Ahad, 28 Februari 2010
Kembali
Muktah...pergi ke sane ziarah maqam sepupu nabi sempena Maulidurrasul....dan para syuhada' perang Muktah...
banyak qasidah...zikir...dan doa di baca sepanjang program....
aku harap semangat kumpul ilmu kembali....wasalam
p/s : tiada mood nak tulis panjang sebab 2 perkara
Khamis, 25 Februari 2010
Lagi hangat dari debat

Hari ni aku resign jadi reporter debate...haha...biar diorang semua berjaya tanpa aku punye komen...bukan membantu pon...
hari ni aku terbaca pelancaran kasut NIKE baru yang agak lawan tapi combination colour yang agak janggal...ramai gak yang pehi...aku nak gi gtapi tiket dah habis....
MERCURIAL SUPERFLY II telah berjaya dilancar di hadapn ribuan bersama kehadiran duta yang dicabar mencuba kehebatan kasut baru itu....
Christiano Ronaldo dijemput khas bagi menunjukkan kehebtana kasut ini dengan inovasi stud(pacak-pacak tapak)...yang disusun khas bagi mencengkam padang dengan kemas.....akhirnya beliau melakukan larian zig-zag tanpa segan silu.....
"The Fastest Just Got Faster"
Dihadapan ribuan penonton beliau memuji kasut itu...tapi,aku tak dengar LIVE,sebab tenet lembab....wawawa...
ape pun kasut ni agak best untuk dipakai...oleh sahabat yang tidak mempunyai tulang...wawawa...
AKU MULA NGARUT....
Rabu, 24 Februari 2010
Ape ni?..Debat la
Pusingan 1 : PEMBANGUNAN EKONOMI MERUNTUHKAN MORAL
Speker-Nazim Fred : membawa dewan dengan tenang dan lembut
KERAJAAN
Yaqzan DS : Alhamdulillah hari ini beliau makin maju dengan kehebatan madah...beliau dah melontarkan cabaran dalam ayat ke-2 lagi..."BUKU BERTEMU RUAS"...sememangnya beliau faham yang pihak lawan merupakan lawan yang sukar untuk dikalahkan....dan beliau telah berjaya mengatur satu cara licik dengan melontarkan konsep yang berjaya mengelirukan pihak lawan....pihak lawan sudah salah erti dengan pembawaan erti isu...
Azlan Shah : Malam ini sememangnya beliau sudah menunjukkan iras-iras taring beliau dengan membawa emosi dan lakonan yang hebat...bagi aku,pihak lawan mula tergugat selepas melihat kehebatan beliau....sememangnya beliau mahir dengan ekonomi...sebab itu beliau yakin malam ini menjadi milik mereka....make a move Lan...
Iza'an : memang aku cakap betul sebelum ni...dia ni boleh kerja ngan Edisi siasat...semua hujah beliau lancar dan penuh dengan contoh-contoh...cuma beliau kena ingat yang "setiap kalam mempunyai keburukan"...beliau mungkin ade peningkatan selepas ini...
PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau dah mula menunjukkan kehebatan letupan bom jangka yang aku penah sebut sebelum ini...beliau dah buktikan yang diam-diam berisi.....beliau berjaya pusing ayat pihak lawan dan memberi tekanan kepada pihak lawan...
Ulya : malam ni aku dah cakap pakai la blazzer...takpe-takpe...beliau membawa tutur dengan penuh keyakinan sehingga mengeluarkan kenyataan yang kumpulan diorang bakal megenggam piala presiden tahun ini....
Azzam : beliau dah buat satu gimik dengan lambat hadir...semua ahli kumpulan dah risau dia tak datang dah...akhirnya muncul gak..nampak la kelegaan pada ahli kumpulan dia....(Hilal tak datang.Syafakallah)....tapi dia ni la yang memberi semangat dan kehebatan kumpulan beliau...
Pusingan 2 : FACEBOOK:LEBIH SUDU DARI KUAH
Speker-Iza'an : kau pun tak tahan dengan lawak yang berlaku...wawawa
KERAJAAN
Lan mindef : Beliau dah disalah nama dengan Azlan Shah...tapi beliau dah membuat kelembutan dan suara beliau yang sedap itu satu perdebatan yang hebat dan lembut...cuma terdapat kesilapan dalam membawa hujah dan isi...beliau berkata maksud isu malam ini "pengguna yang ramai mencemarkan FB"....
Muiz Ashaari : memang beliau tukang lawak yang menjadi tumpuan ramai...beliau bertutur sedaya upaya dengan Fushah malaysia (bahasa baku)....isi dan hujah beliau agak memberi lubang kepada pihak lawan mematahkan dengan mudah...beliau juga tidak puas hati dengan pihak lawan yang memohon belas kasihan daripada penonton dan hakim yang merupakan pengguna facebook...
Mat Syah : Hahaha...memang betul la dia ni bakal Raja Lawak..."selamat pulang hakim" "sape ye nama pembuat FB tadi?" "perlu kau sambung ombak penonton??"....beliau la yang akan memeriahkan segala pusingan...next pusingan orang rindu sama lu Mat Syah....
PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau la yang membawa kehidupan malam ni dengan mulakan debat dengan tenang...semua ayat beliau ditutur baik...mematahkan hujah dengan tenang dan berjaya membuat pihak lawan terduduk seketika...
Amir : beliau muncul buat julung kali dengan kehebatan seperti wartawan...cuma mungkin ade kesilapan dengan fakta yang tidak lengkap...tapi juri bagi man of the night la...dan suruh semua contohi cara perdebatan beliau....akhirnya beliau tersenyum dengan persembahan pertama beliau....sape tahu beliau bakal membuat kejutan????
Ulya : jangan kamu pandang rendah dengan pihak lawan biarpun mereka bermain dengan arena perdebatan....semangat beliau makin rendah pabila mendengar lawak-lawak pihak lawan...beliau perlu melatih diri dalam bermain ayat bunga lagi..sebab Lan ade kata salah beliau salah guna peribahasa....banyakkan mencari ayat bunga...tapi jangan jadi Mat Bunga suda....haha
KEPUTUSAN
PUSINGAN 1 : PEMBANGKANG (5-0)
PUSINGAN 2 : PEMBANGKANG (4-1)
NEXT ARENA BAKAL BERLANGSUNG........
1MALAYSIA : POLITIK??
LELAKI MENYENANGKAN,PEREMPUAN MENENANGKAN...
Selasa, 23 Februari 2010
Dobat dot dot dot
teringat lak 2 tahun lepas aku pernah berdiri kat atas pentas asrama MML sebagai pendebat yang agak kecoh...haha...
Hari ni aku tengok 2 pusingan debat ala parlimen...naik gairah gak la..tapi,aku suka pada team yang sempoi-sempoi...
pusingan 1:Pakatan Rakyat Tidak Relevan
Speker dewan(tak ingat nama lak) : senyap dan sekadar mengangguk-angguk sahaja...memang speker dewan parlimen Malaysia la...haha
KERAJAAN
Lan Mindef : Ucapan dia agak menarik mula-mula aku dengar dengan tumbuk meja siap...cuma dia silap bab definisi yang menjadi 1st markah dalam pendebatan...
Muiz Asha'ari : Hujah dia seperti menjatuhkan diri sendiri sebab dia tidak membidas hujah lawan..bahkan dia seperti membawa dewan keluar jauh dari perdebatan...terlalu banyak wat orang ketawa...haha
Amir Siddiq : Erm...masih kekok,mungkin darah gemuruh mengalir dalam badan dia la kot...baru 1st round...besar kemungkinan ada perkembangan selepas ini....
PEMBANGKANG
Yaqzan DS : Hebat antonasinya dalam menghujah...aku pernah dengar time debat parlimen kat TV dulu...memang best..dia berjaya mencuri markah dengan definisi...terbaik aku katakan pada beliau...cuma tidak lancar macam kat TV la...
Iza'an : aku dah cakap yang dia ni pengacara edisi siasat...cara lenggok dia memang sebijik...haha..ape pun memang smart la dia cakap...cuma ade silap time dia carik kertas fakta....dan nampak sangat dia macam baca ayat kat kertas..next round jangan wat lagi ye...
Azlan Shah : Haha..dia memang lancar dan pandai wat antonasi relax je...cuma malam ni dia tahu dia bakal menang..so,dia hanya main pusing ayat la..tak perlu semangat sangat...kite tunggu taring dia keluar!!
pusingan 2 : Bajet 2010 Membebankan Rakyat
speker dewan(helmysudin..LemakPadat) : He is A Talkshow man...tak leh blah langsung ko punye ayat Mi...aku sempat ingat beberapa ayat ko:
1...Hari-hari makan petai,perdana menteri sudah selesai
2...Si,si..ko ingat binatang ape!!
3...Alamak,saya pulak banyak celoteh
4...Dipersilakan Mas Abdullah Azam
5...Pembangkang bermain number pulak
KERAJAAN
N/A : sekadar bias-bias sahaja aku dengar..dia banyak guna yat berbung..tenang dan senyap...dia ni seperti bom jangka yang bakal meletup bila-bila masa tanpa kita ketahui...semua hujah dia jawab dengan tenang...diharap bertambah mantap next round..
Abdullah Azam : Aku dapat info yang dia ni masuk tahun lepas debat presiden ni...menang ke tak..tak tau la..tapi,dia ni pendebat yang hebat..sebab wakil Irbid bergerak dengan presiden...sedap dia mendebat isu...dengan info dan keyakinan yang tinggi...dia ni bakal memberi cabaran kepada Azlan Shah...aku tunggu mereka bertemu...BUKU BERTEMU RUAS....
Ulya mindef : Selalunya dia ni cakap inggeris...tapi kali ni dia paksa dirinya cakap melayu agar debat malam ini menjadi milik mereka...mungkin dia ni selalu berdebat dan pernah masuk ke arena debate english sebelum ini...sebab tengok cara dia macam pendebat pro...(secara jujur,aku ade 90% cara debat dia..haha..xcaya tanya Hilmi Rosli)...cuma pemakaian dia malam ni macam memberi down kepada semangat...Ulya,ko kena pakai blazzer..baru ko ade spirit debate...
PEMBANGKANG
Lan mindef : Haha..dia maybe frust la sikit ngan pusingan tadi...kini dia kembali dengan sedikit keceriaan dan semangat baru sebab masuk ke pusingan baru...dengan tenang dan ringkas dia tidak ulangi sejarah pusingan 1st...dia memberi markah kepada kumpulan dia dengan memberi definisi debat malam ini..(next time jgn lpe pulak)....
Muiz Ashari : Semakin lancar berhujah dengan menggunakan fakta yang tepat tapi mempunyai lubang jarum pada fakta itu...maybe dia amik fakta tu minggu lepas...sebab tu Ulya yang baca paper tiap-tiap hari berjaya robek fakta tersebut dengan mudah...nombor-nombaor dan petronas menjadi senjata beliau dalam pusingan ini...(aku nampak pihak kerajaan garu kepala..haha)...lain kali time pihak lawan gulung ko jangan minta mencelah...time penggulungan mana ade celahan...dan takleh mintak extra time tau..
Mat Syah : Dengan kopiah hitam di kepalanya...dia tenang membuka kalam dan melontarkan isu...tapi,aku respek dengan keberanian membuka celahan beberapa kali kepada pihak lawan...tidak pernah debat menjadi sebegini...You Make History man!!....cuma time dia ni la pihak lawan meng"kantoi"kan kumpulan mereka dengan kegemilangan 1999...mahathir & IMF...itu yang berjaya menambah bonus pada ihak lawan...sebab dia senyap membisu dan mula ragu-ragu dan serta merta setuju dengan pihak lawan...macam mana la boleh berubah pegangan dengan mudah???
KEPUTUSAN
pusingan 1 : PEMBANGKANG
pusingan 2 : KERAJAAN
ESOK ADA 2 TAJUK LAGI YANG BAKAL DIBAHASKAN:
1)Facebook:lebih kuah dari sudu
2)Peningkatan ekonomi meruntuhkan moral masyarakat
"Kita bertemu di arena berikutnya"
Ahad, 21 Februari 2010
520/24
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.
Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.
PENAT!!!
tu je aku nak cakap lepas wat 520 biji karipap dlm masa 24 jam full time...huhu..
badan sengal-sengal dan kepala sakit-sakit....lepas bangon dari tido
cam malas nak update blog lak sakit-sakit ni...klik sini (pasal karipap)
Jumaat, 19 Februari 2010
Jemput2 bobby trap
dah lama aku nak wat post ni sebab jemput2 yang makin banyak membawa musibah kepada yang menggoreng...sebab tu ada kawan aku kata goreng gitar lagi selamat...haha...
jemput2 ataupun dikenali sebagai cucur...ala,yang adabi ada wat segera tuh...."kami dah pulang emak wat cucur,mudah saja tambah air..adun sebati goreng dan sedia cucur ****i namanya!" camtu la lagunye...aku xleh letak nama produk sebab kira free promotion..mana boleh camtu..
kawan aku paling latest kena benda ni...habis muka dah x encem....aku penah kena sekali time aku masak suka-suka...lompat-lompat time masak...mana la x meletop itu jemput2....haha
cara penyelesaiannye senang je selepas aku kaji dengan teliti : pastikan jemput2 itu dikacau dengan rata dan kembang betul-betul....dan jangan banyak sangat air...kang senang la dia meletop...haha...
tu je post aku...pasal mee kuning still survey ngan dak2 Irbid
Rabu, 17 Februari 2010
4 Rabi'ul awwal
tapi aku tak nak wat majlis...cuma plan nak beli halawiyyat dan sentap habis-habis malam ni kat bayt DQ...insya'allah...
semua doa aku panjang umur..murah rezki...temu jodoh la...huhu...ntah ar..hati aku penah bagitau aku yang temu jodoh tu nak dekat...haha
ayah aku ade bagi green light sblom fly...mak aku,kalau tak silap la...tak bagi kot..takpe-takpe,pasni aku tanya balik.....
ade soklan yang orang tanya aku selalu gak ar "bila nak balik?"...kalau orang cam kawan-kawan aku tanya tak kisah la...ni,sepupu aku yang kocik-kocik comel tu tanya..rindu gile bai...
aku sedih gak ar...plan nak balik 4 taun kang...tak tau lagi la...sebab tu semua plan.....
soklan yang agak kencang makcik-makcik aku tanya "dah jumpa jodoh lom?" soklan ni aku skip la jawapannya sebab aku tak tau jawapan aku betul tak...takut ilang 4 ribu ringgit kang (moja,ko ingat main Who Wants To Be Millionaire ke?)....
biar la...tapi aku ade benda besar nak wat....MEE KUNING...still pkir nak wat ke x..tu je..k,next post la aku cter pasal Bahana Jemput-Jemput...salam
Rumah kekasih Allah..
KLIK SINI
*tengah hafal peta Arab...
Isnin, 15 Februari 2010
Antum Sanah Ouwla?
ayat atas tu aku dapat sempena membuat sasaran 1st aku sem 2 ni...berjaya alhamdulillah..aku dan 2 orang lagi sahabat bertemu dengan Syeikh Mohd AsSouwi....di amman...biar kitorang ditipu dalam perjalanan ke sana dengan tambang teksi yang mahal...
ada bacaan qasidah dan kitorang cam biase la...bwak roti,kari ngan telur goreng sbgai bekalan...tidor xtau lagi...last-last kenal ngan 2 orang budak Yaman...haha..tidor la umah diorang....diorang la yang sebut ayat tu bile kitorang bgtau yang kitorang taun 1...diorang tak caye sebab taun 1 dah berjalan mencari ilmu...pelik ke???...maybe tu la suasana kat Jordan ni...biar la..
Hussien ajor aku masak nasik Kabsah Sardeen...best betul..balik je aku terus buat...jadi la jugak...beras je salah guna..haha...
Mohd AlHindi lak ajar aku pasal kemenyan dan ayam queckers...best3...aku blaja la slow-slow...minggu ni gi lagi kot...hehe
tidor rumah diorang memang best...tu la pengalaman tido umah arab...diorang layan baik...dan aku hadiah diorang kari...pergh...lupe lak yang hussien ni dulu blaja kat ERS kat subang jaya...nama full die lupe...skola blaja english....diorang ber2 ni pelajar uni Urduniyyah,Amman....
tu je la nak cter....nanti la pasal jemput-jemput tuh..salam
Khamis, 11 Februari 2010
Hip & Hop Bus
aku dah wat sesuatu agak gile dengan amik syair jahilli dengan doc yang KENTAL....tapi sebab dengan kata senior aku yang dah jadi legend tu...aku tetap nak amik...cuma aku kena main flow ngan doc ni la....Arsan Ramini....sedap nama tu...kenapa orang tak suka amik ngan dia???
sebab dia SYADID...tu namanya cabaran...aku nak amik ngan dia...biar aku kena ulang berjuta kali...asal aku dapat ilmu dari dia yang syadid....semoga aku dapat kejayaan bawah tunjuk ajar dia...dah lama melayu tak suka dengan dia...tapi aku lak gila amik ngan dia...camne yea???
"Budak Adab kena kental,sebab adab itu KENTAL" -Faiz (senior legend)
tu je...yang ni subjek aku amik lepas buang KOMPUTER sebab masa aku cam pack biarpun aku boleh bawak 6 subjek...so,tengok ar puas-puas...aku sakit mata ngadap laptop..k,salam

NEXT POST PASAL "BAHAYA NYA GORENG JEMPUT-JEMPUT"