Sabtu, 11 Januari 2014

Diari Encikgu #27

Jam bilik mesyuarat merupakan jam yang paling lembab bergerak dalam profession seorang guru. Dia punya lembab tu buat orang jeling dua tiga kali dan melahirkan rasa kecewa dalam hati. Suasana senyap. Guru besar relaks je jeling muka sorang-sorang cikgu. Kemudian dia berdehem sikit sebelum mula bercakap.

Aku dengar part bagi salam dan 4 ayat pertama je. Lepas tu aku keluarkan henset dan main whatsapp dengan makwe-makwe di seantero dunia. Ada gak aku jeling cikgu sebelah, dia pun main henset tapi part atas tu ada tulis "Ayang Bucuk".

Aku jeling port cikgu-cikgu perempuan. Semua tunduk ke bawah tawaduk level tinggi. Aku nampak diorang semua tengah baca buku. Sekali aku usha cover depan. Hmmmm katalog sofa la,katalog set pinggan mangkuk la,set baju baby la.

Ini la suasana dalam meeting cikgu sebenar. Yang banyak bersuara selalunya 2 3 orang je. Yang lain datang terpaksa.

Tapi paling best bila makcik tender kantin ketuk pintu bilik mesyuarat. Semua cikgu akan terhenti dan fokus pada mangkuk kaca yang dibawa masuk.

Mee goreng paling win dalam makanan mesyuarat sebab ada udang ayam fishball bagai.

Tiada ulasan: