Rabu, 13 Februari 2013

Pernah tak suka someone then...

Pernah tak suka someone then rasa orang tu tak layak untuk kita?

Pernah tak suka someone then usha-usha orang tu orang ilmiah dan kita budak indie melepak?

Pernah tak suka someone then tengok-tengok dia suka dengan member rapat kita?

Pernah tak suka someone then kita baru sedar kita dulu friendzone dengan dia?

Pernah tak suka someone then kita sedar kita suka dia sebab dia caring dengan kita?

Pernah tak suka someone then kita sedar yang kita tak dapat dia akhirnya?

Pernah tak suka someone then kita sedar kita tengah suka dengan kawan baik dia jugak?







nampak tak apa yang ada dalam hati aku??

Isnin, 11 Februari 2013

Sampah

Setiap manusia ada perasaan kecewa
Aku tak lari daripada mereka
Mula rasa bahagia
Kemudian rasa kecewa

Bila kecewa datangnya tekanan
Ada yang mampu tempuhi
Ada yang tewas dengannya
Itu tugas tekanan

Laki-laki akan keluar minum dengan member
Pompuan akan mula mengalirkan air mata


luar rumah,jordan

Selasa, 5 Februari 2013

Kisah laki-laki dan pompuan

Laki-laki
Dalam hati rasa berpunya
Padahal tepuk sebelah tangan
Setiap tahun mesti confess
Dan setiap tahun jawapan berbeza maksud sama
Orang nampak laki-laki itu bodoh
Tapi dia rasa dia setia
Tunggu si dia
Buat selamanya
Dalam diri dia ada prinsip
'Kalau dah jodoh tak ke mana'
Bila jari si dia disarung cincin
Baru dia berhenti
Berharap

Pompuan
Dalam hati rasa gelisah
Dirinya syadid
Dia rasa tak selesa dicintai
Baginya cinta lepas kahwin yang wujud di dunia ini
Tiap tahun dirinya ditanya soalan yang sama
Setiap jawapan dia umpama berlari
Dari kecewakan hati si dia
Sering dia berfikir
Yang sarungkan cincin nanti itulah jodohnya
Dalam dirinya ada prinsip
'Siapa jodohku,itu takdir'
Tika itu
Baru dia berhenti
Rasa gelisah

Bayt Lughah,Jordan

Sabtu, 2 Februari 2013

line 3 metro

Turun tangga
Nampak papan tanda
'Opera' tulisan putih bekgeraun biru

Tali kasut terlerai
Tunduk dan ikat
Bangun dan melangkah

Tunggu metro
Usha makwe sepanyol
Usha atok baca paper
Dan trem Metro sampai

Pintu dibuka
Langkah masuk
Amik tempat duduk
Dihujung koc trem
Trem berjalan

Seluk tangan dalam beg
Amik langit vanilla
Baca satu bab ringkas
Trem berhenti

Pintu dibuka
Isi ditukar
Orang berlainan
Tapi bangsa sama
Sepanyol

Masuk lelaki dan gitar
Mula berdansa
Dan bermain lagu

Tenang
Usha belah kanan

Ada makwe senyum
:-)

Metro Line 3,Madrid

Isnin, 28 Januari 2013

Retirro Park

Di taman itu aku duduk
Aku dan kawan-kawan
2 tin sardin dan 2 buku roti

Di hujung jalan
Di atas kerusi juga
Kerusi yang sama bentuk
Sama warna
Seorang lelaki berkaca hitam
Dan sexophone nya

Satu lagu dimainkan
Irama beralun merdu
Rentak mengasyik kalbu
Orang ramai yang lalu
Mula berhenti menonton

Aku suap roti sardin
Melihat tugu singa-singa berdiri gagah
Dan tasik yang indah

Angin bertiup
Membawa bau
Aku lihat ke bawah

"Ciss!! Camne aku boleh pijak taik anjing pulak ni?!" Jerit aku dalam hati.

Retirro Park,Madrid

Rabu, 16 Januari 2013

Tips untuk jadi tourist

Kalau dulu aku sembang pasal tips menjadi bagpackers,kali ni aku nak kongsi pasal tips menjadi tourist.

*Dada dadada dada dadada* (lagu tema)

1. Bajet

Sebagai traveler,bajet anda kena besar dan power.Power kat sini bermakna "what we want,we can get it".Andai time travel lintas depan gerai jagung rebus,air liur mula stamulasi daripada otak akibat ransangan bau jagung rebus manis dan butter ke lubang hidung.Jagung rebus itu keinginan dan kita mampu dapatkannya.

2. Penginapan

Tempah hotel yang selesa secara online bagi mengelakkan ketiadaan bilik kosong bila kita tiba di kaunter pendaftaran.Bantal dan tilam yang wangi perlu ada dalam kehidupan seorang tourist.Ini penting sebab tourist temanya "selesa dan sejahtera".

3. Melawat

Sebagai tourist,semua tempat perlu dilawati.Bukan seperti bagpackers yang kalau takde bajet,tak perlu masuk dalam beli tiket.Amik gambar kat luar pintu gerbang sudah mencukupi.Sejarah dan info perlu dicatit sebagai hasil ilmiah seorang tourist

4. Inggeris

Seorang tourist perlu power bahasa inggeris.Inggeris merupakan bahasa ibunda muka bumi ini.

5. Niat

Tajdid niat.Insya'Allah semua menjadi mudah.

Selamat bercuti.Sampai point ke-4,aku mula hilang idea.. kahkahkah

Jumaat, 11 Januari 2013

klik kalau nak tau cinta itu apa

Ali usha Aminah.
Aminah usha Muhammad.

Kenapa Ali kejar Aminah,tapi Aminah tak kejar Ali?
Kenapa Aminah kejar Muhammad,tapi Muhammad tak kejar Aminah.

Simple.

Cinta itu celaka!

Muhammad usha Ali.

Isnin, 7 Januari 2013

Perkahwinan

Marriage. Some might see it as a happy ending but most times it's only the beginning. Beautiful nonetheless.

- Syarifah Amani Yahya (actor,director,art's student)

Ahad, 6 Januari 2013

Tips untuk jadi bagpacker

Kali ni aku nak kongsi 5 tips sebelum bagpacking dengan member sejenis.Aku tulis berdasar pengalaman dan buka  gebang semata-mata.

1. Stamina

Sebelum keluar bagpacking,pastikan anda ada stamina yang cukup.Sebab selalunya bagpacker ni banyak berjalan dan bawak beg berat dan besar kat belakang badan.Stamina yang cukup mampu membawa anda berjalan pusing satu kota istanbul dengan berjalan sambil sengih-sengih dengan makwe yangbnaik trem elektrik di tengah jalan.

2. Emosi

Yang ni paling penting bila kita hadapi masalah.Cuba sebelum keluar travel gi jalan sekitar tempat tinggal anda sampai anda sesat.Like jalan-jalan kat midvalley sampai sesat dan atasi emosi gelabah dan cuak yang wujud time tu.Bertenang dan cuba bertanya kepada orang keliling mana anda park kereta anda tadi. *Parking midvalley besar kot,selalu org lupa tempat kereta dia park*

3. Bahasa

Bila kita berada di berada di tempat orang,komunikasi paling penting.Jangan sampai jadi ayam itik nanti banyak masalah berlaku.Macam aku gi turki last year,aku hafal ayat turki yang power dan sweet like "gouz guzel" (cantik mata awak) aku guna dalam trem untuk makwe bangun dari seat n bagi aku.Kahkahkah!

4. Kepala

Di sini maksud aku adalah perangai dan fikroh.Berjalan dengan member kena ada yang jenis kental,jenis jaga waktu solat,jenis tak suka muzium,jenis suka budaya,jenis suka alam sekitar.Jadi,bila travel macam-macam benda kita boleh dapat ilmu dan info daripada mereka.Paling penting jenis yang suka sejarah sebab setiap benda dalam dunia ini ada catitan sejarah

"Lemah dan rugi orang yang lupa pada sejarah" - Ibn Batutah.

5. Kewangan

Sebagai bagpacker bujang.Sila jadi simple dan budget.Kalau ada surau,bantai tido surau.Kalau ada bus station,tido bus station.Tapi jangan bantai tiap malam tak check in hotel.Mau kena pukul dengan member kang.Kesihatan paling penting,oleh itu tulang belakang kena rehat dengan tilam hotel/hostel yang empuk.

Ni je aku kongsi setakat ni.Bye bye.Viva de espana!

Khamis, 3 Januari 2013

Dan Kematian Semakin Akrab


Di muka pintu masih
Bergantung tanda kabung
Seakan ia tak akan kembali
Memang ia tak kembali
Tapi ada yang mereka tak mengerti
- mengapa ia diam waktu berpisah.
Bahkan tak ada kesan kesedihan pada muka dan mata itu, yang terus
Memandang, seakan mau bilang dengan bangga:
- Matiku muda-
Ada baiknya
Mati muda dan mengikut
mereka yang gugur sebelum waktunya.
Di ujung musim yang mati dulu
Bukan yang dirongrong penyakit tua,
Melainkan dia
Yang berdiri menantang angin
di atas bukit dan dekap pantai
Dimana badai mengancam nyawa
sebelum umur pahlawan ditanam
di gigir gunung atau di taman-taman kota
Tempat anak-anak main layang-layang
Di jam larut, daun ketapang makin lebat berguguran di luar rencana.
Dan kematian makin akrab,seakan kawan berkelakar
Yang mengajak tertawa-itu bahasa semesta yang dimengerti
Berhadapan muka seperti lewat kaca bening
Masih dikenal raut muka,
Bahkan kelihatan bekas luka dekat kening
Ia menggapai tangan
Di jari melekat cincin
-Lihat tak ada batas di antara kita.
Aku masih terikat kepada dunia
Karena janji karena kenangan
Kematian hanya selaput
Gagasan yang gampang diseberangi
Tak ada yang hilang dalam perpisahan,semua pulih,
Juga angan-angan dan selera keisengan—
Di ujung musim
Dinding batas bertumbangan
dan
kematian makin akrab.
Sekali waktu bocah cilik tak lagi sedih karena laying-layangnya
robek atau hilang
-Lihat bu, aku tak menangis
sebab aku bisa terbang sendiri
dengan sayap
ke langit–