Jumaat, 26 Mei 2017
Puasa!!
Ramai yang tak sedar bulan puasa ni magik berlaku.
Kita takde lunch tapi kos seharian untuk makan kita sama atau lebih daripada biasa.
Kita takde keluar gi makan waktu rehat, kos minyak dan masa kita sama macam biasa.
Banyak lagi benda pelik. Korang je tak perasan.
Khamis, 27 April 2017
Update selepas 11 bulan
Selasa, 31 Mei 2016
Diari Akob #5
Panjang nama ustaz Rasyid disebut oleh pelajar-pelajar tingkatan empat Ibnu Sina. Tanpa bersuara ustaz Rasyid memberi arahan duduk dengan menggunakan tangannya sahaja. Semua pelajar duduk dan keluarkan buku Pendidikan Islam setebal 210 mukasurat.
"Baik kelas. Sebelum mulakan kelas hari ni, siapa dah siap kerja rumah minggu lepas?" tanya Ustaz Rasyid.
Semua pelajar membisu. Ada yang cuba acah-acah cari dalam beg, ada yang tengah selak-selak buku tulis.
Ustaz Rasyid senyum. Dia tahu tiada seorang pun pelajar yang buat. "Takpe. Kita buat perbincangan je. Fathi, apa ulasan kamu tentang kerja rumah hari tu?"
Fathi bangun. Dia kemaskan bajunya dan betulkan cermin matanya.
"Pasal pendidikan Islam masyarakat kini tu kan? Saya berpendapat bahawa masyarakat kita lemah kerana institusi keluarga yang tak kukuh" ringkas je jawapan Fathi sebelum duduk tanpa minta kebenaran.
Ustaz Rasyid senyum. "Okey, ada yang nak bangkang? atau setuju je?"
Tangan putih dan halus diangkat tinggi di belakang kelas. Faridah pemilik tangan tersebut. Dia bersuara lembut "Jika keluarga menjadi penyebab pendidikan islam itu lemah, tapi kenapa ada yang berjaya dalam matematik, fizik, kimia dan subjek akademik lain walaupun keluarganya porak peranda? apa masalah dengan ilmu agama dan pendidikan Islam ni?"
Bibir ustaz Rasyid tersenyum lagi. Kali ini lebih lebar.
"Okey, ada yang nak tambah?"
Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Seorang pengawas berdiri di luar kelas sambil sengih-sengih."Ustaz, Cikgu Farid panggil Akob"
Ustaz Rasyid berjalan perlahan ke hadapan meja Akob.
"Sebelum kamu keluar, sila bagitau apa ulasan kamu"
Air liur ditelan. Akob dah cuak. Sambil menarik nafas dalam dia berdiri, kemudian lepaskan perlahan-lahan.
"Macam ni ustaz. Mudah je. Kita bayangkan kita sedang membawa 2 benda di tangan kanan dan kiri. Kemudian ada satu benda kita junjung di atas kepala. Kemudian kita berjalan. Benda di tangan itu DUNIA dan di atas tangan itu AKHIRAT. Bila kita berjalan dan lalu lubang atau bonggol, mana yang kita nak lepas dan kita jaga dengan rapi?" Akob lontar pertanyaan.
"Lepaskan yang di tangan, dan pegang yang di kepala" jawab ustaz ringkas.
"Bagus. Tapi sekarang semua tu dah terbalik, AKHIRAT di tangan dan DUNIA di atas kepala yang kita junjung. Assalammualaikum" Akob dengan tenang berjalan keluar kelas.
Satu kelas tercengang dan mula berfikir. Ustaz Rasyid gelak kagum.
Akob puas. Tak sia-sia dia tengok Tanyalah Ustaz semalam.
Sabtu, 9 Januari 2016
Diari Akob #4
Kringggg!!! Kringgggg!!!!
Loceng sekolah berbunyi. Tanda tamatnya waktu rehat sekolah di waktu pagi. Akob berjalan perlahan, sengaja dia berjalan perlahan. Sorang demi sorang kawannya melepasinya. Farah, Amin, Fatin, Shafiq, Luqman je yang Akob kenal. Yang lain semua dia tak tahu namanya.
Sekejap lagi masa Bahasa Melayu, cikgu rosalinda yang mengajar. Akob tak suka subjek bahasa melayu sebab tiap kali kelas mesti ada sesi soaljawab.
*****
"Baik kelas, tutup buku masing-masing" arah cikgu rosalinda.
Semua murid mengikut arahan yang diberi.
"Setiap manusia ada cita-cita. Orang yang bercita-cita itu orang yang berimpian, orang yang berimpian itu akan berusaha dan dia berjaya. Maka orang bercita-cita itu adalah orang yang berjaya. Jadi, cikgu minta setiap dari kamu berdiri dan sebutkan cita-cita kamu" panjang lebar cikgu rosalinda terang.
Sorang demi sorang berdiri dan sebut cita-cita. Ada yang nak jadi doktor, ada yang nak buka bengkel kereta, ada yang nak jadi pemain bola sepak dekat Brazil, ada yang nak jadi pembantu rumah di rumah bos yang hensem (ini semua pengaruh drama tv petang² lah ni!).
"Baik, Akob apa cita-cita kamu?" cikgu rosalinda kini di depan mejannya.
Akob berdiri. Dia senyap berfikir, menyusun ayat cantik agar tak tersasul. Kalau tersasul mesti kena gelak dan kena bahan.
"Saya nak jadi orang ada duit, tapi bukan orang kaya. Ada orang kaya tapi dia berhutang. Mak ayah saya pernah cakap jangan jadi orang yang berjaya kaya tapi tidak berduit"
Cikgu rosalinda melopong. Mungkin fikirannya terfikir hutang bank pinjaman beli kereta,rumah dan untuk majlis kawen tahun lepas.
Akob duduk dan selambe sharp pensil 2B nya.
#hari ini Akob mula tanam cita-cita
Ahad, 3 Januari 2016
Diari Akob #3
"Kob, u lah pergi dulu" Chukang bisik perlahan. Sarivaji angguk setuju dengan kata-kata budak cina tak sunat tu.
Kebiasaannya maghrib selepas hantar adiknya ke rumah mak cik siti, Akob dan dua kawannya bermain sekitar flat. Seorang india dan seorang cina. Hari ni diorang nak cuba sesuatu yang lain. Akob teringat memori dua hari lepas.
****
"Appa aku pun kata situ keras punya tempat" kata Sarivaji. Akob dengar je sambil matanya memandang ke tempat yang dikatakan. Blok G tingkat 3. Ramai dah cerita tingkat tu berhantu, ada yang nampak pocong dan ada yang nampak nenek kebayan ketuk-ketuk setiap pintu rumah bila jam 12 malam.
"Betul. Abang saya pun nampak benda tu bawah tangga semalam" Chukang tambah lagi cerita. Akob dah gosok-gosok belakang tengkuk, meremang rasanya.
"Ok. Esok malam kita tengok ada apa kat situ" perbualan mereka berhenti di situ kerana mereka berlainana haluan pulang ke rumah masing-masing.
****
"So, u nak pergi tak ni? Ke u ni tak berani takde telor?" Chukang usik Akob sambil pegang bahunya.
"Mak aku cakap lelaki takde telur, perempuan je ada. Lelaki ada testis" balas Akob sambil mula melangkah tangga naik ke tingkat tiga.
Satu persatu tangga dia pijak diikuti Chukang dan Sarivaji. Tingkat tiga gelap tiada lampu, hanya lampu tangga je bernyala. Akob pernah dengar rumah kat situ bangla je duduk, pukul satu pagi baru mereka pulang ke rumah. Akob perasan juga bilangan bangla makin bertambah ramai dekat bangunan tu.
Tangan Chukang tegak ke depan, jari telunjuknya tuju pada satu arah. Menggeletar. Sarivaji dah goyang lutut. Akob tenang. Dia tak nampak apa pun. Dia cuba fokus dengan mengecilkan matanya.
Kelihatan belakang badan seorang budak perempuan sedang mencangkung di bawah tangga. Di depannya terdapat bungkusan nasi dibuka di atas lantai. Rambutnya kusut dan dia berpaling perlahan.
Belum sempat palingan itu sempurna, Akob terduduk dan dua kawannya lari dari situ. Dia tutup matanya dengan telapak tangan.
Telinganya tangkap bunyi orang berjalan perlahan dan bernafas di depannya.
"Awak siapa?"
Dia buka matanya. Budak perempuan berambut kusut itu berdiri depannya. Akob pandang ke bawah tangga tadi, kelihatan 2 anak kucing sedang makan nasi bungkua tersebut.
Akob berdiri sambil tepuk debu-debu di seluarnya.
"Saya Akob" sambil senyum.
"Oh nama saya Intan" balas budak perempuan itu sebelum jarinya korek hidung.
Hari ini Akob temui sahabat baru. Anak bangla.
Sabtu, 2 Januari 2016
Diari Akob #2
Akob angkat tudung saji di atas meja makan. Ada telur hancur berbaki sarapan pagi tadi dan periuk besi rice cooker size medium mengandungi sesenduk nasi. Laju-laju Akob ambik pinggan di tepi sinki dan tuang semua nasi yang ada. Telur hancur dicubit sediki dan masuk ke dalam mulut.
"Elok lagi" bisik Akob. Pinggan nasi dan telur hancur diangkat ke sofa ruangtamu.
Ibunya sedang membuka butang baju. Lalu berkemban, bersedia untuk mandi sebelum masuk kerja malam. Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air, ketika melintas ruangtamu Akob bertanya "Mama, Kob nak guna henset jap". Ibunya angguk dan masuk ke dalam bilik air.
Kemudian kedengaran air shower berbunyi dan ibunya menyanyi. Lagu Nana Sheme.
Kau boleh blah
Kau boleh blah
Akob menunggu sesuatu. Beberapa saat kemudian adiknya menangis. Akob dah agak benda tu akan jadi, tiap kali adik dia dengar lagu Nana Sheme mesti adiknya menangis.
Nyanyian terhenti. Akob rasanya ibunya tahu adiknya menangis sebab nyanyian itu. Serta merta adiknya berhenti menangis.
Akob pegang telefon pintar ibunya. Dia goncang perlahan.
Ding!
Kelihatan sekeping gambar profil gadis berbaju jersi harimau malaya di meja makan bertudung biru sedang buat peace. Akob baca nama yang tertulis serta bio yang ada.
" Amirah. AwuCk Naq kAwaN NgAn Saia?"
Akob letak telefon tu mula menyuap nasi. Sebelah tangan lagi tekan punat On pada tv. Di kaca tv kelihatan seorang makcik sedang minta maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Akob gelak-gelak je tengok berita tu.
"Mendelah, patutnya akak dia mintaklah location dekat adik dia. Kakakakakah"
Hari ni Akob terhibur.
Jumaat, 1 Januari 2016
Diari Akob #1
Bunyi anak-anak flat bermain di depan pintu rumah masing-masing kedengaran. Seperti biasa waktu petang memang waktu commonly mereka bermain depan pintu rumah. Masing-masing tak berani turun ke padang permainan sejak anjing-anjing liar buat port di situ. Lagipun buaian dah tinggal satu je, kalau nak main kena tunggu turn. Itupun kalau takde chikaro melepak dengan mat rempit sambil usik-usik pipi gebu.
Akob baru pulang dari sekolah. Mukanya letih memikul beg sekolah yang lusuh. Rasanya dah 2 tahun dia tak tukar beg sekolah baru sejak mak dia lahirkan adik bongsunya. Akob masuk rumah je terus campak beg ke atas sofa dan buka peti ais. Kosong. Hanya ada buah apple 2 biji, satu dah gigit satu lagi belum dan sebotol air sejuk. Air sejuk diambil dan diteguk.
Pintu rumah dibuka. Ibunya masuk bersama adiknya di tangan.
"Kob, dah makan?"
Akob angguk perlahan.
"Macam biasa ye, nanti lepas maghrib bawa adik pergi rumah cik siti" pesan ibunya sambil membuka butang baju.
Akob angguk lagi, tapi kali ni tangannya membuka plastik roti atas meja.
"Papa kerja malam ni?"
Ibunya teguk habis air sejuk dalam botol hingga habis. Dilap mulutnya dan berkata "Kerja. Malam ni tahun baru double kalau kerja".
Akob bangun dari meja makan dan dukung adiknya. Dia bawa masuk ke dalam bilik, pintu dihempas kuat. Dia dan adiknya berbaring menghadap shiling.
"Dik, kau tahu tak dulu abang hidup gembira je. Semua yang abang nak abang dapat. Sejak 3 tahun ni macam-macam abang minta tapi alasan papa dan mama bagi pun bermacam-macam. Dulu rumah kita banglo, tapi sejak kena tarik dengan bank kita pindah duduk flat ni. Dulu keluarga kita ada kereta, tapi bank tarik juga kita ada motorsikal sebiji je. Sebulan dua ni papa dan mama sibuk bekerja. Bahkan papa dan mama cari kerja lagi untuk waktu malam" Akob berceloteh dengan bayi di sisinya. Dia tahu adiknya tak faham sepatah habuk apa yang dia kata namun dia tetap nak luahkan.
Kedengaran pintu rumah ditutup dan dikunci gril dari luar. Ibunya keluar bekerja di Giant waktu malam, pagi haari bekerja jadi akauntan. Bapanya pula pagi memandu lori dan malam jadi sekuriti. Bayang bapanya memang susah nak nampak di rumah sebab lepas kerja pagi terus ke tempat kerja malam.
Akob bangkit dari baring dan keluar dari bilik. Dia mahu siapkan kerja sekolah sementara menunggu azan maghrib. Matanya terpandang sesuatu di atas meja kecil depan sofa. Dia tersenyum.
Sebijik cupcake dan kertas tertulis "Selamat Harijadi Akob dan Selamat tahun Baru"
Selasa, 25 Ogos 2015
Diari Encikgu #69
Huh! Huh! Huh! Huh!
Adam kepenatan berlari. Bibirnya pucat dan matanya berair. Dia menggigil.
*******
"Cuba awak cerita, apa yang dah jadi semalam?"
Adam membisu. Dah 1 jam cuba dipujuk tapi gagal.
"Kalau awak tak cerita, macam mana cikgu nak tolong awak"
Adam angkat mukanya perlahan. Dari tadi dia menangis.
"Cikkk..cikguuu" sedu suaranya.
"Cikgu, tolong adam. Adam takut. Adam takut abang tu datang lagi"
Aku hulur padanya segelas air. Diteguk beberapa kali sebelum kedengaran nafas lega.
"Apa yang dah jadi Adam?"
Dia mula bercerita.
"Semalam saya balik lambat. Jadi saya jalan kaki sorang-sorang. Sampai depan rumah kedai tu, ada seorang abang keluar. Dia padang muka saya kemudian senyum. Waktu tu saya dah rasa takut. Lepas tu dia panggil saya 'Adik mari sini adik'. Saya nak lari tapi sebelum itu dia buka zipnya dan tunjukkan kotenya. 'Adik mari isap ni dik'. Waktu saya lari dengan laju dan menangis"
Aku terdiam dan tangan berhenti menulis.
Sabtu, 22 Ogos 2015
Diari Encikgu #68
Mata Atiqah membulat. Pipinya merah. Hanya dia dan aku je dalam bilik kaunseling itu. Suasana di luar hiruk-pikuk dengan murid berlari melompat-lompat meja perpustakaan seperti bermain dalam rancangam realiti Istana Takeshi.
"Ok Atiqah. Cikgu adakan sesi kaunseling ni untuk kaji bagaimana keadaan murid. Segala butiran adalah sulit dan sila jawab soalan yang dituju dengan baik"
Atiqah angguk tanda faham. Pipinya masih merah dan senyumnya tawar.
"Cita-cita kamu?"
Dia gelak kecil sebelum jawab "Doktor"
Aku sambut gelaknya sambil menulis. Aku cuba tukar suasana supaya friendly untuk berbual.
Soalan terakhir dari aku "Apa makna kejayaan bagi kamu?"
"Saya ingin 5a dalam UPSR cikgu"
Loceng berbunyi. Tanda rehat sudah tamat.
***********
Semua murid tahun enam bertanya soalan rancak kepada Atiqah. Semuanya dijawab ringkas dan padat.
Aku angkat tangan.
"Apa makna kejayaan bagi kamu?"
Atiqah senyum. Aku balas senyum. Aku yakin dia flashback sesi kaunseling 1 tahun yang lalu.
"Kejayaan. Kita hargai jasa guru kita, tak kira kita berjaya atau tidak"
Selesai majlis dia datang kepada aku.
"Kalau cikgu tak koyak kertas saya dan sedarkan saya, takkan saya capai tahap ni. Terima kasih cikgu"
Atiqah. Pelajar terbaik 2014.
Selasa, 30 Jun 2015
Diari Encikgu #67
Bulan puasa membuatkan pekerjaan kita jadi slow. Tapi hakikatnya bukan sebab bulan ni dan sebab kita berpuasa tapi sebab kita MALAS.
Sebut pasal malas ni buat aku throwback kisah minggu lepas. Time tu aku tengah sedap lepak bawak bangku bawah pokok dengan 2 3 murid aku yang comel. Yang tak comel semua tengah kat bilik air. Setengah jaga line, setengah teguk air paip.
"Cikgu kenapa tak kawen lagi?"
Soalan sama je diorang tanya. Agaknya ni silibus bila nak sembang dengan guru bujang agaknya.
Aku senyap.
Mungkin aku malas.
Ahad, 7 Jun 2015
Diari Encikgu #66
Sekarang musim cuti sekolah. Tak lama pun, 16 hari je. Bersamaan 384 jam, 23040 minit, 1382400 saat.
Jadi penyakit malas tu mengetuk pintu akhlak diri dan singgah buat seketika. Itu pasal blog ni bersawang lama.
Malas betul kecuali ada murid datang rumah ajak memancing, barulah keluar. Tak pun Wati datang rumah dengan akak dia sebab nak minta buah mangga, barulah keluar dengan rambut sikat tepi.
Sebut pasal Wati, awal-awal cuti ada kisah dia inbox fb aku. Ni aku kongsi sikit.
"Cikgu,soalan hari tu susahlah"
"Kamu buat tak?"
"Buat. Tapi macam susah je"
"Cubalah lagi"
"Dah. Dah macam-macam saya guna tak dapat juga jawapan"
"Berus"
"Berus apa pulak cikgu ni?"
"Berus..ahalah bersungguh-sungguh"
Wati senyap. Konversasi tu tamat di situ.
Dah 9 hari aku tak nampak Wati online fb
Sabtu, 23 Mei 2015
Diari Encikgu #65
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah
Salah ke aku pakai seluar jeans dan baju batik?
Khamis, 21 Mei 2015
Diari Encikgu #64
Lisa tutup pintu bilik air perlahan. Kemudian dia kaku.
Berdiri depan kolah panjang yang air paipnya tak ditutup dan mengalir laju, Lisa berdiri dengan mata membulat.
Perempuan berambut panjang dan menjelir lidah panjang memandangnya. Rambutnya penuh dengan daun-daun kering dan lumpur. Matanya berurat merah.
Lisa masih kaku dan........GELAP!
"Saya sedar je saya atas katil" kata Lisa.
Aku hulurkan padanya air mineral. Bagi dia tenang. Punya power dia meracau sampai ke padang kawad dia menari. Aku cuak dia lari ke hutan je.
Malam itu Kem Wira Bakti kecoh.
Seminggu aku tak nampak Lisa datang sekolah. Aku terdetik untuk telefon rumahnya. Ibunya menjawab.
"Cikgu, sejak dia balik kem hari tu. Macam-macam dia nampak. Ada atas almari,bawah katil,dalam selimut,tepi peti ais. Ada 'benda' fia ikut dari sana"
Kelu lidah aku dibuatnya, tak tahu nak respon apa.
Petang tu aku ke rumahnya dan lihat sendiri dia meracau. Aku cuak gak time tu bila Lisa tenung aku dalam-dalam.
Sekarang ni aku pulak rasa ada benda lalu belakang aku. Baik aku tido.
Jumaat, 3 April 2015
Diari Encikgu #63
Tengahari tadi aku pulang le rumah sambil memegang beg kertas yang agak berat. Semua murid pandang aku sepanjang motorsikal biru meluncur laju keluar dari bumi yang bergelar SEKOLAH.
Dua jam kemudian aku ke masjid untuk solat jumaat. Tapi kali ni spesel sebab khatib kali ni khatib jemputan.
Khatib Terbaik Selangor 2014.
Itu yang aku dengar time kumur-kumur dekat kolam masjid. Pakcik sebelah punya sembang kuat sampai aku baru dapat tahu kali ni khatib power datang ke masjid aku.
Laju aku duduk cari port yang ada tempat bersandar. Selalunya aku duduk belakang dan dekat bawah tangga siket. Malap-malap je lampu dekat situ.
Khutbah bermula. Khatib mula berucap.
Haram betol, bosan sampai ramai je yang tidur. Khatib Terbaik mende!! Puiiii!!!
Jadi moral yang kita dapat, jangan judge atau ekspektasi someone dengan title atau anugerah beliau.
Aku balik rumah. Aku amik beg kertas tadi. Aku keluarkan plak Guru Terbaik 2014 aku dalam almari kaca.
Sekian. Keh keh keh.
Selasa, 17 Mac 2015
Diari Encikgu #62
Semalam kenduri Cikgu Rizal. Macam biasa, aku gi makan je. Malas aku angkat periuk dengan baju lawa-lawa dan bau wangi-wangi. Dekat kenduri tu aku terbayang kisah cikgu sekolah menengah aku. Kisah bagaimana mereka bertemu jodoh.
Suatu hari cikgu lelaki hensem masuk ke sekolah aku. Dia pusing satu tingkat sekolah beberapa kali. Time tu aku tengah kelas Fizik. Cikgu perempuan muda cun walawei.
Cikgu lelaki tu berhenti depan pintu kelas aku, dia senyum dan berkata "Mana ye pejabat? Saya sesat ni".
Balas cikgu fizik aku gagap " Err..err..cikgu baru kan? Err..kantin..eh eh pejabat! Pejabat dekat blok B !". Muka cikgu fizik aku merah.
Jadi kita terus ke kisah yang real aku nak cerita.
Suatu petang hujan lebat betol. Hanya kereta je boleh bergerak atas jalanraya. Pandangan pemandu terbatas. Jadi cikgu fizik aku yang naik motor ego tu duduk depan koridor utama sekolah dekat dengan dataran.
Kereta saga putih berhenti depannya. Cermin penumpang depan diturunkan.
"Cikgu, tumpang?" tanya cikgu lelaki baru yang memandu kereta itu.
"Tak manis kita berdua je dalam kereta ni" balas cikgu fizik.
Kereta bergerak laju dan pergi dari sekolah.
Setengah jam berlalu dan hujan masih turun dengan lebat. Kereta saga itu kembali. Kali ini pintu belakang dibuka.
"Masuklah"
Cikgu fizik masuk. Dalam kereta itu ada seorang perempuan di kerusi hadapan.
"Ini mak saya"
Cikgu fizik senyum.
Dan dia dihantar pulang dan malam itu terus dilangsungkan pertunangan. Dua bulan kemudian mereka nikoh.
Simple kan?
Isnin, 16 Mac 2015
Diari Encikgu #61
Cikgu Romli cuit bahu aku time aku tengah sedap tidur dekat meja guru disiplin. Korang tahu apa, jadi cikgu disiplin ni sakit otak. Busy tak busy jadi cikgu disiplin ni setiap masa ada aje problem datang. Sampai setiap minggu muka aku makcik kantin tu nampak tak sampai 5 kali.
"Cikgu, saya ada cerita ni. Nak dengar tak?" tanya Cikgu Romli.
"Haaaa.." Aku balas pendek. Aku tahu kalau aku jawab "Taknak lah, aku nak tidur ni" pun sama je, Cikgu Romli tetap akan cerita walaupun cakap sorang-sorang.
Tengahari bahang tu dahi aku berpeluh. Satu sebab kipas bilik disiplin rosak dan satu lagi Cikgu Romli cerita pasal spiritualisme.
Cerita hantu.
Cikgu Romli cerita 2 3 kes dah berlaku penampakan kat sekolah aku ni. Yang paling latest pukul 3 petang. Tengah exam dekat tingkat 3, cikgu yang jaga exam bosan. Dia pun keluar kelas usha luar. Tiba-tiba sayup dengar suara perempuan bagi salam tiga kali. Padahal level tu ada satu kelas, yang lain stor sukan.
Cerita minggu lepas pulak jaga sekolah nampak budak kecik pakai spender makan nasi bungkus lauk telor dekat bawah tangga. Jaga tu nampak dari belakang tak berani tegur, hantu tu pulak takde nak paling senyum kat jaga tu. Jaga tu demam 2 hari.
Petang minggu lepas gak pekerja am sekolah nampak kelibat hitam macam tuala berbulu berjalan mundar-mandir dekat dataran sekolah.
Aku dah meremang menaip ni. Bye.
Sabtu, 7 Mac 2015
Diari Encikgu #60
Setiap guru ada anak murid kegemaran. Sama juga aku. Aku ada dua, sorang nama Amir sorang lagi Amira. Nama yang iras-iras tapi mereka bukan adik beradik. Mak ayah diorang bukan member mahupun berjiran atau lahir di hospital then nurse salah bagi anak macam drama melayu dulu-dulu.
Kacip tak kacip diorang dengan aku sampai hari ni diorang berebut ajak aku.
"Cikgu, joinlah clans saya!"
Bila ditanya ada berapa piala,masing-masing sebut atas 1800.
Sejak hari tu aku tak sembang pasal CoC mengenangkan nasib piala aku baru 900 lebih.
Ahad, 22 Februari 2015
Diari Encikgu #59
Sejak jadi guru disiplin ni ramai sangka aku mengajar secara garang dan tegas. Maka semua guru akan usha suasana kelas ketika aku mengajar.
Masih sama.
Kelas aku masih penuh gelak tawa dan murid belajar dengan enjoi. Lawak hambar dan lawak murah sentiasa ada.
Sekolah aku ada guru baru. Dia baru fes time jadi guru,maka dia kena tengok aku mengajar. Habis je tengok aku lepak minum dengan dia dekat kantin sambil sembang laporan disiplin murid.
"Cikgu memang ngajar gitu ye?" tanya cikgu baru.
"Camne gitu tu? Cer explain siket" aku tanya balik sambil suap bihun goreng dalam mulut.
"Gelak gelak. Ketawa terbahak-bahak" jawabnya ringkas.
Aku angguk.
"Tak rasa takde keberkatan ilmu ke kelas tu? Ilmu tak lekat kalau banyak gelak ni" sambung dia lagi.
Aku ambil tisu merah di atas meja.
"Kalau kelas hambar murid tak datang sekolah. Kau nak dapat berkat mende kalau tak dapat bagi ilmu kalau takde orang!" suara aku tertinggi.
Aku lap mulut, aku gi masuk bilik disiplin. Layan aircond baru pasang.
Fuhhhhh!!
Ahad, 1 Februari 2015
Diari Encikgu #58
Sekolah aku ada pengurus kantin baru. Kualiti semakin bagus. Makanan cukup rasa, yang lama makanan macam kau tengah kunyah chewing gum yang dah 8 minit kau kunyah. Rasa nak buang tapi rugi pulak nanti.
Aku nak cerita anak makcik kantin yang lawa tu tanya aku.
"Cikgu nak dada ke nak hati?"
Aku terberangan 4 saat sebelum ceduk sayur campur goreng dan tempe sambal.
Ahad, 18 Januari 2015
Diari Encikgu #57
Hari ni hari ahad. Dalam hidup aku, hari ahad ni hari yang gampang. Asal benda buruk je jadi hari ahad.
Pagi tadi aku bosan lalu buka facebook lepas lap kipas bilik. Kipas bilik jadi laju macam heli lepas kena lap.
Aku ternampak friend request ada satu noti. Aku tekan, aku senyum. Crush lama aku nak add friend rupanya. Dulu dekat sekolah punya sombong. Pernah aku belanja aiskrin dia tolak, alasannya dia batuk. Padahal rileks je minum ais kat kantin aku usha.
Aku mula chat dengan dia lepas approve. Aku sembang biasa hingga satu part ni.
"Awak, kita macam ada jodoh kan jumpa balik ni?"
"Hahaha mengarutlah. Saya dah kahwin lah"
"Ohhh lama dah ke?"
"Baru 5 bulan"
Mak aku panggil suruh beli gula. Aku tinggal pc dan terus ke kedai.
Balik je makwe tu dah tak online. Aku pun usha-usha fb dia. Aku nampak satu photo terbaru.
"Single dan masih mencari. Peace" tulis di kapsyen.
Aku lompat atas katil dan menjerit dalam bantal. Babi.