Petang yang mendung.Cuaca berangin kuat.
"Mak,Ecah rasa kan..Ecah nak kawen la" Aisyah Humaira' mulakan sembang topik dengan emaknya time mereka berdua lepak melipat kain-kain jemuran.
"Hurrmm..elok la tu,lelaki camne yang kau nak mak carik ni?" tanya Muslihah sambil melipat kemeja arwah suaminya.
"Kalau boleh nak yang hensem,kaya,ada kereta sport,ada banglo,keje professional,pandai cakap omputih,suka travel,makan paru lembu dan suka memasak" Aisyah mula berangan.
"Kalau gitu,kau tak payah la kawen Ecah oooii..mana la ada yang sempurna dalam dunia ni.Kau kena terima jodoh kau seadanya,kalau ikutkan taste sampai bila la kau boleh kawen..haha" gelak kecil Muslihah mendengar ciri-ciri pilihan anak gadis sunti 19 tahun itu.
"Tak nak kawen la kalau camtu..biar jadi anak dara tua.huh!" muncung mulutnya bila dengan gelakan ibunya.
"Kita ni kan Ecah,macam kasut.Kena ada pasangan untuk sempurna.Ada yang kanan,ada yang kiri.Cuba Ecah beli kasut dua-dua belah kiri,mesti tak boleh pakai dan tak lengkap.Camtulah kehidupan kita" pesan Muslihah.
Aisyah pandang muka emaknya dan senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan