Ahad, 27 Mei 2012

Ajis dan Arab

Bamm!!

Beg sekolah dicampak kuat ke dinding kayu rumah.

"Kau ni kenapa Jis?" Muslihah pelik tengok anak bujang lelaki dia yang berumur 15 tahun pulang dengan baran dari sekolah.

"Bonda,kawan-kawan arab Ajis buat hal la" rungut Ajis sambil cium tangan ibunya.

"Apa lagi yang mereka buat Jis?" Muslihah melayan kerenah anak bujangnya yang bersekolah di Sekolah Arab Rembau.

"Diorang semua meniru bonda,Ajis dah la belajar 3 4 malam tanpa tidur untuk kertas ni,diorang senang-senang je meniru" rungut Ajis lagi.

Sebelum ni Ajis pernah mengadu hal yang sama.Arab memang kuat meniru.Tak kira lelaki ataupun perempuan.Yang lelaki bawa nota kecil dan perempuan pakai earphone dlm tudung dan call member yang di luar dewan untuk baca dan cari jawapan dalam buku.Ada sekali tu Ajis cerita perempuan pakai niqob/purdah simpan nota di sebalik hijab itu dan lelaki yang bawa surat kabar yang mana antara 2 line berita surat kabar itu ditulis nota-nota kecil.

Licik dan berani-mati.2 sifat arab yang hebat.

"Alaa,sabar je ye.Kita belajar untuk ilmu,bukan untuk nombor-nombor yang menjadi markah tu" pujuk Muslihah.

Ye.Ajis sedar yang ibunya belajar tinggi-tinggi dalam jurusan Bahasa Jepun,tapi akhirnya menjadi surirumah selepas berkahwin dan jawapan tu juga yang dijawab bila ditanya kenapa tidak bekerja.

Ajis menangis tersedu-sedu dalam dakapan Muslihah.

Arab tetap arab.

Tiada ulasan: