Sabtu, 29 Januari 2011

syamail muhammadiyah (1)

Muqaddimah

Setiap insan diberi suruhan dari tuhan.Salah satunya,berselawat ke atas rasul.Bagaimana kita selawat sedangkan kita tidak kenali baginda?bagaimana kita ingin suburkan cinta sedangkan tidak kita kenali orang yang kita mahu cintakan itu?Adakah kita kenal baginda lebih dari artis-artis di luar sana?

Bulan Rabi'ul Awwal makin tiba,berbaki belasan hari sahaja lagi.Bulan itu bagai berkata:"Ahlein..ahlein,ummat yang terbaik".Kenali siapa pemimpin dan sebaik-baik insan di muka bumi ini.

Jadi,blog ini bakal menge'post' syamail rasulullah sehingga 16hb februari 2011.


Allah menciptakan seorang insan
Yang dibanggakan oleh seluruh alam
Langit pernah cemburu kerana dia di dunia
Dia diangkat ke langit sebagai satu penghormatan

Allah mengarahkan dia menyeru insan yang lain
Bergerak sendirian dalam menunaikannya
Kemudian bersama khadijah,sang bidadari dunia
Harta hanya perhiasan dunia baginya

Allah menamakan dia dengan 'yang terpuji'
Hingga kini nama itu kekal dengan barokah
Hidupnya,matinya penuh dengan barokah
Kerana dia kekasih illahi

*Sollu 3Alan Nabi*


Bab 1 : nasab baginda

Muhammad
Abdullah
Abdul Mutolib 
Hasyim
Abdul Manaf
Qusai
Kilab
Murrah
Ka'ab
Lu'ai
Ghalib
Fihr
Malik
Al Nadhr
Kinanah
Khuzaimah
Mudrikah
Ilyas
Mudhar
Nizar
Ma'ad
Adnan

- Nasab baginda bersambung bertemu dengan Alkhalil Ibrahim Alaihis Salam
- Mengingati nasab baginda ini menjadi syarat dalam beriman dengan rasul,tetapi zaman sekarang mula diambil endah tetang nasab ini
- Bertemu Saidina Ali nasab dengan baginda pada Abdul Mutolib dengan melalui bapanya,Abu Tolib

Bab 2 : kelahiran baginda

hari kelahiran : Isnin

tarikh kelahiran : bulan rabi'ul awwal daripada tahun gajah (2/3/12) ada tiga pendapat dan yang masyhur di sisi jumhur adalah 12hb.

*ibn abbas pernah berkata : lahir di hari isnin,keluar berhijrah ke madinah hari isnin,wafat di hari isnin,mengangkat hajarul aswad di hari isnin.

tanda kelahiran : jatuhnya berhala-berhala,terbitnya cahaya sehingga boleh dilihat di istana-istana negeri syam,terpadamnya api majusi yang tak terpadam seribu tahun,bergegar mahligai Kisra dan runtuh beranda-berandanya.

Tiada ulasan: