Semalam kenduri Cikgu Rizal. Macam biasa, aku gi makan je. Malas aku angkat periuk dengan baju lawa-lawa dan bau wangi-wangi. Dekat kenduri tu aku terbayang kisah cikgu sekolah menengah aku. Kisah bagaimana mereka bertemu jodoh.
Suatu hari cikgu lelaki hensem masuk ke sekolah aku. Dia pusing satu tingkat sekolah beberapa kali. Time tu aku tengah kelas Fizik. Cikgu perempuan muda cun walawei.
Cikgu lelaki tu berhenti depan pintu kelas aku, dia senyum dan berkata "Mana ye pejabat? Saya sesat ni".
Balas cikgu fizik aku gagap " Err..err..cikgu baru kan? Err..kantin..eh eh pejabat! Pejabat dekat blok B !". Muka cikgu fizik aku merah.
Jadi kita terus ke kisah yang real aku nak cerita.
Suatu petang hujan lebat betol. Hanya kereta je boleh bergerak atas jalanraya. Pandangan pemandu terbatas. Jadi cikgu fizik aku yang naik motor ego tu duduk depan koridor utama sekolah dekat dengan dataran.
Kereta saga putih berhenti depannya. Cermin penumpang depan diturunkan.
"Cikgu, tumpang?" tanya cikgu lelaki baru yang memandu kereta itu.
"Tak manis kita berdua je dalam kereta ni" balas cikgu fizik.
Kereta bergerak laju dan pergi dari sekolah.
Setengah jam berlalu dan hujan masih turun dengan lebat. Kereta saga itu kembali. Kali ini pintu belakang dibuka.
"Masuklah"
Cikgu fizik masuk. Dalam kereta itu ada seorang perempuan di kerusi hadapan.
"Ini mak saya"
Cikgu fizik senyum.
Dan dia dihantar pulang dan malam itu terus dilangsungkan pertunangan. Dua bulan kemudian mereka nikoh.
Simple kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan