Mas Sadid
tulis! jika anda berhenti membaca
Jumaat, 26 Mei 2017
Puasa!!
Ramai yang tak sedar bulan puasa ni magik berlaku.
Kita takde lunch tapi kos seharian untuk makan kita sama atau lebih daripada biasa.
Kita takde keluar gi makan waktu rehat, kos minyak dan masa kita sama macam biasa.
Banyak lagi benda pelik. Korang je tak perasan.
Khamis, 27 April 2017
Update selepas 11 bulan
Selasa, 31 Mei 2016
Diari Akob #5
Panjang nama ustaz Rasyid disebut oleh pelajar-pelajar tingkatan empat Ibnu Sina. Tanpa bersuara ustaz Rasyid memberi arahan duduk dengan menggunakan tangannya sahaja. Semua pelajar duduk dan keluarkan buku Pendidikan Islam setebal 210 mukasurat.
"Baik kelas. Sebelum mulakan kelas hari ni, siapa dah siap kerja rumah minggu lepas?" tanya Ustaz Rasyid.
Semua pelajar membisu. Ada yang cuba acah-acah cari dalam beg, ada yang tengah selak-selak buku tulis.
Ustaz Rasyid senyum. Dia tahu tiada seorang pun pelajar yang buat. "Takpe. Kita buat perbincangan je. Fathi, apa ulasan kamu tentang kerja rumah hari tu?"
Fathi bangun. Dia kemaskan bajunya dan betulkan cermin matanya.
"Pasal pendidikan Islam masyarakat kini tu kan? Saya berpendapat bahawa masyarakat kita lemah kerana institusi keluarga yang tak kukuh" ringkas je jawapan Fathi sebelum duduk tanpa minta kebenaran.
Ustaz Rasyid senyum. "Okey, ada yang nak bangkang? atau setuju je?"
Tangan putih dan halus diangkat tinggi di belakang kelas. Faridah pemilik tangan tersebut. Dia bersuara lembut "Jika keluarga menjadi penyebab pendidikan islam itu lemah, tapi kenapa ada yang berjaya dalam matematik, fizik, kimia dan subjek akademik lain walaupun keluarganya porak peranda? apa masalah dengan ilmu agama dan pendidikan Islam ni?"
Bibir ustaz Rasyid tersenyum lagi. Kali ini lebih lebar.
"Okey, ada yang nak tambah?"
Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Seorang pengawas berdiri di luar kelas sambil sengih-sengih."Ustaz, Cikgu Farid panggil Akob"
Ustaz Rasyid berjalan perlahan ke hadapan meja Akob.
"Sebelum kamu keluar, sila bagitau apa ulasan kamu"
Air liur ditelan. Akob dah cuak. Sambil menarik nafas dalam dia berdiri, kemudian lepaskan perlahan-lahan.
"Macam ni ustaz. Mudah je. Kita bayangkan kita sedang membawa 2 benda di tangan kanan dan kiri. Kemudian ada satu benda kita junjung di atas kepala. Kemudian kita berjalan. Benda di tangan itu DUNIA dan di atas tangan itu AKHIRAT. Bila kita berjalan dan lalu lubang atau bonggol, mana yang kita nak lepas dan kita jaga dengan rapi?" Akob lontar pertanyaan.
"Lepaskan yang di tangan, dan pegang yang di kepala" jawab ustaz ringkas.
"Bagus. Tapi sekarang semua tu dah terbalik, AKHIRAT di tangan dan DUNIA di atas kepala yang kita junjung. Assalammualaikum" Akob dengan tenang berjalan keluar kelas.
Satu kelas tercengang dan mula berfikir. Ustaz Rasyid gelak kagum.
Akob puas. Tak sia-sia dia tengok Tanyalah Ustaz semalam.
Sabtu, 9 Januari 2016
Diari Akob #4
Kringggg!!! Kringgggg!!!!
Loceng sekolah berbunyi. Tanda tamatnya waktu rehat sekolah di waktu pagi. Akob berjalan perlahan, sengaja dia berjalan perlahan. Sorang demi sorang kawannya melepasinya. Farah, Amin, Fatin, Shafiq, Luqman je yang Akob kenal. Yang lain semua dia tak tahu namanya.
Sekejap lagi masa Bahasa Melayu, cikgu rosalinda yang mengajar. Akob tak suka subjek bahasa melayu sebab tiap kali kelas mesti ada sesi soaljawab.
*****
"Baik kelas, tutup buku masing-masing" arah cikgu rosalinda.
Semua murid mengikut arahan yang diberi.
"Setiap manusia ada cita-cita. Orang yang bercita-cita itu orang yang berimpian, orang yang berimpian itu akan berusaha dan dia berjaya. Maka orang bercita-cita itu adalah orang yang berjaya. Jadi, cikgu minta setiap dari kamu berdiri dan sebutkan cita-cita kamu" panjang lebar cikgu rosalinda terang.
Sorang demi sorang berdiri dan sebut cita-cita. Ada yang nak jadi doktor, ada yang nak buka bengkel kereta, ada yang nak jadi pemain bola sepak dekat Brazil, ada yang nak jadi pembantu rumah di rumah bos yang hensem (ini semua pengaruh drama tv petang² lah ni!).
"Baik, Akob apa cita-cita kamu?" cikgu rosalinda kini di depan mejannya.
Akob berdiri. Dia senyap berfikir, menyusun ayat cantik agar tak tersasul. Kalau tersasul mesti kena gelak dan kena bahan.
"Saya nak jadi orang ada duit, tapi bukan orang kaya. Ada orang kaya tapi dia berhutang. Mak ayah saya pernah cakap jangan jadi orang yang berjaya kaya tapi tidak berduit"
Cikgu rosalinda melopong. Mungkin fikirannya terfikir hutang bank pinjaman beli kereta,rumah dan untuk majlis kawen tahun lepas.
Akob duduk dan selambe sharp pensil 2B nya.
#hari ini Akob mula tanam cita-cita
Ahad, 3 Januari 2016
Diari Akob #3
"Kob, u lah pergi dulu" Chukang bisik perlahan. Sarivaji angguk setuju dengan kata-kata budak cina tak sunat tu.
Kebiasaannya maghrib selepas hantar adiknya ke rumah mak cik siti, Akob dan dua kawannya bermain sekitar flat. Seorang india dan seorang cina. Hari ni diorang nak cuba sesuatu yang lain. Akob teringat memori dua hari lepas.
****
"Appa aku pun kata situ keras punya tempat" kata Sarivaji. Akob dengar je sambil matanya memandang ke tempat yang dikatakan. Blok G tingkat 3. Ramai dah cerita tingkat tu berhantu, ada yang nampak pocong dan ada yang nampak nenek kebayan ketuk-ketuk setiap pintu rumah bila jam 12 malam.
"Betul. Abang saya pun nampak benda tu bawah tangga semalam" Chukang tambah lagi cerita. Akob dah gosok-gosok belakang tengkuk, meremang rasanya.
"Ok. Esok malam kita tengok ada apa kat situ" perbualan mereka berhenti di situ kerana mereka berlainana haluan pulang ke rumah masing-masing.
****
"So, u nak pergi tak ni? Ke u ni tak berani takde telor?" Chukang usik Akob sambil pegang bahunya.
"Mak aku cakap lelaki takde telur, perempuan je ada. Lelaki ada testis" balas Akob sambil mula melangkah tangga naik ke tingkat tiga.
Satu persatu tangga dia pijak diikuti Chukang dan Sarivaji. Tingkat tiga gelap tiada lampu, hanya lampu tangga je bernyala. Akob pernah dengar rumah kat situ bangla je duduk, pukul satu pagi baru mereka pulang ke rumah. Akob perasan juga bilangan bangla makin bertambah ramai dekat bangunan tu.
Tangan Chukang tegak ke depan, jari telunjuknya tuju pada satu arah. Menggeletar. Sarivaji dah goyang lutut. Akob tenang. Dia tak nampak apa pun. Dia cuba fokus dengan mengecilkan matanya.
Kelihatan belakang badan seorang budak perempuan sedang mencangkung di bawah tangga. Di depannya terdapat bungkusan nasi dibuka di atas lantai. Rambutnya kusut dan dia berpaling perlahan.
Belum sempat palingan itu sempurna, Akob terduduk dan dua kawannya lari dari situ. Dia tutup matanya dengan telapak tangan.
Telinganya tangkap bunyi orang berjalan perlahan dan bernafas di depannya.
"Awak siapa?"
Dia buka matanya. Budak perempuan berambut kusut itu berdiri depannya. Akob pandang ke bawah tangga tadi, kelihatan 2 anak kucing sedang makan nasi bungkua tersebut.
Akob berdiri sambil tepuk debu-debu di seluarnya.
"Saya Akob" sambil senyum.
"Oh nama saya Intan" balas budak perempuan itu sebelum jarinya korek hidung.
