Isnin, 16 Mac 2015

Diari Encikgu #61

Cikgu Romli cuit bahu aku time aku tengah sedap tidur dekat meja guru disiplin. Korang tahu apa, jadi cikgu disiplin ni sakit otak. Busy tak busy jadi cikgu disiplin ni setiap masa ada aje problem datang. Sampai setiap minggu muka aku makcik kantin tu nampak tak sampai 5 kali.

"Cikgu, saya ada cerita ni. Nak dengar tak?" tanya Cikgu Romli.

"Haaaa.." Aku balas pendek. Aku tahu kalau aku jawab "Taknak lah, aku nak tidur ni" pun sama je, Cikgu Romli tetap akan cerita walaupun cakap sorang-sorang.

Tengahari bahang tu dahi aku berpeluh. Satu sebab kipas bilik disiplin rosak dan satu lagi Cikgu Romli cerita pasal spiritualisme.

Cerita hantu.

Cikgu Romli cerita 2 3 kes dah berlaku penampakan kat sekolah aku ni. Yang paling latest pukul 3 petang. Tengah exam dekat tingkat 3, cikgu yang jaga exam bosan. Dia pun keluar kelas usha luar. Tiba-tiba sayup dengar suara perempuan bagi salam tiga kali. Padahal level tu ada satu kelas, yang lain stor sukan.

Cerita minggu lepas pulak jaga sekolah nampak budak kecik pakai spender makan nasi bungkus lauk telor dekat bawah tangga. Jaga tu nampak dari belakang tak berani tegur, hantu tu pulak takde nak paling senyum kat jaga tu. Jaga tu demam 2 hari.

Petang minggu lepas gak pekerja am sekolah nampak kelibat hitam macam tuala berbulu berjalan mundar-mandir dekat dataran sekolah.

Aku dah meremang menaip ni. Bye.

Sabtu, 7 Mac 2015

Diari Encikgu #60

Setiap guru ada anak murid kegemaran. Sama juga aku. Aku ada dua, sorang nama Amir sorang lagi Amira. Nama yang iras-iras tapi mereka bukan adik beradik. Mak ayah diorang bukan member mahupun berjiran atau lahir di hospital then nurse salah bagi anak macam drama melayu dulu-dulu.

Kacip tak kacip diorang dengan aku sampai hari ni diorang berebut ajak aku.

"Cikgu, joinlah clans saya!"

Bila ditanya ada berapa piala,masing-masing sebut atas 1800.

Sejak hari tu aku tak sembang pasal CoC mengenangkan nasib piala aku baru 900 lebih.

Ahad, 22 Februari 2015

Diari Encikgu #59

Sejak jadi guru disiplin ni ramai sangka aku mengajar secara garang dan tegas. Maka semua guru akan usha suasana kelas ketika aku mengajar.

Masih sama.

Kelas aku masih penuh gelak tawa dan murid belajar dengan enjoi. Lawak hambar dan lawak murah sentiasa ada.

Sekolah aku ada guru baru. Dia baru fes time jadi guru,maka dia kena tengok aku mengajar. Habis je tengok aku lepak minum dengan dia dekat kantin sambil sembang laporan disiplin murid.

"Cikgu memang ngajar gitu ye?" tanya cikgu baru.

"Camne gitu tu? Cer explain siket" aku tanya balik sambil suap bihun goreng dalam mulut.

"Gelak gelak. Ketawa terbahak-bahak" jawabnya ringkas.

Aku angguk.

"Tak rasa takde keberkatan ilmu ke kelas tu? Ilmu tak lekat kalau banyak gelak ni" sambung dia lagi.

Aku ambil tisu merah di atas meja.

"Kalau kelas hambar murid tak datang sekolah. Kau nak dapat berkat mende kalau tak dapat bagi ilmu kalau takde orang!" suara aku tertinggi.

Aku lap mulut, aku gi masuk bilik disiplin. Layan aircond baru pasang.

Fuhhhhh!!

Ahad, 1 Februari 2015

Diari Encikgu #58

Sekolah aku ada pengurus kantin baru. Kualiti semakin bagus. Makanan cukup rasa, yang lama makanan macam kau tengah kunyah chewing gum yang dah 8 minit kau kunyah. Rasa nak buang tapi rugi pulak nanti.

Aku nak cerita anak makcik kantin yang lawa tu tanya aku.

"Cikgu nak dada ke nak hati?"

Aku terberangan 4 saat sebelum ceduk sayur campur goreng dan tempe sambal.

Ahad, 18 Januari 2015

Diari Encikgu #57

Hari ni hari ahad. Dalam hidup aku, hari ahad ni hari yang gampang. Asal benda buruk je jadi hari ahad.

Pagi tadi aku bosan lalu buka facebook lepas lap kipas bilik. Kipas bilik jadi laju macam heli lepas kena lap.

Aku ternampak friend request ada satu noti. Aku tekan, aku senyum. Crush lama aku nak add friend rupanya. Dulu dekat sekolah punya sombong. Pernah aku belanja aiskrin dia tolak, alasannya dia batuk. Padahal rileks je minum ais kat kantin aku usha.

Aku mula chat dengan dia lepas approve. Aku sembang biasa hingga satu part ni.

"Awak, kita macam ada jodoh kan jumpa balik ni?"
"Hahaha mengarutlah. Saya dah kahwin lah"
"Ohhh lama dah ke?"
"Baru 5 bulan"

Mak aku panggil suruh beli gula. Aku tinggal pc dan terus ke kedai.

Balik je makwe tu dah tak online. Aku pun usha-usha fb dia. Aku nampak satu photo terbaru.

"Single dan masih mencari. Peace" tulis di kapsyen.

Aku lompat atas katil dan menjerit dalam bantal. Babi.

Selasa, 13 Januari 2015

Diari Encikgu #56

Pintu belakang kereta mpv ditutup separa kuat. Kereta buatan barat lebih kukuh daripada kereta nasional yang kalau selalu hempas nanti getah pintu mudah longgar dan senang tercabut.

"Abang dah makan? Tu abah ada beli pau untuk abang" tanya si bapa.
"Dah" jawab anaknya ringkas.

"Abang belajar apa tadi?" tanya si bapa lagi.
"Belajar kira-kira je" jawab si anak.

"Abang dapat kawan tak?" tanya si bapa lagi.
"Ada...nama dia Arif" jawab si anak.

"Yang mana satu kawan abang tu? Tunjuklah kat abah" kata si bapa.
"Ni sebelah abang ni" balas si anak.

Bapanya pandang ke seat belakang dan nampak kawan anaknya sedang rileks makan pau!

Kah kah kah

Ini cerita Arif si budak hyperactive.

Sabtu, 3 Januari 2015

Diari Encikgu #55

Malam Isnin tu aku berdiri depan sterika. Gosok seluar kerja dan baju kerjan untuk minggu depan. Punya semangat dan tak sabar aku nak kerja masuk sekolah balik bagi tahun baru ni seminggu awal aku bersedia. Mak aku pelik ingat aku demam hari tu.

"Awal benor kau gosok seluar tu. Nanti cik tam kencing atasnya kang, dah lah kau tu letak sepah-sepah" kata mak aku sambil tumbuk keledek. Katanya nak buat kuih cucur badak untuk majlis maulidurrasul esok.

Aku mencuka. Mak aku bukan nak support semangat waja anaknya menjelang tahun baru. Aku tekan tv depan aku tengok Fasura beraksi dengan encik sotong.

Pagi esoknya aku bangun pagi dan ke dapur mencari sarapan. Di tangan kanan aku secawan kopi indonesia dan di tangan kiri aku henset yang memaparkan web astro awani.

Mata aku terbeliak. Perlahan-lahan bibir aku melirik senyuman.

SESI PERSEKOLAHAN DITANGGUHKAN

"Alhamdulillah"

Aku merenung kemeja putih yang hangit di siku dan seluar kerja yang hangit di celakangkang.

Ini semua salah encik sotong!

Esok paginya aku bangun

Jumaat, 12 Disember 2014

Diari Encikgu #54

Cuti sekolah merupakan waktu heaven bagi seorang guru. Tak kira dia guru apa asalkan cuti sekolah mesti dia rasa heaven. Kalau dia kata tak rasa, kau hempuk kepala dia tiga kali.

Jadi cuti sekolah waktu memeningkan mak ayah yang bekerja. Nak cari nursey jaga anak tak pun import nenek/opah/atok/mbah dari kampung untuk jaga anak-anak ketika mereka keluar ke kerja. Tapi ramai juga yang export anak-anak ke kampung di hari pertama cuti sekolah dan ambil semula di akhir minggu cuti sekolah. nenek/opah/atok/mbah di kampung lagi pening fikirkan aktiviti apa untuk cucu-cucu mereka buat. Ipad tak berenggan di tangan memasing.

Tapi di kala cuti sekolah juga dianjurkan satu program yang membuatkan anak-anak lelaki akan duduk diam di rumah sambil mengaduh "Abah, gatal la" "Ibu, pedih ibu pedih". Kalau ibunya jawab "Ibu tahu pedih" mesti dibalas "Tipu! ibu mana sunat!".

Yup. Bersunat merupakan aktiviti yang dianjurkan ketika cuti sekolah. Tok mudim senyum berseri poket masyukkkk dua tiga minggu ni. Ada saja jemputan, kejap kampung sana kejap kampung sini.

Panjang dah aku sembang ni. Aku nak cerita tentang Amir dan bersunat je.

           

          Pada bulan Jun yang lalu, Amir pernah jumpa aku di depan kelas. Betul-betul sebelum cuti sekolah bermula. Dia datang dekat dengan aku dan bertanya "Cikgu, kenapa orang laki kena sunat?". Soalan mencabar gini memang biasa aku dapat dari Amir. Dulu dia tanya aku kenapa orang letak gambar ayam dekat tin tapi dalamnya ikan?.

Aku fikir panjang dan jawab "Supaya kita jadi lelaki. Amir nak jadi laki kan?". Amir angguk laju seperti menjawab tanpa berfikir.

Beberapa bulan berlalu. Tiba bulan 12. Pagi tadi aku ke masjid, ada majlis berkhatan beramai-ramai. Masyarakat zaman sekarang memang gila-gilakan benda free gini. Tahlil,kenduri kahwin,majlis aqiqah,majlis tunang,dapur jalanan,pasar percuma. Ini semua benda orang kejar sekarang tak kira level mana diorang dalam masyarakat. Asalkan boleh benda free.

Aku sampai je aku ternampak 2 3 orang junior perempuan sekolah lama ku dekat booth jual tudung. Aku berdiri gagah dan bersembang rancak dengan diorang.

Tengah sedap aku bersembang tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil dari arah belakang dengan kuat. Aku pun berpaling.

"Cikgu! Cikgu! Saya dah jadi lelaki" kelihatan Amir sedang menjerit sambil tangannnya pegang kain pelikat. Takut bergeser, nanti pedih.

Terus aku blah dari situ tinggalkan makwe-makwe yang sedang ketawa terbahak tengok scene tu. Aku cari port jamuan free untuk parent yang daftar anak bersunat. Aku mana sarapan lagi.

Sekian.

Ahad, 7 Disember 2014

Diari Encikgu #53

Gerak hati. Sering kita terdetik di hati untuk melakukan sesuatu tanpa sebab dan mendapat hasil yang kita tak sangka. Seperti nak ke kedai beli Magnum Gold tapi terdetik nak singgah rumah member, tup tup bertemu jodoh dengan adik member yang seksi dan suka pakai tshirt tanpa lengan je.

Aku share sedikit sebanyak pengalaman.

1. "Nasib baik pakcik tergerak nak ke sana"

Pakcik bas yang biasa tak lalu kawasan tu tergerak nak lalu dan terjumpa aku yang tak mandi pagi tunggu bas di Lombok.

2. "Aku dah tinggal dah mula-mula tapi bawak jugak, rupanya untuk kau"

Cikgu osman bagi aku rm2 buat belanja lepas aku sedar dompet aku tinggal dekat rumah.

3. "Gerak hati saya pilih awak"

Guru Besar kasi surat tawaran guru disiplin yang rasmi. Aku ketar dah time tu.

So..apa gerak hati awak?

Isnin, 24 November 2014

Diari Encikgu #52


"Kamu buat apa sampai tak datang sekolah banyak hari ni?" satu soalan je aku tanya. Tak banyak. Sesi temu pun tinggal 10 minit.

Danial pandang tepat ke muka aku sebelum buka mulut.

"Saya teman ayah saya. Ayah saya masuk hospital"

Tangan aku masih sibuk menulis laporan. Ini susah jadi cikgu ni, kena multitasking. Masa bekerja bukan lama. Banyak cuti aje.

"Habis ayah kamu suka kamu gagal dalam pelajaran? tak tahu apa?" aku cuba tekan Danial. Mana taknya, daripada kelas pertama dia jatuh ke kelas terakhir. Merosot.

"Cikgu, saya nak saya ada masa ayah saya pergi nanti"

#####

Tu yang aku teringat. Mata aku masih pandang doktor membuat CPR pada ayah Danial yang berada di lantai simen. Danial duduk di tepi doktor sambil matanya menangis. Aku tak boleh buat apa. 

"Danial Bin Rosman. Tempat pertama"

Kedengaran pengumuman di dalam dewan.