Khamis, 25 Julai 2013

Diari Encikgu #1

Tengah sedap-sedap aku tido lepas subuh tadi,ada panggilan masuk ke telefon bimbit aku yang uzur cover bateri asyik tanggal je.Pernah sekali aku tengah gayut sembang dengan member,selambe je cover belakang meluncur dan bateri terus tanggal dan jayuh ke tanah.Sadis gak henset aku ni.

Panggilan tu berbunyi "Salam,awak datang lapor diri kul 12 nanti ye".

Terbeliak mata aku terkejut.Aku tengah sedap mimpi ada plak call lapor diri suruh ngajor.Patutnya esok aku mula ngajor.Aku dah macam doktor oncall sebab ada patient tengah asthma teruk la pulak.

Aku ngajor hari ni sempoi je.5 6 orang yang aku jumpa semua suruh aku ajar garang.Aku dah la kelas belakang je dapat.Aku malas 'penjara' pemikiran diorang.Aku ajak diorang melukis.Kahkahkah.Menangis cikgu kelas depan dengar cara aku mengajar.Lazim kelas belakang kena garang.

"Ok,semua boleh melukis..kita luaskan imaginasi!" semua murid senyap..lepas 2 minit baru diorang jerit "yeahh!!". Aku terguna ayat level darjah 6 la plak.

Aku ngajor budak darjah 1 ni ramai comel-comel.Aku rasa budak yang bertempek keliling aku time ngajor sambil tanya "cikgu dah kawen?" lebih annoying dari budak yang buat bising.

Aku tak rasa aku boleh ngajar garang.Aku style sempoi je.

Aku masuk fes kelas,semua budak berdiri.Diorang senyap.Aku pon cangkung kat depan budak line no 1 pastu aku bisik "biasanya apa yang ustazah ucap?". Kahkahkah. Budak-budak dah sengih tengok aku.

Gila kau.Aku tak pasti boleh bagi salam kat anak-anak india ke tak.Hahaha

Aku harap esok bebudak baik,tak macam lipas.Sekian.

Ahad, 21 Julai 2013

kira-kira aku kawen bila agaknya ni?

Lepak dengan member kaki-kaki kutu dan ukur jalan kampung.

Ramai orang sembang nak bini camtu,nak bini camni.tapi diorang still duduk atas katil main telefon pintar.

Sejak jadi bujang menganggur ni otak banyak berfikir masadepan.Mana nak carik duit beli motor,duit beli kete,duit sewa rumah,duit hantaran.Ni baru menganggur.Kalau dah keje mula la kena tanggung diri sendiri.Sekarang ni top up pon aku mintak mak aku,dah nak mintak kawen? Mende la.

Dah keje nanti kena ada tabung dan simpanan.Pikir-pikir balik,orang sekarang hantaran nak 15,000 ringgit.

Gaji bulanan : RM 1,500
Duit kos hidup : RM 600
Duit bagi mak ayah : RM 200
Duit beli motor/kete : RM 300

Baki RM 400 je untuk simpanan kawen.Untuk capai RM 15,000 ambil masa selama 37 1/2 bulan bersamaan 3 tahun 2 bulan.Tu baru hantaran.Majlis lagi,akad nikah lagi,upah penaggah lagi,katering lagi,khemah lagi,kad jemputan lagi.

Bangang kan?

Kos hidup makin naik.Korang pikir la sendiri camne.

Bersyukur la sape lahir-lahir dah kaya.

Rabu, 17 Julai 2013

nota kecil #1

Dunia ini umpama sebuah buku yang terbuka
Dan kita pembacanya


Isnin, 6 Mei 2013

Korupsi dan Kroni di Bangku Sekolah

Sempena PilihanRaya Umum Malaysia ni,kita cuba muhasabah apa yang berlaku dengan Malaysia kita ni.

Ustaz aku dulu pernah cakap "Korupsi dan Kroni ni mula dari bangku sekolah lagi"

Memang benar orang cakap "sekolah itu kilang,universiti itu penjara".Pemikiran kita semua dikawal ketat dan tak bebas.Ada 'tangan ghaib' menjaga kita hingga diperbodohkan.

Korupsi berlaku di sekolah rendah lagi kalau kita tengok time kapur papan hitam habis.

A : Ni nak amik berapa batang kapur ni? satu kelas boleh 5 dapat je
B : Amik la lebih,kalau lebih pun apa salahnya
A : Ok, aku amik 9 batang

Kecik-kecik lagi dah ada budaya korupsi.

Belom kira bendahari kelas lagi.

A : Beli aiskrim untuk aku boleh?
B : Aku tak bawak duit la,ni pun duit kelas
A : Guna je la, kau penat kerja jaga duit takkan takde upah
B : Ye tak ye jugak

( terus beli aiskrim )

Itu budak sekolah,cikgu-cikgu? Pandai-pandai la korang pikir scene camne diorang jual kuih raya time ramadhan.

Kroni berlaku di sekolah rendah lagi kalau kita tengok dan biasa berlaku di scene sebelum mula permainan.

A : Aku nak main boleh? (senyum-senyum)
B : Mana boleh! kau bukan geng aku!
C : A'ah kau bukan kawan kitorang! kau kawan dengan Ali budak kampung sebelah tu

(budak-budak terus bermain bola tanpa A bermain)

A : Tapi aku sekelas dengan korang (bisik A sedih dan kecewa)


Kecik-kecik lagi dah ada sifat kroni dalam diri tu.Cuba tengok scene seterusnya.

A : Ali! senyap la,aku tulis nama kau kat papan hitam kang
B : Hek eleh ketua kelas ni,habis Abu bising boleh je
A : Abu tu kawan aku,dia jiran aku tau. Setiap hari aku boncang basikal dia balik sekolah

Korang mesti perasan kan scene ni?

Kira bangku sekolah pun tercemar,kita nak salahkan ibu bapa? cikgu-cikgu?

Rumusan : pelajar itu kain yang bersih,andai ter'tas' kain tu lelama ia akan koyak.







p/s : korang mesti ingat aku nak tulis "pelajar itu kain yang bersih,kita yang mencorakkan ia" kan? ke tak?  :P

Sabtu, 4 Mei 2013

Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim

Antara nabi ibrahim dan nabi muhammad..siapa lagi dekay dengan Allah? Siapa lagi Allah sayang?

Nabi ibrahim dipanggil خليل الله yang bermaksud (pada pandangan aku) : teman tapi mesra.

Nabi muhammad dipanggil حبيب الله yang bermaksud (pada pandangan aku) : kekasih sepenuh hati.

*Maksud tu aku ejas bagi kena dengan apa yang aku nak sampaikan

خليل memberi maksud seseorang yangvkita sayang dan kita lebihkan dia daripada kawan-kawan kita yang lain.

حبيب bermaksud seseorang yang kita penuhkan jiwa kita dengannya dan kita mahu bersama dia sentiasa.

حبيب lebih tinggi pangkatnya daripada خليل.

Dari segibalquran pula kita dapat lihat uslub selawat/doa tuhan pada nabi ibrahim :

س(سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ) [Surat As-Saaffat : 109]

Selawat dan doa ke atas nabi muhammad :

(إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا) [Surat Al-Ahzab : 56]

Kata kerja dalam bahasa arab terbahagi kepada 3 (madhi,mudhori' & amar).

madhi : untuk perbuatan yang telah kita lakukan
mudhori' : untuk perbuatan yang sedang dan kita akan terus lakukan
amar : untuk perbuatan yang orang lain akan lakukan setelah diarah

Perkataan salam pada nabi ibrahim menunjukkan perkara yang telah dilakukan dan hanya berlaku ketika nabi ibrahim masih hidup.

Manakala,nabi muhammad menerima doa dan selawat dalam bentuk berterusan dan ia terus dilakukan hingga saat ini. (Saat korang baca ayat ini di blog ini)

Allah! Lihat betapa sayang Allah pada kekasihnya.

Ingat,sesiapa yang sayang kekasih Allah..Allah sayangkan dia  (baca dengan nada sopi jikan dalam kl gangster "kau sentuh malik,aku cium kau")

Semoga Allah merahmati kita  (baca la dengan nada yang korang selesa)

Rabu, 1 Mei 2013

Aku harap korang baca post ni

Aku lupa tulis dan ia akan lupa sebab otak aku dulu suka makan jajan.Memang betul orang cakap jajan n cikedis ni lemahkan otak.Sebab tu aku terus tulis post ni sebelum aku lupa.

Jiwa,Minat dan Bakat.

3 benda yang beza tapi ada dengan diri semua orang.Andai takde maksudnya orang tu bukan manusia tapi hampas kelapa.

Ramai orang zaman sekarang jiwa dan minat lari dari laluan hidup dia.Banyak pengaruh luar menyebabkan benda ni jadi macam ibu bapa.Ibu bapa yang mencorakkan hidup anak-anak,tapi perlu ke abaikan jiwa dan minatnya? Dan terus mengejar 'bakat' kononnya.

Contoh : seorang anak dari kecik dilatih main piano,lama-lama jadi power...bavi aku tu bukan bakat sbb tu hasil latihan dan andai dia kena ketuk dengan kayu kat kepala dan dia lupa ingatan,pasti dia takleh main piano lagi.Sebab tu latihan bukan bakat,bakat ni benda yang apa pun terjadi kau masih mampu lakukan.

Ibu bapa mesti nak anak dia lagi baik dari diorang tapi tak pikir pasal jiwa dan minat anak dia.

Contoh : mak ahmad selalu pakaikan ahmd baju kemeja setiap kali keluar rumah,maka ahmad terbiasa dan sampai kahwin ahmad pakai baju kemeja.Tapi sampai satu masa ahmad akan sedar yang jiwa dia bukn dengan baju kemeja.Time tu dia akan berlaku pertembungan antara jiwa dan kebiasaan.

Minat pulak benda yang kau boleh ubah.Macam kejap minat dengan aminah lepas tu minat dengan sarah.Kira fleksible la senang citer.Tapi minat yang takleh ubah bila dia gabung dengan jiwa.

Contoh : ali suka makan telur goreng mata tapi dia taknak mata kuning tu keras dan masak.Dia suka yang jenis cair.Kira minat ni kalau ada yang buat spoil boleh buat gaduh la.

3 benda ni selalu orang sedar bila satu hari nanti.

Betul ke kos pengajian korang ni kena dengan jiwa korang? atau sebab korang minat? atau sebab korang berbakat? atau paksaan pihak ketiga?

Fikirkan sebab soalan ni je yang aku nak tulis,post atas tu penyedap cerita.

Jumaat, 26 April 2013

cerita lagho

Sekadar bercerita...

Si A suka pada si B. Tapi si A takde keberanian untuk bagitahu hingga satu hari si B nak pergi jauh. Tapi apa kan daya,si B takut tak dapat bagi komitmen terus tolak si A.

Si A hampa.Dia terus solo buat beberapa ketika.Oh lupa bagitau si A dulu ada si "sebelum A" ah sudah! ni camne aku nak cerita ni,malas dah edit. Takpe kita teruskan.

Si A bukak hati untuk mana-mana yang sudi dan terus masuk watak si C. Si A takkan la nak tolak benda yang sama-sama terima,bukan macam situasi dengan si B yang menolak. Tunang dan tarikh kahwen ditetapkan.

Beberapa ketika ahli keluarga si B rupanya berkenan dengan si A.Amacam? pening tak? 

Si A mengharap si B tapi dah terikat dengan si C. Si A sudah dilema.Tapi apakan daya,si A tersuka dengan si D. Alamak! tetiba ada si D ni nape pulak?! Takpe takpe kita teruskan.

Sekarang fokus kita pada si A C D yang B dan "sebelum A" kita KIV (keep in view). Si A taknak terlepas dua-dua,dia takut kalau dia dapat si C nanti tak dapat si D. Begitulah sebaliknya,dia taknak "kelak menyesal nanti tak berkesudahan" Celaka tak?

Si B dan si "sebelum A" mengharap pada si A lagi dan si A taknak jilat ludahnya semula konon-kononnya padahal teringin gak.

Sekian.

  • hati manusia senang berubah dan dia tak tetap,cuba selami betul-betul apa yang kita mahu dalam hidup ni?
  • fikirkan semula, kita mencari isteri atau ibu buat anak-anak kita?
  • bila anda dalam tempoh lepas berpisah,jangan senang terima orang untuk mengisi hati sebab bukan itu masanya dan pasti orang tu bukan yang anda benar-benar inginkan
  • bila berpisah,benda paling penting : jangan membenci


Khamis, 25 April 2013

Berusia Dotmen

Hari ini dalam sejarah,pasukan Rela Madrid kalah dengan pasukan level 2 liga jerman yang dikenali dengan gergasi kuning.Kuning hitam memenuhi stadium di jerman.Pasukan ini punya ultras ke 3 power di dalam ranking 'Pasukan Ultras Dunia'. Berusia Dotmen

45 minit terawal membawa kedudukan 1-1 di mana wak lemandohseki menyentuh hujung but dan bola bergolek ke dalam jurang lawan di minit ke 8 dan cristiani ronaldi berjaya membuat larian sepantas kilat bila bola diberi padanya time tu kamera sedang ulangtayang foul yang tak bawa kepada penalti.

Sorakan penyokong ultras di separuh masa kedua memang gila sehingga wak lemandohseki mendapat sepakan tuah yang dia tak sangka menghasilkan gol.Kemudian hasil passing yang lawa menghasilkan lorong untuk gol yang lawa.Dan selepas itu penalti bagi gol penyudah perlawanan ini.

Selambe wak lemandohseki menjaringkan 4 gol dan gotze yang berjanji pindah ke kelab level 1 liga jerman,Bayam Munik hanya tersengih melihat kegembiraan member sepasukan.Malam ini dia tak sentuh man bola yang bulat itu.

Riyus pemain muda yang ura-ura bakal ke Rela Madrid atau Manchester Bersatu berjaya mencuit hati penonton dengan loop atau chip keeper Rela Madrid, Diego Lopes. Oh lupa,Riyus ni ada kena ole time match ni..haha

Ok aku mengarut..bye!

Selasa, 23 April 2013

Cinta 2 Wali

Ibrahim adham berjalan menuju ke sebuah kota.Dia baru pulang dari kota mekah dan telah berjalan selama 10 tahun sebelum tiba di kota yang terpencil itu.Rumah daripada tanah liat dan jerami-jerami kering kelihatan sedikit basah mula mengering.Mungkin kota itu baru lepas ditimpa hujan rahmat.

Ibrahim adham duduk di bawah pohon tamar di dalam sebuah kebun.Di tangannya tasbih daripada tulang ikan paus aktif beraksi.

Masa berlalu beberapa hari,malam bintang mengerdip siang mentari menyinar.Ibrahim adham bangun daripada asyikan berzikir dan menyapu debu-debu di pakaiannya.

Dia terus mengangkat takbir dan solat sunat.Setelah selesai dia menuju ke arah sebuah rumah yang berpintukan tabir kain hijau muda.

"Assalamualaikum.." salam diberi

"Waalaikumsalam..siapa tu" jawapan diberi soalan dilontar.

"Saya Ibrahim adham, kamu semestinya Rabiah kan? Aku hadir untuk temanimu sebelum kamu menjadi bidadari syurga"

Rabiah diam seketika.

"Tiada..tiada ruang cinta di hati aku untuk makhluk alkhalik" balas Rabiah dan terus menuju ke ruang solat dan mengangkat takbir.

Ibrahim adham berundur dari tabir rumah itu dan berjalan meninggalkan kota itu.

Air mata mengalir di pipi Ibrahim dan membasahi janggutnya.
Air mata mengalir di pipi Rabiah dan membasahi tempat sujudnya.

- Himpunan Kisah Wali Tuhan -

Ibrahim Adham & Rabiatul Adawiyah

Khamis, 18 April 2013

symbolism

Maaf kalau pos kali ini ilmiah.

Symbolism atau dalam bahasa melayu lidah nenek moyang berzaman kita adalah "perlambangan".

Kita memberi lambang pada sesuatu benda yang mempunyai makna.

3/4 daripada qurun ke 19 dahulu,satu sekolah seni terbina dengan asasnya adalah symbolism.Mereka muncul pada zaman orang-orang seni amerika seperti Edgar Allan Poe yang merupakan seorang tokoh yang hebat bangkit di zaman itu.

Tenang-tenang je sekolah ini menyebarkan ajarannya ke seluruh pelusuk eropah tanpa segan silu.

Antara ciri-ciri yang ada dalam ajaran ini :


  1. Menggunakan khayalan dan angan-angan sebagai penyampai apa yang ada dalam perasaan dan emosi
  2. Pembentukan sesuatu isi yang disampaikan bukan untuk difahami
  3. Penggabungan 5 pancaindera manusia
  4. Muzik dan bahasa saling bergantung antara satu sama lain

Syair dan puisi yang terhasil daripada ajaran ini tidak boleh difahami sama sekali oleh pembaca.Tujuan penulisan mereka adalah untuk menulis dan terus menulis tanpa memberi makna pada sesuatu isi.

Pelik.

Tapi ini kebenaran kerana mereka berpegang dengan prinsip


"matinya seorang penyair apabila lahirnya pembaca yang faham syairnya"


Penggabungan 5 pancaindera bagi menguatkan tujuan mereka untuk memberi pembaca kekeliruan,kecelaruan,bingung,bengang dan bangang bila baca syair dan puisi mereka.Contoh :  Dengkuran Matahari,Masamnya Bulan,Sejuknya Kemarahan.

Dengkuran : telinga
Matahari : mata

Masam : lidah
Bulan : mata

Sejuk : kulit
Marah : hati

Mereka gabungkan 5 pancaindera ini bagi menghasilkan kebingungan pada pembaca.

Ayat-ayat pelik dan aneh juga digunakan bagi tujuan yang sama.Contoh :

Aku merangkak di dasar langit yang hijau
Mereka mencari berlian di angkasa
Hitam rambut kau ibarat emas yang bernilai
Kusut hati bagai bunga yang mekar

Haram! aku pun tak paham dan bingung dengan contoh-contoh ni.Hahahaha.


tu je kot post aku,aku post pon sebab ini yang aku paham dan belajar.


Untuk lebih menarik, google la Art movement atau School of poetry