Khamis, 5 April 2012

kangker

Salam satu malaysia,salam sayang dari jordan.

Hari ni hari khamis.Hari terakhir kuliah aku dalam minggu ni.Macam biasa,seperti hari-hari sebelum ini aku bangun,gi kuliah,solat,game,tido.Semuanya berulang-ulang.Hidup predictable dan berjadual seperti KTM malaysia.Orang dah tau pukul berapa KTM tu sampai.

Tapi,hari ni best sikit bila aku bangun dan member aku kejut menggunakan skil yang hebat.Dia beli roti canai malaysia dan letak betul-betul tepi aku.Aku seperti ular sawa yang mendengar tarian ballet tikus mula memberi respon.Gerakkan hidung kembang kempis dua tiga kali.Kemudian buka tutup kelopak mata dan mula keluar dari selimut.

Seperti hari sebelum ni,manalah lengkap kalimah sarapan aku kalau takde kopi o kaw yang berasap dan penuh dengan serdak-serdak kopi.Dengan gigih dan gagahnya aku menapak ke dapur sambil memberus gigi.Jiran-jiran arab mula usha takjub bila nampak scene rare ini.

Siap je kopi,aku santap sarapan aku dengan jayanya.Bukan selalu dapat benda-benda gini.Yedak?

Cawan merah favourite aku jadi peneman dan pinggan member aku yang tak basuh 2 minggu lepas time ber'party' dengan junior-junior yang disayangi.

Lumrah hidup di perantauan,resort restoren melayu menjadi tumpuan 24 jam budak melayu setempat.Roti canai dan seangkatannya laku gila seperti kasut Adidas yang mendapat potongan harga 45% di Giant Bukit Tinggi.

Member-member aku sibuk berkuliah dan ada yang bersiap mahu ke Sukan Se-jordan.Ok,bunyi macam hambar.Nama program ni KARISMA : karnival sukan malaysia jordan.

Aku nak citer yang pensyarah aku dah sakit  4 minggu sebab kanser perut.Kalau indon diorang sebut kangker.Aku sembang-sembang dengan geng doktor-to-be pasal kangker ni.Rupanya buka sebab bakteria kangker ni terjadi.Sebab sel berlebihan.Kira tahi lalat dan lemak lebih ataupun ketuat tu dikira kangker tahap cikai la.

Sama-samakan doa pensyarah aku ye.Aku nak graduasi tahun depan.

Oh lupa,selamat mem"BERSIH 3.0"

Tiada ulasan: