Khamis, 6 Februari 2014

Diari Encikgu #33

Cikgu Azman tepuk bahu aku. Muka dia senyum, nak ajak sembang la tu. Aku yang tengah layan mee kari balas senyuman,ada sawi di celah gigi taring aku.

Cikgu Azman ni suka sembang. Dengan murid dia sembang, dengan cleaner sekolah dia sembang, dengan makcik yang berumah di pagar sekolah pun dia sembang.

"Kau kenal Atiq darjah tiga?"

Aku angguk. Tangan aku tengah berusaha gulung mee kuning dengan fishball pada garfu makan aku

Siapa la tak kenal budak tu. Sikit lagi aku nak tampar dia time dia patahkan sidemirror motor aku hari tu.

"Kau tau tak, dia tu ada cerita di sebalik kenakalan dia? Dia tu mak ayah dia buang. Masa kecik kena buang depan pintu jiran. Sepanjang dia hidup dia tak tahu jiran dia tu adalah mak ayah kandung dia. Pelik aku, orang kaya je. Rumah mewah,kereta mewah,gaji besar tapi tak nak jaga anak tu"

Aku terdiam. Aku pandang je sawi yang terapung pada kuah kari dalam mangkuk oren.

Ada juga ibu yang lahirkan seorang bayi buat camtu. 9 bulan merana last-last tak nak ngaku anak.

Ada juga bapa yang sumbang air mani dengan satu pancutan, tapi takde rasa tanggungjawab dengan anak tu.

Sedih.

Tiada ulasan: