Khamis, 5 April 2012

kangker

Salam satu malaysia,salam sayang dari jordan.

Hari ni hari khamis.Hari terakhir kuliah aku dalam minggu ni.Macam biasa,seperti hari-hari sebelum ini aku bangun,gi kuliah,solat,game,tido.Semuanya berulang-ulang.Hidup predictable dan berjadual seperti KTM malaysia.Orang dah tau pukul berapa KTM tu sampai.

Tapi,hari ni best sikit bila aku bangun dan member aku kejut menggunakan skil yang hebat.Dia beli roti canai malaysia dan letak betul-betul tepi aku.Aku seperti ular sawa yang mendengar tarian ballet tikus mula memberi respon.Gerakkan hidung kembang kempis dua tiga kali.Kemudian buka tutup kelopak mata dan mula keluar dari selimut.

Seperti hari sebelum ni,manalah lengkap kalimah sarapan aku kalau takde kopi o kaw yang berasap dan penuh dengan serdak-serdak kopi.Dengan gigih dan gagahnya aku menapak ke dapur sambil memberus gigi.Jiran-jiran arab mula usha takjub bila nampak scene rare ini.

Siap je kopi,aku santap sarapan aku dengan jayanya.Bukan selalu dapat benda-benda gini.Yedak?

Cawan merah favourite aku jadi peneman dan pinggan member aku yang tak basuh 2 minggu lepas time ber'party' dengan junior-junior yang disayangi.

Lumrah hidup di perantauan,resort restoren melayu menjadi tumpuan 24 jam budak melayu setempat.Roti canai dan seangkatannya laku gila seperti kasut Adidas yang mendapat potongan harga 45% di Giant Bukit Tinggi.

Member-member aku sibuk berkuliah dan ada yang bersiap mahu ke Sukan Se-jordan.Ok,bunyi macam hambar.Nama program ni KARISMA : karnival sukan malaysia jordan.

Aku nak citer yang pensyarah aku dah sakit  4 minggu sebab kanser perut.Kalau indon diorang sebut kangker.Aku sembang-sembang dengan geng doktor-to-be pasal kangker ni.Rupanya buka sebab bakteria kangker ni terjadi.Sebab sel berlebihan.Kira tahi lalat dan lemak lebih ataupun ketuat tu dikira kangker tahap cikai la.

Sama-samakan doa pensyarah aku ye.Aku nak graduasi tahun depan.

Oh lupa,selamat mem"BERSIH 3.0"

hantu budak kuning



Ini budak kuning,kalau detail lagi..hantu budak kuning.

Hantu ni dah 3 4 hari kacau mimpi aku.Asyik ajak aku main je.Seram kan?

Aku buat dek je.Cool je.

Malas citer panjang,nanti korang mula rasa seram.

Lukis gini-gini pon korang dah seram kan?

*Hadiah untuk hantu budak kuning : http://www.youtube.com/watch?v=VFhqvz8ssJo

Sori la,dulu aku tak sempat belajar melukis dengan Leonardo Da Vinci.

Isnin, 2 April 2012

ibu bapa cikebom cikebom

Salam satu malaysia.Salam pantai timur.Salam bumi jordan.

Okei,cam biasa la kan.Aku baru pas solat isya'.Tunaikan yang wajib,baru senang nak buat yang sunat.Yeddak?

Tajuk pos kali ni sembang pasal ibu bapa.Aku malas nak tulis pos ceramah-ceramah time aku kena sembelit ni.Ini kes lepas aku usha kari dalam periuk.Aku nak rasa je,tu yang aku try colet sikit.Akhirnya aku kena sembelit.Alhamdulillah 4 5 kali aku berulang ke "rumah syaiton" tu.

Haha..dah melalut ke bab lain.

- jangan lupa doakan ibu bapa selalu
- jangan lupa balas jasa mereka kelak

Sekian pos aku.


Jumaat, 30 Mac 2012

Jumaat : Sedih dan Harapan

Waktu sekarang dah nak maghrib.Entah la kenapa aku suka tulis waktu-waktu solat dalam pos aku,meibi hati aku terikat dengan solat kot..aminnn (kalau betoi la).

Aku baru pas pekena kopi o arab selepas aku menapak keluar dari gua (baca : rumah) semata-mata nak beli serbuk kopi jenama Arafat tu.Ye la,tiba-tiba mengidam pekena kopi o kaw waktu petang di hujung minggu.Nak cerita dari aku pakai selipar sampai aku bukak selipar sebelum masuk rumah payah la bro.


Aku nak sembang pasal subuh.Ha...tengok,waktu solat lagi.Harharhar (gelak budak lelaki zaman sekarang).

Bukan pasal solat subuh ataupun pasal doa qunut mahupun sujud sejadah.Tapi nak citer pasal pemergian Raja Sulong Perak,Raja Ashman.Aku perhati arwah dari laman web maya mahupun youtube dah 2 3 tahun ni.Memang bagus kalau naik jadi raja perak,sebijik macam Tengku Faris yang naik di Kelantan.

Ada latar belakang agama yang kuat.
Ada sifat tunduk hati pada tanah. (baca : rendah diri)
Ada jiwa rakyat marhain. (bukan nama awek okei)

Sila-sila la search apa yang patut pasal arwah sambil sedekahkan fatihah.

*****

Habis pasal sedih.

Harapan ni aku nak bawakkan satu poster..jap ye,nak kopipes.


kredit to profile picture awek-awek di Facebook


GMJ = Geng2 Menuju ke Jerusalem (baca : Global March to Jerusalem).

ini pon kena search la kat web dan youtube untuk lebih lanjut.

Dah la,kopi o aku dah nak sejuk nanti tak sedap pulak.

*Sedih dan Harapan*

update 1.0

Maaf,aku baru solat maghrib...menulis sambil tunggu isya' haha..

....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....

*Tunggu hujung minggu baru aku update la,dah azan isya' pun

Khamis, 9 Februari 2012

oh..baru aku sedar

Oh..baru aku sedar yang blog ni xupdate untuk tahun 2012


Aku dah buat :

- jelajah turki

- daftar semester 2

- beli beg sekolah baru

- mood study aku ada upgrade sikit

- oh,aku baru je update blog ni


*rindu habib omar


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 29 Disember 2011

new short film

aku update blog sbb aku update link filem pendek omahbujang yg latest...

<---- lihat kiri dan tajuknya memory

Enjoy dan amik istifadah dari filem pendek kami....bittaufiq imtihan semua!!!!!!!!

Selasa, 18 Oktober 2011

new baby born today

ok.

blog baru dah siap.

sape nak follow..follow..

http://cwncwnkopi.blogspot.com/

*blog ni ilmiah sikit..

Isnin, 17 Oktober 2011

like

"wa..kencang like nampak,btol ke aku dengar kau suka _ _ _ _ _..sbb tu kau like status n komen beliau?

sentap.

Penangan like status akhwat memang camni ye?

hanyut,nyesal rasanya like-like..padahal aku like sebab isi tu...bukan sebab orangnya

- cuba kita ingat balik sirah rasul,yang mana tika rasulullah wafat sahabat nabi cakap "siapa yang sayangkan rasul,muhammad sudah tiada..siapa yang sayangkan tuhan,Dia kekal abadi"

kita like seseorang bukan sebab diri dia lawa ke..ape ke...tapi sebab apa yang dia bawa...mahabbah ila Allah...

Kat situasi aku pulak...fitnah mula jadi,so..haram la aku like-like ni...stop dah buat benda ni...

*blog baru dah wat fes post

Khamis, 13 Oktober 2011

kursus kawen

Insya'Allah..petang ni aku join kursus persediaan kahwen orang arab...ceeewah..

takde la..petang ni ada kursus fiqh dakwah kat Amman...dari khamis sampai sabtu..memang minggu ni takde hujung minggu lagi la bagi aku..haha

intensif yang dibawak oleh kursus ni memang terbaik..tak sabar tunggu petang menjelma..

cuma,terpaksa ponteng TOT Pintar tu...maaf semua..jangan marah saya

"kahwin itu amal,dan bujang itu masa mengumpul ilmu" - indonesian in yaman