Jumaat, 20 Ogos 2010

jordan hampa

Dah 2 hari berlalu dengan senyap n sepi BLOG2 BUDAK2 JORDAN,macam sepinya suasana ramadhan di sini.Dari semalam aku tekan blogspot,tak kuar-kuar.Bila hari ni bangun pagi,baru tau yang JORDAN BANNED BLOGSPOT.

Atas dasar apa aku pun tak tahu,kne la baca surat kaba...hehe..lme tak baca surat kabar jordan.Ok la,nak tlis ni je.Pasni kena masak untuk IFTOR JAMAIE PERMAI.Minta diri.

p/s : kepada cidak,ko la punca blogspot kena banned.(pastu lari balik malaysia)

Rabu, 18 Ogos 2010

anak angkat



Hatta Razian...tu nama kawan umah aku yang pakai spek,dia scorer bai dalam madah Nahu 1 yang aku amik time summer sem (soifi)....dia kongsi bilik dengan Acoi si lalat...dia duduk dekat Pelabuhan Klang....5 minit je dari rumah aku...

Ape aku merepek ni????

Aku sebenarnya nak cerita,dia ni ada bela hamster yang berlainan warna.Haha..hamster memang berlainan warna.Adoi...nape la pening lak ni.Ok,terus ke cerita.Dia ni baru je 4 ari balik malaysia sempena raya n puasa.Dia main tinggal je hamster dia kat aku.Mana la aku reti jaga,dah la aku geli nak pegang.E.....geli bai bulu-bulu halus ni.

Hamster ni la jadi peneman aku berbuke pose bile mustaqim takde kat umah,tadi berbuka bubur lambuk pun ngan hamster ni.Mereka makan kuaci,aku makan bubur.Hahaha...cam orang aku layan hamster ni.Time sahur bagi makan,time berbuke pun bagi makan.Hamster ni dalam musim mengawan.Haid hamster ni 4 hari je,cepat nye..lain ngan manusia.Huhu...

Kang hatta balik,mesti dia suke tengok hamster dia beranak 7.(jangan lebih suda..kang aku lak penat jaga).Baru 4 ekor aku dah lelah.Hamster ni aktif,bile aktif tu la aku malas nak jaga.Hahaha...jaga hamster xleh tension-tension.Kang waktu berbuke pose,sangkar hamster kosong.Ada yang makan hamster bakar.Mintak jauh la....

So,pesanan aku kepada semua yang bela hamster...jangan tinggal hamster anda bile anda pulang ke malaysia selama 7 minggu....Selamat2

Selasa, 17 Ogos 2010

sang muroqqib (siri 1)

 

Lampu kedai shisha terkelip-kelip.Mentolnya ada masalah.Malam yang berbulan mengambang tanda pertengahan bulan jelas kelihatan di angkasa.Duduk di kerusi bulat 2 orang pemuda yang sedang melepak menghabiskan malam sebagai orang bujang.Seorang bernama Hassan dan seorang lagi bernama khairul.Irbid bukan bandar yang luas.Tiada tempat melepak untuk mereka berdua melepak selain kedai shisha Shaaban yang terletak di Syari’ Jamiah.Jam dinding kedai shisha itu menunjukkan tepat jam 10 malam.Waktu qoror (keluar malam bagi muslimat maliziy) sudah pun tamat.Tak kelihatan seorang pun muslimat Malaysia di syari’ jamiah.Malam itu solat tarawih habis sebelum waktu qoror,sebab itu tiada khidmat muroqqib (guard pulang muslimat maliziy).Pemuda dua orang tadi rancak berbual kosong.

“San,ko ape citer tadi?lepas solat je terus blah balik” Khairul membuka topik perbualan.Hassan meneguk air minuman membasah tekaknya. “Owh..aku malas la balik lambat,kang ada je orang panggil muroqqib.Benda yang aku ‘suka’ sangat tu.Ingat best sangat ke muroqqib ni?” Hassan jawab dengan kereknye.Tu la pendirian Hassan yang kukuh,muroqqib itu leceh dan banyak kerenahnya. “Bila diorang sampai je rumah,senyum pun tak.Kalau rumah dekat takpe,ni dekat 1 kilo berjalan pergi balik.Tu yang aku panass..” tambah Hassan. “Eke le San,ingat ko sorang ke anti muroqqib ni?Aku??aku lagi la allegic ngan benda alah ni.Entah ape-ape entah sistem ni.Ko senyum tak dapat,aku kena kutuk tau” luah Khairul pendiriannya mengenai sistem muroqqib. “Kutuk??citer sikit..” balas Hassan tertarik dengan apa yang mahu Khairul sampaikan. “Hari tu,aku muroqqib akhowat area Zam-zam tu.Si Nadia tu la,yang poyo 24 jam tu.Aku try-try la minta no tepon sambil-sambil muroqqib.Dia senyap je bile aku mintak.Sampai je umah die,die cakap ‘ada hati nak ngorat kite muka cam falafel’.Time tu dah la Siddiq lalu.Malu gile bai”

“Siddiq?Amir Siddiq???biar betul ko..Biro Keselamatan PERMAI tu” kata Hassan sambil mukanya tak percaya apa yang Khairul katakan sebentar tadi. “Ye la..sape lagi.Kau tau tak sape menang Anugerah Muroqqib Terbaik 2010?” tanya Khairul kepada Hassan. “Dia ke?” balas Hassan separuh yakin. “Ye la..Ha!! Tu dia dah mai.Panjang umur Siddiq ni” balas Khairul sambil tunduk melihat meja.

“Assalammualaikum,Khairul..Hassan.Sihat?Minum-minum ye?” sapa Amir Siddiq bila kebetulan lalu di depan kedai shisha Shaaban. “Sihat je,a’ah..minum malam jap” jawab Hassan. “Kalutnye,salam pun tak terjawab.Bagus la minum malam,tapi lagi bagus duduk rumah study untuk kelas esok” kata Amir Siddiq.Kata-kata dia seperti menyindir 2 sahabat itu walaupun dia tidak berniat begitu. “Ciss..sedap je mulut budak ni ye..” bisik Hassan di dalam hati dengan geramnya. “Hehe..tak best la study sokmo,kengkadang lepak ape salahnya.Ko nak ke mana Siddiq?” tanya Khairul sambil melihat Amir Siddiq dengan jelingan geramnya. “Owh..nak ke Duwar Kubbah jap,ada mesyuarat Ihya’ Ramadhan.Ok la,dah lewat ni..minta diri dulu,assalammualaikum” kata nya sebelum berjalan pergi. “Wa’alaikumsalam..” jawab Hassan dan Khairul.

***********

“Sama-sama” jawab Amir Siddiq pabila akhowat yang dia muroqqibkan tadi berterima kasih kepadanya.Dari Duwar Kubbah ke Zam-Zam hanya memakan beberapa minit sahaja.Memang tugas dia sebagai Biro Keselamatan untuk muroqqib akhowat irbid ini.Dia sebolehnya akan muroqqib sendiri akhowat itu jikalau punyai kelapangan masa.Dia tidak mahu mengganggu AJK Keselamatan lain yang terdiri daripada pelajar Perubatan dan Pergigian.

Dia berjalan pulang menuju ke Funduk Hijazi untuk pulang ke rumah.Berjalan sambil berbual di telefon. “Ha..Azam,ana turun ragbi esok petang.Jangan lupa main tau” katanya sambil berjalan.Telefon disimpan di dalam kocek seluar. “Ha!!” dia terkejut.Matanya terbeliak terkejut sama.Terus memandang jarum jam tangannya. “Eish..nak kena akhowat ni” rupanya dia terlihat akhowat Malaysia di hujung jalan yang berjalan keseorangan.Lantas dia berlari mengejar akhowat itu.Sepantas kilat dia berlari sambil memegang fail mesyuaratnya.Akhowat itu berpaling dan melihat Amir Siddiq berlari ke arahnya.Ape lagi,akhowat itu tahu dia dalam bahaya.Dia bakal diceramah oleh Biro Keselamatan PERMAI.Lantas membuka seribu langkah berlari menyelamatkan diri.

*********

“Mana dia menghilang?” Amir Siddiq melilau mencari akhowat tadi.Dia berlari mengejar akhowat tadi hingga ke hujung jalan,bile tiba di satu selekoh akhowat itu ghaib secara tiba-tiba.Pelik. “Dah balik kot” dia mengagak di mana akhowat itu berada sekarang. “Eish..malam-malam buta ni la kena berlari.Aduhh” keluhnya keseorangan sambil berjalan pulang.Dia melalui satu lorong gelap.Hatinya gelisah memeikirkan akhowat tadi. “Tak sempurna iman seseorang itu melainkan dia sayang saudaranya lebih dari dirinya sendiri” petikan hadis itu muncul di dalam kotak fikirannya.Pesan murobbinya agar menjaga saudara lain menjadi semangat untuk menjalankan tugas sebagai Biro Keselamatan.

Dia memusingkan badan.Berjalan menuju ke  selekoh di mana akhowat tadi ghaib.Tiba-tiba,kedengaran satu jeritan.Dia serta merta mencari dari mana jeritan itu datang,dan….

Isnin, 16 Ogos 2010

semangat orang bujang sejati



Hari ni..1 rumah sepi..tinggal aku beruda dengan seorang lagi kawan aku yang tak pulang ke malaysia.Ramai tanya,nape tak balik malaysia??jawapan tu aku simpan sampai tiba masa emas itu.Aku masih mencari kepastian samada benar itu jawapan yang tepat bagi diri ku.Atau itu hanya alasan olok-olok yang ingin menjauhkan diri dari tanah air terchenta.

Irbid mula sepi n suram.Cuaca panas membuat orang tak keluar rumah.Dok lepak je dalam rumah sambil tengok tv channel Iqra' yang memuatkan tayangan LIVE ke masjidil haram.Membuat hati tennag melihat tempat suci itu.

Aku sepi hari ni memasak telur gorang untuk berbuka.Telur goreng dan sos tomato menjadi juadah berbuka.Memang menu si bujang sejati.Tak memilih dalam makan berbuka.Hanya mengharap perut di alas.Makan itu hanya kemahuan,jangan dijadikan ia keperluan yang melampau-lampau.Andai bulan lain kite bantai popeye..ramadhan hanya sekadar ayam goreng kunyit sudah memadai.



Hamster Hatta Razian menjadi teman aku dan Mustaqim berbuka setelah diorang memulakan proses mengawan.Aku tak sempat lihat gi mana hamster mengawan.Cuma,diorang takde makanan...aku silap beli kuaci.InsyaAllah..tak lama lagi aku dapat la anak sedara angkat ni.Hatta suruh aku jaga hamster die untuk 7 MINGGU !!!

Moga dipermudahkan semua ini............

Ahad, 15 Ogos 2010

cinta itu buta




Gua usha balad tadi...gua jumpa gak last-last lepas 3 bukan gua usha Irbid n Amman ni.Berjaya gak jumpa kasut yang aku nak sangat-sangat ni...Vans di hati ku..biar Ciddak & Sadis layan Crocs...Haha..layan pic


ni yang aku usha tadi
 

 


 












Gambar lain ni aku cilok dari google



Vans cinta ku pertama

Sabtu, 14 Ogos 2010

Baru!!!

blog aku berkulit baru buat kali ke-3...Hahaha...

tu je nak tulis..agar kulit berubah n isi penulisan certa cara penulisan berubah...amiin

*boleh wat iftor free sempena tukar layout ni..hehe

Jumaat, 13 Ogos 2010

aku,ramadhan & exam



Alhamdulillah..sudah tiba bulan yang penuh barokah ini.Yang tersembunyi di dalamnya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Memang itu yang diburu para muslim yang berdepan dengan Ramadhan.Hanya 1 malam direbut hinggakan malam-malam lain dilupai.Hahaha...tu ayat seorang kawan aku yang bagi ceramah free kat aku time aku lepak pas asar semalam.

Ramadhan Kareem..tu ucapan yang memenuhkan inbox dan menyentak YM aku pada malam 1st ramadhan aritu.Ucapan yang memeberi makna harapan agar Ramadhan yang mulia tiba dan kita menghidupkan malam dan siangnya.



"Ramadhan yang sama tiba,amalan kita yang membezakan"

-Bile hari 1st ramadhan,umah aku takde air dan kitorg bersahur dengan stok air minuman.Masak nasik n telur makan ngan sos tomato je.Hahaha..simple,tapi mengenyangkan la..Alhamdulillah...
-Bile 2nd ramadhan,aku kena jawab 2 paper exam yang payah.Memberi aku 1001 kesedapan menjawab.Biar tak boleh jawab,tapi aku berasa sangat-sangat happy dengan semua tu..Alhamdulillah
-Dah la sini takde moreh,n kena bangun wat sahur sendiri...adoi

"Usaha tangga kejayaan,lepas usaha kita tawakkal,lepas tawakkal kita redha"

Aku suka suasana awal kat masjid bila ramadhan ni.Solat subuh dan solat zohor macam solat jumaat.Melimpah manusia di dalam masjid.Memberi semangat kepada orang lain untuk hadir ke masjid solat berjemaah.Kanak-kanak yang berdamping dengan alquran juga kelihatan biarpun sedikit.Moga 1 dunia merasai RAMADHAN....insya'allah...

Isnin, 9 Ogos 2010

menyeru semangat mu



Seperti yang maklum,aku amik madah lughah yang hebat sem ni.Antara 3 madah aku amik,aku ada problem
ngan madah NAHU 1.Aku tak boleh bawak la madah ni time exam 1st n 2nd...aku hafal semua contoh doc bagi.Dan tiba lah malam semalam.Aku mula paham ape yang aku baca.Ku seru semangat sibawayh semoga mendapat jawab n paham madah ni.

Tapi,semua dah terlambat.Aku tak sempat baca semua.Aku rasa...semua ni ada maksud tersirat.Aku pasrah...tu je aku boleh wat.Doctor aku guna kitab atas tu.Senang dibaca n ada konsep tertentu yang memberi pemahaman sepenuhnya.

Aku seperti si buta mencari cahaya di malam hari.Semua tak kena.Aku hanya sempat baca yang awal-awal n asas.Bila masuk je exam................BLURRRR

Sampai soalan pilih pon aku bantai jawab semua.Aku mengharap doctor bagi aku markah untuk aku ulang or tahsin madah ni balik.Aku tak kisah mua3daal (pointer) aku jatuh ke tak..aku nak ULANG madah ni balik.

Semoga semuanya berjalan lancar......amiiin

p/s : pasni ada 2 madah yang aku nak score tinggi2...SYE"ER JAHILLI & NASAR QADEEM

Selasa, 3 Ogos 2010

kepala batu



Jam kul 12.16 tengahmalam dah ni.Mata dah ngantuk.Tangan pegang kertas lagi.Baca artikel pasal Rabiatul Adawiyyah.Alhamdulillah,fasal pertama pembacaan dah lepas.Semua bahan kajian masih belum dicetak.Cuma ada problem dalam membuat ayat kertas kerja.Ye la,tulis cam tulis post blog lak.Hahaha...sengal.Jom layan cite(rekaan) pasal.......DEGIL


"Ni citer pasal Leman,dia ni bukan budak baik.Selalu je wat jahat.Aku teringat lagi yang dia ni penah panjat pagar belakang sekolah.2 meter bai.Time tu kitorang darjah 3,mana la sampai budak-budak.Aku panjant pokok kelapa pon time darjah 4 baru panjat suku.Biar kampung aku berjuta pokok kelapa pun.Leman ni memang feymes la kat kampung aku dengan kejahatan dia.Bukan jahat la...nakal.Sebab ni citer time kitorang nak amik UPSR dulu.Selalu je aku nampak Leman kena ikat ngan mak dia kat pokok mempelam.Pastu mak dia biarkan sampai nak masuk maghrib.Habis badan dia kena gigit kerengge.Mak dia wat camtu sebab dia nakal sangat-sangat.Kalau balik dari sekolah,tak penah nak bajunye bersih.Ada je kesan lecak atau kotor masuk hutan/semak.Aku pernah la sekali join leman n geng masuk hutan masak meggi.Ada la rasa ber"camping".Padahal bukan hutan pun,cuma kebun terbiar dan semak tinggi-tinggi.

Sekolah ak sekolah kampung.Dulu mana la ada pagar keliling.Ayam n kambing selalu je main traffic jam kat dataran perhimpunan sekolah aku.Betul-betul depan pintu kelas.Kalau time rehat,si leman ni selalu tunggang kambing-kambing.Selalu je jadi koboi.Tangkap ayam la.Ada sekali tu time kitorang darjah 4,si leman ni ajak 1 kelas tangkap anak ayam.haha...memang kelakau la.Cikgu masuk je kelas dah kosong.Tengok-tengok semua ada kat luar...hahaha

Naik je darjah 6,leman ni dah masuk bab-bab jiwang.Dia selalu ngorat anak makcik kantin yang sama kelas ngan kitorang.Nama dia kalau aku tak silap....Timah.Budaknye biasa-biasa je,selalu je dapat no 1 dalam kelas.Aku lak no 2.Si leman no 21.Hahaha....leman ni pandai,cuma dia malas study dan asyik enjoy je memanjang.Ok la,cukup bab muqaddimah pasal leman n aku.Kita masuk klimaks citer.....

Semua bermula bila aku lalu depan umah leman ari sabtu.Mak si leman niaga karipap n keria.Sedap bai..feymes 1 kampung tau.Si leman la yang kena kerah ngan mak dia untuk hantar ke kedai-kedai.Selalu si leman ni curi-curi naik motor.Padahal kaki pendek agi.Tak sampai pun tanah bile duduk atas motor tu.Bapak dia sellau je piat n rotan si leman ni bile kantoi curi naik motor.

Leman curi naik motor.Dia naik motor cam pelesit.Kejap je lesap dari mata aku.Aku pon blah la.Aku time tu naik basikal.Saje je pagi cuti jenjalan amik angin.Sampai je simpang kedai Din roti canai,ada ramai gile orang berkumpul keliling sesuatu.Aku pun nak try la usha....usha punya usha...aku nampak leman.Semuanya terlambat.Si degil yang curik naik motor tu...si leman.Leman dah nanges-nanges dah.Orang kampung semua tengah tenangkan dia.Aku pun nampak la kawan aku si abu,aku tanya lah."Bu,ape jadi ngan leman?".Aku pun jawab : "kesian dia...".Ayat abu tak abis la.Aku begang la orang cam abu ni.Aku tanya la pakcik sorang ni.Rupanya si leman ni...eksiden lepas terlanggar tiang kedai mamak tepi jalan besar.Dia tengah trauma la tu.Melaung-laung sebut nama mak dia.Kesian...kaki dia retak.Sampai sekarang retak tu ada lagi.Dia jalan pun dah tak betul.Tapi,semua tu tak ubah keras kepala dia.Haha...smapai sekrang dia seorang yang degil.Cuma 1 je...dia takut ngan mak dia.Sedegil mana die,seotai mana die...ngan mak dia gak dia kalah.Umur 18 taun pun kena ikat kat pokok mempelam....haha"

Degil mana korang,kompem takut kan bile mak korang marah??

Ahad, 1 Ogos 2010

15 hari mencari kekasih

Memohon maaf sebelum berundur diri (blog,ym n fb)...nape ye??

jom layan cerita.................

Malam jumaat lepas,aku ada call kawan aku.Bapak dia pun kawan aku.Sembang-sembang ngan bapak dia la bila dia busy.Lepas je tanya kaba n sembang ringan-ringan,bapak dia ada syor aku something.Camni la nak senang cerita,aku kena cari beberapa maklumat pasal someone ni.Nama yang tak asing lagi di dunia ni....Rabi'atul Adawwiyah.

Bapak kawan aku tu prof bahasa kat salah satu universiti kat malaysia.Kiranya dia tawar aku wat tesis la.Aku malas je sejak tesis sye'er aku sem lepas.Haha...lepas je kena pujuk ngan anak dia,aku pon setuju je la...

15 hari je aku ada baki.....sebelum 16hb ogos ni,semua dah kena submit...doakan aku berjaya ye...wasalam