Hari ini Akob temui sahabat baru. Anak bangla.
Sabtu, 2 Januari 2016
Diari Akob #2
Akob angkat tudung saji di atas meja makan. Ada telur hancur berbaki sarapan pagi tadi dan periuk besi rice cooker size medium mengandungi sesenduk nasi. Laju-laju Akob ambik pinggan di tepi sinki dan tuang semua nasi yang ada. Telur hancur dicubit sediki dan masuk ke dalam mulut.
"Elok lagi" bisik Akob. Pinggan nasi dan telur hancur diangkat ke sofa ruangtamu.
Ibunya sedang membuka butang baju. Lalu berkemban, bersedia untuk mandi sebelum masuk kerja malam. Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air, ketika melintas ruangtamu Akob bertanya "Mama, Kob nak guna henset jap". Ibunya angguk dan masuk ke dalam bilik air.
Kemudian kedengaran air shower berbunyi dan ibunya menyanyi. Lagu Nana Sheme.
Kau boleh blah
Kau boleh blah
Akob menunggu sesuatu. Beberapa saat kemudian adiknya menangis. Akob dah agak benda tu akan jadi, tiap kali adik dia dengar lagu Nana Sheme mesti adiknya menangis.
Nyanyian terhenti. Akob rasanya ibunya tahu adiknya menangis sebab nyanyian itu. Serta merta adiknya berhenti menangis.
Akob pegang telefon pintar ibunya. Dia goncang perlahan.
Ding!
Kelihatan sekeping gambar profil gadis berbaju jersi harimau malaya di meja makan bertudung biru sedang buat peace. Akob baca nama yang tertulis serta bio yang ada.
" Amirah. AwuCk Naq kAwaN NgAn Saia?"
Akob letak telefon tu mula menyuap nasi. Sebelah tangan lagi tekan punat On pada tv. Di kaca tv kelihatan seorang makcik sedang minta maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Akob gelak-gelak je tengok berita tu.
"Mendelah, patutnya akak dia mintaklah location dekat adik dia. Kakakakakah"
Hari ni Akob terhibur.
Jumaat, 1 Januari 2016
Diari Akob #1
Bunyi anak-anak flat bermain di depan pintu rumah masing-masing kedengaran. Seperti biasa waktu petang memang waktu commonly mereka bermain depan pintu rumah. Masing-masing tak berani turun ke padang permainan sejak anjing-anjing liar buat port di situ. Lagipun buaian dah tinggal satu je, kalau nak main kena tunggu turn. Itupun kalau takde chikaro melepak dengan mat rempit sambil usik-usik pipi gebu.
Akob baru pulang dari sekolah. Mukanya letih memikul beg sekolah yang lusuh. Rasanya dah 2 tahun dia tak tukar beg sekolah baru sejak mak dia lahirkan adik bongsunya. Akob masuk rumah je terus campak beg ke atas sofa dan buka peti ais. Kosong. Hanya ada buah apple 2 biji, satu dah gigit satu lagi belum dan sebotol air sejuk. Air sejuk diambil dan diteguk.
Pintu rumah dibuka. Ibunya masuk bersama adiknya di tangan.
"Kob, dah makan?"
Akob angguk perlahan.
"Macam biasa ye, nanti lepas maghrib bawa adik pergi rumah cik siti" pesan ibunya sambil membuka butang baju.
Akob angguk lagi, tapi kali ni tangannya membuka plastik roti atas meja.
"Papa kerja malam ni?"
Ibunya teguk habis air sejuk dalam botol hingga habis. Dilap mulutnya dan berkata "Kerja. Malam ni tahun baru double kalau kerja".
Akob bangun dari meja makan dan dukung adiknya. Dia bawa masuk ke dalam bilik, pintu dihempas kuat. Dia dan adiknya berbaring menghadap shiling.
"Dik, kau tahu tak dulu abang hidup gembira je. Semua yang abang nak abang dapat. Sejak 3 tahun ni macam-macam abang minta tapi alasan papa dan mama bagi pun bermacam-macam. Dulu rumah kita banglo, tapi sejak kena tarik dengan bank kita pindah duduk flat ni. Dulu keluarga kita ada kereta, tapi bank tarik juga kita ada motorsikal sebiji je. Sebulan dua ni papa dan mama sibuk bekerja. Bahkan papa dan mama cari kerja lagi untuk waktu malam" Akob berceloteh dengan bayi di sisinya. Dia tahu adiknya tak faham sepatah habuk apa yang dia kata namun dia tetap nak luahkan.
Kedengaran pintu rumah ditutup dan dikunci gril dari luar. Ibunya keluar bekerja di Giant waktu malam, pagi haari bekerja jadi akauntan. Bapanya pula pagi memandu lori dan malam jadi sekuriti. Bayang bapanya memang susah nak nampak di rumah sebab lepas kerja pagi terus ke tempat kerja malam.
Akob bangkit dari baring dan keluar dari bilik. Dia mahu siapkan kerja sekolah sementara menunggu azan maghrib. Matanya terpandang sesuatu di atas meja kecil depan sofa. Dia tersenyum.
Sebijik cupcake dan kertas tertulis "Selamat Harijadi Akob dan Selamat tahun Baru"
Selasa, 25 Ogos 2015
Diari Encikgu #69
Huh! Huh! Huh! Huh!
Adam kepenatan berlari. Bibirnya pucat dan matanya berair. Dia menggigil.
*******
"Cuba awak cerita, apa yang dah jadi semalam?"
Adam membisu. Dah 1 jam cuba dipujuk tapi gagal.
"Kalau awak tak cerita, macam mana cikgu nak tolong awak"
Adam angkat mukanya perlahan. Dari tadi dia menangis.
"Cikkk..cikguuu" sedu suaranya.
"Cikgu, tolong adam. Adam takut. Adam takut abang tu datang lagi"
Aku hulur padanya segelas air. Diteguk beberapa kali sebelum kedengaran nafas lega.
"Apa yang dah jadi Adam?"
Dia mula bercerita.
"Semalam saya balik lambat. Jadi saya jalan kaki sorang-sorang. Sampai depan rumah kedai tu, ada seorang abang keluar. Dia padang muka saya kemudian senyum. Waktu tu saya dah rasa takut. Lepas tu dia panggil saya 'Adik mari sini adik'. Saya nak lari tapi sebelum itu dia buka zipnya dan tunjukkan kotenya. 'Adik mari isap ni dik'. Waktu saya lari dengan laju dan menangis"
Aku terdiam dan tangan berhenti menulis.
Sabtu, 22 Ogos 2015
Diari Encikgu #68
Mata Atiqah membulat. Pipinya merah. Hanya dia dan aku je dalam bilik kaunseling itu. Suasana di luar hiruk-pikuk dengan murid berlari melompat-lompat meja perpustakaan seperti bermain dalam rancangam realiti Istana Takeshi.
"Ok Atiqah. Cikgu adakan sesi kaunseling ni untuk kaji bagaimana keadaan murid. Segala butiran adalah sulit dan sila jawab soalan yang dituju dengan baik"
Atiqah angguk tanda faham. Pipinya masih merah dan senyumnya tawar.
"Cita-cita kamu?"
Dia gelak kecil sebelum jawab "Doktor"
Aku sambut gelaknya sambil menulis. Aku cuba tukar suasana supaya friendly untuk berbual.
Soalan terakhir dari aku "Apa makna kejayaan bagi kamu?"
"Saya ingin 5a dalam UPSR cikgu"
Loceng berbunyi. Tanda rehat sudah tamat.
***********
Semua murid tahun enam bertanya soalan rancak kepada Atiqah. Semuanya dijawab ringkas dan padat.
Aku angkat tangan.
"Apa makna kejayaan bagi kamu?"
Atiqah senyum. Aku balas senyum. Aku yakin dia flashback sesi kaunseling 1 tahun yang lalu.
"Kejayaan. Kita hargai jasa guru kita, tak kira kita berjaya atau tidak"
Selesai majlis dia datang kepada aku.
"Kalau cikgu tak koyak kertas saya dan sedarkan saya, takkan saya capai tahap ni. Terima kasih cikgu"
Atiqah. Pelajar terbaik 2014.
Selasa, 30 Jun 2015
Diari Encikgu #67
Bulan puasa membuatkan pekerjaan kita jadi slow. Tapi hakikatnya bukan sebab bulan ni dan sebab kita berpuasa tapi sebab kita MALAS.
Sebut pasal malas ni buat aku throwback kisah minggu lepas. Time tu aku tengah sedap lepak bawak bangku bawah pokok dengan 2 3 murid aku yang comel. Yang tak comel semua tengah kat bilik air. Setengah jaga line, setengah teguk air paip.
"Cikgu kenapa tak kawen lagi?"
Soalan sama je diorang tanya. Agaknya ni silibus bila nak sembang dengan guru bujang agaknya.
Aku senyap.
Mungkin aku malas.