jaulah penat-penat,balik tolong kawan buat program dan tidur dengan badan yang penat,tapi senyum terukir sebelum tidur

-ada yang buat besday party sempena besday dia tepat 12 rabi'ul awwal,buat special la...sebab 1 batch sambut besday dia sorang dan dapat makan kek coklat kecik-kecik yang tomey-tomey (sori..aku nak muntah)

-ada yang dapat pujian sebab buat video dengan cemerlang sambil menjadi pelakon yang hebat walaupun baru 1st video dia berlakon

-ada yang baru tahu dia boleh tulis sajak in english even panjang 2 3 muka surat

-ada yang tulis sajak tapi tak boleh masuk sebab dia ajk (padan muka)

-ada yang baru bertemu dengan teman hidupnya pada hari ini,even dulu dia nak tembak-tembak je muka mamat tu

-ada yang baru terasa redha dengan pemergian kekasih yang lari mengejar mamat lain yang agak dia benci

-ada yang berasa gembira sehingga senyum-takat-telinga semata-mata sebab orang yang dia admire selama ni call

-ada yang mendapat anak yang lahir pada hari penuh barokah ini dan air mata kegembiraan bergenang di kelopak mata

-ada yang baru 1st time guna weinak (kad prepaid call oversea) call mak dia,selama ni guna webcam Ym n Skype je

-ada yang senyum sebab kawan-kawan dia dalam keadaan gembira

-ada yang baru kenal apa itu ukhuwwah pada hari ini

-ada yang gembira sebab team bola dia selama ni kalah memanjang dah mula membuat 1st win pada match malam itu

-ada yang mendapat tasbih baru kerana tasbih lama hilang di surau airport queen alia jordan

.
.
.
.
.
.

Itu semua apa yang orang dapat,yang aku dapat lihat,dan apa yang aku dapat dengar.......Apa yang aku dapat?

Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan Athar Rasululllah (peninggalan rasulullah) iaitu rambut baginda yang disimpan oleh orang arab.Perasaan pertama melihat athar ini,hati mula rasa sedih...layak ke bertemu athar nabi sedangkan diri banyak meninggal sunnah nabi?

terfikir sejenak....itu point pertama yang membuatkan air mata bergenang,suara menjadi serak mulut terkunci ketika rambut nabi dirapatkan ke dada...

Baru bertemu rambut,belum bertemu kubur..apatah lagi bertemu batang tubuh nabi sendiri...bermimpi bertemu baginda (amiiin) seperti mengharap yang mati hidup semula...bertemu di akhirat kelak,seperti tidak layak kerana tidak nampak seperti umatnya,adakah nabi akan kata "kamu bukan dikalangan kami (umatku) ?"

Buka mata,buka hati..mohon Allah memberi kekuatan pada diri....amiiiin

rambut rasululah

(muzium di turkey banyak athar baginda)

Rabu, 26 Januari 2011

majlis selawat



Insya'Allah

MAJLIS SOLLU ALANNABI AL-MUSTOOFA WA JALIS MA3A AS-SOLIHIN

Tarikh : 27/01/2011 (khamis)

Masa : selepas maghrib

Tempat berkumpul : Bab Syimali Jamiah Yarmouk

Tambang : free of charge

p/s : syabab jer...

** semua dijemput hadir **

Sabtu, 15 Januari 2011

cuti sem

Cuti Semester

Aku cuti sem
Malas update blog
Nak keluar berjalan
Bajet kali ni besar

Jordan-Syria-Turki

p/s : moga duit keluar banyak kali ini setimpal dengan ilmu berjalan

Jumaat, 7 Januari 2011

pencarian 100 blogger malaysia tegar



1. Perkara yang tak dilupai bila blogwalking :

Pernah aku jejak 1 blog kawan lama aku.Usha-punya usha,tengok dah bertunang.Dalam blog tu dia boleh letak lagu yang jiwang-jiwang.Time tu air mata aku dah nak leleh.Nasib baik ada kotak pangkah merah atas tu.Ni la padah blogwalking ke blog member lama.

2. Kena link kan url pasal program ni...klik sini

3. Suruh tinggal link kat post tu...settle

* aku dah follow,sebagai yang ke 119..adoi,sikit lagi nak 120
* aku post/sertai pukul 4.16 pagi (jordan) @ 10.16 pagi (malaysia)

p/s : saja join boring-boring...

Rabu, 5 Januari 2011

Cuppy Cake Song


You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

khas untuk blog no 11...hehe