Suatu petang yang terik di Urfa yang terletak di Iraq,nabi ibrahim keluar daripada rumahnya.Dia sering berfikir sejak kebelakangan ini."Siapa tuhan aku?".
Dia lihat setiap rumah di kampungnya ada sebijik berhala yang mereka anggap sebagai 'tuhan'.Ada yang diperbuat daripada batu,daripada emas,daripada zamrud dan daripada macam-macam lagi.Nabi ibrahim teruskan berjalan sambil berfikir siapa tuhannya yang merangkap sebagai pencipta dirinya,ayahnya,ibunya,raja namrud dan segala ciptaan di langit dan di bumi.
Malam mula menjelma.Nabi ibrahim mendongak ke langit."Adakah bintang ini tuhanku?" lalu bintang lenyap.Dia memandang ke arah bulan purnama yang baru muncul dari celahan gumpalan awan."Adakah ini tuhanku?" bulan menghilang kala fajar menyinsing.Matahari mula memancar sinarnya."Adakah matahari ini tuhanku?.....bukan! ia juga menghilang seperti bulan dan bintang..siapa tuhan ku?"
Hari berlalu pergi,silih berganti.
Suatu hari dia ke belakang rumahnya.Di situ terdapat bengkel pembinaan berhala tanah liat milik ayahnya,Tareh.Seorang pembuat berhala yang terkenal di kampungnya.Ayahnya sedang tekun membuat satu berhala untuk pelanggannya.
"Ibrahim,aku nak masuk dalam kejap.Kau tengok-tengok kan bengkel ni,jangan bagi orang luar masuk"
Nabi ibrahim senyum tanda setuju dan ayahnya berlalu pergi.Dia terus melihat keadaan berhala yang sempurna siap di tengah bengkel itu.Sejak kelahirannya,dia tak pernah menyembah berhala.
Kelahirannya penuh dengan keajaiban. (part 2nd nanti)
Dia terlihat perigi di luar bengkel.Lalu dia mengangkat berhala itu dan mencampakkan ia ke dalam perigi.
"Bushhh!!" bunyi percikan air yang kuat terhasil.
"Woi! Kau buat apa itu ibrahim?!" jerit ayahnya yang baru muncul setelah terdengar bunyi percikan tadi.
"Aku tak buat apa,berhala ini terjatuh dalam perigi ni"
"Apa yang kau dah buat ni? Macam mana nak naikkan 'tuhan ni balik?" kata ayahnya dengan gelisah.
"Bukankah ia tuhan,kenapa dia tak naik sendiri tanpa perlu bantuan kita?" kata nabi ibrahim tenang.
Ayahnya tergamam.Lidahnya membisu.
Nabi ibrahim berlalu pergi dari situ.
Beberapa tahun kemudian...
Kampung nabi ibrahim ingin adakan satu pesta keramaian.Semua penduduk kampung dijemput hadir untuk meraikan.Ayah nabi ibrahim sedang bersiap dengan pakaian yang cantik dan badannya berbau harum hasil semburan minyak wangi.
"Kau tak siap lagi? Majlis nak mula dah ni"
"Aku tak sihat" kata nabi ibrahim
*Ini bohong yang dibenarkan atas sebab nabi ibrahim memaksudkan tak sihat di sini pada hatinya yang sedang berduka melihat orang kampungnya yang masih lagi menyembah berhala.
Malam itu seluruh kampung berpesta.Tika itu juga lah nabi ibrahim menyelinap masuk ke tempat ibadat utama di kampungnya itu.Dalamnya ada banyak berhala dan di tengan ruang itu ada sebuah berhala besar yang di panggil 'robul albab' yang merupakan 'tuhan utama' mereka.Di tangan kanan nabi ibrahim ada sebilah kapak dan lantas semua berhala kecil itu dihancurkan dan tinggal berhala utama tadi dalam keadaan yang sempurna.
Kapak tadi diletakkan di tangan berhala utama itu dan nabi ibrahim keluar daripada situ.
Selepas pesta selesai,semua penduduk kampung menuju ke tempat ibadat untuk berdoa sebelum pulang ke rumah masing-masing.Sebaik sahaja melangkah,mereka terkejut dengan suasana di dalam rumah ibadat itu.
"Ni kerja siapa ni?! Habis semua tuhan kita hancur,ada yang jadi debu ni!" marah ketua kampung.
"Aku rasa ini kerja ibrahim anak tareh,dia je yang tak ke majlis tadi" kata seorang pemuda.
Nabi ibrahim dipanggil mengadap seluruh kampung di rumah ibadat itu.
"Ini semua kerja kamu ye?! Kamu tahu tak semua tuhan ini sedang murka?!"
Nabi ibrahim berkata "Bukankah kamu semua dapat lihat yang semua tuhan yang ada sudah hancur dan yang tinggal tuhan utama ini tanpa disentuh sedikit pun..ada kapak di tangannya,cuba kamu semua tanya padanya..mungkin dia yang buat" sambil jari dan muncung mulutnya ke arah tuhan utama.
*Ini juga pembohongan kedua yang dibenarkan sebab dia maksudkan yang membuat semua itu adalah tangannya,dia mengisyaratkan muncung ke arah tangannya.
"Kau gila ke ibrahim? Tuhan ini mana boleh berkata!"
Nabi ibrahim senyum "Ia juga tak boleh berfikir dan buat apa-apa tatkala tuhan-tuhan lain dihancurkan,kenapa kamu semua bertuhankan benda ini?"
Semua penduduk kampung tergamam.Malu dan tak tahu nak kata apa.Ada yang bermuka merah,ada yang menutup mukanya dengan dua telapak tangan.
Nabi ibrahim berlalu pergi daripada situ.
Sumber ;
- muhadaroh adyan firoq,doc malcawi,university yarmouk
- kelas pengajian di surau,kota bharu kelantan
- kuliah kisah nabi,surau kampung delek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan