Khamis, 28 Januari 2010
Hang Tuah
Tadi usha-usha la kat tenet apa la yang tertulis kat blog budak-budak malaysia...owh,ade perbahasan "Siapa Hang Tuah"..sampai sekarang orang tak tau sejarah dia n 4 kawannya...
Kalau orang putih ada power rangers,kita ada hang bersaudara....apa yang aku konklusi dari perbahasan diorang,terdapat pendapat yang begitu banyak..usha isi-isi ni:
1..hang tuah n geng berasal dari China
2..hang tuah seorang pahlawan dari Indonesia
3..hang tuah n geng ni sejarah muncul lepas ada Hang Li Po
4..hang tuah gewe (couple) ngan Hang Li Po
5..hang tuanh n geng ni pegawai pengiring Hang Li Po
6..hang tuah ni pompuan??
7..Hang Li Po ni bukan puteri China tapi pengganti sebab puteri asal mati bunuh diri@dibunuh dah masuk dalam perigi
7 isi yang aku nampak membawa perjalanan sejarah yang berbeza...aku memang tak minat sejarah kalau aku datang ke sejarah tu..tapi klau sejarah tu datang ke aku,melekat sampai sekarang...
cerita aku bermula time puasa 2 tahun lepas time kat maahad dulu...lepas buka puasa kat surau air-cond,ada sorang pakcik yang muka tak tua sangat n tak muda...dia belek-belek kertas putih tebal macam tesis...aku pun lepak la tepi dia dengan perut kekenyangan...
"Hang Tuah Sebenar" tajuk kertas tesis@kajian tu..aku pon usha la jap (jeling-jeling je)..pakcik tu pun bagi kat aku..dia suruh baca lepas aku berjaya menampakkan minat terhadap buku tesisi tuh...
Dalam buku ni memang detail...aku baca dari mula sampai abis...sejarah buku ni bermula lepas Hang Tuah campak taming sari ke dalam sungai melaka...(pakcik tu kata sejarah sebelum tu payah nak dapat)..aku yang sengal pon angguk-angguk...
lepas je taming sari kena buang,Hang Tuah pulang ke kampung orang dan berjuang melawan musuh...ada satu malam tu,hang tuah naik sampan dengan orang kampung nak serang kapal musuh...tapi malangnya,diorang dikesan dan musuh tembak dengan meriam..hancur sampan hang tuah...
sedar-sedar je,hang tuah badan dia kena balut...ada orang asli,dia kena rawat cedera arah dengan orang asli guna madu hutan asli...dan hari tu jugak waktu petang die berdiri kat luar gua orang asli tu tengok runtuhnya kota Melaka...dia nangis...
pastu,hang tuah mengembara sebab dia frust dengan apa jadi kat kota Melaka...dia mengembara banyak tempat..aku baca skip-skip..ada sekali dia sampai ke jepun berlawan dengan Ninja..buku tu detail sebab semua rujukan yang hebat-hebat...lupe pulak bgtau yang tok guru hang Tuah mati kat kelantan..atas bukit ape ntah..sebab tu pakcik tu datang kelantan dan dia cakap "hang Tuah orang kelate..sebab ibu bapak hang tuah lahir kat kelate"
ok2,pastu ada la bab hang tuah wat haji ke mekah...dalam on the way jenjalan haji ke mekah..dia terjumpa seseorang yang haus...dia pun bagi la minum tanpa cakap pape (hang tuah mana la reti ckp arab)...orang tu ucap syukran dan bagi hang tuah satu kendi emas..hang tuah pun terus berjalan sampai la ke ka'abah...time tu ada liqa' ulama' besar..dan hang tuah masuk ka'bah je,semua senyap..tengok hang tuah,dan ketua ulama' ternampak kendi emas..dia suruh hang tuah minum air dalam kendi tu..serta merta semua bahasa hang tuah boleh tuturkan...ketua ulama' tu cakap yang kendi tu milik nabi Khidir (wallahhua'lam)...pastu aku tutp buku tu..sebab dah lambat nak balik asrama tukar baju solat isya'...
cukup la kongsi pengalaman membaca orang kaji sejarah..aku tak tau betul tak..aku just tulis ni nak ingat balik..korang baca jangan la percaya bulat-bulat ye...
salam semua..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan