Rabu, 16 Mei 2012

heppi sifu day

Semalam hari ibu,hari ini hari guru.

1997 --> 2012

Selama __ tahun (kira la sendiri) ni,dah ramai yang mengajar aku.Guru dengan title guru dan tanpa title tu.Meibi aku baru sedar ramai gila yang ajar aku nak kenal kehidupan.Bukan semua benda kita belajar dalam kelas.

Contohnya,

guru yang ajar aku lompat pagar yang hujungnya ada kawat besi tajam yang kalau kena perut boleh terkoyak 3 lapisan dalamnya. -> member aku

guru yang ajar aku camne nak buat meggi dalam cerek air. -> member aku

guru yang ajar aku ponteng kelas semata-mata nak tido dalam bilik pengakap. -> member aku

guru yang ajar aku lipat 180 degree time Lata Tembakah,Terengganu. -> member aku

guru yang ajar aku camne nak handle diri bila kena rotan depan 3000++ murid time perhimpunan. -> member aku

guru yang ajar aku apa tu bola dan setia pada chelsea. -> member aku

guru yang ajar aku kenal dengan pendalaman ilmu fardhu ain. -> member aku

guru yang ajar aku camne nak crouching kat padang gelapgelap lepas balik ceramah Nizar. -> member aku

guru yang ajar aku camne nak lari dari orang hisap ganja pukul 3 pagi kat Kota Bharu. -> member aku

..
..
..

mak ai...banyak gila member aku ajar.

"ibu,bapak,abang,kakak,cikgu,guru,ustazah,ustaz,tukang kebun,member,makwe"

KORANG SEMUA GURU AKU....selamat hari guru!

Isnin, 14 Mei 2012

hari ummi

Semalam hari ibu.Hari ni hari aku exam.

Hari ibu 2009

Pagi tu aku bangun awal,kul 10 pagi.Style orang bujang,bangun berkain pelikat terus cek ada apa bawah tudung saji.Meibi ada lebih sarapan bapak aku pagi tadi.

Lepas sarapan terus bukak tivi.Rumah aku takde Astro.Dua tiga kali marathon channel,terus tutup sambil baring menghadap shiling.Oh,hari ni hari ibu.

Terus aku call bapak aku suruh amik off keje setengah hari.

Lajukan cerita.

Aku ngan bapak aku masuk Giant bukit tinggi Klang.Pusing-pusing jap,amik feel shopping.Aku bukan kaki shopping,jalan dua tiga langkah je terus aku angkat hadiah untuk mak aku.

Balik rumah mak aku tengah siap-siapkan makanan malam,aku terus bagi mak aku hadiah tu tanpa berbalut.

Ok,aku beli mak aku sterika butik yg keluar wap air yg panas tu.Boleh gosok sambil hanger baju dan dapat elak kebakaran n baju hangit.

Mak aku happy je,cuma dia cakap "kat rumah ni dah ada 4 sterika"

.
.
.
.
.
.
.

Adik aku masuk UIA kebas sterika tu.

.:sekian:.


Sabtu, 12 Mei 2012

blog cikgu kafa

Dah lama aku nak promot blog ni.

Blog yang best untuk dibaca.Pasal pengalaman seorang guru.Ajar sekolah agama.Ubah manusia jadi baik.

Melentur buluh dari rebungnya.


Mohon aku kuat seperti dia.

Jumaat, 11 Mei 2012

chenta mongki (3)

8 januari 2000

Semua budak kelas aku dah masuk kelas.Aku je terkedek-kedek jalan slow-slow dari kantin.Sekolah aku Sekolah Agama Rakyat,pernah kot jadi isu suatu masa dulu pasal SAR ni.Pasal diorang perlukan bantuan sebab budak-budak sekolah SAR ni ramai yang bijak pandai bestari tetapi sekolah tak cukup peralatan dan kemudahan serta guru-guru professional untuk membantu budak-budak sekolah mencapai tahap yang sepatutnya.

Sekolah aku tingkat bawah batu dan tingkat atas kayu.Tingkat atas takde tingkap kaca,ada jaring besi sebagai tingkap.Seperti reban ayam,tapi itulah tempat aku menceduk permulaan ilmu agama aku.

Lepas naik tangga,aku jalan laju sikit sebab aku baru teringat yang mengajar sekrang ni guru disiplin sekolah,ustaz tarmizi.Mau kena sound nanti kalau lambat masuk.

Macam yang dijangka oleh otak aku setelah neuron-neuron bekerja kuat,ustaz tu memang dah masuk.Aku ketuk pintu slow-slow sambil senyum buat muka baik.Nasib baik mood ustaz tu baik,meibi sebab guru besar umum naik gaji kot.

Meja aku betul-betul depan meja guru,tu tandanya aku pelajar hebat dan cerdik sebab dapat duduk depan.Bila duduk depan fokus bertambah dan mudah masuk.Hahaha.Mana ada la,aku duduk depan meja guru sebab nama aku mula huruf M dan bila disusun tepat kat meja tu aku kena duduk.

Member sebelah aku budak skema yang selalu bawak botol air merah ada tali pastu sangkut kat leher.

Tiba-tiba,gegurl pi kat meja guru betul-betul depan aku.Dia keluarkan hadiah aku then terus bagi kat ustaz tu."Ni saya jumpa bawah meja".

Ustaz tu bangun dan berdiri depan kelas sambil cakap "Ni siapa punya ye? bau wangi-wangi ni".Aku cuak bai,terus buat muka relaks tanpa respon.Satu kelas tak tahu siapa punya.

Habis kelas je,aku terus gi bilik disiplin dan jumpa ustaz tu.Dengan tenang dan macho aku ketuk pintu kayu lusuh yang engsel belah bawah tu agak longgar.Aku masuk.Senyum-senyum.Ok la,sengih-sengih.

Aku terang semuanya kat ustaz tu dari A-->Z dan ustaz tu gelak sambil cakap,"kau kalau dapat 5A UPSR,kompem kau boleh dapat dia".

Peh,termotivasi aku tahun tu.Ujian lisan aku dapat cemerlang,ujian hafalan surah lazim aku paling laju menghafal,ujian tengah tahun agak best keputusan,akhir tahun aku berjaya dapat top 15..ok apa,kelas aku 20 org je.

...
...
...
...
...

4 januari 2001

Time ni kena beli buku,ustazah-ustazah yang jual buku teks.mana ada pinjaman atau biaya buku teks kat sekolah aku.Pandai ustazah sekolah aku promot jual buku,meibi kesan jualan kuih raya time ramadhan dulu kot.

Lepas angkut buku yang banyak gila tu.Aku ngan mak aku terus gi daftar nama untuk kelas darjah 4.Setahun lagi aku naik darjah 5 untuk UPSR.Mak aku mana yakin aku budak power sebab kerja sekolah pun mak aku yang kena buatkan.Haha.

Time tengok kat list darjah 4,aku pelik.Nama gegurl takde pun.Bila dah settle semua,mak aku dah keluar menuju ke bilik Hal Ehwal Pelajar,aku tanya guru kelas aku sambil masuk dua-dua belah tangan dalam poket seluar."ustazah,mana nama ***** ?".

"oh,dia dah pindah sekolah"

Ok,malas citer yang aku nangis dalam bilik air waktu maghrib dan mak aku ketuk bilik air kuat-kuat,ingatkan aku kena sampuk hantu time maghrib kes main kat semak belakang rumah petang tu.

Entah la...semua ni buat aku kenal dunia ni 1% sebab macam-macam lagi aku tak tahu time tu.

Tapi,entah macam mana aku ditemukan kembali dengan gegurl tu 4 tahun lepas.Hahaha.

Aku ke jordan...dia ke jordan...

Sekian.



Khamis, 10 Mei 2012

chenta mongki (2)

8 januari 2000

Cam biasa,pagi seperti pagi sebelum ni.Suasan embun pagi masih belum tersejat dek kondensasi berlaku bila mentari mula muncul bersama sinarnya.Ayam berkokok merdu yang mana ada dongeng mengatakan ada pertelingkahan antara ayam dan naga.Kalau versi islamik katanya ayam kata "wahai orang islam,bangun solat subuh!".

Pagi tu mak aku kejut aku bangkit (baca : bangun) dari tidur yang nyenyak.Biarpun tidur sebelum nightline ditayangkan,aku tetap bangun dengan keadaan malas.Biasa a,badan budak-budak perlukan tidur yang cukup.Paling koman 6 jam.

Time bangun tu nasib baik tak kantoi dengan mak aku hadiah tu.Lantas aku mengemas toto yang aku tidur tu.Bungkus sekali dengan tilam.Jadi macam popia.Zaman tu aku mana pakai katil,toto menjadi tempat aku dan adik beradik yang lain berbaring.

Cam biasa,mak aku jerang air dan letak dalam baldi untuk aku mandi.Darjah 3 ni gak aku belajar mandi sendiri tanpa siraman daripada mak aku.Berdikari kata orang tua.

Sempat aku selongkar carik hengkercip (sapu tangan) bapak aku untuk balut hadiah tu,segan la ada tulisan Malaysia tu.Nak kaver sikit.

Pas sarapan ringkas,aku dibonceng bapak aku ke sekolah dengan muka berbedak dan mata tertutup.Sebelum aku masuk mimpi bila sedap peluk bapak aku,dah sampai sekolah.Honda EX5 WAA 2787 tu berjasa gila dengan family aku.

Kampung aku maju.Takde babi hutan lintas jalan,ular lilit tiang letrik..paling seram ada biawak parit je.

Macam biasa,sekolah agama.Ada perhimpunan pagi dengan asma'ul husna dan lagu sekolah.Ringkas dan padat.Tapi takde la guru besar citer pasal gaji guru-guru naik ke,pasal nak beli tanah untuk padang ke.Cuma pesan jangan banyak main,exam sekitar sudut je,omputih panggil around the corner.

Citer laju-laju.....blablabla

Time rehat hari tu,aku sorang dalam kelas.Aku cepat-cepat keluarkan hadiah dan cepat-cepat lari ke meja gegurl tu dan letak hadiah tu dalam laci meja dia.

Abis je rehat....




p/s : panjang pulak citer ni

Rabu, 9 Mei 2012

chenta mongki (1)

7 januari 2000

Tahun ni,aku baru darjah tiga.Macam budak-budak lain.Nakal dan berhingus.Ponteng kelas,main bola belakang kelas,tiru jawapan kawan buat kerja sekolah tu dah jadi darah daging aku.

Tapi tahun ni ada yang berbeza.Special bak kata orang.Istimewa bak kata opah aku.

tahun ni fes love aku kot.Chenta mongki di zaman sekolah.Amik kau,baru darjah tiga kot.Aku time tu ingat aku suka kat sorang gegurl ni.Budaknya hitam-hitam gitu.Entah apa aku suka kat dia,budak kot..bukan anak gadis mahupun wanita.

Langkah pertama aku sebagai admirer dia,aku bagi hadiah.Lumrah budak sekolah rendah yang takde duit dan bergantung pada duit mak bapak bagi.Duit belanja time tu 50 sen je.Beli nasi lemak 30 sen ngan air sirap dah 40 sen.Baki 10 sen tu simpan beli jajan time on the way balik sekolah.

Time ni aku baru hafal surah lazim juzu' 30 dan belajar bab ikhlas n tawakkal dalam pelajaran akhlak.

Balik rumah aku selongkar bilik parent aku time diorang solat maghrib berjemaah.

Aku rembat :-

- minyak atar bapak aku
-kerongsong bunga pink mak aku.



Hadiah mesti la kena bungkus,lantas aku berlari ke dalam bilik air lepas amik surat kabar Utusan Malaysia ngan selotep.

Zapp Zappp!! siap aku bungkus dengan jayanya.Tinggal nak letak bedak-bedak wangi sikit.Time tu mana ada henset,BBpin,twitter or facebook untuk aku tulis nama profile or email kat bungkusan tu.

Malam tu aku tido lena sambil letak bungkusan kecil yang terpampang perkataan "Malaysia" warna biru.Tido dengan letak bungkusan tu bawah bantal.

sambung nanti............

Ahad, 6 Mei 2012

kontest bideo

ehem ehe



tekan link.tonton.dan menang

hadiah : moral dan pengajaran.

fa kap

13 Jam sudah berlalu

Tahniah kepada The Blues ataupun setan biru yg berjaya mengangkat piala FA bagi kap omputih.Game final semalam lawan liverpool memang sedap bila aku dapat tengok tim power lawan dgn tim power di mana dua dua tim hampir menjadi seri lantas ke sesi pinalti.

Khairul yg suka menanduk dan sepakan terus ke langit bejaya menjaringkan satu gol dan mencuakkan chelsea dgn gol tandukan-yang-tak-dikira.

Tegang suasana dan bengang si Suarez arnab bila gol tu tak dikira.Menjongang sungguh gigi beliau time tu.

Masa tambahan lima minit dan Torres masih belum kelihatan.Meibi dia ada malang kot hari ni ataupun stoking dia basah dan masih belum kering.

Time Ramires hitam sweet sweet tu gol,ramai penyokong liverpool mula memasamkan muka.

Ramires dan Drogba seperti gandingan mantap Drogba-Anelka suatu masa dahulu.Dengar cerita Drogba rindu dengan Anelka dan Anelka pun sama.Jadi,ada tawaran untuk Drogba ke China..tapi meibi ditolak demi piala-piala liga omputih.



wembley..2013

Khamis, 3 Mei 2012

serabut weiii

Ehem Ehem.

BKAS,Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan bakan menurunkan tirai.

Minggu lepas Mesyuarat Agung Permai berjalan lancar tatkala Bersih berjalan tidak lancar dihujung.

*tutup tingkap*

Sekarang musim panas,debu banyak dan 2 3 hari ni hujan kotor turun.

Malas nak update sebab nak dekat final.

Kim salam makcik pakcik yang ada kat gombak tu.

Selasa, 1 Mei 2012

tulis tulis

Alhamdulillah.

Pendahuluan dan intro serta 5 bab daripada 50 bab sudah aku coret dalam buku merah.

berbaki 45 bab sebelum diedit dan dihantar ke syarikat mana-mana yang berminat.

"Untung laa : ada tunang"