Jumaat, 18 Mac 2011

sampah dan gelak

Dua perkataan..lain maksud...lain makna

Sini bukan Dewan Bahasa & Pustaka jadi bukan nak terang makna ataupun ape contoh ayat yang menggunakan perkataan atas tu...Oh,aku dah mula merepek.

Sini ada dua cerita...maybe bukan cerita,just perkongsian dari hati hempedu yang pahit untuk memberi kemanisan dalam senyuman korang-korang semua.Oh,ayat sengal dah keluar.


Sampah



Seminggu yang lalu,ada la NGO kat Irbid ni.Aku panggil Pemuda Irbid (PI).Diorang ni gagasan yang terkandung dalamnya budak-budak arab irbid.Okey...ape yang aku nak citer,diorang ada buat gotong-royong la senang cter.Macam biasa,kumpul dan kemas kawasan penduduk sini..oh,diorang bersihkan jalan utama la..bukan perumahan.

Tu citer diorang,ni pulak citer aku bile on-the-way gi kelas BI 4 hari lepas.Aku dan kawan aku follow sorang laki arab ni.tangan dia ade biskut coklat yang sedap.Haha..aku nak cter yang arab tu buang sampah depan aku.

Dengan spontannya,aku kutip sampah tu dan mendekati arab tu.Aku berhajat nak pulangkan plastik sampah tu.Okey,kawan aku yang sorang tu dah menjerit-jerit dah halang aku.AKu senyum je la...tak jadi bagi arab tu.Aku buang sampah tu dalam tong sampah.Kawan aku ada cakap "mau makan penumbuk arab gak ko nanti".Aku senyum sebab semua arab dah nampak apa yang aku buat tadi.Haha..di mana kemaluan aku?


Gelak


Ni citer hari ni.Cter yang berlaku lepas kelas Sorf tadi.Oh,exam..agak kantoi.Tapi memang frust la..

Abis je exam terus pecut gi kelas tambahan aqidah.Semangat berkobar-kobar.Bile masuk je kelas,setengah kelas penuh dengan orang.Aku baru langkah 2 tapak,doktor tu terus bagi ucapan penutup.Time ni aku berhenti depan 20++ orang dan mereka semua tengok aku.Doktor dengan selamba jalan keluar tepi aku,time tu jugak 1 kelas gelak tengok aku.Adeeeehhh...

Moga next kelas aku bersemangat nak pegi...jangan kena gelak lagi sudehhh

Tiada ulasan: