Isnin, 14 Jun 2010

mendidik diri

Solat Sunat Dhuha hukum melakukannya adalah sunnah, Sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnu Daqiq al Id dalam kitab beliau Zad Al Maad. Inilah hukum yang menjadi pegangan fuqaha' Hanafiyyah,Syafi'iyyah dan Hanabilah. Tetapi fuqaha' Malikiyyah mengatakan ia hanyalah mandub muakkad.

Imam al Hakim mengumpulkan 20 hadith dari para sahabat mengenai solat Dhuha dan menuliskannya dalam bab tersendiri.

Imam as Suyuthi mengatakan ramai para sahabat mengerjakan Solat Dhuha antaranya :

1. Aisyah radiyaLlahu 'anhu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Said bin manshur dan Ibnu Abi Syaibah.

2. Abu Sa'id al Khudri dan Sa'id bin Mansur sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal.

3. Abu Dzar al Ghifari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah.

4. 'Abd Allah ibn Ghalib sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim.

Dikhabarkan juga bahawa Sa'id bin Manshur meriwayatkan dalam kitab beliau as Sunan dari Ibnu Abbas radiyaLlahu 'anhu yang bermaksud :


"Aku mencari solat Dhuha dalam al quran, maka aku menemuinya dalam ayat
(Surah Shad ; Ayat 18)

Sementara Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam kitab beliau al Mushannif dan al Baihaqi dalam Syu'b al Iman dari 'Abd Allah ibn Abbas yang bermaksud :

"Sesungguhnya solat Dhuha itu terdapat dalam al Quran, orang tidak akan menemukannya selain daripada orang-orang yang menyelami firman allah ta'ala yang termaktub dalam surah an Nur, ayat 36, yang berbunyi :

(Bertasbih kepada Allah (di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut namaNya di dalamnya) pada waktu pagi dan petang.
(Surah al Israk : 25)

Al Ashbihani meriwayatkan dalam kitab at Targhib dari 'Aun al 'Uqaili tentang firman allah subahanahu wa ta'ala yang berbunyi :

Sesungguhnya Allah mengampuni orang-orang yang bertaubat
(Surah al Israk ayat 25) menurut beliau adalah Solat Dhuha

Sayyid Siddiq Khan mengatakan bahawa hadith-hadith mengenai solat Dhuha adalah mutawattir dari kalangan para sahabat. Sekurang-kurangnya dikerjakan sebanyak 2 rakaat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu.

Al Syiradzi mengatakan bahawa solat Dhuhan adalah termasuk dalam golongan solat sunat rawatib. Manakala Imam al Ghazali menyatakan bahawa Solat Dhuha adalah termasuk perkara yang penting dan utama dalam Islam, atau dikenali dengan istilah 'Azaim al Umur.

Waktu Solat Sunat Dhuha :

Sebagaimana diterangkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib radiyaLlahu 'anhu bahawa waktu solat Dhuha ada 2 iaitu :

1. RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam solat enam rakaat pada dua waktu, iaitu pada waktu matahari terbit, dan pada waktu matahari mulai naik.

2. Apabila matahari mulai naik hingga seperempat langit di bahagian Timur, maka baginda solat sebanyak empat rakaat.

Diriwayatkan dari Zaid bin arqam sebagai berikut (yang bererti) : RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam keluar menuju tempat ahli Quba', ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Lantas baginda bersabda :
"Ini adalah solat awwabin (orang-orang yang kembali kepada Allah) iaitu ketika anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan al Turmudzi).

Bilangan rakaat Solat Sunat Dhuha :

1. Paling banyak 8 rakaat. Setiap 2 rakaat beri salam

2. Pengarang kitab al Fiqh 'ala al mazahib mengatakan sekurang-kurang solat dhuha ialah 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 8 rakaat.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha :

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Dzar radiyaLlahu 'anhu yang berbunyi :

Hendaklah masing-masing kamu bersedekah setiap pagi untuk setiap ruas tulangnya. Maka setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap ucapan tahmid itu adalah sedekah, setiap tahlil itu adalah sedekah, setiap takbir itu adalah sedekah, menyuruh berbuat baik itu adalah sedekah, menegah pebuatan mungkar itu adalah sedekah, dan sebagai ganti daripada semuanya itu, memadailah dengan mengerjakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat.


Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan dari Buraidah bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Dalam tubuh manusia itu ada tiga ratus enam puluh ruas tulang, dan hendaklah dia bersedekah untuk setiap ruas itu. Para sahabat bertanya : "Siapakah yang sanggup melakukan itu ya RasuluLlah ? Maka Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda : Kahak yang ada di masjid lalu ditutupkannya dengan tanah (atau dibuang serta dibersihkannya), atau menyingkirkan gangguan di tengah jalan itu bererti sedekah. Maka jika dia tidak sanggup melakukannya, maka dua rakaat Solat Dhuha memadailah sebagai penggantinya.


Dalam mengomentari kedua-dua riwayat di atas, Imam al Syaukani mengatakan :
Kedua-dua hadith di atas menunjukkan betapa besarnya keutamaan solat Dhuha, betapa tinggi kedudukannya dan betapa kerasnya syariat menganjurkannya.


Hakim dan at Thabrani meriwayatkan dari Nuwas bin Sam'an bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Telah berfirman Allah ta'ala (dalam hadith qudsi) :
"Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (solat dhuha), nanti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya"
(Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, al Turmudzi, Abu Daud dan al Nasa'i dari Nu'aim al Ghitfani dengan sanad yang baik)

3. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu yang berbunyi :

"Aku diberi wasiat oleh kekasihku sallaLlahu 'alaihi wasallam dengan tiga perkara : Iaitu puasa tiga hari dalam sebulan, melakukan 2 rakaat solat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.


Rujukan : Ibnu Muhammad El Fandhani, Panduan-panduan Solat-solat Sunat.

Tiada ulasan: