Isnin, 23 Disember 2013

Diari Encikgu #24

Sebelum matahari terbit aku masih atas katil. Matahari mencapai ufuk 45° pun aku masih atas katil. Kursus bertukang dua hari lepas dekat bengkel bot sijangkang buat aku penat dan malas ke sekolah. Tapi demi sesuap nasi dan rezeki, aku menuju ke sekolah dengan penuh gagahnya.

Sebelum ke sekolah aku terlintas dalam hati.

"Alangkah moleknya kalau pekena roti canai dan kopi o di pagi hari ni"

Dengan menjeling sedikit ke arah jam, aku yakin masa masih panjang. Aku laju je pegi ke kedai roti canai kampung. Aku capai suratkabar atas meja. Dua saat je aku baca, aku campak balik sambil mulut merungut.

"Apa la kedai ni, surat khabar minggu lepas je ada"

Kedai tu kedekut betul. Beli surat khabar seminggu sekali. Tu pon hari sabtu. Mana la ada berita bola yang best. Bodo betol.

Sampai je roti canai aku bedal dengan laju. Rangup betol sampai habuk roti tu penuh keliling misai aku. Kari kambing aku jilat sampai tak nampak bekas yang wujud kari dalam mangkuk itu sebelumnya.

Time aku nak bayar, perut aku memulas. Aku cuba control. Aku start je motor. Ah sudah! Memang takleh dah ni. Luar kawalan. Aku pecut balik rumah dan buka pintu macam kena kejar hantu pocong. Aku masuk bilik, bukak stoking campak atas katil. Bukak seluar, campak bawah katil.

Lega.

Keluar je jamban, aku siap ke sekolah dengan tenang. SMS daripada guru besar masuk, aku bukak je ada emoticon senyum. Aku pon cepat la ke sekolah.

Sampai sekolah, semua orang senyum mesra kat aku. Maybe aku hensem kot berbaju melayu biru gelap ni. Aku senyum la balik. Cikgu Nurain lalu, dia pandang aku then senyum. Sempat dia tanya "Ekhemm cikgu sihat?". Aku tak jawab, aku senyum manis je.

Masuk je bilik meeting, aku amik port depan penghawa dingin. Layan betul. Aduhh kaki gatal tetibe. Kena gigit nyamuk kot. Aku garu la. Time garu tu aku pandang kaki.

Patut la semua senyum. Sebelah warna hitam, sebelah warna merah.

Adehh!!

Tiada ulasan: