Sabtu, 8 Januari 2011

hijab mata



Adoi!!!mata aku dihijab tuhan dalam mencari 2 buah buku.

1. Syeer Umawwi bersama Politik
2. Politik dan Syeer

2 buah buku ni la yang hilang.Aku ingat aku pinjam kat library.Minggu ni patut pulang.Aku usha punya usha baik punya usha,takde pulak atas meja.Meng'kalut' la aku cari serata Irbid.

EEee...memang tension betullah.Ada 2 kemungkinan di sini.(style anime conan edogawa)

1. Buku tu hilang dan lesap sebab jin arab curik.
2. Aku dah hantar pulang buku tu ke maktabah,cuma aku ni PELUPA.

p/s : aku jmpa benda best,rugi korang tak usha...sini

Jumaat, 7 Januari 2011

jumaat itu bukan sekadar kosong


Malam jumaat,bacaan yasin jantung al-quran dibaca...sebagai peneman malam dan pemberi ketenangan

Pagi jumaat,sebelum gi jumaat...baca al-kahfi dulu,sebagai perisai di hari muka

Selepas jumaat,lepaskan rindu kepada rosul..agar diubati rindu dan kepingannya duduk bersama baginda kelak tercapai

p/s : ceit...slang indon agak kantoi di situ... Tak pro langsung la aku

pencarian 100 blogger malaysia tegar



1. Perkara yang tak dilupai bila blogwalking :

Pernah aku jejak 1 blog kawan lama aku.Usha-punya usha,tengok dah bertunang.Dalam blog tu dia boleh letak lagu yang jiwang-jiwang.Time tu air mata aku dah nak leleh.Nasib baik ada kotak pangkah merah atas tu.Ni la padah blogwalking ke blog member lama.

2. Kena link kan url pasal program ni...klik sini

3. Suruh tinggal link kat post tu...settle

* aku dah follow,sebagai yang ke 119..adoi,sikit lagi nak 120
* aku post/sertai pukul 4.16 pagi (jordan) @ 10.16 pagi (malaysia)

p/s : saja join boring-boring...

Khamis, 6 Januari 2011

....



"bang,jom gi lubnan"

"Lubnan??mana pernah aku gi"

"la..travel je la"

"Gilo apo,tak pepasal aku masuk club malam kat sana kang"

"emm...bang pikir-pikirkan la"

Kepala betul la ini orang.Selamba je ajak aku pi lubnan.Orang tengah pikir finale exam yang menggigit ni.Dia boleh bantai nak holiday.

Nasib baik ko baik.Kalu tak dah kena sound ngan aku.Lubnan tempat travel yang mewah dan hebat untuk dilawati.

Sana ada salji,pantai dan club-club malam.Jangan la pergi kalau iman lemah.Kang tak pepasal kena tangkap basah lak.Mohon dijauhi.

Trip cuti ke turkey masih terbengkalai setelah geng takde visa.Aku dah dapat dah.Geng pulak takde.Ni kalau melayan enjoy je........mau abis 3000 ringgit ni.Baik balik malaysia.Hahaha...

p/s : aku dengar si cidak dok jordan je..betol ke?

Rabu, 5 Januari 2011

Cuppy Cake Song


You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

khas untuk blog no 11...hehe

tulip putih itu



Hari ini,
ku temui bunga tulip itu lagi

Dia tunduk,
aku pun tunduk

Malam ini,
ku bertemu bulan itu lagi

Dia sepi,
aku pun sepi

Pagi ini,
ku bertemu fajar mentari itu lagi

Dia bersinar dengan penuh harapan,
aku pun...senyum dengan kegembiraan

3.11 pagi
irbid,jordan

moral : hidup dalam seminggu penuh dengan warna dan corak yang berbeza

p/s : er..ni bukan jiwang-jiwang..ni tengah release tension

Isnin, 3 Januari 2011

blog kamu,dia dan mereka

Aku demam.Esok exam.

1. Mahasiswi Adab n Lughah di UIA (kalau tak silap aku) sini

2. Ustaz yang berblog dengan penuh ilmiah dan hikmah (baru jinak,sila follow) sini

3. Bakal doc dentist yang bermuka ganas tapi hati taman (banyak secret admire) sini

4. Doktor perubatan yang memartabatkan bahasa melayu (sumpah best baca post beliau) sini

5. Sahabat doktor (4) yang berpujangga....b arab dia master sini

6. Dentist untuk sek-sek (golongan) askar,tapi dia pemalu sini

7. Keyboard tekan sendiri,owh lupe...dia bakal ostat sini

8. Err...makcik kampung seberang dan dia bakal doktor yang hebat! sini

9. Senior JUST,pernah menang blog terbaik adha sini

10. Unknown (siapa dia ni?tulisan blog dia mantap gile) sini

p/s : blog ke 11........nanti aku citer

Ahad, 2 Januari 2011

kerapu masam manis



2002

Hujung tahun,bapak aku cuti.Aku ngan adik-beradik pun cuti sekolah.Bapak aku bawak kitorang jalan-jalan sambil dia nak jumpa member-member lama dia.Yang selalu kitorang pegi adalah negeri Kedah.

Tempat yang wajib kitorang pergi kalau ke Kedah ialah "Tangjung Dawai".Pi layan medan ikan bakar.Masyuk bai.Tepi pantai,malam-malam.Pergh...

Sebelum aku lahir,family aku dok kedah.Kat sungai petani.Abang aku sempat la.Mak aku ngandung aku je,family aku ke selangor.Tu pasai no ic aku ngan abang aku beza no negeri kelahiran tu.

Kerapu masam manis memang menu wajib bapak aku kalau pi medan ikan bakar.Aku time tu dalam tempoh pembesaran.Makan je la apa yang kena selera.

Kalau makan kerapu ni,mak aku selalu buangkan tulang.Bahagian ekor tu aku suka.Bila tinggal sisa-sia ikan,aku nak makan lagi.Mak aku carikkan kat bahagian pipi.Sedap dan lembut.Aku sengih je kekenyangan.Sebab carikkan daging ikan untuk aku,mak aku sempat jamah sedikit je ikan kerapu tu.

Time tu aku tak paham apa itu pengorbanan.....

2011

Hari ni,aku bukak peti ais.Ada ikan yang aku tak kenal time beli kat pasar hari tu.Rendam seharian nak biar lembut.Aku siang ikan tu (aku bab siang ikan memang power).Aku lepak kat dapur dari maghrib sampai isya'.Sambil aku usha resepi dari internet.

Lepas je isya'.Ikan siap goreng.Buat kuah sweet sour.Siap je kuah,aku cuba rasa.Time tu,muka mak aku yang muncul lepas aku rasa.Memang sebijik cam mak aku masak.Time tu,air mata dah nak ngalir.Aku tahan je...laki kena kental!

Aku pi solat.Balik solat kitorang satu rumah makan.gelak-gelak.Time tu kawan aku cakap "ni ikan kerapu ni".Sekali lagi muka mak aku muncul.Aku makan je la.Happy je.Sorang demi sorang bangun dari talam.Tinggal aku berdua dengan kawan serumah aku sorang.Aku kesian tengok dia.Semua bahagian ikan dah habis.

Time ni,aku carik daging ikan kat kepala ikan tu.Ada juga sisa-sisa yang tak disentuh.Time tu,aku dapat rasa sebak di dada.Sape tak sebak,teringat pengorbanan mak."dulu,mak aku wat camni kat aku" aku bagitau kawan aku.

Aku bangun dari talam.Kalau tak,dah ngalir air mata.Aku tahan dari terkeluar.Biarkan hati menangis.

Kini aku paham apa itu kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.

p/s : hargai ibu bapa selagi mereka masih hidup...aku sayang mak ayah aku

Sabtu, 1 Januari 2011

fatrah imtihan



Bila aku nak study?

Exam esok luse je ni.

Sejuk la...alasan

Dah azam 2011 pun masih belum study

Bila mood tu nak datang?

Mohon diberi kekuatan.


Final exam : 4hb,10hb,12hb &13hb.

p/s : Aku ucapkan good luck kat sape-sape yang ada exam tu.Dan aku ucapkan bittaufiq wanNajah kepada mereka yang punyai imtihan.

satu tahun,satu lilin


musim bunga dipenuhi lalat





Umur kita umpama lilin.Satu tahun,satu batang.
Api itu umpama masa.Mencairkan dan memendekkan umur kita.

Dalam kehidupan ini,masa tidak menunggu kita.Membakar dan terus membakar.
Biar kita berteriak 
"berhenti membakar!!berhenti membakar!!".
Masa terus membakar umur kita tanpa beraksi apa pun.
Hatta sengih.

Oleh itu,rebut peluang.Sebelum kita rasa menyesal dan berkata 
"kenapa aku tak buat begini dahulu?".

Buatlah amal sementara punyai masa.Jangan ditangguh dengan ayat
"nanti la,umur muda lagi"

"buat amal ketika tubuh berada di atas tanah,bukan tika berada di dalamnya"

 jordan takde letrik selalu,tu yang ada gambar lilin

09:46 malam
31.12.2010
Bayt Lughah
Imarah Ishraq