Ahad, 17 Januari 2010

Jejak Sahabat

Pagi hari lagi aku,naqi,mu’min,rakif,najib & hilmi terpacak depan Imarah Sa’dun.Time ni la budak-budak (YU or JUST) membuta lagi.Dah la sejuk-sejuk suam,sunyi lak tu.Melayu takde pun kuar jogging ke,jual kuih ke..macam la sini Malaysia (ape da,moja).Kitorang bertujuh hari ni menjejak maqam-maqam sahabat rasulullah yang wafat di sini (Irbid).Pukul 9.40 pagi kitorang naik bas sekolah rendah yang warna kuning tu.

Maqam pertama yang kitorang sampai adalah مقام ابي الدرداء memang dekat betul ngan Irbid la aku kata.Tak sempat matahari naik kitorang dah sampai terpacak depan maqam yang terletak di atas tanah yang agak tinggi la.Sekeliling maqam tu kawasan hijau dan kubur-kubur orang situ (agaknye la..).Lupe pulak nak kenalkan sape yang bawak kitorang kali ni.1)Abu Muhammad 2)Ahmad Sa’ed [drebar].Abu Muhammad la yang merancang ke mana kitorang akan pegi pastu dan dia juga la yang menerangkan pasal sahabat-sahabat sedikit sebanyak (memang banyak pun..Cuma ada yang tak paham).Maqam ni takde dibina masjid.Mungkin sebab khilaf kot.Next maqam, مقام معاذ بن جبل

On the way la nak pi maqam,kitorang benti tepi jalan jap nak snap pic.Kitorang snap gambar tasik Irbid!!lawa betul..semua pic bergaya je.Lebih-lebih lagi si Rakif,haha.Sekeliling tasik tu Wadi (lembah).Sebijik cam kat Syajarah (klik sini).Pastu,kitorang teruskan perjalanan dan ada stesen minyak baru je rasmi.So,kitorang pon singgah nyibok.Dapat la sarapan halawiyyat dan air gas tin kecik (Kredit to ALiNA stesen).Sekali ade problem pulak ngan pak polisi time tu kitorang main snap-snap gambor dalam van.Die ingat aku tangkap gambor die n kawan-kawan.Van kena berhenti dan kemera kena rampas (wei,kamera alip tu)…aku lak kena soal.Nasib baik die xcakap ammi,kalau tak aku balas ammi aku yang laju tu (haha).Punye payah nak yakinkan die yang aku tangkap gambor budak-budak ni je.Last-last die bagi balik,van jalan je aku kena gelak.Mana la tak cuak,kena dia baling kamera tu.Aku gak yang kena ganti.

مقام معاذ بن جبل,kitorang sampai je tak ramai.Maqam ni tepi jalan besar dan ada masjid sekali.Amik wudhu’ dulu bagi hormat sahabat.Mu’az ni dikatakan wafat sebab ta’un yang melanda.Tepi maqam beliau ada maqam anaknya,Rahman.Snap-snap,sekali terjumpa la Bismillah 786..haha.Dalam van naqi pon cerita la kisah nombor tu.Next maqam, مقام شرحبيل بن حسنه

Surhabil ni aku tau sangat kisahnye.Tapi nanti aku search la.Tempatnya mewah ma…maqam die memang mewah.Pintu kaca,lampu kaca..memang mewah.Macam bilik VIP.Time pulak perut kitorang bunyi..haha.jenguk maqam dan wat ape yang patut.Kitorang pon solat la zohor.Insya’allah aku post pasal nya nanti.Next maqam, مقام ابي عبيده

Yang ni memang best.Masjidnya damai n permai je.Ada taman-taman dan perigi kat sekitarnya.Kitorang melantak la speghati yang dibawak tu bawak pokok lepas dilarang masuk dengan makanan.Maqam ni tak dibenarkan masuk,kitorang tengok dari luar kaca macam muzium pulak.Sebelum blah dari situ,ada la intai jap ape ada dalam tu.Ada Nasab (susur galur) raja Jordan rupanya.Rugi la tak dapat masuk dalam tu.Time solat sunat ada lak orang meninggal.Kitorang kejar masa,tak sempat solat sekali.Ahmad bagitau area situ ada hamamah (hotspring)..tapi kitorang tak kan pegi sebab ade lagi 2 maqam nak kejar.Next maqam, مقام ضرار بن الازور

Yang ni paling trajis.Beliau dipotong kedua belah kaki ketika perang tapi kerana semangat jihadnya,beliau terus merangkak menyerang musuh.Masuk masjid je kitorang kebetulan ada ziarah Syeikh Hazim dari Amman.Sempat la budak-budak ni kenal,mendengar kata-katanya dan bergambar dengan beliau.Maqam ni simple je,takde alas or ukiran pape.Abis situ.Next maqam, -مقام عامر بن ابي وقاص

Beliau merupakan adik kepada Sa’ed Abi Waqos.Kitorang sampai time ngantuk-ngantuk.Semua dah lelap time tu,ingat tak jadi singgah.Kat sini ramai budak arab.Bergambor la ngan diorang lepas snap maqam.Ada yang malu-malu,ada yang nak gambor die aje.

Tu je nak citer,ni pon ponat agi..nanti kalau la aku rajin time cuti ni,aku search la kisah-kisah para sahabat ni.Semoga kepenatan kitorang semua menjelajah membuka ruang korang yang membaca ni ziaroh la sahabat berbanding gi jenjalan makan angin..hehe..Tamat

GAMBAR BANYAK KAT FACEBOOK

Tiada ulasan: