Sabtu, 30 Oktober 2010

cinta tak pernah wujud



Hari ni sabtu.Esok ahad.Lusa isnin.Tak pernah berubah.Nama tak pernah berubah.Yang berubah hanya isi hari itu berjalan.

Bukan nak merepek yang sengal lagi hari ni.Aku nak citer pasal perubahan ke belakang.Pernah kawan aku cerita: "berubah ke belakang lagi baik dari berubah ke depan".Aku tak percaya la mula-mula bila dengar.Tapi,hari ni aku dapat lihat.Apa yang dia katakan....


A seorang yang selalu mecari ilmu time kat sekolah dulu.Tiap-tiap malam keluar cari ilmu agama kat surau-surau.Sanggup lompat pagar semata-mata nak carik ilmu.Sampai nama dia blacklist dalam senarai nama pelajar asrama.Memang junior-junior die respek la kat dia.Nama die feymes kalau nak tanya soalan agama.

Dalam senyap,si A ni suka ngan si B.Tapi,dia malu n segan.Dia tau dirinya tak punya rupa.Dia hanya berdoa mengharapkan jodoh bersama si B.Si B ni sebenarnya suka si A sebab perlakuan dia yang sangat-sangat alim.Dia pun selalu doa si A ni jadi pasangan hidup dia.

Si A dapat tawaran ke mesir.Dia sedih sebab nak tinggalkan si B dari pandangan dia even tak pernah contact ataupun bercakap 1 by 1.Seminggu sebelum fly ke mesir.Si S n family nak pi tunang si B.Mula-mula ketar lutut,bila khatam quran 2 kali.Semangat pun mari.Tapi,nak katakan jodoh belum tiba.Si B nak family pindah ke Australia sebulan sebelum tu lagi.Haih~

Si A terbang ke mesir.Negara penuh pancaroba.2 3 bulan dia di sana.Dia mula berubah.Kalau dulu sebelum fly dia niat nak pi talaqqi (sedut ilmu) 3 4 kelas.Bila sampai je,1 kelas pun dia tak join.Dia enjoy dan hanyut di sana.Culture Shock omputih panggil.Sebelum ni tak bebas.Sebelum ni tak penah gaul ngan awek-awek melayu.

Tiap malam dia dating ngan awek-awek melayu atas suttuh (atap) umah dia.Bebas seperti mana burung berterbangan.Dia lupa pada si B saat itu.Tangan dia dah pegang macam-macam.Mencari kepuasan diri.Pelajaran entah ke mana.Apetah lagi kelas talaqqi.Bangun tidur je ngadap FB,nak tidor je ngadap GF(gurlfriend).Rokok n shisha memang fav dia setiap masa.Solat dah ke mana.Quran.....................

Si B pulak,dia rasa sangat nyesal pindah.Dia dapat berita dari jiran dia pasal rombongan tunang.Kini,si B kat Australia siap-siap untuk majlis perkahwinan ngan si C.Si C ni dulu musuh si A dalam senyap.Si C ni jeles ngan ke'alim'an si A.Dia pun suka kat si B.Kini,dia dah menang dalam pertandingan.Mereka sudah bernikah.Tinggal nak wat majlis je.

Malam-malam,si B selalu tengok gambar dia kat sekolah.Ada gambar si A pakai serban simpul.Smart n berkenan di hati.Biar muka agak gelap cam langsat."andai dia jodohku,bukakan ikatanku yang tersimpul ini".Dia mengharap doa dia dimakbul tuhan.Dia kawen ngan si C ni pun sebab perniagaan family.Sedih hatinya merintih...

Si A makin teruk dari hari ke hari.Satu malam dia pulang dengan hisap rokok kat tangan.Dia nampak seorang awek arab seksi jalan kat lorong gelap.Seluar pendek menampakkan peha yang putih gebu.Si A ni sedang tension time ni sebab dia down result sem kali ini.Nafsu dia melonjak tinggi.Dia menuju laju ke perempuan itu dan tarik bajunya.Baju perempuan itu terkoyak.Perempuan itu tak sempat menjerit,si A tutup mulutnya.Mata bertemu mata,apa yang berada atas pusat perempuan itu terzahir bersama cahaya kuning lampu jalan.Si A bersedia untuk melakukan benda terkutuk.Nafsu mengambil alih dirinya.Awek arab itu hanya mampu menangis.Pabila si A membuka seluarnya,azan subuh berkumandang : "Allahhuakbar,Allahhuakbar!!"

Time ni,dia kaku.Badanya kaku.Lemah dan hanya mampu terduduk.Hatinya bagai diketuk-ketuk.Dia berlari.Meninggalkan awek arab tadi.Sampai di rumah.Dia lompat ke atas katil.Dia menangis.Dia tak sangka dia akan buat benda terkutuk tu.Dulu dia sekolah agama,belajar agama..akhirnya ingin buat benda yang pernah dia larang.

Si A menangis sampai sinar mentari masuk ke biliknya.Dia mengingati dosa-dosa nya yang dibuat sejak tiba di bumi mesir.Bumi anbia bumi barokah.Dia bangkit,ke bilik air dan mengambil wudhu'.Solat subuh n taubat dilakukan.Bagaikan baru belajar apa itu solat.Dia lakukan secara teliti.Habis solat,dia bangkit.Ya Allah,dia masih tak kuat.Dia capai majalah playboy yang penuh gambar haram tu.Bila nak bukak je mukasurat pertama,dia terkedu.Kenapa dia tak berubah lagi??majalah diletak ke tempat asal.Dia nak baca buku cinta yang pernah dia temui dulu kemanisannya.Al-Quran.Dia tak pernah tinggalkan bacaan dan hafalannya.Terjaga sentiasa.Tu lah perisai dia malam itu...

Si A berubah ke belakang.Dia menjadi seperti dirinya dulu.Itu yang dia mahukan.Mencari kehidupan yang penuh ilmu dan hikmah.Kini,dia dah berjaya pulang dengan cemerlang ke tanah air.

Tiba di airport,ramai yang menyambutnya.Air mata dia mencurah-curah pagi tu.KLIA yang dia rindui dah dapat dilihat semula.tapi,bukan hanya air mata kesyukuran yang keluar.Air mata kehampaan keluar juga.Si B & C menyambut dia juga hari itu.Bersama anak-anak mereka.Hati bagai dihiris sembilu bila dapat tau diorang dah berkeluarga.Atas dasar iman dan ukhuwwah,dia redha.Sekian.

p/s : Si A tau yang si B lagi baik dan dia tak layak untuk si B,sebab tu dia pasrah...."andai kau milikku,aku mahu bersifat seperti engkau"

*1st : bukan aku watak sape-sape dalam citer ni
*2nd : ni kisah benar
*3rd : jangan carik awek arab malam-malam

Jumaat, 29 Oktober 2010

basah di pagi jumaat



Alhamdulillah,semalam budak-budak jordan dah melakukan satu fenomena yang mengkagumkan.Semua budak jordan sudah pun mencepatkan jarum jam mereka awal sejam.Membuatkan jarak masa jordan dan malaysia bukan lagi 5 jam.Sudah pun menjadi 6 jam.

Bior la,aku tak kisah benda ni.Cuma ni macam tanda rasmi masuknya winter.Ala...macam olimpik la,bila obor olimpik menyala je tanda olimpik bermula.sekian.

Haha...bangun pagi je,rahmat hari jumaat turun.Tak sedar pulak pukul berape.Dah basah.(wei...jangan pikir bukan-bukan).Luar rumah dah basah.Cuaca yang basah-basah selepas hujan.Damai.Lama betul tak rasa benda ni.Kalau ada bini,dah tinggalkan dah bini tu.Pi main hujan luar tu.Ni hanya perumpamaan.Keh3...

kesimpulan karut kali ni : cinta bukan sekeping...tapi berlapis,korang tau tak nape?

lagu untuk kawan-kawan jordan aku : KLIK

Khamis, 28 Oktober 2010

siggoh

muka sebijik cam kawan skola aku..keh3


Semalam gua lepak kat mat3am (restoren).Saje je nak makan luar,sekali-sekala tunjuk "kaya" ngan budak junior.Dalam mat3am tu ade la 2 orang junior yang familiar la muka diorang.Muka jambu,bukan cam aku yang muka pecah umah ni.Aku saje amik port dekat diorang,nak wat dosa mendengar apa diorang cakapkan.

A : wei,sedih je..nape?
B : ye la..budak tu tak layan aku la
A : la...chenta,chenta,chenta...tak abis-abis,sabar je la..kalau dia jodoh ko,kang dia layan la
B : bukan ape,aku bukan nak kapel pun...aku nak kawan je,tu pun nak siqqoh (alim)
A : ko kena paham la,dia jenis camtu...sabar je la..
B : emm...takpe la,aku try lagi malam ni

Ni la yang aku sempat dengar,sebelum aku amik syawarma kat pakcik arab tu.

Siqqoh

Sape tak nak awek alim??kalau tanya 23 orang sekali pun,kompem 4 5 orang je yang cakap tak nak.Tapi,nak dapat tu bukan sennag bai.Bukan macam bukak tin biskut je.Nak dapat tu kena ada pengorbanan yang kaw-kaw nye.Dalam mencari awek ni,kena ada sabar n redha.Kalau dah try 2 3 kali tak dapat juga,kena la sabar n redha.

Kawan baik aku penah cakap : "a man can wain a woman with...(aku dah lupa)" nak cakap kat sini.Jangan risau kalau tak dapat awek yang korang takel.Korang kena sabar la.Kalau awek tu tak layan,jangan korang ngada-ngada layan awek lain la.Kata nak orang tu,tapi melayan orang lain.

"kawan ngan orang lain,cinta ngan orang lain,kawen ngan orang lain" ni status sape ntah aku sebat.Memang wujud benda alah ni.Tapi,kena la kita pilih.Sebab dalam kehidupan kita ni ada pilihan yang dah disusun.Bukannya kita redha 24 jam.Macam nak makan nasi,tunggu nasi datang.Pergh...kalau camtu,aku pun nak.Goyang kaki je...

Repek aku kat sini bagi 1 kesimpulan :

jangan carik awek alim...haha...takde la,memain...JANGAN CEPAT PUTUS ASA & SABAR ITU MEMBAWA BERKAT...wogei??

p/s : kalau nak tips cari awek,buzz aku kat ym... (redlinez2008)

Rabu, 27 Oktober 2010

jangan baca post ni...bahaya


"gua nak tanya soalan exam je,bukan nak takel dia pun"

Ni ayat aku luahkan 23 kali lepas aku dimainkan.Jom layan citer :

m : salam
m : nak tanya pasal exam math esok la

(2 3 minit)

m : elo...ade tak ni?
z : offline

Bile gua try usha tracker je,invisible rupanya!!!!!!!!!!!

p/s : ni la orang yang aku nak bagi cubit semut cam cikgu sekolah rendah aku dulu....nak marah,takleh...sayang

gua kerek?

gua suka orang benci gua dari sayang gua tapi hampeh





Yup...gua kerek.Fullstop.

Ramai cakap gua kerek lepas gua tukar status fb n ym yang berbunyi :

ada senior,membantu...
ada sebatch,menyusahkan..
ada junior,no komen..

p/s : baru sedar ke gua kerek?? ke lu orang yg cakap tu xkenal gua lagi??

Selasa, 26 Oktober 2010

3 ayat cinta



"Aku nak exam.Doakan aku"

*mood : malas gile nak taip

Isnin, 25 Oktober 2010

ku belek kehidupan lampau

 Entry kene delete lak...xpe la..teguran perlu diterima dengan hati yang luas terbentang.





dahlia....kuajja tul lawanya



Rupanya,dalam dunia ni masih ada lagi orang yang berada di tahap bawah.Kalau bahasa arab tu namanya 'asfal' yang bawah sekali.Pemikiran,kehidupan,gaji,ilmu,dan tahap kesabaran.

Bukan nak citer pasal orang yang aku kawan macam post yang aku delete tu.Aku nak cter pasal orang yang pernah mai singgah dalam kehidupan aku 2 3 tahun lepas.Jom layan jap..kalau nak la,tak nak suda...

pemikiran

Pernah aku terpikir,pasal kehidupan aku setahun lepas.Pada mula aku jejak kaki di bumi syam ni.Bukan senang nak faham environment kat sini.Makin hari,makin paham lah aku.Ape itu JORDAN.Sesetangah budak perempuan sini berfiikiran agak ke bawah sedikit dalam berhubungan dengan budak lelaki sini.

Kalau si lelaki ada urusan n call budak perempuan,ada yang tak angkat langsung.Semua urusan diorang nak SMS je.Mudah,tak nak dengar suara la kononnye.Tapi,bile guna SMS la maklumat n arahan dari si lelaki tak sampai sepenuhnya.Pengalaman aku sendiri la,suruh buat banner untuk program.Ok ok je budak pompuan tu balas SMS aku.Bila tiba hari program,hanshusss...

Budak pompuan cni gak segan ngan budak lelaki.Bila dalam kelas je,ada je budak laki melayu dok sbelah.Mula la angkat punggung ke kerusi lain.Bila arab duduk je,relax....bahagia sampai abis kelas,biar arab punye peluh bau kambing pun.Keh3~

Bile jumpe tengah jalan je,budak pompuan amik jalan lain.Tak pun,sanggup seberang jalan.Pastu seberang balik.Semata-mata nak ngelak dari lelaki melayu.Bila arab je lalu,relax je...siap jeling-jeling.

kehidupan

Yang ni,aku memang nak cerita.pasal Tok Kapok.Ni time aku kat maahad.Ada je crite pelik-pelik.Ada seorang tua kat masjid muhammadi,bile ramadhan je boleh jumpa dia tidur kat situ.Naik basikal buruk,kain pelikat.Kat sampin kain pelikat die tu ada sebilah kapak.Sebab tu orang panggil dia Tok Kapok.Bukan mudah nak jumpa dia.Macam-macam orang cerita.Tapi,yang aku tahu.DIa berilmu tinggi.Berkehidupan rendah.Serendah alam.Aku sempat jumpa dia last ramadhan aku kat kelantan.2008.Tak sempat tuntut ape-ape,hanya sempat salam.Dan lihat cara dia beribadat.

"sesungguhnya,tak kenal siapa itu wali allah..melainkan wali sendiri"-anon

p/s : takde keje la aku ni...main post benda ngarut
*bunga atas tu,namanya dahlia....untuk orang yang exam...keh3

Sabtu, 23 Oktober 2010

a+b+c

kisah cinta

A dan B bercinta ketika belajar.Hubungan diorang memang mantap.Tak penah contact.Hanya pernah bersua muka.A tak pernah mengharap B membalas cinta.B hanya tumpu pada study.Biar duduk sebelah-sebelah dalam kelas,mereka tak pernah bercakap sesama sendiri.


Satu hari,C menghampiri si B.C tahu A berkenan ngan B.Tapi,C nak gak try masuk line ngan B. “bukan diorang dah bertunang pun”.C mudahkan perceritaan.Mulut dia manis berkata-kata.B tak selesa,biar ada rasa cinta berputik di hati pun.


A ternampak C kacau B dalam kelas.Dia tak boleh wat apa.Dia takut B marah dia nanti kalau dia tegur C.Lagipun,dia segan ngan si B.A pulang dengan keciwa.Yang lagi keciwa,si C tu kawan serumah si A.Hari-hari jumpa,hari-hari api marah menyala.


Satu malam,si A masuk bilik si C.Terus tanya pasal nape kacau si B.C pun jawab, “si B tu bukan tunang ko pun”.


A senyap.Keluar bilik tu.Mula hari itu,si A benci dengan si B n C.Biar si B tak melayan si C sekalipun.


Berakhir cinta yang menderitakan si A.

Jumaat, 22 Oktober 2010

lupa tafdhilnya alpa

jom layan kisah-kisah yang berlaku,berbeza kisah..berkongsi kalimah

kisah 1

"Abis la..aku dah lambat" ni je la yang Badie pikir bile tengok jam kat henset tunjuk pukul 12.12 tengahari.Memang kompen lecturer dah masuk ni.Pintu kelas masih terbuka.Time tu ada la sikit lega,kat dada dia.Masuk je kaki dalam kelas,dia senyum dan pandang ke meja lecturer.

Buncit sedikit dan berkemeja kemas.DR AMJAD TOLAFHAH.Tu nama dia.Memang legend dalam dunia adab kat yarmouk ni."Keluar!!" tu la yang Badie dengar bila dr. senyum balik kat dia.Adehhhh...

Ni doc aku dalam bidang Sarf.Dia ni memang tegas orangnya.Suka buat lawak.Salah satu nya,dia buat lawak 1 hari tu...

Dia masuk je kelas,dia pun bebel-bebel dan terus membebel.Abis je bebel,dia pun tulis contoh kat papan putih."Telah terbangnya keldai".TIme ni la aku yang ngantuk bangun,semua budak gelak.Doc pun pelik.Aku ingat dia wat lawak.Bila dia baca balik,dia pun gelak.Ada ke dia boleh lupa yang keldai tak boleh terbang.


kisah 2

Ni lak cter hari isnin lepas.Aku tak dapat lak join kelas Mantiq maulana S.Aku pon teman la beliau pulang.Sembang-sembang jap.Dia pun keluar la nasihat.

"kite kalau wat ape-ape amal,kite kena jadi macam taik" tu je dia cakap.Dia senyap sebab nak aku berfikir."nape ustaz?" tu la yang aku tanya bila nak tau sebab apa contoh taik.Padahal taik bukan ada nyawa.Maulana S jawab dengan berhikmah "sebab kita lupa akan taik itu,takde la kita cakap :'ni syawarma aku,ni falafel aku' kat taik tu.Padahal kita teran,buang dan flush"...kata-kata dia terpahat terus di hati.


kisah 3

Ni nak cter pasal akhwat irbid.Bukan aku nak tegur.Nak pesan je.Ada akhwat yang agak angkuh dengan peraturan muraqqib sini.Aku teringat kisah aku muroqqib seorang junior ni.Hakhak...terbaik

junior : er...awak nak muroqqib saya ek?

moja : yew la..{takkan nak belanja ko kot (dalam hati)}

junior : nama awak sape?

moja : kepala betul la budak ni...(ni aku bisik sambil pusing badan aku)

junior : jom la...ke duwar ******

moja : wogei...

Aku muroqqib sampai la rumah dia dan aku tinggalkan dia depan pintu.Bila aku nak blah je...

junior :wei...pintu tak leh bukak

moja : aku paling tak suke orang panggil aku wei..wei (aku sound direct)

junior : senyap..(sambil ketuk pintu,mengharap kawan dia bukak)

Bila pintu dibukak je,hampeh...ada budak yang aku kenal dalam tu.Junior tu masuk sambil nak tutup pintu.

moja : nama aku moja...




Kalau tengok betul-betul 3 kisah ni :-

kisah 1 : Doc aku LUPA yang keldai tak leh terbang
kisah 2 : Taik tu berhikmah dnegan sifat peLUPA
kisah 3 : aku boleh LUPA..nama aku mujahid

p/s : jangan report sape-sape yang aku takel junior..keh3~

Selasa, 19 Oktober 2010

lamaran



Punca lamaran ini bermula 2 hari lepas.Waktu petang yang suram,aku berasa rindu sangat-sangat pada si dia.Aku berasa lama tak bertemu dengannya.Dari petang tu,aku berfikir hingga melarat ke malam.Aku tekad.Aku kena solat istikharoh.Benda ni benda besar,penentu masa depan aku sendiri.Solat istikharoh memang penting dalam membuat pilihan,dan nabi selalu pesan untuk melakukannya hatta di dalam mengikat tali kasut sekali pun.


Malam itu juga aku mendapat petunjuk dari tuhan,agar aku melamar si dia.Mulanya,aku mahu call family untuk mintak restu dan pendapat.Tapi,aku yakin yang pillihan aku ni disetujui oleh mereka.Benda baik,sape la nak halang melainkan hati-hati yang menghadap ke belakang.

Semalam,aku nak tidur pun tak selesa.Mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang,minum tak puas.Smeua serba tak jadi dan tak lengkap.Rindu aku membuak-buak.Aku rasa tak sabar tunggu pagi menjelma.Sampaikan aku bermundar-mandir di dalam rumah.Semua ahli rumah tidur dengan lena.Diulit mimpi indah.Mata aku terkebil-kebil.Masih mencari kunci ke alam mimpi.Rindu mengatasi mengantuk hingga masa berlalu,tanpa aku sedari.

Dan masa yang aku tunggu-tunggukan aku sudah pun tiba.Aku bersiap,mencapai pakaian selengkapnya.Melihat jam yang awal,bak kata arab "Bakkir Jiddan" (awal sangat).Aku berjalan,ke tempat yang aku nak bertemu dan melamar dia.Aku takut,ada yang melamar ataupun dia meninggalkan aku.Perangai dia 1 je aku tahu,dia tak tunggu aku.Kalau aku lewat,dia tinggalkan aku.Ada penganti,insya'allah.Cuma bukan seperti dia.

Alhamdulillah,aku berjaya lamar dia.Setelah aku berusaha,dari semalam.Setelah aku bersengkang mata,menghindari mimpi.Aku dapat juga lamar dia.Moga rindu aku terubat esok,untuk ku temui dia semula.Mengubat rindu aku lagi.Tapi,lamaran aku diterima pemilik dia ataupun tidak?aku berserah pada pemilik itu sendiri.

Buat kali pertamanya,aku melamar Nur Subuh Illahi....

*1st time,aku solat subuh bersama jemaah dalam malam yang panjang..selalunya di rumah sahaja
*jangan soalkan bab kahwen-kahwen kalau subuh masih terlajak ke hujung masanya
*selalu je senior pesan "musim sejuk ni,malam panjang...masa sesuai wat solat malam n subuh berjemaah"...tapi,ramai ke yang mampu?
*entry ni sebagai penguat semangat aku dan korang yang membaca
*Ya Allah,moga hati-hati kami tak membalik dari agama kamu dan menghalang mereka yang berjuang di atas jalanMu.Sesungguhnya,kami insan yang lupa apa erti syukur padaMu.Berikan kami petunjuk pabila kami lalai.Berikan kami isteri/suami yang mengejut kami menghidupkan malam-malam kami dan mengecapi subuh-subuh Mu.Engkau lah pencipta makhluk dan subuh itu antaranya.Amiiin

Isnin, 18 Oktober 2010

hantu air tul la



Jom kite sembang pasal air kat Jordan ni.Dah masuk 3 minggu kawasan rumah aku kena sekat kawalan air.Marah betul la.Saje je menguji aku punye panas time musim sejuk-sejuk ni.Nak kena pelempang tul la engineer orang air ni.

Alasan diorang mudah je,nak baiki sisterm paip la...nak swastakan khidmat air ni la..bile syarikat air diswastakan lagi bagus dari kerajaan pegang.Nampak sangat negara takde sistem dan lemah dalam pentadbiran serta urusan.Memang JORDAN betul la.



Ape lagi,kitorang kena call lori air dan isi dalam tangki.Bila paip tu siap penuh,kitorang dah jadi macam orang malaysia yang kehabisan air ataupun kawasan dicatu airnya.Memang wat orang marah betul.Sape-sape ada anak die nak mai jordan,sila la biasakan diri tak mandi 2 3 minggu.Kalau lepas ujian tu,dipersilakan la ye.

Marah la,sebab sekali panggil je cas 10 JD = 50 MYR.Mahal gile bai.Kalau seminggu sekali.4 kali je dah 200 MYR melayang.Kalau bil biasa je (tak panggil lori,sebelum orang air wat hal) baru 20 JD/sebulan.Tak ke tu namanye memberi daging busuk pada pembeli daging.Saje je nak cekik kitoang yang bertandang tamu di negara diorang.Mesti ade komplot...

*moga orang air diberi hidayah oleh Allah untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin
*makin rmai akhwat wat tak layan,bila aku ada urusan ngan diorang...matang la sikit adik n kakak oi!!

Jumaat, 15 Oktober 2010

himpunan otai-otai


1. himpunan bagi kepala-kepala otai yang bakal memimpin freshman kat Irbid ni
2. yang dipilih bukan calang-calang orang,semua bertaring dan ganas dalam ilmu masing-masing
3. semua yang dipilih masih bujang..tapi,aku tak tau lak ada yang dah berpunya lom
4. ada aktiviti menarik dalam himpunan  ni..tapi,bukannya cabutan bertuah ataupun sukaneka

p/s : gua dengar,kali ni budak-budak otai nak basuh freshman irbid abis-abis...gua no komen

Khamis, 14 Oktober 2010

function boy siri 1



Jom layan citer........
        
          "Saya,nadhirah.Wartawan dari bussiness news.Saya nak temuramah tuan untuk dimuatkan dalam majalah perniagaan kami.Boleh saya tahu nama penuh tuan?" soal wartawan wanita yang berbadan kecil.Muka da sikit-sikit macam amoi kat pasar malam.Haha."Nama saya Siddiq.Siddiq b Ramlee".Tu nama aku.

          "Ok,baru-baru ini,dunia perniagaan malaysia kecoh dengan pewarisan syarikat Damai Holding daripada tangan Tan Sri Sulaiman kepada tuan.Boleh cerita tak apa yang boleh berlaku.Yang saya dengar,tuan ni tak pernah bekerja untuk Damai Holding dan tak pernah ceburi bidang perniagaan.Kan?".Soalan amoi ni memang la.Dah ramai dah tanya.Aku naik letih nak citer balik.Kan dah kena main imbas kembali cam citer omputih."Camni citer nye....
        
                                                                          ***

             Nama aku Siddiq,ni hari pertama aku hadir ke function celebrate yang besar-besaran.Aku datang bukan undangan.Sebab kalau undangan,aku harus je datang function ni.Nak datang boleh,nak lepak umah makan meggi pun boleh.Aku wajib datang.Sebab aku function boy.Aku kena susun meja.Hantar makanan.Amik air batu.Tuang air mineral kat gelas kosong.Yang aku tahu,aku tak nak sentuh botol arak.Biar bos aku potong elaun bulan ni pun.Aku sanggup,asal takde duit haram aku telan.

             Bos aku ada citer tadi,yang malam ni ada majlis sambutan jubli emas syarikat koprat.Malas sebenarnya aku nak syif malam ni,sebab ada citer best kat umah tadi.Rugi lak tak dapat tengok.Bila bos aku cakap maybe tips malam ni cecah 400-500 hinggit,aku terus start enjin motor.Selalunya dari umah aku ke tempat kerja aku ni makan 20 minit.Malam ni lancar semacam,12 minit je dah aku sampai depan pintu opis bos aku.Macam ada luck je malam ni.Haha.

              Lupa pulak,aku kerja kat hotel Hilton PJ.Gaji boleh la,bagi mak aku sikit.Tunang aku sikit.Boleh la untuk hidup.Sekarang ni,aku tengah tunggu VVIP masuk dewan.Pastu,aku kena main lampu.Tutup semua lampu dan bukak kan spot-light kat pentas ucapan.Memang grand gila la majlis malam ni.Tak pernah aku handle majlis camni.Semua dato' n datin je datang.Kat papan pentas tu,ada tulis "Sambutan Jubli Emas Damai Holdings".1st time aku dengar nama syarikat ni.Budak-budak function lain semua teruja.Diorang cakap syarikat ni feymes,n tengah naik.

                VVIP mula masuk.Aku wat muka ceria je la.Ada gak artis tempatan turun.Aku tak kenal sangat.Dia pakai seksi je aku tengok.Terbukak sana,terbukak sini.Dia tu pernah berlakon citer Nur Kasih.Dalam drama punya tutup.Luar drama,semua nak bukak.Adehhh...dunia. 

                 Ada nyanyi-nyanyi cikit.Pastu makan-makan.Ala...macam majlis biasa je.Tapi,ada sesuatu yang aku rasa akan berlaku.Biar la,bukan aku pijak duit dato' datin yang tercicir time nak pi WC pon.Aku boring lak duduk depan.Baik aku lepak kat dapur,sembang ngan makcik cleaner yang selalu tawar aku jadi menantu dia.

                 Pintu dapur aku tolak,makcik cleaner tu senyum kat aku.Aku pun senyum balik.Lagi 2 tapak je nak sampai kat tempat aku lepak selalu,bos aku dah panggil.Suruh pi setting microphone kat stage tu.Hangin aku.Baru nak lepak-lepak.Lepas je setting mic,aku kena kawal stage lak.Takut ada masalah teknikal.Aku tengok ada meja panjang kat atas meja.Tak penah lak ada benda camni time function-function sebelum ni.Lampu semua ditutup.Gelap.Spotlight fokus kat meja putih panjang tu.Time tu gak,ada dato'-dato' bangun dari meja makan.Pi duduk kat meja putih panjang tu."Macam nak meeting je.." tu yang aku pikir dulu.

                  Pastu,ada pakcik tua amik mic kat aku.Dia pun mula berucap."Selamat malam semua.Nama saya,Tan Sri Sulaiman.Pengasas Damai Holdings.Kini,syarikat kita makin melonjak,setelah 50 tahun saya bangunkan.Mungkin malam ni,sudah tiba masa untuk saya umumkan pewaris syarikat ini.Umur saya pun dah lanjut sangat-sangat.Bila-bila masa boleh pergi.Di hadapan tuan-puan ini,calon-calon pekerja saya dan orang yang saya percayai untuk menerajui Damai Holdings selepas ini.Sebelum itu,saya mahu menguji mereka untuk memilih yang terbaik antara mereka".

                    Dato'-dato' yang berada di meja itu semua nampak seperti teruja.Seperti tak sabar.Ada yang taku,lap peluh di dahi dengan sapu tangan.Aku yang duduk tepi pentas pun terasa teruja.Haha.Entah pape la aku ni.Tan Sri Sulaiman mengeluarkan kertas putih di poket kot hitamnya.Satu soalan terpacul di mulut Tan Sri Sulaiman................

*panjang sangat lak,wat 2 episod la...

Rabu, 13 Oktober 2010

nape aku tak diberitahu?

GRIK, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.
Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.
Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.
Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.
Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.

Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.
Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah.

exang



Wa...exang dan nak dekat dah.Keja n amanah lak makin berlambak nak mai.Musim program berderet PERMAI belum mula agi.Buku gua dah letak dalma laci,memang exang ngan kamikaze la.Biar hidup dengan kepala otak.Buku dah la tebal-tebal,nak hafal pun takde selera.Tulisan kocik-kocik.Mai kite sembang pasal exang yarmouk....

1. Budak yarmouk ada je exang komputer macam budak JUST.Kitorang komputer agak sengal la sikit dengan adanya penipuan budak arab.Haha,,,boleh ke kawan diorang celah masuk dan tolong jawabkan.Panas aku...haha...

2. Exang dalam dewan lagi la wat sakit ati.Budak arab 1/2 jam sebelum mula exang dan muncul,padahal selama ni masuk lambat setengah jam lepas lecturer masuk.Ada je yang tak penah datang kelas,time exang baru kenal budak yang mana.Hahaha..arab,oh arab...

3. Exang la budak arab suka,sebab time ni baru kita nampak skill terbaik diorang.Ada yang pakai niqab,tapi perangai...aduhai...kat kain niqab tu la ade tampalan kertas note.Kalau korang tengok tulisan note untuk meniru arab,korang mesti tak percaya.Korang penah baca utusan malaysia tak??antara 2 baris tulisan yang sempit tu la arab tulis note meniru diorang.Time exang bawak paper,bahjet paper aritu la.

4. Lagi menghampakan,diorang tulis note besar-besar n jelas kat papan putih depan tu.Penjaga dewan mana la tau.Sebab diorang ada yang bukan kuliah tu.Dari kuliah muzik ade,botani ade...so,budak-budak tulis jawapan n note kat papan putih pun diorang tak tau.Diorang ingat tu pengajaran lecturer yang gune dewan sebelum masa exang tu.

5. Ada lagi power,ni gua suka klik sini

*percayalah,meniru tu bukan jalan berjaya...tu jalan gagal..gagal dalam menuntut ilmu...bye-bye

Selasa, 12 Oktober 2010

lagu untuk mu



lagu ni khas untuk tersayang....cheeeewah

*tersayang tu maksud aku untuk kengkawan n family

Isnin, 11 Oktober 2010

pesan mama

"Nanti dah masuk belajar,jangan jauh dari buku tau" pesan mama kat aku.Tu lah ayat last aku dengar dari mama time aku call dari Moscow.Kalau dulu kat sekolah menengah,buku lah paling aku tak suka.Wat peninggi meja yang rendah ade la.

Semalam,aku baru je kena kutuk ngan member-member medic lain.Ni sebab aku bagitau azam aku la,pasal projek besar aku esok hari.Baru je tadi aku call mama,dah makin sihat aku dengar dari suaranya.Alhamdulillah.Boleh la aku jalankan projek esok dengan tenang.

"Aku nak lepak library la esok...sampai maghrib,ok tak geng?" habis semua member aku gelak bila aku suarakan projek besar aku esok.

Biarlah diorang,aku nak berubah pun sebab satu perkara.Semua bermula bila aku kenal awek yang pakai tudung kuning tu.Dia selalu lepak library university.Hari tu dia ada cakap kat aku bila aku try takel dia "kalau ko nak takel aku,try la takel benda yang ko bawak,pikul,simpan dalam bilik dan peluk tiap aritu" dia cakap sambil tunjuk kat buku-buku yang aku pegang.

Jatuh la standard budak otai jadi nerd.Aku takut gak gi library esok,takut pengawal library terkezut tengok aku masuk library.Hahaha...ape-ape pun,aku nekad esok.Moga settle la projek aku dengan jayanya.

Sekian.

*saje je nak tulis citer,bukan ada kaitan ngan aku pun
*cidak,aku ada idea ntok sang muroqqib ko...boleh trime x ntok aku tulis sambungan??

Ahad, 10 Oktober 2010

setelah penat n lelah



penat + ngantuk = ponteng kelas 1st + pi kelas xmasuk pape dalam otak


*aku tak jadi masak daging masak kicap setelah Irbid kehabisan kicap..haha
*aku berjaya pakai baju raya sepasang setelah lama tak pakai sepasang (last sekali darjah 2 sekolah rendah..haha)

Jumaat, 8 Oktober 2010

biro tata mantiqah

Petang tadi,sudah bermula nya program Minggu Haluan Siswa a.k.a Biro Tata Mantiqah (aku yang gelar) kat jordan ni.

Macam tahun lepas,isi program ni nak kenal-kenalkan junior yang mentah jadi masak sikit ngan keadaan kat jordan ni.Macam-macam la yang senior-senior kongsi kat program ni.Kalau tahun lepas,bile pkir-pkir balek.Macam budak-budak la,kena jaga telur tak bagi pecah la...sebab tu tanda amanah.Hahaha..

Junior yang ade gadoh-gadoh ke.Tak satu kepala ke.Ada yang kerek ngan senior ke.Ada yang mainkan senior ke.Ada yang manja-manja ngan senior lelaki ke.Sila WAJIBKAN diri anda ke MHS ni.Kang korang baru tau keadaan hidup di sini.Buang semua nya.Kita hidup macam 1 keluarga.Sorang sakit,4 orang belikan ubat.Sorang pitam,8 orang tolong hantar ke hospital...wogei?

Kalau bab program ni,akhowat la semangat nak pi.Bab syabab ade je ponteng n skip beberape slot.Time program ni gak la ada slot pengenalan B.Arab Ammiyah (pasar) dan Biro Keselamatan pasal "geng muroqqib".Keselamatan la kena jaga betul-betul.Kang ada je problem berlaku,macam kecurian dan gangguan seksual.Dah makin kerap jadi sejak makin ramai pelajar melayu kat jordan ni.

Yang penting sekali,penutup MHS mesti dengan Aidilfitri Permai.Ni aku ade selit sikit poster,sebab aku yang masak kang.Aku promote la sikit.Hehe..



*seniorita yang ponteng dari wat kerja MHS,sila la mai raya permai n makan bebanyak
*gua nak pesan awal-awal yang lauk wat memang pedas...haha..bakar perut orang..yeah!!!

Khamis, 7 Oktober 2010

sawan

Gua kena sawan,sawan masak...haha..gua kena masak untuk side-menu aidilfitri permai (yg daftar y group permai je boleh klik)

Dalam masa 24 jam gua kena masak daging untuk 600 orang.Bukan benda mudah kalau gua yang beli barang,gua yang potong daging,gua yang mesin bawang n cili,gua yang tumis bahan dan lain-lain.So,gua memerlukan mereka yang berbaik hati emnolong gua dalam memasak daging.


Gua kena FOKUS!!so,facebook gua deactive untuk seminggu(?) tak pun sebulan sebab dah nak exam pun.Gua tengah usha jalan nak masak daging paling mudah.Masak lauk je pun.Kalau nasi,gua dah tobat n tarik diri dari awal.So,gua decide nak racun perut ahli permai ngan DAGING MASAK HITAM PAK HITAM.Ok x???

*sape yang free jumaat malam sabtu,boleh la calling-calling gua.Gua nak cari pekerja tanpa upahan.
*sape yang tak free pulak,sila-sila la makan daging gua masak kang.Gua harap diorang sakit perut kena racun.Hahaha..sape suruh xnak tolong gua.

Selasa, 5 Oktober 2010

kereta(?) idaman

Tadi gi pasar,gua nampak kereta idaman....balik je pasar usha koleksi kat google

"balik je Malaysia,gua nak angkat sebijik"


Isnin, 4 Oktober 2010

keep dancing...alone



It's the way he looks at you
That says to me
This isn't over
From the outside looking in
You see there's nothing sacred here
...Nothing sacred
You can bend
But you can't break
For the reasons out of our control
You try to make it roll
Like a dice away
But you say that you're all empowered here
This is obviously not clear enough
To me You can bend
But you can't break
Hey little girl keep dancing
Hey little girl keep dancing alone'
Cause there's not enough time in your day
To keep you here
The soldier's daughter
Did your daddy....Did your daddy hurt you
Did he make you feel bad
Did he poison your views
With the water he was raised on
Oh your father's son says hang on...
Hang on
Hey little girl
Keep dancing
Hey little girl
Keep dancing alone'
Cause there's not enough time in your life
To stay here
So over the hills he'd climb
Just to see her there in time
Just to watch the sun shine through her dress
The sweet soldier's daughter
The sweet soldier's daughter

tekan sini untuk youtube

*aku penah bagi lagu ni kat orang untuk naik semangat

Ahad, 3 Oktober 2010

sabarlah wahai sabariah



"Antara kau dan aku ada tembok penghalang.Di sebalik tembok itu,ada kau dan TANGGUNGJAWAB.Aku masih belum sedia memikulnya.Sabarlah wahai Sabariah.."

*gambar tu time aku clash ngan awek arab yang selalu usha aku kat kelas
*cidak,jangan ikut jejak langkah aku tau,tak elok clash-clash ni

Jumaat, 1 Oktober 2010

jantan sejati


"air mata membuatkan seorang jantan itu macho"


*tengok lagenda budak setan pon boleh nanges..ape cer ni bro??