Sabtu, 24 April 2010

hati terlerai





Alhamdulillah...keinginan hati untuk bertemu dan bersalam dengan beliau kini tercapai..hasrat sejak bertemu buat kali pertama di pondok pasir tumboh berjaya juga dipenuhi di bumi syam ini.Bukan sennag bertemu dengan beliau yang menjadi sebagai da'ie di jalan Allah.Merantau beribu batu dari tempat lahir dan tempat tinggal semata-mata hanya untuk menyampaikan seruan kepada semua umat manusia di muka bumi ini.Beliau yang mengalir darah puteri Rasulullah kini berjaya di muka bumi dengan penuh tawaddhu' bersama sunnah baginda telah tiba di bumi Jordan ini beberapa hari yang lalu.


Alhabib Umar Muhammad Hafidz diberi nama.Hati aku meronta-ronta untuk bertemu dengan beliau setelah mengetahui beliau bertapak di negara yang sama aku duduki.Tapi,sebab kuliah di universiti hajat itu ditangguhkan.Khamis 22hb April tepat jam 10 lebih malam,aku melihat susuk tubuhnya di hadapan mata ku.Alhamdulillah,malam itu juga aku sempat bersalam dengannya.Memang berbeza di Malaysia dan di Jordan.Beliau tidak dijaga dengan begitu ketat seperti di Malaysia.

Malam itu beliau menyampaikan kata-kata yang mengetuk pintu hati.Menyeru semangat mencari ilmu dan berdakwah.

Khutbah Jumaat tadi aku dengari di Masjid Ja'afar Attouyar setelah bertolak dari Amman pagi tadi dengan satu jalan cerita yang menarik.Dengan izin Allah aku tiba juga di masjid itu buat kali yang ke-3.Khutbah yang memberi satu ketukan hati kepada setiap pendengar."dengan siapa kamu contohi?" ayat yang memberi satu kesedaran.Cuba lihat diri kita sekarang,siapa yang kita jadikan contoh dan panduan?RASULULLAH!!! adakah itu hanya sekadar di lisan??same-same kite renungkan.Moga diampun dosa-dosa terdahulu.Amin

Beliau melawat 3 maqam sahabat yang syahid di medan Mu'tah.(belum post lagi kisah perang ni).Semua selesai dengan hati yang sayu sebab tidak dapat join rombongan beliau.TETAPI,esok petang beliau akan berada di IRBID bagi menyampaikan seruan kepada warga IRBID.Diharap MELAYU IRBID menonjol esok seperti di Mu'tah tadi.(menonjol di sini bermaksud,nampak bilangannya)...

Sekian laporan ringkas...wasalam

Tiada ulasan: