Isnin, 24 Mei 2010

200



Alhamdulillah..kini dah yang ke-200 kali nya aku menulis kat blog ni.Blog ni dah umur berapa aku tak tau la.Tapi,mula menulis lepas SPM 08.Semoga ilmu dan input yang ada diambil la.Yang buruk tohok la jauh-jauh ye...

Macam tv la jugak,bila ada ulangtahun ape-ape mesti ade yang special.Aku nak buat soalan n jawapan yang agak feymes ditanya oleh geng-geng aku.Jom....

S : Memang nak ke Jordan ke dari dulu?
J : Time form 5 dulu pernah fikir nak ke mesir n yaman.Tak pernah pulak JORDAN tu datang hinggap kat ruang otak ni.Micheal Jordan pernah la.

S : Citer la cikit macam mana boleh apply ni
J : 1 pagi tu,kawan aku ada call suruh isi borang JAIS ke morocco dan jordan.Aku ngan mata ngantuknya bagitau la ayah aku yang pernah sebut pasal borang tu sebelum hari tu.Ayah aku time tu baru nak gi pejabat.Dia pun print la kat pejabat dia.Tup2 apply,dapat...alhamdulillah

S : Nape amik b arab?
J : Mula-mula apply amik pengajian islam.Tulis kat borang morocco dan jordan JAIS.Time meeting hari tu,diorang nak hantar b arab je.Aku jenis tak kisah.Asal boleh blaja.Ilmu tu luas,jangan kite sempit dan memilih pulak.

S : Nangis tak time kat airport?
J : Tak,sebab dah nangis kat umah malam tu sebelum tidur.Tapi,bile tengok mak ayah lambai-lambai tangan sebelum aku masuk tube yang hubung ke perut kapal terbang,hati aku menangis la.Mata tak la.Kena kental la,kata anak lelaki.Dok asrama pulak tu.

S : Best tak time kat KUIS?
J : Hahaha...duduk sebulan tapi dah rapat macam 1 taun.Budak-budak ni semua 1 kepala la.Boleh wat kawan dengan cepat.Baru kenal hari ni,malam tu dah lepak-lepak kat bilik.Terbaikk la batch ni.

S : Dengar citer,kat KUIS ada main flower2
J : Owh...tu aku amik bunga rose kat kawan aku yang jaga gerai bunga time majlis graduasi KUIS.Ala...aku bagi kat kawan JAIS aku gak bunga tu.Dia nak...budak laki la,bukan pompuan.

S : Apa yang lucu kat KUIS?
J : Berlatih wat lakonan "si pengembala & serigala" sampai seluar aku koyak.Depan budak pompuan pulak tu.Nasib baik sempat cover.(nasib baik xde orang rakam ataupun tangkap gambor)

S : Apa yang boring kat KUIS?
J : Sakit.Time tu musim orang sakit.Perut la,pening la,H1N1 la.

S : Perasaan turun kat Bahrain?
J : Pergh..tak terkata panasnya sebab bahang.Kulit cam terbakor.Tapi bahrain memang best la.Laut keliling,biru pulak tu.Bandar membangun dan smart.Nice!!

S : Apa yang kamu buat bila sampai je kat Jordan?
J : kena tukar baju sebab nak pi tarawih dan kena tido kat umah transit.Boring tau sebab time tu group JAIS ni la yang sampai.Orang lain lagi 1 minggu lebih baru sampai.Boooring tau dok umah yang ada tilam je.

S : Bape kali gi amman?best tak?
J :  Setakat ni dalam 5 kali kalau tak silap.Best kalau pi duduk rumah kawan yaman yang belajar kat Jamiah Urduniyyah.Diorang memang peramah dan baik hati.Aku suke bawak makanan melayu untuk diorang macam kari n bergedil.Diorang suka kan nya!!

S : Balik nak bawak ijazah @ zaujah?
J : Ingat nak bawak 2 2..tapi,zaujah tu macam tak boleh la.Sebab menganggu niat orang lain yang tujuan dia datang ke jordan nak belajar.Bukan datang nak cintan n cintun.So,postpone la zaujah tu lepas khirij kang.

S : Ape best kat jordan?
J : Jordan best dengan permata yang berkilau tapi dikaburi cahaya luar.Mencari ilmuwan yang betul-betul mendidik kita la paling berharga di jordan ni.Bila payah nak dapat pasti kita hargai.Bila mudah nak dapat,kita senang-senang tinggalkan.Tempat jordan tak banyak yang menarik.

S : Harga barang jordan mahal tak?
J : 1JD = lebih kurang RM5...barang-barang memang mahal.Tapi kenalah cari yang paling murah.Pandai-pandai la cari lubang untuk hidup.Carilah 1 benda tu dengan banding-bandingkan harga dari kedai ke kedai.Barulah boleh hidup dengan lenang di sini.

S : Arab jordan ok tak?
J : Adoi...arab sini masalah tau.Banyak pecah masuk rumah budak melayu.Kalau ngan budak perempuan yang suka jalan sorang tanpa bodyguard pulak mesti kena kacau.Gangguan seksual la.Tapi,bukan macam mesir yang lebih banyak.Mesir perlukan muraqqib(bodyguard) kalau nak kurangkan masalah ni berlaku.

S : Azam kamu 4 taun ni?
J : Nak bawak balik matan Alfiyyah & Ujrumiyyah.Kan budak adab.Bab nahu kena la mantop dan hebat.Kalau tak senang-senang orang nak kecik-kecik kan kita budak adab ni.

S : Ape kamu nampak dengan PERMAI?
J : Satu persatuan yang hebat cuma memerlukan 1 persefahaman semua pihak dan seleranya perlulah pelbagai agar ramai je yang follow program yang diadakan.Bukan cadangan ye ni,pandangan jer...

S : Senior adab best tak?
J : Senior adab kenalah dipandang tinggi sebab diorang ni cikit je dulu.Kalau nak blaja pun dengan senior diorang.Kengkadang 1 je senior diorang,diorang ade 8 orang.Nak buat tuisyen pon malas n takde semangat tau.Sekarang ni kitorang ade 21 orang berkongsi ramai senior.Jadi,senior adab kena lah diberi anugerah senior mithali ataupun senior kental.

S : Study adab camne pulak?
J : Entah la.Setakat ni masih belum amik subjek adab sebab syair hari tu drop sebab ada masalah dengan exam 1st dan 2nd.Hadi,tunggu summer semester ni la baru nak jadi budak adab yang songai..hehe..tapi smart

S : Cam dah tanya banyak,apa ucapan kamu sempena 200 ni?
J : Memang bayak pon soalan ni,kang kite sambung lagi.Sempena ke 200 ni,kalau blog ni makin boring.Sila lah delete blog ni dari list web yang korang selalu buka setiap kali on9.

Ok la semua....ni je soalan yang sempat aku ingat dan tulis...wasalam
p/s : esok exam...lepak-lepak suda..

Tiada ulasan: