Isnin, 21 Mei 2012

Imam Ramlee


Nama (seperti dlm ic) : Imam Ramlee bin Sukarno
Tarikh lahir                 : 13 mei 1947
Umur                          : 65 tahun 3 bulan 12 hari
Tempat lahir               : Pesisiran pantai laut china selatan
Status                         : Duda (suami arwah Sekina)

Imam Ramlee.Nama glamour gila kat Kampung Bendang Seekar.Sebut nama dia,kompem orang sebut nama penuh "imam ramlee sukarno!".Imam tu memang nama asal beliau.Bukan sekadar jawatan dan amanah yang digalas selama 5 penggal berturut-turut.

Bapak dan emaknya asal dari Surayaba.Merantau ke malaysia tatkala krisis Malingsia.Ketika mendarat di Banting,emaknya pecah air ketuban dan lahirlah Imam Ramlee seiring dengan langit laut yang gelap beserta ribut.(bayangkan seperti citer pirate of caribbean).

Sejak kecil pendidikan agama tak lekang.Belajar alif ba ta sebelum peti suara berfungsi dan perkataan pertama yang keluar dari mulut dia bukan "papa,daddy,ayah,bapak" tapi "Alif".

Zaman remaja beliau begitu gemilang.Masuk pertandingan Imam Pilihan Kampung,Ustaz Muda dan macam-macam lagi.

Pernah jatuh hati dengan Muslihah bekas ratu kebaya kampung merangkap anak kepada ketua marhaban wanita Kampung Bendang Seekar.Kebaya dan Muslihah ibarat isi dan kuku,air dan tebing.Tak lekang di mana saja.

Bila masuk meminang,Muslihah tolak.Imam Ramlee tak keciwa atau patah hati,beliau pinang kali kedua.Muslihah tolak juga.Pinang kali ketiga,ditolak juga.

Imam Ramlee terus pinang anak jiran yang dok syok kat dia sejak dia jadi naib johan Imam Pilihan 1996.

"taste orang mana la boleh pudar" ni kata-kata power daripada Haji Salleh.

Biarpun dah kawen dan bercucu-cicit.Bila Janda Muslihah lalu depan rumah Imam Ramlee dengan berkebaya,mesti daun tingkap kayu terbuka sedikit.Dari jaring-jaring besi itu Imam Ramlee usha Janda Muslihah.

Kini,Imam Ramlee menjadi duda dan Muslihah menjadi Janda.Adakah tuhan mengatur cinta kali kedua kepada mereka??

Cinta : Duda & Janda





Tiada ulasan: