Khamis, 29 Julai 2010

enggang..pipit

Mungkin Enggang dan Pipit tak mungkin bersatu….
Namun Si Pipit masih berangan Mat Jenin....
Mungkin Si Pipit tak pandai....
Melentur hati si Enggang....

Mungkin kerana Si Enggang selalu mendabik dada memandang ke awan...
Mungkin kerana Si Pipit menunduk malu menatap bumi.....

Yang ni aku cilok dari Rembang Waktu




Jom layan cerita Enggang & Pipit.....inspirasi dari post Nota Kebahagiaan










Dalam sebuah hutan yang kering udaranya,terdapat pelbagai jenis haiwan.Tikus,memerang,lipan,kala jengking dan macam-macam lagi.Tu yang duduk kat belah bawah lapisan kanopi.Bila usha je belah kanopi,ada la burung-burung yang berkediaman di lapisan itu.Yang paling menarik hati semua burung adalah si Enggang.Si enggang yang berekor hitam putih kuning,memikat 1001 hati burung-burung yang lain.Walaupun ada aje burung yang jelez dengan si enggang itu.Si enggang ada dunia dia sendiri,terbang dan mencari makan.Setiap hari si enggang akan terbang dati timur hutan ke barat hutan.

Pada masa yang sama,ada seekor haiwan yang menjadikan kanopi sebagai kediaman.Walaupun badannya kecil,dia masih mampu terbang ke kanopi setelah berusaha bersungguh-sungguh.Si Pipit namanya.Kalau dahulu,dia dan ibu bapanya duduk di lapisan bawah.Dia dan kengkawan dia lah membuat 1 perubahan dengan mengajak semua pipit yang lain berpindah kediaman ke kanopi.Malangnya,semua menolak sebab macam mengubah adat n budaya seekor pipit.Tapi,si pipit tetap dengan azam n prinsip dia yang mahukan kehidupan baru.itu lah impiannya.Setelah cukup setahun,si pipit berjaya terbang dan tinggal di lapisan kanopi.Hinggapan pertama di dahan kanopi,matanya terpandang kepada si enggang yang kebetulan lalu mencari makan.Hatinya terpaut dengan kecantikan si enggang.Sehingga kini,si pipit mesti berdiri di dahan yang sama pada tiap-tiap pagi,supaya dapat melihat si enggang.

Kembali kepada si enggang...Si enggang masih belum sedia dengan alam keluarga.Dia masih lagi ingin terbang bebas mencari makanan sendirian.Walaupun burung-burung lain 'mengorat' beliau tatkala mencari rezki.Semua tu bagi dia satu FITRAH.Semua pihak mahukan sesuatu yang CANTIK.Mahu tapi,berusaha dengan cara yang salah.Sedang dia terbang di suatu pagi,dia terpandang lapisan bawah kanopi.baru dia sedar selama ini dia belum pernah ke lapisan bawah.Dia terbang hanya di lapisan kanopi dan bergaul dengan mereka yang berada di situ.Hatinya sayu...maka,dia pun pulang ke sarang.

Si pipit sentiasa mengikut gerak si enggang,namun semua gerak gerinya diperhati haiwan lain.Mana la taknye,si pipit burung yang berada di bawah.Bila hidup di kanopi,menjadi satu kepelikan dan semua burung perhatikan sentiasa.Mereka tidak mahu anak-anak mereka bergaul dengan si pipit yang asalnya berada di bawah.Keseoranganlah si pipit tanpa teman..........hinggalah satu hari,sarang si pipit dikunjungi si Helang yang mengaku sebagai raja di kanopi.Si helang meng"sound" si pipit agar pulang ke lapisan bawah."ko ni pipit,tak sedar diri.Ko tu duduk kat bawah...bukan kat atas.Jangan beranganlah boleh hidup lama kat atas ni.Ingat kitorang burung-burung lain ni suka ke tengok ko?ni kawasan kitorang la.Habitat kitorang,memang lahir-lahir di sini..ko tu ape la ada.Badan kecik,bulu cikit,serabai pulak tu.Ha!!dengar citer ko selalu usha si enggang tu.Ko ingat ko boleh dapat ke??".Lepas je helang terbang pergi,si pipit masuk ke sarang dan mengalir air mata di pipinya.Si pipit mengemas barang-barang n bagasi yang dia bawak dulu.Baru 3 bulan dia tinggal di kanopi,baru dia sedar keliling dia bukan jiran.Tapi musuh yang berdengki dan dendam di hati.

SI pipit pun terbnaglah ke bawah perlahan-lahan.Dia hinggap di hadapan sarang ibu bapanya.Dia segan bertemu ibu bapanya atas alasan MALU.Sebab dulu,dia yang mahu terbang ke atas.tapi pulang semula ke bawah.Dia tinggalkan bagasi n barang-barang depan sarang itu dan terbang membawa diri yang duka n lara.Terbang punya terbang,sampai la ke barat hutan.Di situ memang tempat si pipit lepas "feel" selalu time kecik-kecik dulu,sebab dulu mak si pipit selalu piat si pipit bila dia balik sekolah lambat.Di barat hutan ada sebatang sungai,dan si pipit lepak atas batu sambil melihat muka dia di permukaan air.

"Asal semua orang tak suka aku??Sebab bulu aku ke??Sebab saiz aku ke??Sebab aku ni layak kat bahagian bawah je ke??" katanya sambil tolak batu-batu kecil ke dalam sungai yang menghasilkan riak-riak air.

"Busshh!!!"kedengaran sesuatu yang besar jatuh ke dalam sungai.Si pipit terkejut dan melihat seekor burung terkuai-kuai ingin keluar dari sungai.Si pipit terbang dan membantu burung itu keluar dari sungai.Setelah tiba di tebing sungai,baru si pipit sedar yang dia selamatkan seekor burung enggang.Si enggang sepatutnya berada di lapisan kanopi,kini berada di bawah??.pelik si pipit melihat si enggang.

Si enggang terbang lari setelah sedar yang si pipit menyelamatkannya.Si pipit kebingunggan dan pulang ke sarang ibu bapanya.

Satu hari,sarang si pipit di kunjunggi rombongan burung-burung enggang.Ibu bapa si pipit melayan si enggan sebagai VIP sebab 1st time ada burung dari kanopi turun.Bapa si pipit membuka bicara "adakah anak aku si pipit ada membuat salah di atas sana sehingga kamu 1 family turun mencarinya?"."owh...tidak-tidak.macam ni sebenarnya........bla..bla..bla"

Si pipit n family terkejut.Pak enggang mahu meminang si pipit sebagai pasangan hidup anaknya,si enggang gara-gara menyelamatkan anaknya yang hampir lemas di sungai kawasan barat hutan tempoh hari."Ahh!!pulang saja kamu semua ke kanopi..kami tak mahu bersaudara dengan kamu.Lagi pun semua ini mustahil" pak pipit membalas begitu tanpa berfikir atau berbincang dengan si pipit.Si pipit terkedu,family si enggang pulang tanpa 1 perkatan terkeluar dari mulut mereka.Terima keputusan seadanya.

Malam itu,si pipit jumpa bapaknya one-by-one.Nak settle apa yang dah berlaku.Keputusan tu macam tak hormat dirinya.Main tolak mentah-mentah.Berlakulah dialog antara 2 beranak itu:-

pipit : pak,kenapa pak tolak pinangan itu??
pak pipit : masakan pak tidak tolak..benda ini mustahil.
pipit : apakah kerna kita di bawah,mereka di atas??
pak pipit : bukan la...
pipit : abis itu?
pak pipit : KAMU TU BETINA..SI ENGGANG BETINA..macam mana mahu jadi pasangan??
pipit : tersenyum sipu-sipu..........


TAMMAT

pengajaran : korang pikir la sendiri ape pengajaran kisah ni.............

Rabu, 28 Julai 2010

teguh berdiri



Wa...cuti jap tulis blog lepas exam 1st..sebab nak masuk exam 2nd lak.Result dah kuar dan memberi 1 impak yang besar lepas tengok markah hanya sederhana...adoi..

MAMPUKAH AKU BAWAK SUBJEK LUGHAH NI????

Entah la...semalam lepas je balik dari "baca" buku pukul 2 pagi,minum la nescafe jap panas-panas dengan pintu dapur terbukak membawa angin pagi n embun ke dalam umah aku.Best nye~

Kitorang sembang la jap sambil menunggu subuh,lama dah x jemaah subuh..hehe.Kitorang sembang pasal diri masing-masing dengan pelajaran.Citer punye cite,masuk la bab sejarah hidup masing-masing.Dulu dapat kos ape,camne boleh tercampak masuk alam lughah ni.Hahaha...gelak abis la bile cter ke"ajaib"an yang berlaku.Semuanya tak dirancang.Ada yang nak amik ENGINEERING.Pergh......................terbeliak mata bai bile dengar.Tapi,last-last masuk alam lughah gak.

Tu la sejarah kitorang.Nak amik sains,tercampak ke lughah.Semua mengeluh je semalam.Tapi,gua suka part rumusan yang kawan gua wat."TEGUH BERDIRI SAMPAI ABIS...".Tak kira senang atau susah,kita kena ade semangat kental itu sendiri agar kita berdiri dengan kental tanpa melihat kekalahan yang berlaku.Gua tabik la ngan lu....semangat melonjak bila dengar.

Berdiri lah tegak seperti pondok telepon...wawawa

bye-bye........wasalam

Ahad, 25 Julai 2010

king kong...superman...chucky




Jom kita tengok ape yang ada dengan 3 benda ni.....layanzz...

King kong : Setelah menonton filem king kong minggu lepas,aku dapat gak release tension exam 1st.Seekor haiwan yang dari hutan yang liar menjadi jinak setelah bertemu seorang gadis dari bandar.King kong ini berjuang menjaga gadis ni sampai la akhir hayat dia.Kasih sayang haiwan begitu mengancam..haha.Akhirnya binatang ni mati ditembak ngan jet perang.Tapi,ada dialog best last tu : "bukan dibunuh dengan tembakan,tapi dengan panahan cinta"...terbaik dialog ni.Semua budak-budak umah aku senyum time part tu.

Superman : Ni aku tengok pagi tadi.Memang best la hikayat citer ni.Semua kebal.Semua tak lut.Sampai anak mata tu kena tembak pun takde pape.Kalau nak terbang nak laju je.Pastu gaya mesti ada.Rambut tak kusut sikit habuk pon.Tapi.....kalah dengan batu hijau.Memang terbaikk la.Nak tak nak mesti ada kelemahan.Kuat mana kita ni,mesti ada kelemahan.Dan kalau kita dapat atasi kelemahan diri kita.Tu nama nya kita kuat dari hero-hero dunia.Kalau kita kalah ngan nafsu..masya'allah.Kalau kita kalah ngan malas...kuatkan diri kita agar tidak malas.Kan bagus camtu.

Chucky : Ni cerita seram yang memberi aku satu pemikiran baru.Kalau dulu-dulu,mak kita semua mesti penah sebut."jangan beli anak patung tu..kang hidup cam chucky".Mula-mula aku tak paham sebab aku tak tengok cerita ni.(cerita movie inggeris malam-malam,aku tido awal time kecik-kecik dulu).Kalau mindset kita dari kecik sampai besar dah di"set" camtu.Memang payah nak hilang.Bila aku tengok je ber2 ngan kawan aku sorang ni semalam.Nak tidur je,aku tengok pintu.memang terkesan la cerita tu.Ada rasa takut tu biar dah berzaman berlalu.Mindset seseorang payah ditukar melainkan......................orang yang penting mengubahnya.

sudut khas : nape gambar ruby??1st time aku turun main ngan budak-budak medic n dentist.Aku sorang budak yarmouk.Hahaha...tak reti aku main.Tak mengalir darah pemain rugby dalam badan aku.Tapi,ayah aku penah cite dia main zaman dia muda-muda dulu...nape aku tak reti main???????

wasalam

Sabtu, 17 Julai 2010

Muslimah..Akhowat...Aweks....Pompuan



Wa...kena sound ngan someone dan takleh dah post pasal pilihanraya dah...so,bahagian akhowat kena la delete...

jom kongsi artikel yang gua cilok dari ILI...layanzz


MUSLIMAH....dan Dunia

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.


sms

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:....

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”....

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?....

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”


muslimah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye......

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.....


 sekian.........

Jumaat, 16 Julai 2010

seminggu berlalu...masanya sudah tiba


Calon Siswa J.U.S.T :

1) Ahmad Faiz bin Azra’in
2) Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip
3) Muhammad Arif Hakimi Bin Mohd Nor
4) Tuan Ahmad Zulkarnain bin Tuan Abdul Rahman
5) Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa

Calon Siswa Yarmouk :

1) Ammar Bin Ismail
2) Azlan Shah bin Nabees Khan
3) Mohd Zaid bin Daud
4) Ahmad Firdaus bin Kadir
5) Mohammad Radhi bin Mohammad Noh


Ni post aku wat khas untuk pilihanraya PERMAI kali ini.Dengan diorang wat kempen 505 pengundi keluar membuang undi.Aku rasa kempen itu hanya sekadar kempen.Sebab apa??sebab kita tiada 1 pembentung yakni pengukuh antara JPR dan pengundi-pengundi.Bila aku duduk dengan AJK JPR dan pengundi (pengundi tegar),semua nak bertikam lidah dalam mempertikaikan kerja masing-masing.Kini,aku nak membuat perutusan apa  yang berlaku dalam tempoh berkempen ni.Predict aku last post ni baru aku bagitau.
1. Tiada tolak ansur

Dalam pencalonan,semua yang dicalonkan ada hak untuk menarik diri dari pencalonan.Betul apa yang mereka lakukan sebab itu hak mereka.Dengan alasan "tak munasabah",JPR (Jawatankuasa PilihanRaya) telah menolak sebahagian dari surat pencalonan.Pabila itu berlaku,akan ada tidak puas hati dari calon itu.Dan calon itu telah menyebarkan berita ketidakpuas hatinye kepada semua rakyat.Ini menunjukkan ada unsur tidak menerima alasan penarikan.Jadi,kita hanya mampu melihat sebab kita bukan calon dan kita bukan JPR.Kita PENGUNDI.Hak kita mengundi.Tapi,ingat!!!kita ada hak pertikai ketika berlangsungnya AGM (mesyuarat agung) kang.Jangan kita pertikai di media dan ruang sosial dan senyap sahaja.Apa pun,calon yang tak diterima penarikan itu pasti dalam tekanan dan dilema.Semoga perkara ini tak berulang tahun hadapan.

2. Pengantian calon
Bukan tidak puas hati dengan cara ini.Cuma lagi bagus jikalau calon itu tarik diri dan tidak diganti oleh mana-mana nama yang lain.Sebab,kita bagai melihat permainan bola.Pabila sorang itu cedera,boleh pulak diganti.Kita ini dalam pilihanraya,kita mahukan sesuatu yang professional dan kompleks bagi rakyat melihat perjalanan yang licin dan moden.Gerak kerja yang ada ke'kantoi'an sedikit bakal memberi pandangan sinis terhadap sesuatu pihak.Mungkin pihak JPR mahu nampak adil dalam kuota calon agi 2 universiti ini.Adakah kouta yang penuh kita mahu kejarkan?sedangkan calon yang dinaikkan bukan terbaikk dan bukan dengan rela hati...renung-renungkan la ye

3. Calon "cabut" ke malaysia

 Bukan calon yang dicalonkan lari.Masalah ini timbul pabila kita takleh nak calon orang yang ada di malaysia.Sedangkan merekalah sepatutnya dicalonkan oleh rakyat PERMAI.Mereka pulang dengan tujuan murni,bukan lari dari dicalonkan.Sebab itulah nama yang naik ini ada je yang pertikaikan.Sebab ada yang lagi layak.Yakni,ada yang rakyat nak namakan tapi,tak boleh atas alasan dan syarat yang JPR keluarkan.(tidak boleh namakan orang yang ada di malaysia).Kami bukan bangkang,cuma kami mahu perubahan sebab sebelum ini pon syarat ini digunakan (senior bagitau).Moga AGM kali ini dibangkitkan pasal benda ini.

4. Kempen Ekstrem n Neutral

Terbahagi 2 pihak dalam berkempen jikalau dilihat secara sekali pandang kat Irbid ni.Pihak pertama adalah ekstrem.Mereka akan kempen habis-habisan bagi 1 calon ni.Mereka buat video la...poster khas la...memang mantap dan pelbagai.Dari 1,keluar 2...dan seterusnya.Apapun mereka back-up gile-gile calon pilihan mereka.Alhamdulillah tiada yang mencaci calon lain.Bagus,kempen yang sihat.Bagi pihak neutral pulak,mereka mengempen semua nama n semua calon.Sebab mereka ini penghidup tempoh kempen ini.Mereka bagai bunga-bunga lily yang berkembang di padang bola lisut ketika musim bunga.Masih tidak kelihatan ribut atau mendung di langit ketika kempen berlangsung.Mengharap kempen yang sihat agar tidak berpecah melainkan pecahnya pilihan masing-masing dalam mengundi.

5. 505

505 adalah target pengundi yang bakal mengundi tahun ini.Pihak JPR mahu menunjukkan kempen mereka bakal berjaya setelah kempen dan terus berkempen kepada setiap ahli PERMAI.Setiap masa kempen ini berlangsung.Cuma kedengaran suara sumbang dari pihak JPR sendiri mengenai kempen ini.Adakah kita mampu yakinkan orang benda ini bakal berjaya sedangkan ahli kita sendiri tidak yakin??Para pengundi ada yang terjua dengan kempen ini dan ada yang hanya memandang sebelah mata sahaja.Mereka bukan mengharap jumlah yang keluar mengundi.Mereka mahukan calon yang terbaikk..adakah kita bersuka ria dengan kejayaan jumlah yang keluar mengundi sedangkan pemimpin yang naik bukan yang terbaikkk???

6. Latarbelakang

Dia tu budak tahun 1.Takkan menangnye.Tengok la dari ayat ini.Menunjukkan ada yang memberi pandangan sinis terhadap mereka yang tahun 1.Latarbelakang tak menjadi masalah.yang penting adalah gerak kerja nanti.Adakah mereka bakal bersungguh???kalau calon itu tak feymes,tapi kerja memang tip top.Adakah harus dibiarkan??merekalah seharusnya diberi peluang menjawat pimpinan kerana di situ kita dapat melihat gerak kerja mereka.Bukan kerana feymes kita undi.Tapi kerana gerak kerja.Jangan pilih pemimpin yang dikenali hot,tapi kerja dikenali hangit.Sila beri perhatian benda ini.


SYABAB

presiden : Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa
timb presiden : Azlan Shah bin Nabees Khan
naib presiden (MMY) : Ammar Bin Ismail
naib presiden (MMJ) : Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip
s/u agung : Muhammad Arif Hakimi Bin Mohd Nor
bendahari agung : Ahmad Faiz bin Azra’in

kenapa nama ini aku naikkan sebagai predict aku??
hidayat : Jelas kelihatan nama die tengah hangat diperbualkan dengan sifat peramahnya.Ramai yang senang dengan sikapnya dan jelas di hatinya ada berjiwa rakyat.

azlan : Nama die memang feymes.Cuma masih bertutur di bibir sang junior.Sang senior maybe tak mengundi untuk beliau.Tapi,sapa sangka keajaiban akan berlaku nanti?

ammar : Memang dia lah bakal meneraju perjuangan MMY dengan tunjuk ajar dari saudara zaid.Tapi,firdaus kadir yang berjaya mencuri hati pelajar batch nya mampu memberi sedikit cabaran kepada saudara ammar.Nanti kan....

hashemi : Yang ni aku predict ikut blog cik santun.Dia memang smart dan ramai je suka dia.Ape pun kita tak tau kan..mana tau Raja Pecut BKASJ,Ahmad Faiz Azra'in (AFA) memberi cabaran kepada beliau.

arif hakimi : Kerja beliau memang tip top sebagai s/u.Moga beliau naik dengan jayanya.Up Up and The Way!!!!!!!!

AFA : Nama ni aku letak sebab dia memang ok kot dalam mengutip dan menjaga duit-duit ni.Moga naik la nama beliau yea....

Radhi,Zaid,Tuan Zul : mereka bertiga juga mempunyai penyokong tertentu yang bakal mengundi mereka.Cuma mereka bertiga tak setanding nama-nama di atas.Jangan risau,kalau ZAID naik.Mana tau dia akan letak jawatan.Hehe...andai je

Salam semua...aku wat semua ni lepas baca Cik Santun...gua Wak Sopan

akhowat...masih belum dapat report dari "spy" yang diupah..hehe

Isnin, 12 Julai 2010

3 kecewa (bukan 3 botak)

Wa...setelah berehat sebentar dari tulis blog ni.Aku nak tulis balik la.Hehe...ari ni dah kena cerita yang sedih+kecewa je...sebab 3 hari berlaku benda yang tak best jekk

1....pukul 9 pagi,aku bangun dari tidurdengan bilik yang dah 0.Aku sedar je ada 4 misscall.Pastu,aku pun baca sms yang suruh aku siap cepat untuk ke AGM BKASJ.Lantas,aku memecutkan diri dan pukul 10 pagi je dah terpcak depan tempat membuang undi.Bila jumpa je kaunter semak daftar pemilih,nama aku TAKDE!!!pelik betul la.Ingat nama aku SPR tercicir.Rupanya BKASJ tercicir.Diorang cakap borang takde.SAKIT ATI la...selama ni aku bukan ahli rasmi...Wargh!!!pi AGM je...dengar sampai abis..."kuat berlari akhirnya tiada undi"

2....malam tu je.Aku tak tidur sebab nak hadam 120 m/s madah NASAR QADIM (prosa klasik) yang penuh dnegan perkembangan sejarah n tokoh-tokoh yang berjasa dalam membuat kesenian di dalam sastera arab ni.Dari zaman jahilli dulu hingga ke zaman umawwi la aku hadam.banyak tu kena ingat.Sampai subuh la baca.Pastu baru tidur.Tepat jam 12 tengahari,doc pun masuk dengan KERTAS KOSONG!!!kitorang mati-mati ingat objektif.(sebab budak sem lepas dapat objektif).Soklan punya payah tahap gaban.Hentam la dan masuk ke kelas nahu dnegan hati yang hambar...........

3.....tadi,pas je isya' aku dapat berita yang agak gempak ngan pilihanraya PERMAI.Kawan aku sorang ni nak naik.Dan ada kabar angin yang nak tibai aku pasni.Aku sedih la sebab ada orang nak tibai aku.Mengharap benda itu hanya angin yang sepoi-sepoi bahasa je ye.Aku tak nak puting berliung melanda.Sebab aku tak mampu bertahan.Biar la...sebab aku ni muda agi.Kalau terbang melayang pun orang tak kisah.

Ok...nak siap-siap pi umah baru...wasalam

Rabu, 7 Julai 2010

hantu pokok zaitun kembali...



Salam...tajuk post kali ni seram-seram sejuk sikit.Sebab malam-malam taip post ni pun sejuk.Hahaha...

Hantu pokok zaintun...tu nama aku bagi kat hantu yang mula kacau aku.Hantu ni bukan main ngilai-ngilai.Aku letak namanye "HPZ" sebab dia mula-mula muncul kat laluan jalan depan umah aku.Kat situ ada pokok zaitun.Semuanya bermula 2 hari lepas...........

Lepas je balik dari rumah baru,masa tu baru je pas maghrib.Dalam nak menuju ke waktu isya' yang bakal masuk dalam 1 jam lagi.Aku pun lalu la kawasan yang suram-suram tu.Kereta lalu lalang je macam biasa.Yang tak biasa nya,ada sorang senior depan aku.Aku cam tu senior aku.Yang penting,dia tu akhowat.Aku pun wat dek je la.Bile balik je,aku ada urusan pasal karpet dengan beliau.Tanya la die melalui Yahoo Messenger.Mulakan dengan bertanya dia pergi ke mana sorang-sorang time maghrib tu.Sekali jawapannya memang buat aku rasa nak kencing."saya tak gi mana-mana pun hari ni..dok umah je".Time tu gak aku amik quran n baca Yassin.Takut bai....seram-seram aku.Bukak tingkap je,aku tengok tempat kejadian.Pokok-pokok zaitun yang tak berbuah tu bergoyang-goyang ditiup angin.Aku tutup tingkap dan tidur.Aku pkir semuanya berakhir..tapi........................

"Beliau" kembali maghrib tadi.Dengan menjelma sebagai senior adab aku.Aku nak pi kelas kat masjid tadi.Tapi,kali ni "dia" muncul di celah-celah orang arab.Seram betul la.Ingat senior adab.Bila tanya je,dia pun cakap dia tak pi mana-mana.Dia busy ngan pilihanraya PERMAI.Aku tengah seram ni.Rasa cam nak tidur bawah katil je.Tolong!!!!!!!!!dah 2 kali ni.Harap takde kali ke-3....

Hantu Runner....yang ni hantu yang boleh aku wat main.Sebab dia ni posmen yang hantar borang penamaan calon PERMAI.Nama aku ada pulak...sakit ati tul la.Jangan la nama aku naik.Kalau naik,aku nak letak jawatan la.Sebab aku budak mentah.Tak siqqoh.Main-main.Cam sengal.Banyak kelemahan dari kelebihan.So,janganlah kamu pilih or namakan saya yea..........

sekian...malam esok nak baca quran kat umah baru.Takut "dia" asal dari rumah tu.Takut!!!!!!!!!!!!

Selasa, 6 Julai 2010

termakbul doa di malam hari

Salam semua...

Semalam sebelum tidur,aku ada la berdoa 2 benda yang aku nak merasa sangat-sangat.Haha...bukan bab kawen la.Aku doa 2 benda ni :-


a)Takraw : akhir nya aku merasa gak bermain takraw semula lepas beberapa bulan cuti atas sebab pakcik yang sombong n buncit itu.Kitorang berjaya main semula,biar ada 6 orang je nak main.Main la lepas gian sebelum pindah rumah yang agak jauh dari court (tempat parking kereta) takraw ni.Hihi...happy benor lepas bermain dengan enjoynye...Nya~


b)BKASJ : tadi pukul 11 lebih.Ada runner (macam penyebar risalah la).Dia datang bawak borang pencalonan untuk kerusi pilihanraya Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ).Ni pilihan raya untuk nasib anak-anak selangor di jordan.macam pilihanraya umum la.Aku dapat je kertas tu,terus usha nama-nama yang boleh dicalonkan.Hahaha...doa dimakbulkan.Nama aku takde dan nama kawan serumah aku sorang ni pon takde.ini bermakna kitorang berdua tak layak memimpin la.Orang tak percaya kat kitorang.kitorang ni geng jahat..haha...jangan la jadikan kitorang berdua contoh ataupun pemimpin yekk

2 doa dah makbul...esok pulak penamaan calon Persatuan Mahasiswa Irbid Jordan (PERMAI) macam pilihanraya kawasan la.Best-best...tapi,aku tak nak dicalonkan.Sebab aku tak siqqoh...haha

Ahad, 4 Julai 2010

mulut orang kan..



Selamat minggu ke-2 semester ni dah berlalu.Senior-senior mula la blah dari jordan ni.Budak-budak JUST mula la ramai dah sebab kelas diorang dah nak mula esok luse.Yang aku yakin diorang balik ade 3 tujuan :-

a)Umrah : bile korang balik ni la Irbid ni terasa sejuk cikit.Tak la panasss je memanjang.(bilik korang mesti sejuk cam kat Genting kan???)

b)Malaysia : yang ni golongan yang paling tak disukai.Balik je bawak makanan dari malaysia.Mula la masak n bau-bau kat umah jiran.Hulur pon tak nak.Hampeh tul la.Kompem kena kutuk dalam fb kang..haha

c)Melancong : yang ni geng-geng yang tak ingat kawan sangat,Ada gak yang ingat,tapi kebanyakannya main pikir diri sendiri.Dah tau gi tempat orang lain tak mampu pergi.Hulur-hulur la coklat ke...makanan ke...ape-ape la,asal ada la ole-ole..hehe

Ala....aku tak kisah pun ngan 3 benda ni.Cuma aku nak crite je ape yang jadi ngan budak-budak irbid ni.Kat irbid ni tadi petang kejelasan ada 2 puak bagi WC ni.1 geng messi,1 lagi geng team-team lain.Betul la kata tuan umah baru aku ni : " bola bukan boleh satukan orang,tapi boleh wat gaduh laki bini " (dia sokong brazil,bini die sokong argentina).

Entah la...ai,macam dah lari tajuk je.Hehe...ok la,balik ke tajuk asal.Tengah lepak-lepak minum air malam tadi.Ada la aku dengar-dengar crite yang agak mendesingkan telinga aku ni.Haha..berdesing 2 3 minit gak.Tapi,kita kena ingat yang insan cemerlang datang dari pemikiran yang tenang (rindu sama abang rockers).

Ada orang crite agak buruk pasal aku la.Aku tak kisah la dia nak crite apa.Cuma jangan babitkan orang tak bersalah la.Aku memang sellau wat salah.Cuma orang tak tau apa aku wat secara dalaman.Main tengok luar je.Ala....orang tegur kite trime,amik dan wat sampul diri (iktibar).Kalau kite je betul..kang orang menyampah.

 pkai je baju ni...hehe

Tolak ansur n pemaaf kena la ade ye.Cume kena ingat yang lelaki ni ade maruah jugak.Jangan asyik main tembak je mulut laser tu.Tapi kalau aku dah sampai batas,abis ar mulut jadi jahat.(Ya Allah,jauhkan la dari terjadi)

So,amik iktibar ape orang tegur or orang kutuk.Kalau kite wat gak,memang nak kena tapak (acoi punye ayat).Makin hari makin maju lah kite ke hadapan.Wokei la..nak siap-siap plan umah baru.Wasalam

 p/s : to my family,rumah baru ni sebijik cam umah kat jalan lurah said dulu...mengamit memori betol la..haha

Sabtu, 3 Julai 2010

peneraju urdun



Urdun....asal post je pasal jordan...tak abis-abis

Ni pasal ade mesyuarat agung melayu 1 jordan...aku main letak je  kata-kata yang simple agar korang paham n reti ape aku nak bagitau ni.Kat sini akan berlaku mesyuarat agung budak-budak melayu 1 jordan yang akan berlangsung esok.Kat universiti aku je mesyuarat ni dibuat.

Sape yang bakal jadi pemimpin Urdun??jawatan tu kira Perdana Menteri bai...yang exco-exco tu dikire sebagai barisan kabinet.Bukan kabinet umah baru aku...tau la kabinet kelabu lawa cun melecun...hahaha




Layan je la esok...asal aku tulis pasal aktiviti cini...bubye

Jumaat, 2 Julai 2010

ayam punya nasi



Setelah 4 kali aku mencuba...akhirnya rasa sebijik cam kat malaysia.Berjaya juga mengubat rindu malasyia.Mana la tak rindu,bila buka fb je ada je gambar makan-makan senior or kawan2 yang balik malaysia.Ponteng summer sem...hehe

jom kongsi nasi ayam ipoh...

Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:

1 ekor ayam
4 ulas bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ dihiris
3 batang bawang (ambil bahagian yg putih dan bwgnya) ~ dihiris
Air ~ secukupnya
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

~ Sediakan periuk, masukkan air, bawang putih ,halia dan garam, didihkan. Setelah air mendidih, masukkan ayam dan masak dalam anggaran 20-30 minit. Angkat dan toskan.

Ayam:

1 ekor ayam ~ yg telah direbus dan ditoskan
3 biji bawang putih ~ tumbuk
1 inci halia ~ tumbuk
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( optional )

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan2 didalam mangkuk.
2. Masukkan ayam yg telah ditoskan tadi dan gaulkan dgn bahan2 sehingga rata.
3. Perapkan ayam selama 30 minit dan bolehlah dipanggang atau digoreng.

Untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan @ secukupnya air rebusan ayam (air bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk/kisar
2 sudu besar sos tiram/kisar
1 sudu besar minyak bijan
3 batang daun bawang bhg putih dan bawangnya ~ dihiris
2 helai daun pandan
2 sudu butter/mentega
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Beras dibersih kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan minyak bijan, sos tiram dan beras, kacau rata beras dgn bahan2 sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun bawang, daun pandan dan garam.
4. Masak/tanak hingga masak

Untuk sup:

Air rebusan ayam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 biji sengkuang ~ potong dadu (saya tidak letak sbb ubi sengkuang tak ada di sini)
Daun sup ~ dihiris

Cara penyediaan:

~ Didihkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sengkuang dan serbuk lada sulah. Perasakan dgn garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:

10 biji cili api
6 biji cili merah ( saya tak letak sbb tak ada )
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar jus limau nipis/kasturi
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan sehingga hancur. Sedia dihidang.

Untuk sos kicap:

5 biji cili api
Sedikit halia (ambil dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
Kicap secukupnya
1 sudu besar sos tiram
Air rebusan ayam secukupnya
Tepung jagung ~ campur dgn sedikit air utk memekatkan sos kicap.

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan dan masak di atas dapur.
2. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

Bahan sampingan:

1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

khas untuk senior-senior yang baru graduasi....