Jumaat, 30 Mac 2012

Jumaat : Sedih dan Harapan

Waktu sekarang dah nak maghrib.Entah la kenapa aku suka tulis waktu-waktu solat dalam pos aku,meibi hati aku terikat dengan solat kot..aminnn (kalau betoi la).

Aku baru pas pekena kopi o arab selepas aku menapak keluar dari gua (baca : rumah) semata-mata nak beli serbuk kopi jenama Arafat tu.Ye la,tiba-tiba mengidam pekena kopi o kaw waktu petang di hujung minggu.Nak cerita dari aku pakai selipar sampai aku bukak selipar sebelum masuk rumah payah la bro.


Aku nak sembang pasal subuh.Ha...tengok,waktu solat lagi.Harharhar (gelak budak lelaki zaman sekarang).

Bukan pasal solat subuh ataupun pasal doa qunut mahupun sujud sejadah.Tapi nak citer pasal pemergian Raja Sulong Perak,Raja Ashman.Aku perhati arwah dari laman web maya mahupun youtube dah 2 3 tahun ni.Memang bagus kalau naik jadi raja perak,sebijik macam Tengku Faris yang naik di Kelantan.

Ada latar belakang agama yang kuat.
Ada sifat tunduk hati pada tanah. (baca : rendah diri)
Ada jiwa rakyat marhain. (bukan nama awek okei)

Sila-sila la search apa yang patut pasal arwah sambil sedekahkan fatihah.

*****

Habis pasal sedih.

Harapan ni aku nak bawakkan satu poster..jap ye,nak kopipes.


kredit to profile picture awek-awek di Facebook


GMJ = Geng2 Menuju ke Jerusalem (baca : Global March to Jerusalem).

ini pon kena search la kat web dan youtube untuk lebih lanjut.

Dah la,kopi o aku dah nak sejuk nanti tak sedap pulak.

*Sedih dan Harapan*

Tiada ulasan: