Sabtu, 19 Mei 2012

Irsyad Manja

Pada suatu petang khamis yang tenang.Di sebuah kampung,di kedai kopi Hj. Salleh yang terletak tepi bendang.Bulan Mei,padi bulan lima mula nak masuk fasa mengkuning.Baru nampak padi nak jadi.Pesawah-pesawah Kampung Bendang Seekar mula senyum sampai ke telinga sejak kerajaan tingkatkan subsidi benih padi tahun ini.

Petang yang tenang.Kelihatan jemaah surau kampung baru sahaja tunaikan solat asar.Alhamdulillah,kampung yang ada didikan dan tarbiyah islam.Bukan sekadar pagi ke bendang petang pulang ke teratak.

"Kedai Kopi Hj. Salleh" terpampang di papan tanda kedai kopi yang baru 4 tahun terbina sejak Selangor tukar kerajaan pilihanraya umum 13.Mula-mulanya kedai tu jadi markaz pihak pembangkang raih undi,lepas pilihanraya haji Salleh beli cash markaz tu dan buat kedai kopi atas dasar takde kedai kopi di tepi bendang tu.

Haji Salleh,bekas rejimen tanah melayu yang banyak berbakti kepada tanah melayu time Komunis menyerang dulu.Kalau sembang dengan dia pasal perang,semua dia tau.Kesan tembakan peluru kat bahu dan tepi pusat dia tu kompem dia tunjuk time citer pasal perang dalam hutan kat pahang dulu.

Petang yang tenang ni juga la Cikgu Hamid,Imam Ramlee dan Aman Rockes selalu lepak sembang-sembang sambil pekena minuman panas masing-masing.Cikgu Hamid nescafe tarik,Imam Ramlee tongkat ali dan Aman Rockes air suam.Dulu Aman Rockes selalu pekena ABC.Tiap-tiap masa,kalau takde ABC mesti dia angkat punggung dan meronggeng keliling kampung.Lepas je band dia dapat jemputan selain masjlid kenduri kawen,mula la dia jaga kotak suara dengan minum air suam sahaja.

"Wei,korang semua ada dengar tak citer baru?" Haji Salleh membuka pentas sembang petang tu lepas lap meja dengan kain buruk lembam dan letak kat bahu."Citer apa haji? ada ustazah baru ke pindah kampung kita ni?" Imam Ramlee tanya sambil sengih-sengih kambing. "Ke ada band baru nak tubuh?" Aman Rockes sambung sambil hirup air suam.Cikgu Hamid senyap,khusyuk baca paper pro-kerajaan yang terpampang jelas "tarian punggung bekas tentera" sebagai tajuk utama.

"Bukan la...Irsyad Manja nak datang kampung kita ni" jawab Haji Salleh. "Ha!!" serentak 3 kotak suara berbeza umur melafazkan satu perkataan yang sama.

"Mak ai,berani betul budak Manja tu nak balik sini lagi.Last aku dengar dia dah jadi ketua geng bapok kat Klang tu" selamba Aman Rockes sembang.

"Eish..jangan la dia balik sini,mau dia rekruit orang kampung kita jadi geng dia nanti.Pemikiran dia tu dah la gila sikit" marah Imam Ramlee.Dari Irsyad kecik lagi Imam Ramlee berangin dangan budak tu.Kaki bising dalam surau,curik selipar jemaah,kencing dalam surau,tarik kain jemaah time ruku' dan macam-macam lagi.

"Hurmmm,saya memang tak suka budak tu dari sekolah lagi.Tapi,ni kampung dia.Siapa la kita nak halang" kata Cikgu Hamid sambil betulkan spek mata yang meluncur ke hujung batang hidung.Dulu Irsyad Manja ni belajar dengan Cikgu Hamid.Kenal benor la CIkgu Hamid dengan dia tu.Dari darjah satu sampai PMR Cikgu Hamid jadi guru kelas budak tu.Asal ngajar je mesti dia tanya macam-macam soalan pelik.Ada yang boleh dijawab dan ada yang tak mampu dijawab.Kenapa syaiton ni wujud?Kenapa perempuan kena pakai tudung?

"Entah la cikgu,aku dengar dia balik kampung ni nak bukak kelab tarian kat balai raya tu.Haji Meon ketua kampung pun dah setuju dengan pertubuhan kelab tu" kata Haji Salleh sebelum bangun ke meja sebelah untuk amik order geng-geng marhaban kampung yang baru singgah ke kedai tu.

"Arghh!! aku dah lama menyirap ngan budak Manja tu.Dulu time Salman Rosedi buat hal,budak Manja ni kuat gila bekap si Salman tu" bentak Aman Rockes.

Salman Rosedi.Nama ni feymes gila kat Kampung Bendang Seekar.Peristiwa 7 tahun lepas yang mana si Salman ni hentam Imam Ramlee yang sedang bawa tahlil dan yassin kat surau.Salman yang datang dari mana terus rampas microphone dan halau jemaah pulang ke rumah sebab buat benda bidaah kat kampung tu.Lepas 3 4 hari,Salman hilang entah ke mana.Mak Esah dan Pak Jalil Vespa puas mencarinya.Dengar kabar,Salman ni dah ke Singapura.Jadi penjual minyak lintah jalanan.

Imam Ramlee tahan marah.Abis merah muka dia.Janggut beruban putih dan muka merah dia memberi satu kamisteri yang baik.Kalau Janda Limah lalu,mesti terpikat.

"Udah la imam oi,benda 7 tahun lepas.Ha,ada apa malam ni kat surau? ramai benor saya tengok time lalu tadi" pujuk Cikgu Hamid sambil bertanya.

"Oh,malam ni ada ramah mesra dengan wakil rakyat.Ada la makan-makan sikit" balas Imam Hamid sambil hidupkan puntung rokok untuk dihisap.

"Time nak pilihanraya la baru nampak batang hidung,apa la YB kita ni" sambung Imam Hamid.

"Jadi,apa citer dengan si Manja ni?" tanya Aman Rockes bila dia nampak topik sembang mahu beralih arah.

"Kita nak buat camne man,si Manja tu dah on da way pun ke sini.Budak tu pon keras kepala,hati kering.Makin bangkang makin dibuatnya" Haji Salleh kembali duduk sembang.

"Orang melayu gini la adatnya,time isu ada bising.2 3 hari nanti senyap la tu.Ni ha,yang YB tu turun ni nak pujuk undi la ni? memang busuk perangai betul,dah menang terus lesap,habuk pun takde" marah Cikgu Hamid.Orang muda beristeri satu dan beranak 3 tu memang angin dengan YB kawasan tu.Sejak dari atuk dia benci dengan kerajaan.Dah sebati dengan darah.

"Ok la semua,aku kena balik ni,nak maghrib pun.Salleh,kau hebah-hebahkan la ye majlis malam ni kat orang kampung.Kau Aman,jangan lupa ajak member seband kau tu.Lagi ramai,lagi bagus" kata Imam Ramlee sebelum dia bangun dan blah jalan kaki.

"Kami pun beransur dulu la ye haji Salleh,yang ni masuk buku ye.Gaji belum masuk" kata Cikgu Hamid sambil sengih-sengih.

3 4 tapak dari kedai Hj. Salleh..

"Man,malam ni amik aku tau"
"Aik,pegi gak...kata bangkang YB"
"Ehem,makan free sape taknak"

Sekian.bukan Sekina,tu nama arwah bini Imam Ramlee.

Tiada ulasan: