Selasa, 19 Oktober 2010
lamaran
Punca lamaran ini bermula 2 hari lepas.Waktu petang yang suram,aku berasa rindu sangat-sangat pada si dia.Aku berasa lama tak bertemu dengannya.Dari petang tu,aku berfikir hingga melarat ke malam.Aku tekad.Aku kena solat istikharoh.Benda ni benda besar,penentu masa depan aku sendiri.Solat istikharoh memang penting dalam membuat pilihan,dan nabi selalu pesan untuk melakukannya hatta di dalam mengikat tali kasut sekali pun.
Malam itu juga aku mendapat petunjuk dari tuhan,agar aku melamar si dia.Mulanya,aku mahu call family untuk mintak restu dan pendapat.Tapi,aku yakin yang pillihan aku ni disetujui oleh mereka.Benda baik,sape la nak halang melainkan hati-hati yang menghadap ke belakang.
Semalam,aku nak tidur pun tak selesa.Mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang,minum tak puas.Smeua serba tak jadi dan tak lengkap.Rindu aku membuak-buak.Aku rasa tak sabar tunggu pagi menjelma.Sampaikan aku bermundar-mandir di dalam rumah.Semua ahli rumah tidur dengan lena.Diulit mimpi indah.Mata aku terkebil-kebil.Masih mencari kunci ke alam mimpi.Rindu mengatasi mengantuk hingga masa berlalu,tanpa aku sedari.
Dan masa yang aku tunggu-tunggukan aku sudah pun tiba.Aku bersiap,mencapai pakaian selengkapnya.Melihat jam yang awal,bak kata arab "Bakkir Jiddan" (awal sangat).Aku berjalan,ke tempat yang aku nak bertemu dan melamar dia.Aku takut,ada yang melamar ataupun dia meninggalkan aku.Perangai dia 1 je aku tahu,dia tak tunggu aku.Kalau aku lewat,dia tinggalkan aku.Ada penganti,insya'allah.Cuma bukan seperti dia.
Alhamdulillah,aku berjaya lamar dia.Setelah aku berusaha,dari semalam.Setelah aku bersengkang mata,menghindari mimpi.Aku dapat juga lamar dia.Moga rindu aku terubat esok,untuk ku temui dia semula.Mengubat rindu aku lagi.Tapi,lamaran aku diterima pemilik dia ataupun tidak?aku berserah pada pemilik itu sendiri.
Buat kali pertamanya,aku melamar Nur Subuh Illahi....
*1st time,aku solat subuh bersama jemaah dalam malam yang panjang..selalunya di rumah sahaja
*jangan soalkan bab kahwen-kahwen kalau subuh masih terlajak ke hujung masanya
*selalu je senior pesan "musim sejuk ni,malam panjang...masa sesuai wat solat malam n subuh berjemaah"...tapi,ramai ke yang mampu?
*entry ni sebagai penguat semangat aku dan korang yang membaca
*Ya Allah,moga hati-hati kami tak membalik dari agama kamu dan menghalang mereka yang berjuang di atas jalanMu.Sesungguhnya,kami insan yang lupa apa erti syukur padaMu.Berikan kami petunjuk pabila kami lalai.Berikan kami isteri/suami yang mengejut kami menghidupkan malam-malam kami dan mengecapi subuh-subuh Mu.Engkau lah pencipta makhluk dan subuh itu antaranya.Amiiin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
*jangan soalkan bab kahwen-kahwen kalau subuh masih terlajak ke hujung masanya
ni untuk aku ke bro?
aku tak perasan la ym ko masa tu. Subuh rumah je. maaf2.
Catat Ulasan