Selasa, 25 Disember 2012

Saint Nicholas

"Ayah,malam ni Santa datang tak?"
"Tak tahu lah,kalau kamu budak baik datang lah dia"

Setiap 24 disember kita bakal disaji dengan cerita Santa Claus dan hadiah-hadiah untuk kanak-kanak.Turun dari serombong asap dan makan biskut dan susu yang disediakan lepas letak hadiah di bawah pokok krismas di dalam rumah itu.Berpakaian serba merah,perut besar,berkaca mata,rambut dan janggut putih yang lebat,naik kereta yang dipacu laju rusa-rusanya dan dia tinggal di kutub utara yang sejuk.

Tapi siapa dia?

Santa Claus merupakan cerita orang tua,mitos,cerita dongeng,hikayat,riwayat yang kita tak tahu sumbernya.

Mengikut German Europe,santa merupakan pengganti bagi kuasa Odin untuk menggembirakan kanak-kanak di Hari Natal.Mengikut orang Belanda,santa merupakan Sinterklaas yang diambil daripada cerita seorang bishop yang bernama Saint Nicholas.

Saint Nicholas merupakan bishop di zaman Christian Greek di satu kawasan bernama Myra di Anatolia yang mana sekarang terletak di Turki.St Nicholas merupakan seorang bishop tua yang hidupnya bersama gereja dan agama kristian.Diceritakan beliau keluar daripada gereja setiap tahun pada tanggal 24 disember.

Pada malam itu beliau akan membawa guni yang terdapat pelbagai benda.Ada roti,wine,gula-gula,kek,kapak,seluar,pedang,topi dan macam-macam lagi.Dia akan ke rumah-rumah orang kampung dan mengetuk pintu,letak barangan di depan pintu dan berlari sebelum pintu dibuka.Orang kampung menganggap itu 'hadiah dari tuhan'.

Pasal pengganti kuasa Odin,Sinterklaas dan Father of Christmas boleh la korang carik sendiri ye.Sekian.

Sumber : wikipedia dan yahoo answer

Selasa, 18 Disember 2012

Panglima Mujahid

Mujahid bin Yusuf bin Ali berdiri di luar tembok besar Tulaytulah.Sebagai ketua angkatan perang dia merancang perancangan yang rapi malam sebelum itu.Kuda putihnya bernafas kencang.Seribu askarnya menanti arahan di sisinya.

Di dalam tembok Tulaytulah itu berdiri askar-askar Bishop kerajaan Visighotic.Menanti serangan Mujahid.3 hari mereka menunggu sejak angkatan saqaliba Mujahid itu tiba.

"Kita berdoa agar Jesus membantu kita dan.." belum sempat ketua Bishop menghabiskan ayatnya,pintu tembok Tulaytulah diserang dan pecah.Debu-debu derapan kaki kuda-kuda angkatan saqaliba terhembus masuk ke dalam kota....dan perang bermula!


*******************

Mujahid memerintah beberapa tahun.Kemudian kerajaannya diserang oleh seorang panglima bernama Ahmad Muqtadir dari Zaragoza.Kerana kesenangan yang lama,kuasa askar Mujahid lemah dan mereka tewas.Mujahid di masukkan ke dalam penjara.

Suatu malam,Mujahid dibantu beberapa orang untuk melepaskan diri dari penjara dan menuju ke kawasan pantai.

Dia tiba di kawasan yang rendah dan orang kampung di situ yang ramai.

Denia atau nama arabnya Daniah.Kawasan yang rendah di tepi pantai.

Mujahid menukar namanya dan bertemu tulang rusuk kirinya di situ.

Sekian.

Khamis, 13 Disember 2012

Laila dan Majnun (versi ringkas)



Di satu petang yang berdebu,seorang budak arab tengah melepak di depan tivi rumahnya.Drama petang sabtu bermain di kaca tivi.

Emaknya sibuk menguli tepung di dapur. Budak arab yang masih belum matang,sebekas buah kurma dan sebijik tivi.

 "Ummi! Ni apa tajuk citer ni?" budak arab tu bertanya kepada emaknya.Nampak sangat dia masih belum bersekolah tinggi.Masih belum mampu mengeja dengan betul.

"Laila dan Majnun" kata emaknya sambil duduk bersila di tepi budak arab tadi.

 .....................

 Alkisah bermula di Farsi,suatu masa dahulu.Di sebuah kampung pedalaman.Terdapat sepasang suami yang suaminya merupakan ketua qabilah Bani Umar.

Segala benda yang dia inginkan pasti dia peroleh,kecuali zuriat.Bertahun mereka usaha,tapi tiada hasilnya.Putus asa menjadi darah daging mereka.

 "Bang,marilah kita try sekali lagi.Kali ini kita berdoa dengan sungguh-sungguh tanpa kita putus asa" si isteri memujuk suami di malam hari. Si suami senyap sambil tangannya merayap ke pelita dan memadamkan apinya.Bilik menjadi gelap.

 Sebelum subuh,pasangan suami isteri itu berdoa dan bermunajat.Air mata mengalir tanpa henti.Hingga di pagi hari bila menjelang matahari,garisan-garisan bekas air mata wujud di wajah-wajah mereka.

 Doa dan kesungguhan itu berhasil.Mereka mendapat seorang cahaya mata dan dinamakan sebagai Qais. Qais membesar dengan bijak dan power.Dia seorang yang genius.Umurnya tak padan dengan pemikiran dan jiwanya.Segala ilmu berada di dalam otaknya.Umur yang muda sudah mampu menghafal dan menghasilkan bait-bait syair yang mampu meruntunkan hati para pendengar.

 Dia dia masukkan ke sekolah elit di kawasan bandar.Budak pandai semestinya berada di kelas hadapan.

 Di dalam kelas itu ada seorang perempuan.Ini bukan cinta pandang pertama.Sebab mula-mula Qais pandang perempuan itu sebelah mata.Bila hari mengambil report card,Qais mendapat tempat pertama di dalam kelas.Dia menantikan siapa di belakangnya. Perempuan itu beratur di belakangnya.Qais membuat muka kelat bila perempuan itu senyum padanya.

"Tahniah awak" perempuan itu berkata.Qais menjeling nama di baju perempuan itu.

 Laila.

 "Terima kasih...Laila" fes time dia tahu nama perempuan itu dan bila nama iti disebut,hatinya mula gelabah.Dia berlari keluar kelas.

 Laila.Orangnya cantik.Rambutnya hitam dan matanya jelita.Rambutnya hitam seperti malam.Matanya jelita seperti bintang.Ramai yang memuji keindahannya.Dia pernah dipinang di usia yang muda oleh seorang pembesar negeri dek cantiknya beliau.

 "Laila..Laila" Qais mula angau.Tidur malamnya mula diulit mimpikan perempuan itu.

Dan zaman bergerak laju.Mereka berdua mula kapel dan berbalas nota. Zaman itu bukan zaman kebebasan.Keluarga Laila mendapat berita ini dan memberhentikan persekolahannya.

 "Aku kerja siang malam,kau ke sekolah untuk bercinta!!" marah bapak si Laila.Laila menangis dan masuk ke biliknya.Air matanya membasahi bantal dan cadar katilnya.Dia memerlukan Qais di sisinya.

 Hari berlalu.Qais merindui Laila.Dan Laila merindui Qais.Setiap hari Qais menunggu Laila masuk ke pintu kelas,tapi tiada bayang pun.

 "Laila dah benti sekolah Qais,baik kau carik perempuan lain" selamba Ahmad jiran Laila berkata sambil mengasah pensil khatnya. Selepas sekolah,setiap hari Qais akan mencari Laila.Semakin hari,jiwanya sakit dengan kerinduan.

 "Laila..Laila..di mana kamu,aku merinduimu" sering dia ucapkan tiap kali berpusing di kota mencari Laila.Mengharap Laila berada di jalanan.Mana tau terserempak Laila kat kedai buat spek mata (ah sudah masuk cter aku plak!).

 Pakaian dan pelajaran Qais tak terurus.Tiap kali bertemu orang,dia akan bertanyakan tentang Laila.Jambang dan rambut mula tumbuh panjang.Dan dia tidak mendengar apa yang orang kata melainkan ada kaitan tentang Laila.

Aku melalui dinding,lalu dinding rumah Laila
Dan aku mencium dinding ini dan dinding itu
Bukan cinta kepada rumah itu yang mencuri hati dan jiwa ku
Tapi seseorang yang aku cintai yang berada di dalamnya

Dan orang kampung memanggil Qais sebagai Majnun (orang gila).

Telinga aku mula memekak
Mulut aku mula membisu
Semua benda menjadi sunyi
Melainkan nama kau aku sebuti

 Laila dikurung di dalam rumah.Dia tak dibenarkan keluar.Bila khabar ini sampai ke telinga Majnun,terus dia berlari ke depan rumah Laila.Pengawal menghalangnya untuk bertemu Laila.

 "Laila! Laila! Aku di sini! Aku Qais! Aku rindu padamu!" Jerit Majnun tika pengawal menyeretnya pergi jauh daripada rumah itu.

Majnun berjalan ke belakang bukit rumah Laila.Sebatang sungai daripada bukit itu terus ke kawasan rumah Laila.Dia membuat pondok kecil di bukit itu dan menetap di situ sambil melihat bumbung rumah Laila.

Dia berkata kepada sungai.Dia berkata kepada burung.Dia berkata kepada angin.

 Moga sampai berita kerinduannya kepada Laila.

 ....................

 Beberapa tahun kemudian Laila kahwin dengan pemuda yang dipilih oleh bapaknya.Kahwin paksa dan berita kahwin itu sampai kepada Majnun dan kesedihan menimpanya.Dia menuju ke luar kota dan tinggal di sebuah istana lama.Berkawan dengan serigala.Bagi dia manusia ini bukan kawan setia.Hari ini lain,esok lain. 

Kehidupan Laila tak bahagia.Laila masih rindukan Qais.Hingga di temu ajalnya,mulutnya masih menyebut "Qais,di mana kamu..aku rindu padamu".

 Berita kematian Laila sampai lambat beberapa tahun ke telinga Qais kerna tiada siapa menjumpai Qais hingga seorang musafir singgah di istana lama itu.

 Qais berlari ke kota dan terus ke kubur si Laila.Dia memeluk kubur itu dan hatinya mula hilang kerinduan umpama memeluk Laila yang masih hidup.Air mata kegembiraan bercucuran.

 Andai sebelum ini manusia menjadi penghalang,kini kematian memisahkan mereka.

Malam itu Qais menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

 Di kubur itu.
 Di sisi Laila.

 Sekian.

 Tivi di tutup bila azan maghrib berkumandang.

Ahad, 9 Disember 2012

bahagia

Pagi tadi aku bangun tido macam biasa.Tepi katil aku ada air suam tersedia.Madu,limau dan telur burung puyuh tersedia dia tepi gelas air suam.Aku tersenyum.

Aku pegi ke cermin.Rambut aku dah disikat rapi.Ni mesti keje bini aku time aku tido tadi.

Aku ke dapur.Roti bakar,kaya dan susu segelas dah tersedia.Aku tersenyum.

Terus aku gi bilik air untuk mandi.Rumah aku sunyi.Bini aku dah pegi keje kot.Cikgu sekolah memang gi keje awal.

Habis mandi aku sarapan dan siap-siap untuk keluar.Baju kemeja aku dah siap gosok dan bau wangi.Wangi dia lain macam.Biar lah.

Bila aku kunci pagar rumah.Baru aku teringat.Lutut aku dah terketar-ketar.

Bila masa aku kawen??!!

Rabu, 5 Disember 2012

Baqil alkisah arab


Tersebut alkisah mengenai sorang bernama Baqil yang cakapnya pelat dan tergagap-gagap di satu negeri yang tak dikenalpasti.

Suatu hari,Baqil sedang melepak.Tiba-tiba datang ibunya.

"Baqil,belikan aku sesuatu daripada pasar.Aku nak masak ni" sambil hulur duit dirham kepada Baqil.

Baqil senyap.Dia bangun dan ambil duit di tangan ibunya dan berlalu pergi.

Tiba di pasar dia membeli barang untuk ibunya masak sebagai lauk makan malam.Harganya 11 dirham.
Baqil pulang dengan senang hati sambil bersiul-siul.Kadang-kadang dia sepak batu-batu kecil di jalanan sebagai penghapus rasa bosan berjalan seorang.

Tiba di rumah,Baqil terus menuju ke dapur dan bagi barang itu kepada ibunya.Duit baki tak dilupa juga.

"Baqil,ni berapa harganya?"

Baqil senyap.Dia angkat tangannya dan satu persatu jari jemarinya diangkat.

"10 dirham?"

Baqil menggeleng dan menjelirkan lidah.

Ketawa besar ibunya bila melihat Baqil mengeluarkan lidah dan 10 jari.

Harga barang itu 11 dirham.Sepuluh jari dan sepotong lidah.

10 jari + sepotong lidah