Isnin, 24 November 2014

Diari Encikgu #52


"Kamu buat apa sampai tak datang sekolah banyak hari ni?" satu soalan je aku tanya. Tak banyak. Sesi temu pun tinggal 10 minit.

Danial pandang tepat ke muka aku sebelum buka mulut.

"Saya teman ayah saya. Ayah saya masuk hospital"

Tangan aku masih sibuk menulis laporan. Ini susah jadi cikgu ni, kena multitasking. Masa bekerja bukan lama. Banyak cuti aje.

"Habis ayah kamu suka kamu gagal dalam pelajaran? tak tahu apa?" aku cuba tekan Danial. Mana taknya, daripada kelas pertama dia jatuh ke kelas terakhir. Merosot.

"Cikgu, saya nak saya ada masa ayah saya pergi nanti"

#####

Tu yang aku teringat. Mata aku masih pandang doktor membuat CPR pada ayah Danial yang berada di lantai simen. Danial duduk di tepi doktor sambil matanya menangis. Aku tak boleh buat apa. 

"Danial Bin Rosman. Tempat pertama"

Kedengaran pengumuman di dalam dewan.