Rabu, 8 September 2010
syawal menjelma hari berduka
"121..122..123" ha...siap pun kira.
123 biji kuih choc chips dah aku buat semalam.Penat la wat kuih ni.Dari kul 10-2 pagi.Memang tak berbaloi,nak jaga api la.Guna dah la oven gas..hahaha
Raya ni camne tak tau la.Orang tak ramai je irbid ni.Boleh bilang ngan jari je.Kuih raya lak baru wat 2 jenis.2 jenis ni gak la tak jadi kuih.Hahaha...
kuih 1st : biskut gula moja (mula-mula nak wat choc chips,tapi gula terlbih 3 CAWAN)
kuih 2nd : choc chips lembik (ni sebab ada orang kembangkan butter secara manual...mixer baru guna 2 kali dah rosak..barang eletrik jordan memang la..FAILED)
Aku memohon maaf kepada semua yang kenal aku...Selamat hari raya!!!
aku boleh pulak selsema+pening+batuk=demam 2 hari sebelum raya...raya kang tak tau la camne
*Jordan raya hari khamis...Malaysia??
Sabtu, 4 September 2010
warkah buat family
No.8,Lot 3510,
Kampung Delek Kanan,
41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Buat kali kedua aku menulis surat kepada keluarga terchenta ku di tanah air.Sudah genap 365 hari aku berada jauh..jauh..n jauh dari pangkuan kedua ibu bapaku.Aku mengimbas detik-detik perjalanan aku dari pintu rumah aku hingga aku melihat lapangan terbang KLIA mengecil di mata ku.Namun,itu hanya memori yang tersimpan di dalam otak aku yang dimamah masa dihikis penyakit lupa.Semuanya macam magic,aku berada di Jordan.Bumi yang diduduki bangsa yang tak pernah aku mimpi untuk hidup bersama mereka di negara mereka.Setahun sudah berlalu,aku sudah melihat pelbagai perangai bangsa arab itu sendiri.Ada yang positif,ada yang negetif.Setahun aku bersama teman-teman satu tajaan.Mereka telan apa yang aku masak dan aku telan apa yang mereka masak.Daripada sardine hinggalah ke chicken chop.Bukan aku memilih dalam makanan,tapi air tangan ibu tiada siapa mampu mengantikan.Duduk makan bersama keluarga,tiada siapa mampu ganti.Biar aku punyai bilik persendirian,tak perlu kongsi bersama abang aku.Tapi,terasa sunyi duduk keseorangan tanpa teman.Takde lah perlu bising bila bilik seperti tongkang pecah.Takde siapa nak tegur.Semua tu hak individu.Namun,ku tetap sunyi dan sepi…..
Buat Ummi,
Masakan di Jordan tak la sedap mana.Tapi boleh la layan dan buat badan aku naik.Air tangan seorang ibu itu,berbeza dengan air tangan chef-chef handalan dunia.Kerana kau masak dari hati yang ikhlas mengalir lembut menuju ke hujung jari dan diserap makanan itu.Semakin melihat resepi makanan melayu,semakin teringat ummi yang sedang menunbuk cili di dapur,memblender bawang,menumis bahan.Selalu sahaja kau berleter bila aku tangguh membeli barang di kedai.Haha..sampai sekarang perangai aku tak berubah.Mamak kedai tu selalu sahaja lihat aku dengan muka masam membeli barang di kedainya.Kini,mamak itu tidak lagi melihat diri aku ini.Pasar-pasar yang aku pernah jejak itu pasti berubah.Berubah tanpa aku melihat dan terus berubah.Dapur,tempat yang aku selalu jugak pergi itu mesti merindui aku.Menunggu aku memasak nasi goreng di awal pagi. “Payah la bila anak pandai masak” ayat ni aku sentiasa ingat bila aku memegang sudip.Daripada aku tak tahu barang dapur,hingga aku tahu dan reti kegunaannya.Resepi-resepi ummi masih belum aku terokai.Namun,hatiku senang melihat kau berbakti kepada family. “Memasak sampai tahap kau suka melihat orang makan makanan yang kau masak” ni ayat aku.Ayat yang menjadi prinsip ketika memasak.Buat terbaik,hasil cemerlang membuat jiwang tenang.Ini semua untuk ummi.
Buat Ayah,
Biar aku tak rapat sangat dengan diri mu,aku tetap mahu tulis rindu ku pada warkah ini.Aku rindu dengan jelingan mu ketika menegur aku membuat silap,ketika aku melakukan kesalahan.Segala arahan mu aku patuh.Namun,manusia ada silapnya.Memang kau jarang sekali tegur diri aku secara terus,melalui ummi kau tegur aku.Seperti aku selalu tidur selepas subuh.Kegiatan itu sudah jarang aku lakukan dan terasa berbeza sekali bila kegiatan itu tidak aku lakukan.Kau pernah marah aku bila aku lakukan kedegilan melampau.Aku ingat lagi peristiwa itu.Tidak perlu aku coret di warkah kegembiraan ini.Semakin hari,semakin aku merindui ketegasan mu itu.Moga kau dalam sejahtera selalu.Kini,aku merasai keperitan dalam belajar.Mencari bekal yang memberi kita kejayaan di hari muka.Ayah,aku sayang pada mu.
Buat Family,
Mungkin ini lah masa aku menjawab persoalan yang ditanya pada diri ini. “Kenapa tak balik raya?” .Ayah dan Ummi tak tanya soalan ini pada diri aku.Tapi,orang lain yang tanya.Haha..biar aku jawab .Aku tak terasa balik ke Malaysia itu satu kewajiban kepada diri aku dan family.Sebab,ibu dan ayah aku mahu aku duduk di sini dan merasai kehidupan di sini.Bukan aku pulang dan berpisah dengan berat hati.Biar aku merasai perasaan berat hati itu ketika aku di KLIA pada tahun lepas sahaja.Mungkin raya tanpa family di sisi sesuatu yang tak best.Memang,memang aku mengaku tak best.Cuma inilah satu cabaran dan dugaan yang perlu aku lalui.Mencari mutiara di lautan dalam yang gelap gelita,ditemani penjaga mutiara.Aku menunggu mutiara itu berkilau.Akan aku menunggu saat itu tiba.2013..mungkin tahun ini aku pulang ke Malaysia.Akumemohon kepada family aku untuk membenarkan tarikh ini aku pulang ke Malaysia.Agar aku pulang dengan mutiara yang berkilau.Insya’Allah.
Sekian sahaja warkah sempena raya aku buat family.
(MUJAHID AZMI)
Bayt Isyraq,
0403 am
04/09/10
Selasa, 31 Ogos 2010
aqidatul awam
Riwayat mengenai Imam Ahmad Marzuki dan kitab Aqidatul Awam terdapat dalam muqadimah kitab Hadzihi Mandhumah Aqidatul Awam Lil Imam Ahmad Marzuki Al Maliki RA yang merupakan terjemahan kitab Aqidatul Awam oleh Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Manafi radhiallahu’anhu. Imam Ahmad Marzuki radhiallahu’anhu adalah keturunan Rasulullah SAW dari jalur Imam Hasan bin Ali bin Abu Thalib radhiallahu’anhu. Nama panggilannya adalah Abu Alfauzi. Ayahnya bernama Sayyid Muhammad bin Ramadhan Mansyur bin Muhammad Al Marzuki Al Maliki Al Hasani radhiallahu’anhu. Imam Ahmad dilahirkan di Mesir pada tahun 1305 H dan kemudian hijrah ke Makkah. Di Makkah, Imam Ahmad diangkat menjadi Mufti Maliki Haramain menggantikan Mufti sebelumnya, yaitu Imam Muhammad radhiallahu’anhu yang wafat pada tahun 1361 H. Selain sebagai ulama yang luhur keilmuannya, Imam Ahmad juga merupakan seorang pujangga diantara para ulama yang pandai merangkai syair-syair.
Riwayat mengenai kitab Aqidatul Awam terdapat dalam muqadimah kitab Hadzihi Mandhumah Aqidatul Awam Lil Imam Ahmad Marzuki Al Maliki RA yang merupakan terjemahan kitab Aqidatul Awam oleh Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Manafi radhiallahu’anhu. Dalam muqadimahnya disebutkan bahwa pada malam Jum’at ketika waktu sahur, tanggal 6 Rajab 1258 H, Imam Ahmad bermimpi didatangi Rasulullah SAW yang dikelililngi oleh para shahabatnya yang mulia. Rasulullah SAW berkata kepada Imam Ahmad, “Bacakanlah nadhoman Tauhid, barangsiapa yang menghafalnya pasti masuk surga, serta akan mendapatkan kemuliaan yang sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Sunnah.” Kemudian Imam Ahmad bertanya, “Nadhoman yang mana wahai Rasulullah SAW?” Para shahabat yang mulia berkata, “Dengarkan saja apa yang diucapkan Rasulullah SAW.”
Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Bacakanlah, “Abda-u Bismillahi Warrahmaani, Wabirrahiimi Daa-imil Ihsaani”, hingga bait “Washuhuful Khaliili Wal Kaliimi, Fiihaa Kalaamul Hakamil ‘Aliimi”, yaitu bait ke-26.” Kemudian Imam Ahmad mengucapkan apa yang dikatakan Rasulullah SAW, ketika Imam Ahmad membacakannya, tiba-tiba Imam Ahmad terbangun dari tidurnya. Lantas Imam Ahmad mengulangi lagi apa yang diajarkan Rasulullah SAW dalam keadaan terjaga, dan Imam Ahmad telah mampu menghafalnya berikut makna-makna yang terkandung di dalamnya.
Selang beberapa waktu setelah peristiwa itu, tepatnya pada malam Jum’at, tanggal 28 Sya’ban 1258 H, Imam Ahmad kembali didatangi Rasulullah SAW dan shahabatnya dalam mimpinya. Rasulullah SAW kemudian memerintahkan Imam Ahmad agar membacakan apa yang telah diajarkan Rasulullah SAW dalam mimpinya terdahulu. Kemudian Imam Ahmad membacakannya dengan sempurna, dan pada tiap baitnya, para shahabat Rasulullah SAW yang mulia mengamininya. Setelah selesai, Rasulullah SAW kemudian mendo’akan Imam Ahmad, “Semoga Allah memberi pertolongan kepadamu dalam menjalankan apa-apa yang diridhai-Nya, dan menerima engkau dengan nadhoman ini. Dan semoga Allah memberkahi engkau dan segenap kaum Muslimin, dan semoga nadhoman ini bisa bermanfaat kepada seluruh hamba-hamba-Nya.”
Kemudian Imam Ahmad bangun dari mimpinya yang agung itu dan memberitahukan kepada manusia tentang nadhoman yang diijazahkan langsung Rasulullah SAW. Maka orang-orang pun meminta ijazah nadhoman tersebut kepada Imam Ahmad dan meminta Imam Ahmad agar menambahkan nadhoman tersebut. Atas dasar permintaan kaum Muslimin dan tuntunan langsung dari Rasulullah SAW, maka Imam Ahmad menambahkan 31 bait dalam nadhom tersebut. Imam Ahmad menambahkannya dari mulai bait “Wakullumaa Ataabihir Rasuulu, Fahaqquhut Tasliimu Wal Qabuulu” hingga selesai. Imam Ahmad menamai nadhoman tersebut dengan nama Aqidatul Awam, yaitu Aqidah bagi orang awam, yang mana dalam nadhom tersebut disebutkan perkara-perkara yang wajib diketahui dan diimani oleh segenap Mukallaf. Kitab ini tetap lestari hingga sekarang dan dibaca serta dihafal oleh jutaan kaum Muslimin di penjuru dunia.
Ulama besar kelahiran Banten yang menjadi Imam Masjidil Haram di Makkah, yaitu Arifbillah Syaikh Nawawi Al Bantani radhiallahu’anhu dalam kitabnya yang berjudul Nurudz Dzalam berkata, “Penting untuk mempelajari Aqidatul Awam karena setiap Mukallaf wajib mengetahui sifat-sifat Allah (yang mana terdapat dalam Aqidatul Awam), dengan mengetahui sifat Allah, maka dia akan mengenal dirinya sendiri, begitu juga sebaliknya. Jika sudah mengenal Allah, maka dia akan senantiasa taat dalam menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.”
Sumber :
- 1. Kitab Hadzihi Mandhumah Aqidatul Awam Lil Imam Ahmad Marzuki Al Maliki RA, oleh Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Manafi (pimpinan Ma’had Asy Syifa Al Mahmudiyyah, Bandung-Sumedang)
extra : islam tradisional
ape hal lak ni?
Bro-bro semua yang baca post ni,mula-mula kau nak post la penutup Sang Muroqqib.Tapi tertunda lagi atas sebab post aku ni lagi penting.
AKU TENSION....TENSION MODE
*Ada ke kelebihan pada tension tu?
*Kenapa perasaan tension ini dicipta?
p/s : aku tension ngan diri sendiri
Sabtu, 28 Ogos 2010
buke pose @ MSD Jordan
ustaz sulaiman,orang kuat MSD
Hari ni hari yang best..sebab dapat makan free kat MSDJordan (Malaysia Student Department).Berbuka makanan zahir n rohani.Memang terbaik.Ada forum ngan ustaz-ustaz yang power-power.
Aku biro prog malam ni.Smua keje wat last minit.Baru nak cari MC,baru nak cari IMAM,baru nak cari PEMBACA DOA...Hahaha..tu style aku
Harap-harap berjalan lancar..bertolak dari simsimah pukul 3.30 petang...majlis mule kul 6..boleh la tidur dlm coster kang..huhu
*Malam kang ade projek kuih raya lak..ntah jadi ke x...
*Pasal karya aku tu,aku nak wat siri akhir..time handle prog kang aku pikir-pikir camne nak tutup citer tu..
Hari ni hari yang best..sebab dapat makan free kat MSDJordan (Malaysia Student Department).Berbuka makanan zahir n rohani.Memang terbaik.Ada forum ngan ustaz-ustaz yang power-power.
Aku biro prog malam ni.Smua keje wat last minit.Baru nak cari MC,baru nak cari IMAM,baru nak cari PEMBACA DOA...Hahaha..tu style aku
Harap-harap berjalan lancar..bertolak dari simsimah pukul 3.30 petang...majlis mule kul 6..boleh la tidur dlm coster kang..huhu
*Malam kang ade projek kuih raya lak..ntah jadi ke x...
*Pasal karya aku tu,aku nak wat siri akhir..time handle prog kang aku pikir-pikir camne nak tutup citer tu..
jangan la marah..
Wa...aku lepak amman 2 3 hari baru ni memang best.Macam-macam aku dapat.Sahur ngan arab,buke ngan arab,qiam ngan arab n baca quran ngan arab.Tu je nak citer.Hahaha....
Takde la...camni citer nye.Pagi tadi bila aku on9 lepas lepak amman,aku dapat banyak off9 msg YM.Semua komen pasal aku nye karya "Sang Muroqqib" tu.
"Ape motif citer ko ni??"
"Jiwang2 pulak"
"Bajet boleh lawan abang H ke?"
"Zafirah tu nama awek aku la..delete2"
Ni ar komen diorang pasal karya aku,ape perlu aku wat?
*Stop tulis citer ni n wat post minta maaf ngan post yang lalu
*Aku delete blog aku ni dan wat blog baru
*Aku tukar tajuk karya aku : "Cinta Seorang Muroqqib" (???)
p/s : cidak,please bagi aku nasihat...
Selasa, 24 Ogos 2010
sang muroqqib (siri 3)
Petang bulan Ramadhan di Irbid memang panas.Suhu hari itu mencecah 47 darjah celcius.Matahari memancarkan cahayanya yang membahang.Amir Siddiq sedang termenung di beranda dapur rumah sahabatnya,Ulya. “Siddiq,masak apa untuk iftor ni?” tanya Ulya bila dia masuk ke dapur.Senyap tak terjawab. “Wei!!aku cakap ngan kasut apa ni.Siddiq!!termenung apa petang-petang ni?” separuh jerit Ulya melaung mengejutkan Amir Siddiq dari lamunannya. “Ha!!minta maaf sangat-sangat Ulya,ana tengah fikir pasal akhowat semalam” terkejut dari lamunannya. “La…lagi 1 jam nak berbuka pun boleh layan jiwang akhowat muroqqib pulak” sengih Ulya. “Eish..ana fikir macam mana cara untuk akhowat-akhowat Irbid ni terima sistem muroqqib ni,bukan fikir pasal si Zafirah tu” kata Amir Siddiq sambil bangun dan berlalu pergi meninggalkan Ulya dengan kualinya. “Ye la tu..” bisik Ulya di dalam hatinya.
********
“Ragbi?” ajak Furqon.Amir Siddiq tersenyum dan mengangguk kepalanya.Setuju.Mereka berdua berjalan ke jalan utama Syari’ Jamiah menuju ke Jamiah Yarmouk.Budak-budak Irbid sudah ada sebahagian yang minat bermain ragbi petang-petang.Sebagai mengisi masa lapang.Ada yang bekas pemain sekolah,ada yang bekas pemain daerah dan ada yang baru sahaja mula bermain.Sanfur bak kata orang arab,freshman bak kata orang putih.Furqon merangkap kapten pasukan ragbi Irbid selalu mengajak anak-anak buah pasukannya bermain di petang hari.Hari itu hari pertama mereka turun ke padang setelah masuknya bulan ramadhan.mereka berdua melepasi kedai halawiyyat (manisan arab) Sahl Akhdor. “Siddiq..” tegur satu suara.Amir Siddiq berpaling.Kini,di hadapannya seorang akhowat.Akhowat itu tunduk sambil menghulurkan plastik bungkusan halawiyyat. “Hadiah untuk semalam,syukran tolong saya.Assalammualaikum” kata akhowat itu selepas Amir Siddiq mengambil plastik bungkusan halawiyyat itu.Amir Siddiq masih lagi kaku tergaman.Zafirah..akhowat semalam yang lari daripadanya.Kini,beri dia halawiyyat sebagai tanda penghargaan.
“Pergh…Zafirah tu,pandai ko ayat dia” kata Furqon kagum sambil menepuk bahu Amir Siddiq. “Eish..ana tolong dia semalam.Tu je.Dah-dah,jom pi main.Lama pulak budak-budak ni tunggu kang” kata Amir Siddiq untuk menamatkan topik itu.
“Der,ko kena paham perempuan n cinta ni. cinta umpama ragbi,berani tempuh berani terima apa itu risiko..tapi,ada yang menunggu kamu di belakang.Ingat pesan aku ni.Jom!!” jerit Furqon sambil mula berlari.Amir Siddiq turut berlari.Dari jauh,kelihatan Zafirah tersenyum melihat gelagat 2 sahabat itu.
cukup setahun
Alhamdulillah....15 ramadhan sudah pun tiba..genap 1 tahun aku n 11 kawan-kawan aku berada di sini...sedar tak sedar cepat masa berlalu...macam-macam dah berlaku...
So,kita renung balik apa yang kita dah buat dan apa yang dah kita lakukan selama setahun ini....
wasalam
Isnin, 23 Ogos 2010
pop...pop..popia
Buat popia basah sendiri.Berjaya wat sebijik cam mak aku wat kat Malaysia.Sedap nye!!!
Kalau rajin,boleh wat lagi....
p/s : cidak,ko carik la yang frozen nye yea..hehe
Ahad, 22 Ogos 2010
sang muroqqib (siri 2)
“Fuhh..Alhamdulillah” lega Amir Siddiq selepas menghempas badannya ke atas tilam 2 lapis di dalam biliknya.Dia tersenyum ketika terlentang melihat syiling rumahnya. “Woi!! termenung nampak,ingat akhowat mana tu?” satu suara kedengaran dari pintu masuk biliknya. “Mana ada la,ana teringat zaman sekolah dulu la” balas Amir Siddiq. Shafiq,tu la nama sahabat baik Amir Siddiq.Perangai dia lebih kurang remaja lain.Suka lepak-lepak tengah malam,sembang-sembang kosong.Tapi,dalam diri dia ada sesuatu yang bernilai.Persahabatan.Andai mahu lihat apa erti persahabatan,boleh la melihat pada Shafiq.Dia dan Amir Siddiq sudah tinggal sebumbung selama setahun.Seorang pelajar medik dan seorang pelajar usuluddin.Alhamdulillah tiada di antara mereka berdua persengketaan selama bersahabat.
“Ha..enta nak dengar cerita tak?pasal apa yang jadi malam tadi” Amir Siddiq menarik minat Shafiq untuk berbual rancak dengannya. “Ok je,malam ni aku free.Takde jemputan snook pun.Budak-budak lain exam” setuju saja Shafiq dengan ajakan Amir Siddiq untuk bercerita. “Camni citernye,tadi ada akhowat kantoi jalan sorang-sorang.Ana pun kejar la dia.Sampai satu selekoh,dia ghaib.Lepas tu…..
********
Amir Siddiq tersenyum bila melihat seorang akhowat terduduk di tepi bus stand.Akhowat itu menjerit tadi selepas tergolek pabila terpijak botol kaca coca-cola.Biasa la Jordan,negara arab yang penduduknye ada yang tak bersikap pembersih.Botol kaca dibuang merata.
“Enti ok tak?” tanya Amir SIddiq.Akhowat itu senyap sahaja.Wajahnya tak kelihatan kerana dia tunduk malu.Mahu menyorok dari Amir Siddiq,tapi terkantoi jua.Siapa la tak malu bila kantoi buat salah.Akhowat itu bangun dengan sedaya upaya.Amir siddiq hanya melihat.Masakan dia memapah orang yang bukan muhrim,melainkan akhowat itu betul-betul tidak mampu berdiri dengan kudratnya.Wajahnya diangkat memandang tepat ke wajah Amir Siddiq.Mata bertemu mata.
“Astaghfirullah” ucap Amir Siddiq.Dia menundukkan pandangan.Wajah akhowat yang diterangi cahaya lampu jalan kekuningan itu telah mecairkan hatinya. “Dah-dah,jom balik” seraya dia berkata bila mengenali siapa akhowat yang dia kejar malam itu.Memang menjadi kebiasaan AJK Keselematan,mengetahui setiap rumah akhowat.Malam berlalu dengan sepi.Malam-malam ramadhan sepi,hari-harinya terisi.
********
“Sape budak pompuan tu?” tanya Shafiq. “Hehe..Zaf,Zafirah” balas Amir Siddiq sambil tersengih. “La…budak 1st year tu ke.berani gile langgar peraturan PERMAI.Kental beb” . “Biasa la,manusia.Alasan diorang senang je.peraturan dibuat untuk dilanggar.Ana tak setuju la.Ana harap enta sependapat dengan ana” tegas Amir Siddiq. “Insya’Allah” balas Shafiq sambil berdiri dan dan bergerak untuk keluar dari bilik itu. “Tolong matikan lampu,syukran” pinta Amir SIddiq. Lampu tertutup dan kedengaran suara Shafiq menyebut “Afwan”.
“Ha..enta nak dengar cerita tak?pasal apa yang jadi malam tadi” Amir Siddiq menarik minat Shafiq untuk berbual rancak dengannya. “Ok je,malam ni aku free.Takde jemputan snook pun.Budak-budak lain exam” setuju saja Shafiq dengan ajakan Amir Siddiq untuk bercerita. “Camni citernye,tadi ada akhowat kantoi jalan sorang-sorang.Ana pun kejar la dia.Sampai satu selekoh,dia ghaib.Lepas tu…..
********
Amir Siddiq tersenyum bila melihat seorang akhowat terduduk di tepi bus stand.Akhowat itu menjerit tadi selepas tergolek pabila terpijak botol kaca coca-cola.Biasa la Jordan,negara arab yang penduduknye ada yang tak bersikap pembersih.Botol kaca dibuang merata.
“Enti ok tak?” tanya Amir SIddiq.Akhowat itu senyap sahaja.Wajahnya tak kelihatan kerana dia tunduk malu.Mahu menyorok dari Amir Siddiq,tapi terkantoi jua.Siapa la tak malu bila kantoi buat salah.Akhowat itu bangun dengan sedaya upaya.Amir siddiq hanya melihat.Masakan dia memapah orang yang bukan muhrim,melainkan akhowat itu betul-betul tidak mampu berdiri dengan kudratnya.Wajahnya diangkat memandang tepat ke wajah Amir Siddiq.Mata bertemu mata.
“Astaghfirullah” ucap Amir Siddiq.Dia menundukkan pandangan.Wajah akhowat yang diterangi cahaya lampu jalan kekuningan itu telah mecairkan hatinya. “Dah-dah,jom balik” seraya dia berkata bila mengenali siapa akhowat yang dia kejar malam itu.Memang menjadi kebiasaan AJK Keselematan,mengetahui setiap rumah akhowat.Malam berlalu dengan sepi.Malam-malam ramadhan sepi,hari-harinya terisi.
********
“Sape budak pompuan tu?” tanya Shafiq. “Hehe..Zaf,Zafirah” balas Amir Siddiq sambil tersengih. “La…budak 1st year tu ke.berani gile langgar peraturan PERMAI.Kental beb” . “Biasa la,manusia.Alasan diorang senang je.peraturan dibuat untuk dilanggar.Ana tak setuju la.Ana harap enta sependapat dengan ana” tegas Amir Siddiq. “Insya’Allah” balas Shafiq sambil berdiri dan dan bergerak untuk keluar dari bilik itu. “Tolong matikan lampu,syukran” pinta Amir SIddiq. Lampu tertutup dan kedengaran suara Shafiq menyebut “Afwan”.
Langgan:
Catatan (Atom)