Selasa, 24 Ogos 2010

sang muroqqib (siri 3)




Petang bulan Ramadhan di Irbid memang panas.Suhu hari itu mencecah 47 darjah celcius.Matahari memancarkan cahayanya yang membahang.Amir Siddiq sedang termenung di beranda dapur rumah sahabatnya,Ulya. “Siddiq,masak apa untuk iftor ni?” tanya Ulya bila dia masuk ke dapur.Senyap tak terjawab. “Wei!!aku cakap ngan kasut apa ni.Siddiq!!termenung apa petang-petang ni?” separuh jerit Ulya melaung mengejutkan Amir Siddiq dari lamunannya. “Ha!!minta maaf sangat-sangat Ulya,ana tengah fikir pasal akhowat semalam” terkejut dari lamunannya. “La…lagi 1 jam nak berbuka pun boleh layan jiwang akhowat muroqqib pulak” sengih Ulya. “Eish..ana fikir macam mana cara untuk akhowat-akhowat Irbid ni terima sistem muroqqib ni,bukan fikir pasal si Zafirah tu” kata Amir Siddiq sambil bangun dan berlalu pergi meninggalkan Ulya dengan kualinya. “Ye la tu..” bisik Ulya di dalam hatinya.

********

“Ragbi?” ajak Furqon.Amir Siddiq tersenyum dan mengangguk kepalanya.Setuju.Mereka berdua berjalan ke jalan utama Syari’ Jamiah menuju ke Jamiah Yarmouk.Budak-budak Irbid sudah ada sebahagian yang minat bermain ragbi petang-petang.Sebagai mengisi masa lapang.Ada yang bekas pemain sekolah,ada yang bekas pemain daerah dan ada yang baru sahaja mula bermain.Sanfur bak kata orang arab,freshman bak kata orang putih.Furqon merangkap kapten pasukan ragbi Irbid selalu mengajak anak-anak buah pasukannya bermain di petang hari.Hari itu hari pertama mereka turun ke padang setelah masuknya bulan ramadhan.mereka berdua melepasi kedai halawiyyat (manisan arab) Sahl Akhdor. “Siddiq..” tegur satu suara.Amir Siddiq berpaling.Kini,di hadapannya seorang akhowat.Akhowat itu tunduk sambil menghulurkan plastik bungkusan halawiyyat. “Hadiah untuk semalam,syukran tolong saya.Assalammualaikum” kata akhowat itu selepas Amir Siddiq mengambil plastik bungkusan halawiyyat itu.Amir Siddiq masih lagi kaku tergaman.Zafirah..akhowat semalam yang lari daripadanya.Kini,beri dia halawiyyat sebagai tanda penghargaan.

“Pergh…Zafirah tu,pandai ko ayat dia” kata Furqon kagum sambil menepuk bahu Amir Siddiq. “Eish..ana tolong dia semalam.Tu je.Dah-dah,jom pi main.Lama pulak budak-budak ni tunggu kang” kata Amir Siddiq untuk menamatkan topik itu.

“Der,ko kena paham perempuan n cinta ni. cinta umpama ragbi,berani tempuh berani terima apa itu risiko..tapi,ada yang menunggu kamu di belakang.Ingat pesan aku ni.Jom!!” jerit Furqon sambil mula berlari.Amir Siddiq turut berlari.Dari jauh,kelihatan Zafirah tersenyum melihat gelagat 2 sahabat itu.

12 ulasan:

azam berkata...

ade ragbi gak tu. hahaha. style2.

ahmad alkhani berkata...

mesti la...furqon duta ragbi bai..sbb tu kne ada dia...

klau dia xde,ragbi xde..klau ragbi xde,dia xde..

Unknown berkata...

gila lah.

kalau macam ni hilal asyraf takleh cari makan nii.

ahmad alkhani berkata...

ek ele..tulis camni mana boleh kcau periuk nasi novelis...cikai je tulis..bagi ayam pun ayam xnak baca..

bukan penggoda berkata...

cinta umpama ragbi,berani tempuh berani terima apa itu risiko..tapi,ada yang menunggu kamu di belakang..

stail!

ahmad alkhani berkata...

tengok la sape yang sebut ayat tu..nak msok dlm citer ni pon kena claim tau..

amn berkata...

cerita betul ea?? sambung2.. tak sabar nk baca.. :)

ahmad alkhani berkata...

btol ke?
segan la nak sambung..kang kena kutuk lagi..hoho

Flower Detox Tea berkata...

wah...best citer ni???emir sidsiq peranan utam ke??hu8...sambung k!!citer btol ke ni??

ahmad alkhani berkata...

a'aa....cter btol ke x...tny la die...hidup die..bkn hidup penulis

amn berkata...

tak semua benda kita buat, orang suka.
asalkan benda tu tak salah, abaikan je apa orang cakap. tapi, kutukan tu la yg mematangkan diri.

ahmad alkhani berkata...

owh....klau camtu tiap2 ari la org kne kutuk diri ini agar jdi matang..hohp