Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

KLIBF







Wa...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mai lagi la.Terbukak memori silam bila tengok poster ni.Kali ni nak citer ada ape dengan KLIBF ni dengan aku.Panjang post ni.(kalau tak nak baca,sila close tab).

1st time aku pergi Pesta Buku time tu aku sekolah rendah.Darjah 5 ke 6 camtu la.Kecik lagi time tu.Mana minat baca buku ataupun majalah.Komik layan la.Doraemon ke,Ujang ke,APO ke,One Piece ke.(time ni Naruto tak wujud lagi).Berlambak komik kat almari kayu umah tu.Mak aku punya geram tengok banyak komik dibeli dan tak nak anak-anak dia lagho,mak aku sumbangkan kat hospital.Time ni sadis gak la bile nak baca balik komik tu,dah hilang.Bangun pagi je,almari dah kosong dan plastik sampah hitam tersusun depan pintu rumah.Bye-bye je la.Merayu camne pun,keputusan tak boleh dibangkang.(memang macam hukuman mandatori la wei..)

Time gi pesta buku zaman tu la paling boring.Mana minat novel bertulis perkataan beribu-ribu tu.Muntah kot kalau baca.Dah la ayat skema.Baku pulak tu.Abang aku time tu tingkatan 1,dia mula baca novel sikit.Aku time tu carik la APO dan Ujang.Merata aku carik.Dah la dewan besar.

Mak aku pantang bab lagho ni.Aku jeling je Ujang.Mak aku jeling aku balik.Time ni berkepit la ke mana-mana.Budak lagi kot.Nak membeli Ujang dan APO pon kena ber'taktik' dengan mak aku ni.Aku berpakat dengan adik perempuan aku.Cakap nak APO dan Ujang.Bila 2 anak merengek,mak aku bagi la beli.Hihi..(bijak tak?)

Bapak aku time tu busy kot.Abang aku dah boleh jalan sendiri.Aku kalau jalan sendiri kompem sesat macam kat shopping kompleks kat Johor yang aku pernah sesat dulu.Haha.(trauma kot..serik dah wei).

Ha...tu zaman fasa 1 (permulaan) kenal pesta buku.Bila naik tingkatan.Dah otai sikit la.Pergi sendiri la.Naik KTM dari kawasan rumah aku ke PWTC.Pergi dengan abang aku la.Ajak member sekolah sekali.Time ni la best gile.Macam-macam mahu dibeli.Kumpul duit belanja sekolah,semata-mata nak beli buku.Time ni aku dah minat novel sikit dan majalah PC dan seangkatannya.Punye nak cover baik,beli la sekali buku revision dan koleksi soalan lepas PMR.(padahal baru tingkatan 2..kah3).Balik je rumah,senyum lebar.Rasa seronok.Tahun tu aku pergi 2 kali kot.1 sendiri,1 dengan family (adik aku kena pegi dengan family..die perempuan).

Naik tingkatan 3,aku pergi lagi.Time ni gila novel punya sejak baca novel Ramlee Awang Murshid (tombiruo).Penulisan hebat dan penuh kesan.Info dalam tu pun mantap-mantap.Ni pon sebab pinjam library sekolah aku punye.Aku pustakawan,cop pustaka tu pon dalam poket aku.No hal la hantar lewat-lewat.Haha...Tahun tu aku pergi 4 kali kot.Pergh...memang dah masyi la laluan dan lokasi gerai.No hal la..cuma tahun tu aku takleh beli banyak buku sebab PMR kot.Juhud sikit..hihi

Okey,sebab aku dah masok asrama tingkatan 4.Aku ngelat gak dengan warden.Nak balik cuti awal.(alasan ape aku tak ingat la).Dapat jugak ke pesta buku tahun tu.Kelantan bai.Sampai je Putra,terus turun ke pesta buku.Dengan gigi tak gosok,mata kuyu,seluar baju tak tukar lagi aku masuk pesta buku.Time ni dah mula jalan sorang-sorang.Maghrib baru sampai rumah.Time ni kot aku kenal Hlovate punye penulisan.Terbaikkk.

Okey,tingkatan 5 aku jadi siqoh.Nak ngelat warden takleh.Dah boleh bau "coklat tiffu" aku.Haha.Time ni aku dok asrama la jawabnya.Cuti 3 hari kot.Kaya sangat ke wei nak balik Selangor dengan tiket 48 ringgit??.Kena pulak lepak dengan geng skema tak balik rumah.Study je la dengan buku time cuti tu.Aduhai...Ape pun,buku tetap dibeli dengan order kat abang aku.Time ni aku kecimpung buku agama penulisan moden.Bukak mata sikit dalam agama ni.Cum janggal dengan penulisan baru.Minat penulisan lama lagi.(tak pe kan?)

Dan abis SPM.Harapan la aku ke pesta buku dengan busy nak ke Jordannya.Risau masa depan.Amik lesen motor dan kereta.Risau persediaan.Risau kursus kat KUIS lagi.Aku hanya mampu duk kampung tu je la.Meronda dengan motor kriss serta eksiden depan rumah orang kaya.Tahun tu takde pesta buku bagi aku.


Wa...panjang gile.Sape yang baca memori ni.Tq.Korang mesti ade memori camni jugak.Aku kongsi sikit je pon.Bagi yang kat Malaysia tu,sila pergi dan enjoy 2011 punye pesta buku minggu depan.Bagi yang kat Jordan,duduk rumah dan study untuk exam.Kalau nak buku,call orang malaysia dan tempah..mudah,kan?..Okey,bye-bye.

p/s : ni kes ym bincang pasal buku baru la ni..aduhai

Ahad, 2 Januari 2011

kerapu masam manis



2002

Hujung tahun,bapak aku cuti.Aku ngan adik-beradik pun cuti sekolah.Bapak aku bawak kitorang jalan-jalan sambil dia nak jumpa member-member lama dia.Yang selalu kitorang pegi adalah negeri Kedah.

Tempat yang wajib kitorang pergi kalau ke Kedah ialah "Tangjung Dawai".Pi layan medan ikan bakar.Masyuk bai.Tepi pantai,malam-malam.Pergh...

Sebelum aku lahir,family aku dok kedah.Kat sungai petani.Abang aku sempat la.Mak aku ngandung aku je,family aku ke selangor.Tu pasai no ic aku ngan abang aku beza no negeri kelahiran tu.

Kerapu masam manis memang menu wajib bapak aku kalau pi medan ikan bakar.Aku time tu dalam tempoh pembesaran.Makan je la apa yang kena selera.

Kalau makan kerapu ni,mak aku selalu buangkan tulang.Bahagian ekor tu aku suka.Bila tinggal sisa-sia ikan,aku nak makan lagi.Mak aku carikkan kat bahagian pipi.Sedap dan lembut.Aku sengih je kekenyangan.Sebab carikkan daging ikan untuk aku,mak aku sempat jamah sedikit je ikan kerapu tu.

Time tu aku tak paham apa itu pengorbanan.....

2011

Hari ni,aku bukak peti ais.Ada ikan yang aku tak kenal time beli kat pasar hari tu.Rendam seharian nak biar lembut.Aku siang ikan tu (aku bab siang ikan memang power).Aku lepak kat dapur dari maghrib sampai isya'.Sambil aku usha resepi dari internet.

Lepas je isya'.Ikan siap goreng.Buat kuah sweet sour.Siap je kuah,aku cuba rasa.Time tu,muka mak aku yang muncul lepas aku rasa.Memang sebijik cam mak aku masak.Time tu,air mata dah nak ngalir.Aku tahan je...laki kena kental!

Aku pi solat.Balik solat kitorang satu rumah makan.gelak-gelak.Time tu kawan aku cakap "ni ikan kerapu ni".Sekali lagi muka mak aku muncul.Aku makan je la.Happy je.Sorang demi sorang bangun dari talam.Tinggal aku berdua dengan kawan serumah aku sorang.Aku kesian tengok dia.Semua bahagian ikan dah habis.

Time ni,aku carik daging ikan kat kepala ikan tu.Ada juga sisa-sisa yang tak disentuh.Time tu,aku dapat rasa sebak di dada.Sape tak sebak,teringat pengorbanan mak."dulu,mak aku wat camni kat aku" aku bagitau kawan aku.

Aku bangun dari talam.Kalau tak,dah ngalir air mata.Aku tahan dari terkeluar.Biarkan hati menangis.

Kini aku paham apa itu kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.

p/s : hargai ibu bapa selagi mereka masih hidup...aku sayang mak ayah aku

Sabtu, 27 November 2010

bakal bapak singa

aku pasti,korang?


Teringat pulak aku zaman kecik-kecik dulu.Time tadika PASTI dulu.Pegi berhantar,balik berambik.Bapak aku hantar,balik pun dia amik.Ngan motor honda petak merah lama.No plat aku dah lupa lak.

Bukan senang hidup susah (ayat cam hampeh).Duk kat area kampung.Ramai orang jawa.Budak-budak liar.Aku je baik.Dok umah main parit belakang umah.Mana ada basikal cam budak-budak lain.Usha anak gadis sunti orang selaku jiran aku.Dalam kelas kacau kawan tengah study.Bile free ajak kawan main bola.Kadang-kadang main kejar-kejar time cikgu meeting.Style budak kampung.Time kelas tahfiz petang main layang-layang n usha lotong (sejenis monyet).

Bila naik darjah 4 dah nak berdikari.Mula mintak kasut bertali.Tapi,tak reti ikat.Cancel.Aku bukan nak macho pun gi skola.Awek kampung memang lawa-lawa,cuma aku tak berminat ngan awek time tu.Semua barang aku waris dari abang aku.Pensil box pon amik die punyer.Seluar n baju apetah lagi.Aku terima ngan redha sebab aku bukan nak bergaya.

Bab baju raya lak,aku tak penah pakai sepasang sejak darjah 1@2 kalau tak silap aku (last warna merah darah).Tahun ni baru nak pakai sepasang balik.Ngade-ngade.Orang cakap,biasa-biasakan diri untuk berpakai sepasang di hari yang mulia kang.Hahaha...

Bab pose,time kecik-kecik memang selalu kantoi.Selalu sangat lepak dalam bilik air,minum air dalam besen.Ada sekali tu dah nak kantoi.Tapi,aku baik.Aku ganti bile aku dah baligh.Bile Agama itu separuh dalam badan aku ni.Kalau bab nakal memang aku nombor 2 kot,abang aku lagi nakal.

"Bapak borek,anak rintik" betol ke benda alah ni?Mak aku selalu citer bapak aku baik je...aku ni jahat lak..entah la..cerita-cerita makcik aku pun dengan latar belakang bapak aku seorang yang baik n patuh cakap atuk n nenek aku.Cuma maybe nakal sikit ade kot.

Arab pun ada peribahasa camni...usha jom



هذا شبل من ذاك أسد
(Haza Shiblu Min Zaka Asad)
alih bahasa : Anak singa ini daripada singa itu

maksud : Daripada kehebatan seorang bapalah si anak dikenali.Memang berbeza peribahasa ni ngan melayu.Contoh,kalau bapak korang otai mesti orang cakap kat korang "ko ni anak Pak Mail Otai kan?".Si bapa punya tempias sangat penting untuk si anak.

moral : Kepada semua bakal bapa,sila lah menjadi hebat agar anak anda bangga dengan anda punye tempias minyak wangi.Jangan tempiaskan calitan air loji kumbahan kepada anak anda.Sekarang masa untuk menjadi tehebat di mata bakal anak anda semua.You are superman,Dad!!

p/s : bapak aku Azmi Abdul Talib,bukan Pak MAil tu...sekian

Ahad, 20 Jun 2010

malam sekolah

alahai...time ni la nak layan memori...jalanzz...

Dulu time aku kecik-kecik,malam nak mula sekolah tu la paling best.Sebab time tu la baru nak gi last shopping.Pas maghrib tu dah semua siap-siap.Adik aku suka pakai bedak tebal-tebal.Abnag aku pulak mulala lari ke kereta sebab nak "cop" kerusi depan.Dia suka duduk depan sebab ade air-cond
.Aku lak terkedek-kedek naik kereta.Haha...pastu kitorang pi kedai fav mak aku kat Jalan Jepun,Klang.Layang ma ape tu sampai pukul 12.Kedai tu dah nak tutup da baru kitorang chow.Ye la...mak aku asyik menawar je ngan apek tu.Mana la taknye,adik aku sellau je tukar-tukar beg.Aku asyik kena amik barang-barang abang aku.Kat kedai ni ade memori abnag aku time die tadika.Dia nak beli beg swann yang ade tarik-tarik tu.Hahaha...time tu sape ade kire feymes la...tu zaman dulu

Sekarang aku duduk berdikari kat sini.Bilik dah macam tongkang,bile free baru ade masa nak kemas.Macam-macam la aku kena tolong orang,Wat tu la,wat ni la.Aku buat je la,ada rasa kesian kat diorang.Esok,dah nak mule "sekolah".Aku belum beli peralatan lagi.Buku takyah citer la..aku beli pas list buku keluar esok ataupun luse.Malam ni macam nak tidor awal sebab nak bangun awal esok.Pasni aku gi singgah kedai bawah tu jap.Nak beli peralatan macam buku n pen.Universiti takde la sangat pakai pencil.Zaman uni ni ramai pakai pen.Salah je terus garis...kan mudah.Tu je aku nak citer.Zaman sekarang la tu.

ape pun macam-macam aku lalui sejak sekolah tadika lagi.Semua tu memori.Memori menjadi History....

Ahad, 22 November 2009

3 bulan berlalu...

dah 3 bulan kitorang ada kat sini..mai tengok perubahan..

BULAN 1

BULAN 2

BULAN 3 (XDE LA)

Isnin, 25 Mei 2009

Memori Hari Ini & Lalu..3

Sambung lagi post memori ni...

Ni pulak sekolah menengah aku,kat sini tak ramai pelajar..dalam 200 lebih kot..senang aku ingat nama-nama budak-budak nyer..
Kat sini ade macam 1 famili tau..ye la,akak kat sini adik pon kat sini...
Aku belajar kat sini ok jew,tapi ada insiden yang menyebabkan aku mengundur diri ke sekolah lain pada tahun 2007(ting.4)..tak per,tu kisah lame..kat sini cikit jer budak-budak batch aku..
Cuma memori kat sini banyak daripada budak-budak nyer...
Kenal:akmal,adibah,syafiq,imad,sheikh,maisarah,usop,munzir,zulkarnain,
fatimah,zara,zunnurain,nash,ali akbar,radiah
...(sikit kan)

Budak-budak nyer ok la..aku banyak spend time ngan usop,munzir,ali...tu pon last form aku kat sini...hahaha..memang mula-mula aku nak stay sampai form 5,tapi ade prob la..

Kat sini ade gak citer nye..jap-jap..

Bermula di kantin,aku baru je abis beratur beli makanan..tempat duduk penuh la ari ni..
Then,aku nampak sorang senior bangun lepas makan..ape lagi,aku pecut la takot ade yang duduk dulu..
Tapi yang sedih nye bile aku landing jew..terus landing kat lantai..adoi!memang sakit..semua gelak..aku nak cover aku pon gelak..hahaha..memang macam nangka da..(aku tau ko wat usop)..ni yang aku tak dapat lupa sebab aku malu tahap gaban..hahaha..ni tak leh revenge..ape da..

Ape pon sekolah ni makin lame makin maju dan cemerlang..aku doakan sekolah ni capai visi dan misi nye..3 tahun cukup la bagi aku kat sekolah ni sebab kenangan aku dah jadi pelangi,warna warni...that's all for this post..walhal,aku selalu gi sekolah ni..jumpa kat last post semua..

Ahad, 24 Mei 2009

Memori Hari Ini & Lalu..2

Sambung la post nih..ha!!ni sekolah aku untok darjah 1-6..
Banyak sangat orang aku kenal kat sini tapi rata-ratanya budak-budak kampong la..budak bandar??takde kot..
Kenal:hasif,hafizi,hawa,marham,adilah,kamarul,adib,zaid,fazila,sajidah,
syakor,fathi,amin,muaz,nazirul,syahir
n yg laen aku tak ingat..sori la..

Sekolah ni banyak sangat memori nakal aku..banyak sangat..aku citer 1 jew..
Alkisah,satu hari aku boring dalam kelas..then,aku bangon jew dari kerusi n teros amik kertas soklan pekse tgh taun yang dah aku tunjok kat mak aku..aku gempal-gempal jadi bola..ape lagi wat team la..kitorang tolak meja kat belakang kelas jadi luas..fuyyo,best tul time tu..tengah maen tibe-tibe aku rase aura membunuh datang dari belakang..bile paling jew..adoi!!telinga aku kene tarik ngan ustaz armizie(guru disiplin)..sekali semua geng aku kene "reman" ngan die..ktorang kene follow ke mana die pegi..even ke tandas..ape da..bg la kitorang blaja,pekse akhir taun nak dekat..kitorang nak duduk dalam kelas senyap-senyap,ulangkaji(padahal maen bola tadi)..tu jew kisah aku..nak tau lagi??adoi,korang ni banyak songeh la..tu kat bawah ade..

Ni kisah kawan aku zaid,keje die asyik cari harta karun jew..sekolah ni lantai papan..ade saje harta "lanun-lanun terdahulu" kat dasar lantai nih..keje zaid sebagai explorer harta 24 jam..dari pagi sampai petang asyik bertonggeng jew cari harta..(ko tak boring k zaid)..sebab apa aku kata tak boring?mana tak nyer..harta tu berupakan pensil kayu,pemadam,duit sen-sen...ape da..bile pikir balik..kita ni budak-budak wat je ape yang kite suka..tak pikir lak benda tu bgoz k bodo k...

Sekarang sekolah ni dah jadi cantik..selalu gak aku gi jenguk-jenguk..sebab banyak memori yang aku dapat n kawan-kawan aku yang mula ilang sorang demi sorang...ape pon ade lg 2 post memori..nanti la..salam semua..

Sabtu, 23 Mei 2009

Memori Hari Ini & Lalu..1




Kuang asam usop,semalam aku tido 1/2 jam je...nasib baik subuh steady...pastu aku tumbang sampai kul 11 (lamenyer)...aku jalan-jalan lepas makan sarapan..ke mana?mana-mana la...

Atas tu gambo tadika aku..kat sini aku mula belaja ABC dan 123...
Kat sini islamik sebab..sebab..sebab namanya PASTI..hehehe....

Aku ingat balik ape yang jadi masa aku kecik-kecik dulu...meh dengor citer...
Dulu aku gi tadika ni naik honda petak je..bapak aku hantar..pagi-pagi dah bangun...time tu aku duduk kg delek kiri..dekat rumah usop...aku kat tadika ni kelas pintu kuning dulu..(dalam gamb
ar ni bawah pokok kelapa)...
Kat tadika ni lah aku kenal macam-macam budak...
baik..nakal...cengeng..becok..hehehehe....
Aku ingat sikit je kawan tadika nih..eh,lupe lak..nama tempat ni ialah PASTI IKHWAN..
kengkawan aku:fathi,ilyasa',khalis,hasif,nazirul,sajidah...yang lain aku x ingat..

Memori aku x lupa kan ialah cuti tapi aku x cuti..satu hari tu,tadika ni cuti tapi aku budak-budak x paham apa yang surat cikgu bagi tulis..aku pon buat roket..then,bila hancur aku buang dalam tong sampah..
Tiba hari tu,aku ke sekolah..aku pelik aku sorang je kat sekolah..ayah dah blah pi keje..aku pon duduk kt tepi longkang tu bercangkung sampai tertido..sedar-sedar je ayah dah datang amik..
Baru ayah tahu hari tu tadika cuti..pergh,nyirap tol..aku sakit ati lak ngan diri sendiri...APE DA..

Hari ini,aku hanya lalu dan tengok je ape yang dah berubah kat tadika nih..yang berubah hanya cat dan lukisan mural...cikgu-cikgu pon dah tukar..ape-ape pon aku mesti ingat tempat ni dalam memori aku..sebab di sini titik jalan aku tercipta...

Tu je untuk posting bersiri aku..salam..up-to-date la klau nak tau lagi...