Isnin, 27 Oktober 2014

Diari Encikgu #51

Hujung tahun merupakan waktu sakit otak bagi guru-guru. Perlu perah otak dan keringat untuk fikir apa yang perlu isi supaya murid-murid tak ponteng sekolah dan terus datang ke sekolah.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas darjah dua. Semua mata memandang aku dan diam membisu. Mungkin pelik tengok badge smiley warna kuning yang tersemat di dada kiri aku.

"Okey kelas, anda semua diberi sehelai kertas A4 dan dikehendaki lukis hadiah harijadi yang kamu impikan!" jerit aku sebelum semua murid sibuk mengeluarkan pensil warna mereka.

Aku pelik, aku suruh lukis bukan suruh warna. Budak-budak mesti IQ diorang suruh anggota badan buat kerja lebih daripada yang disuruh. Takpe lah, asalkan objektif kelas tercapai.

"Haaa semua dah siap, angkat lukisan kamu tinggi2" Ada gambar patung Elsa, ada gambar Ipad, ada kereta kontrol dan ada gambar arnab.

Di hujung kelas aku ternampak satu gambar. Norlya nama pelajar empunya lukisan. Lukisan yang punyai warna kelabu dan merah. 

"Ini apa ni Norlya?" Norlya sengih dan jawab "Ini sterika". 

Betul lah aku teka dalam hati tadi yang lukisan tu sebiji sterika.

"Kenapa kamu nak hadiah sterika?". Norlya mula bercerita. 

Hidupnya pulang dr sekolah dia akan menuju ke dapur. Cuci pinggan dan mop lantai. Selepas itu dia akan ke bilik gosok. Dia gosok semua baju keluarganya dan bajunya sendiri. Time tu aku cuba lagak cool. Dlm hati aku kagum.

Budak darjah dua dah pandai gosok baju. Aku dulu sterika pun tak kenal, mesin jahit yang kaki tu pun aku jadikan kuda mainan.

"Tapi cikgu, minggu lepas sterika rumah saya jatuh. Rosak" baru aku perasan yg baju dia kedut minggu ni. Aku senyum sambil gosok kepalanya.

Tiada ulasan: