Selasa, 25 Februari 2014

Ardul Jannatain : Pemilik Dua Syurga

Ardul Jannatain

Termaktub dalam alquran di dalam surah AlQalam (ayat 17-32) mengenai Ashabul Jannatain (pemilik dua syurga) yang kaya dengan tanaman dan kebun-kebun di sebuah negara.Mereka menanam pelbagai buah-buahan (kurma dan anggur) yang terbaik daripada benih-benih yang terbaik di atas tanah yang terbaik di negara itu.Kebun yang besar dan penuh dengan pohon itu membentuk syurga di dunia.

Pemilik-pemilik kebun itu gembira bila tiba musim menuai tapi ada kebimbangan dalam hati mereka.Bila mereka menuai pasti ada golongan miskin yang meminta-meminta kepada mereka.Jadi pada malam sebelum menuai mereka berkata pasti mereka dapat menuai hasil yang banyak esok tanpa menyebut "insya'Allah".

Pagi-pagi hari mereka keluar ke kebun untuk mengelakkan orang-orang minskin tiba lebih awal daripada mereka di kebun-kebun mereka.Tiba di kebun,mereka terkejut melihat semuanya hangur dibakar api.Tiada satu tanaman dan buah yang tertinggal walaupun sepohon pokok.

Inilah kisah tanam hitam di Yaman.Yang kini menjadi tanah tandus berwarna hitam dan tiada tanaman yang hidup di atasnya.Tanah orang-orang yang bakhil dan dimurkai Allah.Dan dinamakan Ardul Jannatain.

Real ni real.


usha sini untuk video tempatnya :  http://www.youtube.com/watch?v=sIwPcCaM46w

Isnin, 24 Februari 2014

Diari Encikgu #38

Cuaca panas tak berangin membuatkan tubuh jadi letih dan pergerakan jadi perlahan. Tekak selalu kering mencari cecair selain air liur masuk melalui rongga minuman/makanan.

Cikgu-cikgu akan hilang mood dan malas mengajar kalau cuaca sebegini. Jadi mereka akan buat benda mengarut atau menjadi seorang badut.

"Kamu semua tahu tak pada zaman 90an dulu rakyat malaysia bermimpi akan guna kereta terbang menjelang tahun 2020. Sekarang 2014,enjin kereta terbang pun takde lagi. Ini semua misteri"

Kata aku sudahi cerita dongeng rakyat malaysia pada zaman dahulu. Zaman aku,kau dan kita semua.

Ada satu tangan terangkat di udara. Tak tinggi sangat,mungkin dia tak nak bau ketiaknya terbebas di udara.

"Nanti dekat udara mesti payah nak buat tol, sebab tu sekarang tol makin mahal!" kata murid aku yang mukanya yakin dan bijak.

Clap!

Terus aku tersedar rakyat Malaysia ditipu rupanya selama ni. Pandai pemimpin doktirin otak rakyat.

Real punya kecewa sampai laksa kantin tadi pun aku tak makan.

Jumaat, 21 Februari 2014

Diari Encikgu #37

Puan : Assalamualaikum cikgu,saya ibu kepada *$$;%;+2 .

Cikgu : Waalaikumsalam,haaaa pelajar tu. Ya boleh saya bantu?

Puan : Saya nak bagitau yang anak saya ni tak datang sekolah sebab cikgu marah dia semalam.

Cikgu : Terus terang saya cakap anak puan kena denda sebab tak buat kerja dan ganggu murid yang sedang belajar. Saya minta maaf tapi saya terpaksa marah dia selepas beberapa kali amaran.

Puan : Anak saya ni memang nakal tapi cikgu jangan lah denda atau marah dia. Nanti dia tak nak pergi sekolah. Saya ni kerja siang sampai malam,takde siapa nak tengok dia dekat rumah nanti. Dia kena pergi sekolah.

Cikgu : Aik?! Biar dia nakal tak belajar pun?

Puan : Ye cikgu,biar dia nakal main dalam kelas tapi jangan marah dia. Kalau cikgu kasar fizikal dengan dia,saya akan ambil tindakan.

Cikgu : Saya cuba puan,setiap manusia ada tahap kesabarannya. Cuma saya pelik kenapa puan tak hantar anak puan ke pusat jagaan kanak-kanak je kalau tak nak anak puan jadi orang yang pandai. Terima kasih ya,assalamualaikum.

Puan : Hmmm..waalaikumsalam.

Bodo punya ibu bapa yang anggap sekolah sebagai tempat jagaan anak-anak sebab mereka bekerja!

Ahad, 16 Februari 2014

Diari Encikgu #36

Bas bergerak laju masuk ke kawasan parking Taman Buaya. Kaki aku jejak jalan tar yang hitam dan rata. Buaya-buaya dalam sangkar mungkin belum bangun tidur,baru jam 9 pagi kami satu sekolah dah terpacak depan pintu pagar taman yang masih tutup.

Budak-budak aktif betul. Ada yang lari dari barisan,ada yang main dengan akak-akak yang kerja kat taman buaya. Pandai diorang pilih,akak yang cantik je diorang main. Ada yang hulur tangan dalam sangkar buaya. Aku yang kena handle,grup aku budak yang aktif dan terlebih gula.

Guru lain rileks je dapat grup budak baik dan pandai jaga diri. Jalan dalam barisan dan tak buat bising depan sangkar buaya dan monyet. Time pertunjukan memerang grup aku boleh terlepas sorang kacau abang zoo tu bagi ikan kat memerang.

Dalam perjalanan balik semua cikgu kepenatan. Budak-budak masih aktif bermain dan menyanyi. Aku tertido.

Tengah sedap tidur mimpi aku terganggu dengan sesuatu bau yang kurang menyenangkan. Telinga aku tangkap suara budak tak jauh dari aku.

"Cikgu,ada budak berak"

Aku buka mata sikit. Aku usha cikgu lain dah bangun. Aku acah-acah tidur dan tenang.

Bahu aku dicuit.

"Cikgu,ada budak berak.Cair"

Cair! Terjaga aku time tu macam dengar berita rumah terbakar. Aku usha cikgu lain pandang aku. Dalam hati, aku dah mengharap budak tu grup lain.

Hmmm memang grup aku dan bas berhenti tepi jalan. Aku yang kena cebuk,dak darjah satu mana reti cebuk time cenggini. Dia tau nanges je.

Tahun depan aku malas join rombongan sekolah lagi!

Isnin, 10 Februari 2014

Diari Encikgu #35

"Apa yang kejap putih kejap hitam kejap putih kejap hitam kejap putih kejap hitam kejap putih?"

Kata aku sebelum angkat buku teks yang bercop "Milik Guru Sahaja" dan keluar dari kelas. Semua muka murid berkerut. Ada yang garu kepala yang tak gatal. Ada yang pandang syiling kelas.

**********

Aku beratur di celah pelajar-pelajar di kantin. Berebut orang hari tu nak beli laksa. Aku dah capai satu mangkuk biru tiba-tiba lengan aku ditarik. Aku dibawa keluar daripada barisan pelajar yang berebut depan lubang membeli di kantin.

Seorang budak lelaki tarik tangan aku. Kami berhenti depan tandas.

"Cikgu,apa jawapan teka teki tadi?" tanyanya tenang.

Aku geram.

"Huh! Jawapannya adalah seekor panda jatuh dari bukit. Kejap hitam kejap putih. Berguling-guling"

Jawab aku dan berlari masuk kembali ke dalam kumpulan pelajar yang sedang berebut membeli laksa.

Ahad, 9 Februari 2014

Diari Encikgu #34

Latif tercampak ke lantai. Badan kecilnya terbaring. Lelaki dewasa di belakangnya yang hanya memakai tshirt mencengkam lengannya dengan kuat.Kemudian..

"Dia masukkan konek dia dekat bontot saya cikgu"

Cerita Latif pada guru kaunseling dan aku. Aku geleng kepala.

Ini kisah Latif. Mangsa kes liwat. Setan betul.

Khamis, 6 Februari 2014

Diari Encikgu #33

Cikgu Azman tepuk bahu aku. Muka dia senyum, nak ajak sembang la tu. Aku yang tengah layan mee kari balas senyuman,ada sawi di celah gigi taring aku.

Cikgu Azman ni suka sembang. Dengan murid dia sembang, dengan cleaner sekolah dia sembang, dengan makcik yang berumah di pagar sekolah pun dia sembang.

"Kau kenal Atiq darjah tiga?"

Aku angguk. Tangan aku tengah berusaha gulung mee kuning dengan fishball pada garfu makan aku

Siapa la tak kenal budak tu. Sikit lagi aku nak tampar dia time dia patahkan sidemirror motor aku hari tu.

"Kau tau tak, dia tu ada cerita di sebalik kenakalan dia? Dia tu mak ayah dia buang. Masa kecik kena buang depan pintu jiran. Sepanjang dia hidup dia tak tahu jiran dia tu adalah mak ayah kandung dia. Pelik aku, orang kaya je. Rumah mewah,kereta mewah,gaji besar tapi tak nak jaga anak tu"

Aku terdiam. Aku pandang je sawi yang terapung pada kuah kari dalam mangkuk oren.

Ada juga ibu yang lahirkan seorang bayi buat camtu. 9 bulan merana last-last tak nak ngaku anak.

Ada juga bapa yang sumbang air mani dengan satu pancutan, tapi takde rasa tanggungjawab dengan anak tu.

Sedih.

Sabtu, 1 Februari 2014

Diari Encikgu #32

Antara ciri-ciri seorang cikgu adalah Menyimpan Data. Cikgu-cikgu sebenar adalah seorang yang menyimpan data-data anak muridnya dalam satu slot memori otaknya. Hafal nama ibu bapa murid,area mana dia tinggal,status keluarganya dan setakat mana pencapaian dia dalam pelajaran. Setiap minggu sebelum pulang ke rumah untuk bercuti sabtu ahad, mereka akan buat satu laporan untuk setiap murid. Nampak susah kan? Tu pasal tak ramai yang buat.

Aku ajar matematik darjah dua. Jadi bab sifir ni kena dah power kalau budak kelas yang aku mengajar. Siapa tak ingat aku akan suruh dia berdiri atas kerusi. Kemudian berdiri depan kelas. Kemudian berdiri tepi tingkap.

Jadi ceritanya aku terjumpa anak murid aku lepas solat maghrib dekat masjid. Aku salam dia,tangan aku tak lepas. Muka dia dah berkerut cuak. Aku senyum sambil berkata "Sifir dua". Dua patah je aku cakap.

Dengan pantas dia sebut satu persatu sifir dua.

1X2
2X2
3X2
4X2
5X2

Yang ni dia lepas. Sampai 6X2 dia sangkut. Dia cuba lagi. Ulang dari awal balik. Mana tau otak dia bertindak balas.

1X2
2X2
3X2
4X2
5X2

Sama jugak. Dia tak ingat. Aku senyum jahat dekat dia. Dia dah tunduk. Dengan relaks dia pergi ke saf depan, dia pijak sejadah imam dan dia berdiri tepi mimbar.

Aku senyum sambil keluar dari masjid dengan laju sebelum pakcik-pakcik masjid panggil aku tanya apa yang terjadi.