Khamis, 31 Oktober 2013

Diari Encikgu #18

Tepat jam 10 pagi aku dah terpacak depan pintu pagar sekolah.Bebudak reramai kumpul sambut aku.Dah macam Yang Berhormat dah aku rasa.Tinggal takde orang ucap "Selamat datang YB..selamat datang YB" je.

Hari ni hari terbuka sekolah sempena Sukan Akhir Tahun.Aku tak tahu ni idea cikgu mana.Dah la hari ni panas tak berawan,boleh pulak ada sukan.Acara padang mula pukul 12 pulak tu.Gila tak gila cikgu yang cadang ni.

Aku terus melepak dekat area belakang kantin.Port cikgu-cikgu lelaki hisap rokok dan baca Berita Harian lepas 'paw' dari pejabat sekolah.Muka yang kompem ada situ adalah cikgu syafiq dan cikgu azman.Tapi pagi ni aku sampai ada cikgu syafiq je.

Aku dah cerita belom pasal cikgu syafiq ni?

Cikgu syafiq ni cikgu matapelajaran bahasa inggeris.Dia ni orang intelektual.Belajar tinggi,sepadan dengan ketinggian dia yang lebih 20 cm daripada aku.Kalau bersembang mesti ada word inggeris yang baru aku boleh dapat.Contohnya : "prodigy" yang aku dapat.Maksudnya korang tau tak? Tak kan? tu bermakna dia punya level intelek tu lagi tinggi dari korang.

Tapi cikgu syafiq ni gelabah biawak orangnya.Asal buat keje macam-macam dirisaukannya.

Aku sampai dia tengah hisap rokok.Peluh jantan dia penuh kat dahi.Boleh penuh botol minyak cap kapal botol kecik kalau aku try isi peluh tu.Maka kami bertegur sapa.

Aku : Watsapp cikgu,apa cerita peluh semacam ni?

Cikgu syafiq : Oh cikgu,tadi aku lari dari roadblock depan tu.Gila kau,aku dah la lesen mati.Roadtax pun dah tak bayar 2 tahun.

Aku angguk tanda paham.Cikgu syafiq hisap rokok dengan tenang.Burung-burung mula berkicau.Jarang nampak burung lepak kat port kami ni.

Tiba-tiba cikgu azman datang join.Aku syak dia baru sampai.Muka ceria macam baru lepas mandi je.

Cikgu syafiq : Hai man,ceria je.Lawa topi keledar baru kau.Putih suci.

Cikgu azman : Oh,ni free ni.Depan tu tadi JPJ buat edaran topi keledar free untuk semua.Kau tak dapat ke?

Cikgu syafiq senyum.Time ni aku buat-buat baca Berita Harian bahagian artis punya gosip cerita Nora Danish.

Time tu jugak aku dengar carutan dalam bahasa inggeris yang bermula dengan huruf F sayup-sayup kedengaran dibawak angin.

Rabu, 30 Oktober 2013

Diari Encikgu #17

Aku tengok match bola pagi tadi antara chelsea dan arsenal memang padu.Lineup dan posisi player yang mantap membuatkan aku kagum.Tapi aku tengok sepuloh minit je,sebab mak aku suruh tido.Dia cabut plug dan sorok ekstensyen.

Tapi perlawanan yang sekejap tu membuatkan aku teringat kat match yang aku jaga time jadi cikgu.Match antara darjah.Walaupun budak-budak,tapi bawah kelolaan dan jagaan aku.Jadi level diorang melebihi jangkaan.Aku pun tak sangka aku boleh lahirkan player yang power.

Citernya macam ni...

Area bulan 9 sekolah aku anjur pertandingan bola sepak antara darjah.Kalau menang hadiah dia dapat tiket masuk ke Kidzania.Aku baru tahu bebudak zaman sekarang gilakan Kidzania tu.Macam masuk USS singapore bagi diorang.Kalau zaman aku dulu orang pegi Zoo Negara dan Zoo Buaya kat Melaka je.Dapat naik gajah dan tengok buaya nganga mulut dari pagi sampai petang.Kalau power sikit,sekolah bawak pegi KLCC tengok dinosaur.Peh,time dapat naik keretapi masuk keluar yang dalam kapsul bulat bergerak tu memang semua kanak-kanak akan kagum punya.Time tu dah pikir Malaysia ni negara paling power di dunia.

Jadi aku kena jaga darjah yang aku tak ajar.Mana aku kenal nama 'lipas-lipas' ni.

Hari latihan pertama je dah kena training lawan darjah 5.Aku turun ke padang dengan yakin akan bawak kemenangan.Semua murid dah duduk depan aku.Sempat aku pinjam wisel merah tali merah daripada Cikgu Azman kat kantin tadi time dia minum teh o limau panas.

Aku punya lagak memang macam professional.Kalau cikgu nurasyiqin lalu,silap-silap dia nak jadi PA aku.Kehkehkeh.

Sesi berkenalan bermula.Semua player bagi nama samaran.Mengikut posisi.

De Gea.
Terry.
Sagna.
Gerrard.
Torres.
Van Persie.
Messi.
Puyol.
Nani.
Ronaldo.
Isco.

"Semua dah ada?" Aku tanya sambil mata usha list nama murid dalam kumpulan.Memang lagak coach betul la time tu.

"Sorang lagi cikgu,tu dia on the way" tenang Messi berkata.

Aku pusing badan je budak tu dah terpacak dan senggih depan aku.

"Haa..ni siapa nama ni? Lambat betol!"

Budak tu sengih dan bukak mulut "Hasbullah Awang!!"

Erk! Muka aku berkerut.Terkejut.

Perlawanan bermula.

Time game berjalan macam biasa player akan panggil mintak bola.Time budak tadi dapat je bola mesti dengar "Hasbullah Awang! Hasbullah Awang! Sini! Sini!" "Shoot Hasbullah Awang!!" "Dribble Hasbullah Awang!!"

Yang tak kenal Hasbullah Awang ni pergi la google.Hasbullah Awang mana reti main bola.Ulas reti la!! Musykil aku dengan budak ni kenapa pick nama tu.

Aku lepak kat port player simpanan dan aku tanya Ronaldo yang sedang main cabut-cabut rumput padang.Bosan la tu tak dapat main.Dari tadi tanya "cikgu,bila saya boleh main?".

Aku tanya Ronaldo "Kamu,kenapa budak tu amik nama Hasbullah Awang?".

Ronaldo angkat je muka dia cakap "Tu memang nama dia la cikgu!!"

Dem.Aku usha list nama memang tu nama real dia!!! Kahkahkah.

Aku syak bapak dia yang buta bola.





Team aku mula-mula je leading.Lepas tu kena batai 9-1.

Bangang.

Isnin, 28 Oktober 2013

Diari Encikgu #16

Cerita kali ini mempunyai amaran keras buat semua ibu bapa.Sebab cerita kali ini bakal mengubah persepsi ibu bapa terhadap cikgu-cikgu.

Jadi,kalau semangat tak kuat.Jangan baca.

Semalam aku pergi surau awal.Azan belom berkumandang aku dah sapu kaki kiri kat kolah surau.Itu bermakna aku sampai awal betol sebelum bilal mulakan kayuhan pertama basikal tua di rumahnya.Aku tahu rumah bilal kat mana dan berapa minit dia kayuh basikal secara slow motion.

Aku duduk kat karpet surau sambil senyum-senyum kat jemaah yang hadir.Aku tak pakai kopiah.Diorang semua respek aku sebab aku pakai baju "Istanbul Islamic Country" yang menunjukkan aku seorang muslim berwibawa.

Pendek cerita.

Selesai je solat,aku bangun nak balik rumah.Saf belakang aku saf kanak-kanak.Ada sorang budak tu aku tengok familiar je.Oh! Anak murid aku rupanya.Aku senyum.Dia senyum balik.

Time orang bersalaman,budak tu terkedek-kedek datang nak salam dengan aku.Aku tak ingat nama budak tu.Nama dia Adam ke,Shahrul ke,aku tak ingat.

Dia salam dan dia sempat sembang dengan aku.

Budak tu cakap "Cikgu kan tak datang sekolah dah kan.Saya ingat cikgu dah mati!"

Time tu sikit lagi aku nak cekik budak tu depan bapak dia.Huh!



Aku rasa dia tak puas hati sebab aku selalu amik songkok dia time rehat.Dia ni UMNO,pegi sekolah pakai songkok padahal orang lain tak pakai pun.

Diari Encikgu #15

Tadi aku bangun lambat sebab semalam aku bertukang betulkan atap rumah time ribut melanda.Bapak aku dah pesan betulkan dari minggu lepas.Aku degil,kan dah kena betulkan time ribut melanda.

Hujan lebat tak logik.Time tu la aku kena panjat bumbung betulkan benda yang aku tak dapat belajar melalui youtube.Aku betulkan guna paku dan tukul je.

Tu sebab aku bangun lambat dan terlepas pergi sekolah untuk taklimat keselamatan.

Jadi aku rasa bersalah dengan Guru Besar dan aku tulis surat.Sini aku share apa yang aku tulis :


Ke hadapan Guru Besar,

Saya %&&*-- selaku guru yang baru berhenti awal minggu lepas ingin memohon maaf andai surat ini mengganggu pihak puan.Bukan sengaja saya membuat onar dengan tidak hadir ke sekolah hari ini.Mak saya dah kejut dah saya pagi tadi.Tapi kepala saya rasa berat dan ingin sambung tidur.Time solat subuh pun saya tak sedar saya baca ke tak alfatihah time rakaat kedua.

Jadi,saya harap pihak puan tidak memarahi saya.Sebab mak saya tiap-tiap hari marah saya.Cukup-cukup sudah la saya untuk dimarahi.

Ok la,saya nak gi mandi ni.Kejap lagi nak zohor.

Anak cina kencing dalam kelas,
Sudah baca jangan ngengade nak balas.

Sekian.


Tapi aku renyuk surat ni surat ni dan buang dalam tongsampah bilik.Aku amik phone dan sms :

Maaf puan,saya kat Bangkok.Wasalam.

Ahad, 27 Oktober 2013

Diari Encikgu #14

Genap seminggu aku kena pecat.Eh eh bukan,aku bagi surat berhenti awal berkhidmat.

Aku sekarang tengah carik keje.Semua tempat aku pergi.Kajang,Bangi,Balakong,Pantai Dalam,Angkasapuri.Semua aku dah try.

Tapi tak dapat.

Aku ok je kalau tak dapat.Tapi ada satu interview tu buat aku bengang.Kisahnya macam ni....

Petang tu aku call satu manager satu kompeni tu.Kompeni bukan calang-calang.Sekali sebut je mesti orang kenal dan cakap dalam hati "power dia ni dapat keje situ".

Aku call manager tu.Macam biasa bagi salam dulu.

Aku : Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan tuan Rashid (bukan nama sebenar) ?

Manager : Ye saya bercakap.Siapa bersama saya?

Aku : Saya $&%-%+# lulusan *$-%+#($ yang nak apply keje kosong kat kompeni tuan tu.Bila ye temuduga tu?

Manager : Encik,minta maaf.Kerja tu dah takde.Saya dah bagi kat anak saya.

Aku : Ha?!! Bukan ke baru iklan semalam? Mana boleh macam ni tuan,kroni-kroni ni amalan yang patut kita jauhi.Kerajaan kan dah kempen kat tv.Tuan tak tengok tv ke?

Manager : Hmmmm minta maaf la.Saya dah luluskan.

Aku : Tuan patut bersalah sebab buat benda macam ni.Ramai penganggur dan kutu kat luar ni nak keje dengan kompeni tuan.

Manager : Kahkahkahkah

Part manager ni gelak aku dah tak sedap hati.Aku syak dia orang jahat.Gelak pon macam orang jahat.

Manager : Wei! ni aku la wei!

Cis! Aku salah call,aku save nama manager tu iras-iras nama member aku dan yang dari awal tu member aku menyamar!!

Cis!!

Selasa, 15 Oktober 2013

Diari Encikgu #13

Macam biasa aku pi sekolah dengan baju bergosok dan bertie merah hari tu.Eh lain sikit,hari tu aku kena teman cikgu Laila pilih bunga untuk majlis minggu depan.Aku dah cerita belum pasal cikgu Laila ni?

Cikgu Laila merupakan cikgu matematik.Dia pandai mengira nombor.Dia pernah buat pertandingan mengira paling laju kat sekolah dan sipi-sipi nak dapat guru cemerlang tahun lepas.Dia ni orang kelantan dan suka pakai tudung pink.Dia ni pernah usha aku kat kelas.Aku dah cerita ke belum?

Suatu petang aku masuk kelas dengan malas.Aku lupa simpan malas dalam laci bilik guru.Aku bawak sekali masuk kelas.Aku tarik kerusi guru dan letak kepala atas meja murid line depan sekali.Murid-murid aku dah garu-garu kepala.Semua tengah berdiri tunggu ucapan "salam sejahtera" dari mulut aku.

Selambe aku tak angkat kepala tapi angkat tangan sambil cakap "Semua duduk je la".Semua murid duduk.

Aku buka buku dan memang rasa malas betul.Tak tipu punya malas.Aku pon tutup buku dan berdiri.Aku cakap "Ok hari ni kita tak belajar,kita bercerita"

"Yeah!!!!!" 5 saat gak diorang bersorak.Aku senyum je.

Dan aku mula bercerita.

"Suatu hari ada seorang lelaki berjalan di tepi lembah.."

Ada budak angkat tangan.

"Ha,nape?"

"Lembah tu apa cikgu?"

Aku senyum.Aku balas "Tanah rendah,tanah yang ke bawah".

Semua murid angguk macam paham sesuatu dan kagum dengan jawapan bernas dan muka bijak aku.

Aku sambung bercerita.

"Kemudian dia bertemu dengan seorang pedagang.."

Ada budak angkat tangan.Kali ni aku tak sempat tanya,dia tanya aku dulu.

"Pedagang tu apa cikgu?"

"Ooo..peniaga,cuma diorang pi berniaga tempat lain"

Jawapan tersusun rapi aku bagi.Semua muka teruja.

Aku sambung bercerita.

Ada yang tanya.

Aku sambung sikit.Ada yang tanya.Sambung sikit.Tanya.

Loceng berbunyi.Aku baru cerita 13% cerita tu.

Banyak betul vocab budak darjah satu ni tak tahu.Hurmmm.








Oh cikgu Laila.Time aku masuk kelas memula kepala kat meja tu rupanya cikgu Laila ada dalam kelas tu dengan.....Guru Besar!

Jumaat, 11 Oktober 2013

Diari Encikgu #12

Tengah tanda kertas ujian akhir tahun.Aku teringat perbualan aku dengan cikgu nurasyiqin pagi tadi.

"Cikgu takde makwe ke?"

"Ada..tapi dah pergi"

Terus cikgu nurasyiqin pergi kantin minum nescafe panas.Aku duduk dalam bilik muzik sambil tekan-tekan kekunci piano.Bunyi sumbang tapi aku macam nak nangis.

Ok baru jap tadi aku tekan link-link lagu kat youtube dan aku menitis air mata.Habis basah kertas ujian anak murid aku.Try usha lirik ni.

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

Lirik seterusnya lagi power.Cuba korang search.Siapa dapat feel apa yang aku feel.Sila komen "Aku feel gak bro".

Rabu, 9 Oktober 2013

Diari Encikgu #11


Time kokurikulum tadi sempat aku bersembang tepi padang dengan Faten pasal pelajaran,cemana dia datang sekolah,cemana keluarga di rumah,cemana cikgu Nurasyiqin ngajar dalam kelas.Kejap,kejap.Aku dah kenalkan ke belum cikgu Nurasyiqin ni?

Takpe,aku kenalkan lagi kalau belum.Nama beliau cikgu Nurasyiqin.Beliau dilahirkan kat mana,pukul berapa dan hari apa aku tak tahu.Punya power tak power,aku tengah tulis ni sambil senyum-senyum kat beliau.Beliau ada gigi tindih,alaaa gigi yang berlapis tu.Tu je serba sedikit pasal beliau.Nak citer lebih nanti korang cakap aku tipu.

Faten pun bersembang tanpa henti.Petah tanpa pelat sedikit pun.Kadang-kadang best,kadang kadang boring.Cerita bela ikan emas pun dia selitkan.Tapi ada satu ayat time angin sepoi-sepoi language yang buat aku terdiam.

"Cikgu,kenapa saya kena solat tapi mak ayah saya tak payah?"

gulp! Telan saliva aku time tu.

Aku senyum dan loceng berbunyi.Aku bangun,kibas rumput kat bontot dan pegi kantin untuk melantak laksa seringgit.

Kat kantin aku jumpa cikgu Azman.Dia ni muka garang tapi hati baik.Cakap pun saya-awak.Tak punk langsung.

Aku pun mengadu pasal benda tadi dan dia terus jawab.

"Cikgu Nurasyiqin tu memang single lagi"

Eh! Eh! Silap.

Dia jawab

"Inilah masalah sekolah kebangsaan.Budak tak reti nilai agama tu apa.Mak ayah pun tak solat.Anak pun follow la.Pendidikan agama bagi diorang bila dah tua nanti.Bukan nak terap dari kecik.Tu darjah lima,masih ada tak reti niat solat dan baca alfatihah.Masa depan bangsa dengan agama dah hancur.Cikgu pulak sama la,bukan nak didik betul-betul.Hantar laporan kat Jabatan Pendidikan semuanya ok.Padahal realitinya hancur,ni kes nak jaga nama dan prestasi gred sekolah la.Kalau tak mana la GB nak dapat kepujian dan cikgu naik gred"

Cikgu Azman jawab panjang sambil hirup teh o limau panas.Aku pulak masih tunggu air horlick ho ho ho aku tak sampai-sampai lagi.

Inilah dunia pendidikan kebangsaan.Bullshit kan?

Rabu, 2 Oktober 2013

Karangan empat tahun

Dalam diari kehidupan kita mesti ada yang rosak.Terkoyak,kena air,terconteng dan macam-macam lagi.

Bayangkan kalau kita tulis karangan yang panjang selama EMPAT tahun.Kemudian datang seseorang dengan segelas air dan jirus ke atas karangan kita.Bayangkan.

Sia-sia.

Dan kecewa.Bila yang jirus itu orang yang kita mahu tunjukkan karangan itu.