Sabtu, 30 Oktober 2010

cinta tak pernah wujud



Hari ni sabtu.Esok ahad.Lusa isnin.Tak pernah berubah.Nama tak pernah berubah.Yang berubah hanya isi hari itu berjalan.

Bukan nak merepek yang sengal lagi hari ni.Aku nak citer pasal perubahan ke belakang.Pernah kawan aku cerita: "berubah ke belakang lagi baik dari berubah ke depan".Aku tak percaya la mula-mula bila dengar.Tapi,hari ni aku dapat lihat.Apa yang dia katakan....


A seorang yang selalu mecari ilmu time kat sekolah dulu.Tiap-tiap malam keluar cari ilmu agama kat surau-surau.Sanggup lompat pagar semata-mata nak carik ilmu.Sampai nama dia blacklist dalam senarai nama pelajar asrama.Memang junior-junior die respek la kat dia.Nama die feymes kalau nak tanya soalan agama.

Dalam senyap,si A ni suka ngan si B.Tapi,dia malu n segan.Dia tau dirinya tak punya rupa.Dia hanya berdoa mengharapkan jodoh bersama si B.Si B ni sebenarnya suka si A sebab perlakuan dia yang sangat-sangat alim.Dia pun selalu doa si A ni jadi pasangan hidup dia.

Si A dapat tawaran ke mesir.Dia sedih sebab nak tinggalkan si B dari pandangan dia even tak pernah contact ataupun bercakap 1 by 1.Seminggu sebelum fly ke mesir.Si S n family nak pi tunang si B.Mula-mula ketar lutut,bila khatam quran 2 kali.Semangat pun mari.Tapi,nak katakan jodoh belum tiba.Si B nak family pindah ke Australia sebulan sebelum tu lagi.Haih~

Si A terbang ke mesir.Negara penuh pancaroba.2 3 bulan dia di sana.Dia mula berubah.Kalau dulu sebelum fly dia niat nak pi talaqqi (sedut ilmu) 3 4 kelas.Bila sampai je,1 kelas pun dia tak join.Dia enjoy dan hanyut di sana.Culture Shock omputih panggil.Sebelum ni tak bebas.Sebelum ni tak penah gaul ngan awek-awek melayu.

Tiap malam dia dating ngan awek-awek melayu atas suttuh (atap) umah dia.Bebas seperti mana burung berterbangan.Dia lupa pada si B saat itu.Tangan dia dah pegang macam-macam.Mencari kepuasan diri.Pelajaran entah ke mana.Apetah lagi kelas talaqqi.Bangun tidur je ngadap FB,nak tidor je ngadap GF(gurlfriend).Rokok n shisha memang fav dia setiap masa.Solat dah ke mana.Quran.....................

Si B pulak,dia rasa sangat nyesal pindah.Dia dapat berita dari jiran dia pasal rombongan tunang.Kini,si B kat Australia siap-siap untuk majlis perkahwinan ngan si C.Si C ni dulu musuh si A dalam senyap.Si C ni jeles ngan ke'alim'an si A.Dia pun suka kat si B.Kini,dia dah menang dalam pertandingan.Mereka sudah bernikah.Tinggal nak wat majlis je.

Malam-malam,si B selalu tengok gambar dia kat sekolah.Ada gambar si A pakai serban simpul.Smart n berkenan di hati.Biar muka agak gelap cam langsat."andai dia jodohku,bukakan ikatanku yang tersimpul ini".Dia mengharap doa dia dimakbul tuhan.Dia kawen ngan si C ni pun sebab perniagaan family.Sedih hatinya merintih...

Si A makin teruk dari hari ke hari.Satu malam dia pulang dengan hisap rokok kat tangan.Dia nampak seorang awek arab seksi jalan kat lorong gelap.Seluar pendek menampakkan peha yang putih gebu.Si A ni sedang tension time ni sebab dia down result sem kali ini.Nafsu dia melonjak tinggi.Dia menuju laju ke perempuan itu dan tarik bajunya.Baju perempuan itu terkoyak.Perempuan itu tak sempat menjerit,si A tutup mulutnya.Mata bertemu mata,apa yang berada atas pusat perempuan itu terzahir bersama cahaya kuning lampu jalan.Si A bersedia untuk melakukan benda terkutuk.Nafsu mengambil alih dirinya.Awek arab itu hanya mampu menangis.Pabila si A membuka seluarnya,azan subuh berkumandang : "Allahhuakbar,Allahhuakbar!!"

Time ni,dia kaku.Badanya kaku.Lemah dan hanya mampu terduduk.Hatinya bagai diketuk-ketuk.Dia berlari.Meninggalkan awek arab tadi.Sampai di rumah.Dia lompat ke atas katil.Dia menangis.Dia tak sangka dia akan buat benda terkutuk tu.Dulu dia sekolah agama,belajar agama..akhirnya ingin buat benda yang pernah dia larang.

Si A menangis sampai sinar mentari masuk ke biliknya.Dia mengingati dosa-dosa nya yang dibuat sejak tiba di bumi mesir.Bumi anbia bumi barokah.Dia bangkit,ke bilik air dan mengambil wudhu'.Solat subuh n taubat dilakukan.Bagaikan baru belajar apa itu solat.Dia lakukan secara teliti.Habis solat,dia bangkit.Ya Allah,dia masih tak kuat.Dia capai majalah playboy yang penuh gambar haram tu.Bila nak bukak je mukasurat pertama,dia terkedu.Kenapa dia tak berubah lagi??majalah diletak ke tempat asal.Dia nak baca buku cinta yang pernah dia temui dulu kemanisannya.Al-Quran.Dia tak pernah tinggalkan bacaan dan hafalannya.Terjaga sentiasa.Tu lah perisai dia malam itu...

Si A berubah ke belakang.Dia menjadi seperti dirinya dulu.Itu yang dia mahukan.Mencari kehidupan yang penuh ilmu dan hikmah.Kini,dia dah berjaya pulang dengan cemerlang ke tanah air.

Tiba di airport,ramai yang menyambutnya.Air mata dia mencurah-curah pagi tu.KLIA yang dia rindui dah dapat dilihat semula.tapi,bukan hanya air mata kesyukuran yang keluar.Air mata kehampaan keluar juga.Si B & C menyambut dia juga hari itu.Bersama anak-anak mereka.Hati bagai dihiris sembilu bila dapat tau diorang dah berkeluarga.Atas dasar iman dan ukhuwwah,dia redha.Sekian.

p/s : Si A tau yang si B lagi baik dan dia tak layak untuk si B,sebab tu dia pasrah...."andai kau milikku,aku mahu bersifat seperti engkau"

*1st : bukan aku watak sape-sape dalam citer ni
*2nd : ni kisah benar
*3rd : jangan carik awek arab malam-malam

Tiada ulasan: