Selasa, 30 Jun 2009

Abdul Halim Bustaman

Nama tajuk di atas milik seseorang yang aku temui setelah menjelajah ke blog-blog lain..
nak tahu dia siapa??jelajah lah link-link di bawah ni:

UTUSAN
MAHAGURU58
AMIN AL-KALANTANI
KOSMO
JIWA NAGA
AFIQSAYS
RAUSYANFIKIR

Ni formulanya yang aku cilok...

Isnin, 29 Jun 2009

Pening-pening

salam semua,dah lama tak wat post diary..huhu...
entah la,makin hari makin busy ngan b arab..hari ni aku pagi-pagi dah kena pegi gotong-royong kampung...pegi la tolong ckit-ckit...jumpe kawan-kawan lama...

aku pening la pasal tudung ni..kan ade dua jenis,satu labuh bulat n satu lagi labuh segi tiga..mana satu yang patut muslimah pakai???pening la..

aku tanya dia ni,lain jawabnya..yang tu lain lak jawabnya...
tapi aku rasa la..yang tudung labuh bulat sesuai untuk muslimah..sebab,bila pakai ia cermat tutup aurat..terjaga dari semua arah penglihatan..

klau segi tiga labuh,bila berjalan ia membawa bekas..sebab kainnya selalunya nipis(ni aku tanya ramai orang)..dan bila kita tengok dari arah sisi,aurat jelas kelihatan...

entah la..mana la tau lain orang lain cara pemikiran and idea..so,depend la..

okei la,aku pon nak tidor...salam semua..

Khamis, 25 Jun 2009

Sonnet 18

Tadi jejalan la kat wikipedia..tetibe bukak la sonnet..

ni sonnet 18 daripada 154:

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date;
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st:

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.
Rupa-rupanya sonnet ni bukan jiwang..ada misteri disebaliknyer..nak tau?check la wikipedia...

Rabu, 24 Jun 2009

Rejab


Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Father

FATHER...
YOU MAKE MY SOUL HAPPY...
YOU MAKE MY SOUL CRYING...
YOU MAKE MY SOUL LAUGHING...

FATHER...
YOU ARE THE BEST THAN EVER...
I WANT BE WITH YOU FOREVER...
YOU ARE MY SAVER...

FATHER...
YOU SHAPED ME BE A MUSLIM...
FROM AN INSAN...
THAT MY FATHER...

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.


**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

HAPPY FATHER'S DAY..

Dina n Dani

Ni aku cilok kat Penulisan2u...

Cerita ini mengisahkan Dani dan Dina yang merupakan sahabat baik sejak tadika lagi.Mereka berdua belajar dari tadika…sekolah rendah..hingga sekolah menengah.Sememangnya tali persahabatan mereka begitu kuat dan utuh.Segala aktiviti Dani mesti ada Dina,begitulah sebaliknya.Mereka bagai tidak dapat dipisahkan seperti kembar siam.Mereka bermain pondok-pondok,kahwin-kahwin dan macam-macam lagi.Bila Dani sakit,Dina turut sama sakit.Tapi kan,hubungan mereka yang rapat-serapat ni,tidak ada wujud kah perasaan kasih?tidak hadirkah apa yang dikatakan sayang?


Cuaca tenang pagi itu seperti membawa khabar gembira untuk Dina yang berlari-lari anak menuju ke sekolah.Jauh kelihatan pemuda yang tak asing lagi dalam hidup Dina iaitu Dani.Dani mengayuh basikal tua milik atuknya itu perlahan-lahan dan kedengaran jelas derapan tapak kaki di belakangnya.Lalu Dani berpaling dan senyum.Dina membalas senyuman itu dan nampaklah lesung pipit di tepi bibirnya itu.Inilah rutin harian mereka berdua yang bergelar pengail ilmu.Hari ini jugalah Dina bakal memberitahu sesuatu kepada sahabatnya itu.Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan…

Jam menunjuk pukul 10 pagi,kelas 3 Darda’ hening.Semua pelajar keluar menuju ke kantin kecuali Dani,Dina dan Dua orang pelajar lain.Dani sememangnya tidak menghabiskan masa rehatnya dengan mengulangkaji pelajarannya.Dina bangun dari tempat duduknya dan meghampiri Dani.Dia tenung wajah Dani beberapa minit sebelum Dani berkata”Er..Dina tak sihat ke hari ni?pelik je..”.Dina hanya mampu berdiam diri.Kerusi plastic ditarik dan Dina duduk di atasnya.Remaja perempuan yang berada di hadapan Dani perlahan-perlahan membuka mulut untuk mengatakan sesuatu.”Dani,kita dah lama kawan..sejak kecil lagi..er,Dani sayang tak kt Dina?”tanya Dina.Hatinya puas meluahkan apa yang terpendam selama ini.

“Tak..”jawab Dani selamba tanpa memandang wajah Dina.Matanya tertumpu ke arah buku matematiknya itu.Dina senyap dan berlalu pergi.Dani masih lagi mengulangkaji.”Bukan ini yang aku mahukan..”keluh Dina dalam hatinya sambil berjalan menuju ke bilik air pelajar perempuan.Tika itu jugalah mengalirnya air mata di pipinya.

Segalanya menjadi biasa hingga keputusan PMR keluar dan raya tahun itu,mereka bertemu lagi..dengan tujuan hati Dani pulak…

Di ruang tamu rumah Dani,ramai yang datang berkunjung.Dani memanggil Dina keluar untuk privasi ada benda yang mahu dibincangkan.Mereka duduk di bawah pohon tanjung.Dina senyum dan berkata”Apa yang Dani nak kata sampai keluar rumah ni?”.

“Dani nak pindah sekolah..boleh tak?”soal Dani tiba-tiba.Dina senyum dengan selamba tanpa sedikit pun serius dia menjawab”Pindah la..Dina tak kisah pon..hehehe”.
Dina senyum tetapi Dani senyap kerana bukan itu jawapan yang dia mahukan.Mereka berdua berpisah dan tidak berjumpa lagi kerana sibuk dengan urusan masing-masing.


Tanggal 2haribulan Januari,Dani melangkah masuk ke dalam kreta Innova ayahnya.Mereka sekeluarga akan menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi menguruskan perpindahan sekolah Dani.Kereta tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan kampung kelahiran Dani.Ketika melalui jalan denai yang selalu dia dan Dina gunakan menuju ke sekolah,Dani merasakan ada sesuatu yang tak lengkap dalam harinya ini.Perlahanplahan air matanya mengalir dan tika itulah dia melihat Dina yang berjalan jauh dengan keriangan.Dani hanya mampu melihat dan dia tunduk sambil mengesat air mata.”Semuanya dah terlambat Dina..”bisik hati kecilnya itu.

Dina tiba di pintu pagar sekolah.Dia bersa sungguh gembira dapat kembali ke sekolah setelah sekian lama cuti.Tapi dia pelik hari ini tak kelihatan sahabat baiknya berbasikal menuju ke sekolah seperti saban tahun.Berdirinya Dina di pintu pagar sekolah hingga loceng berbunyi.”Mungkin dani kene gantung kot”Dina membuat 1 andaian untuk memujuk dirinya.Dani memang pelajar yang bermasalah walaupun bijak.Gantung persekolahan memang 1 tradisi dalam hidup hidup Dani.

2 minggu berlalu,setiap hari Dina menunggu Dani di pintu pagar sekolah.Hari demi hari berlalu.Hari ini Dina pergi ke rumah Dani yang terletak di hujung kampung.”Mungkin Dani sakit kot…mungkin..”macam-macam yang Dina andaikan dalam perjalanan menuju ke rumah Dani.

Tiba di rumah Dani,adik Dani keluar setelah salam yang diberi Dina dijawab.”Er..Dani ada kat rumah tak?nak jumpa boleh?”tanya Dina.”Aik?tak tau ke Dani dah pindah sekolah?akak kan kawan baik dia..”jawab adik Dani sebelim berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

“Dah pindah sekolah!!”terkejut Dina.Dia senyap dan menuju ke pondok yang menyimpa 1001 kenangan bersama Dani.Dina senyap dan air matanya mengalir di pipinya.Bunyi teresak-esak tangisannya memecah keheningan petang di kawasan bendang.”Kenapa kau pergi Dani??kenapa??”jerit Dina.Sejak hari itu,tiada lagi pertemuan antara mereka.

Kehidupan Dani di Kelantan memang perit.Hari demi hari dia menahan rindu.Hinggalah tiba hari peperiksaan SPM.Dia kembali ke kampong halaman setelah sekian lama menyepi diri di perantauan.Bas mini yang dinaikinya itu berhenti betul-betul di hadapn rumahnya.Keluarganya menyambut kepulangannya.Dani mencari-cari orang yang ingin sangat dia temui.Tapi malangnya,tiada kelihatan di situ.

Tika itu Dina sedang mengisi boring kemasukan kolej swasta di negeri Perak.Dia bagai lenyapkan Dani dari dirinya.Tetapi di sudut keecil hatinya itu,masih ada kasih dan sayang pada sahabatnya itu.Tiba-tiba adiknya masuk ke dalam kamar tidurnya dan menghulurkan sepucuk surat yang berwarna pink sambil berkata”Ni surat untuk akak”.Dina membukanya dan melihat itu bukannya surat,ia sekadar nota yang berbunyi “bertenu kita di pondok kecil”.”Siapa la yang nak bertemu dengan aku ni?Anis kot,dia kan dah balik dari kolej..”fikir Dina.

Malam itu selepas isya’,Dina menuju ke pondok yang sudah lama tidak dia kunjungi sejak peristiwa setahun yang lalu.Sedang dia tenggelam dalam mengimbau memori lalu,salam kedengaran memecahkan lamunannya.Dina senyap dan kaku melihat orang yang berada di hadapannya ialah Dani.Orang yang dia rindui selama ini.

”Da..Dani sihat?bila balik?”soal Dina bagi memulakan perbualan yang kekok kerana sudah lama tidak bertemu.”Sihat saje..petang tadi.”jawab Dani sambil mengalih pandangan ke bulan yang mengambang penuh malam itu.Mereka berdua membisu panjang.Kemudian Dani bertanya”Dina,masih ada tak ruang dalam hatimu untuk Dani??”soal Dani.Tika itu Dina berdiri dan berkata”Dah terlambat Dani..yang lalu takkan berulang”.”Dulu Dani tak redi lagi..”kata Dani bila mendangar jawapan Dina.”Usah bicara hal ini..Dina balik dulu..jaga diri baik-baik”pesan Dina sebelum meniggalkan Dani keseorangan.Kini Dani sedar bukan dia seorang sahaja menderita menahan rindu..tetapi Dina derita menahan kasih.Malam itu Dani tidur lewat memikirkan perasaannya terhadap Dina.

Suatu pagi yang hening,tika itu unggas-unggas keluar dari sarang mereka,para pesawah turun ke petak bendang masing-masing dan para pelajar mengatur langkah menuju ke destinasi yang sama bersama niat yang murni.Pagi itu,Dani membawa peralatan pertukangan bertujuan untuk membaiki pondok kecil yang sudah rosak dimakan anai-anai.Dia mahu mengantikan dengan papan lantai yang baru.Kelihatan ibunya memberi nasi semalam kepada ayam-ayam perliharaannya.

Jauh kelihatan seorang budak mengayuh basikal dengan tergesa-gesa menuju ke arah halaman rumah Dani.Dani mengenali budak itu.Dia adalah adik kepada Dina.”Apa Epol buat kat sini?”soal Dani kepada dirinya.Basikal BMX 200 dibrek betul-betul di hadapan Dani.Dengan tercungap-cungap,Epol berkata”Abang,Kak Dina daftar kolej ari ni..tak nak cakap ape2 ke?”.Kata-kata Epol memberi kejutan kepada Dani.Dengan sepantas kilat,Dani mengambil basikal tuanya dan menuju ke rumah Dina.Ketika mengayuh basikal,sempat Dani melihat kebesaran Allah iaitu langit bertukar menjadi mendung secara tiba-tiba.”Masya’allah..ape yang bakal berlaku ni?”soal Dani.

Hujan turun dengan lebat,Dani basah kuyup apabila tiba di halaman rumah Dina.Di hujung jalan kelihatan lampu belakang kereta yang mula menghilang.Dani kesal kerana tidak sempat bertemu dengan sahabatnya itu.Tiba-tiba,kedengaran bunyi hon dibelakangnya.Hujan yang lebat mengaburi pandangan,hanya kelihatan sebauh kereta berhenti di belakangnya.Pintu kiri penumpang terbuka.Keluarlah seorang wanita yang Dani kenali bersama sekaki payung.Dina hanya memandang wajah Dani dengan sayu.Mata bertentang mata dan Dina berkata”Saatnya sudah tiba Dani..babak yang lalu bakal berulang..biar rindu menjadi semangat...biar impian dapat dicapai..tinggalkan Dina,Dani”.Lantas Dani berkata”Andai rindu menjadi penghalang?”Dina senyap dan berpaling.Hujan semakin lebat.Dengan teresak-esak sambil membelakangi Dani,Dina berkata”Tahan semahunya..lari sejauh mungkin..setakat ini saja..assalammualaikum”.Dina masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.Dani mengayuh basikal pulang menuju ke rumahnya.

”Sejak hari itu,nenek tak pernah bertemu lagi dengan Dani...apa yang nenek tahu sekarang,Dani telah menetap di Yaman membawa diri”akhiri Dina kisah hidupnya di hadapan cucu-cucunya yabg dari tadi melopong mendengar kisah hidupnya pada malam 1 syawal.Takbir raya kedengaran di malam yang sunyi,Dina tersenyum keseorangan sambil berkata di dalam hati”Dani,kau sudah faham apa erti persahabatan..moga kau kekal bahagia”....THE END

Isnin, 22 Jun 2009

Bunga

Ni aku cilok dari jawapan thread aku..hehehe..

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta


Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran


Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda


Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’


Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang


Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland


ni kaler lak

Pertama kali direkodkan sekitar 35 juta tahun lampau.Tahun 3000 B.C menjadi tanda aras pertama, tamadun Sumerian mula merekodkan betapa kecintaan dan keabadian kecantikkan dapat diwakilkan kepada bunga Ros.Ungkapan puisi “ODE TO THE ROSE’ oleh penyair silam membuktikan bahawa Bunga Ros atau mawar utuh menjadi pilihan utama melahirkan rasa cinta sejak dulukala.

Ros Merah
Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang.
Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan.

Ros Putih
Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat,kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang.emm charming eks…

Ros Merah Jambu
merah jambu terang- rasa emm mengagumi dari jauh,simpati,kelembutan dan kemanisan(macam iklan susu je-lori)
merah jambu pekat-kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.

Ros Kuning
kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali tanpa suara boleh dizahirkan…ingatlah yang tersayang, yang mengambil berat..serta emm sering ditafsirkan kepada sifat cemburu pemberinya…awas ya?

Ros Oren
kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya-persahabatan,emm dan jatuh cinta..
Oren-Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang.

Ros Lavender
Ros biru belum lagi direka ya!…jadi gantikan dengan warna Lavender bagi insan yang ingin melahirkan rasa jatuh cinta kali pertama(juga bagi bunga ros yang durinya telah dibuang)

Ros Hitam-ermm kematian bagi si penerima..ugutan atau ancaman..

mana bunga yang anda minat..n kaler yang anda suka???

Dunia keliling jadi pelik

salam..aku membesar hari demi hari..
dan dunia serta orang keliling aku menjadi pelik..kejadian dan suasana pelik timbul..

kes pertama:ada budak laki nih,die suka kat sorang gurl..admire la..tapi kan..gurl ni last2 ade admire ngan laki lain..yang pelik,laki ni tau n tros admire ngan gurl nih..

kes kedua:ade kawan aku laki..die suke kat sorang gurl..then,die lme lar xcontact ngan gurl tu..pastu die terjumpa n berkenalan ngan gurl lain..yang pelik,die kata die suke kat dua-dua gurl tu at the same time..ade k?

kes ketiga:ade pakcik kat umah kawan aku..die pegi la umah kawan aku yang baru dapat adik..pastu pakcik ni dukung baby tu,die cam suke..tapi yang pelik,tiap-tiap ari die pegi umah kawan aku semata-mata nak dukung baby tuh..padahal umah die ade 2 baby..

kes keempat:semua kawan lama(2 3 orang) aku aku call ari tuh..ok jew..yang pelik,diorang mesti letak call tu bile aku tanya "ok k?"..pelik tul

last punya:aku ade kawan kat ym..die bagitau die suka kat sorang laki..pelik tul,die suke padahal die xpenah jumpe n cakap..just kat ym boleh wat die suke tahap gaban..btol ke tu bisa cinta??..pelik nyer..

tu la aku wat kat status ym aku:dunia semakin pelik bila aku membesar...

P/S:KEPADA SEMUA YANG MARAH PADA DIRI INI..I WANT TO SAY "SORRY"....MAYBE I'M TO EMOTIONAL THAT TIME..SORRY..

Khamis, 18 Jun 2009

Mikhail


Novel ni aku beli kat book fest ari tuh...punya lama simpan baru sentuh...

ni sikit yang aku curik kat blog orang..

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

baca la..x rugi...


Pengemis dan isteri cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

Selasa, 16 Jun 2009

Terbuka pintu kenangan di imeem

Hari ni pagi-pagi aku dah membuang ke'boring'an dengan bukak lagu-lagu lama di Imeem...

ni lagu aku layan banyak kali...

so,korang bukak link ni kalau nak tau...

http://www.imeem.com/syanad/music/u08g-ans/brothers-doa-perpisahan/
http://www.imeem.com/safiahkit/music/HLFIynhz/brothers-teman-sejati/
http://www.imeem.com/debitdealdo/music/t1sDVsLX/chrisye-kisah-kasih-di-sekolah/

3 lagu ni aku ade bagi kat kawan-kawan melalui email agar korang semua tak lupa kecewek..heheheh..ape da malas...

tangan dah penat berbicara(even tulis sikit)...selamat malam..

Isnin, 15 Jun 2009

Sisters in Islam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

Sejarah

Pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995).

Aktiviti advokasi

SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan.

Objektif utama SIS adalah:

  • Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
  • Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
  • Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:

  • Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam
  • Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam
  • Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Isu kontroversi SIS

Isu poligami

Pada 8 Januari 2002 , SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.

Cadangan SIS diharamkan

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.

Ahad, 14 Jun 2009

Tanda-tanda anda dilamun cinta

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Rabu, 10 Jun 2009

Mengintai redha ilahi...

Aku insan biasa
HambaNya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya
Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingatiNya
Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma

Dosa dan noda telah menggelapkan hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu pemberian ILLAHI

Mati itu suatu yang amat pasti
Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini
Aku bertaubat pada Yang Maha Esa
Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI
Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya
Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa

Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu
Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka
Ampunkanlah dosa-dosaku
Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini??
Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??

Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna
Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa
Terimalah taubatku ya Tawwab..
Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..
Redhailah kehidupanku ya Allah..
Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..

sumber:www.iluvislam.com

Isnin, 8 Jun 2009

Nur Kasih...


Aku tertarik ngan jalan citer nih...unik dan berbeza ngan citer-citer laen..ni ha,layan sinopsis..

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Ahad, 7 Jun 2009

Memori Hari Ini & Lalu..4

Alhamdulillah..kini boleh gak aku wat last post ntok label memori nih....

Ni sekolah aku bagi tahap pendidikan 2 iaitu ting 4&5...Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu..namanya tidak semasyur sekolah-sekolah elit rakan-rakanku...SAMBES..KISAS..tapi di sini lah yang membawa paradikma dalam diri aku...bagai diubah coretan kertas menjadi seni abstrak...satu per satu ilmu dan pahit getir ditempa...

Memori yang tak dapat aku lupakan ialah taksub bertemu Ir Nizar buat kali pertama...cerita bermula setelah Ir Nizar menjadi peymes...beliau unik dan hebat kerana boleh menguasai bahasa cina dan tamil...

Malam itu beliau akan memberi ceramah di PUTIK...aku dan 2 3 orang rakan yang lain membuat plan untuk fly ke ceramah..sedikit sahaja yang boleh aku ajak sebab asrama dikuarantinkan kerana musim trial dan tahfiz alquran...oleh sebab nak sangat jumpa,aku bercadang untuk wat "fake outing"...kuar jew pintu pagar..semua lesap..hahhaha..cam ninja..

perjalanan bermula apabila kitorang bertolak awal jam 3 petang(awal giler)..sedangkan ceramah jam 10 malam...oleh sebab masa begitu lapang,kitorang berjalan kaki:maahad-airport-putik...

Tapi malangnya harapan kitorang sia-sia,Ir Nizar tidak dapat hadir malam tu...frust wo..dah la jalan dekat 10 kilometer...takde hasil lak..tapi dapat jumpe budak-budak melake...

Balik....camne ye?jam dah kul 12 tghmlm..tetibe jeep scout pengiring tok guru benti depan kitorang time nak kuar pintu pagar..pakcik tu ajak naik..ape lagi naik la..best wo..orang besar tu..benti btol-btol kat pagar asrama..time to panjat pagor!!alamak...ustaz tunggu dpan mata..danger!!nasib baik malam tu gelap..ape lagi mencecet cari tempat lain la..kitorang panjat kat padang..bila turun jew,merangkak cam askar..puss!!tidor klas la malam tu..hahahah...

ni memori aku n sahabat di maahad...banyak yang aku suka kat maahad...maybe just secret..kelantan lagi aku suka sebab...secret gak...ape pon label ni dah abis post..tanx 4 read..

Sabtu, 6 Jun 2009

Muktamar Tahunan PAS 55...


Hari ini hari perasmian dan ucapan dasar presiden...so,aku rasa tergerak hati untuk pergi mengikuti muktamar tahun biarpun sakit kaki masih ade lagi ckit-ckit...bertempat di stadium melawati shah alam..selangor menjadi tuan rumah buat julungkalinya..

Aku sampai jew sana kul 9 pagi,suasana sungguh meriah..gerai makanan,pakaian dan cenderamata penuh di tapak keliling stadium..ni gambor nyer...meriah..


Sedang berjalan,seorang "otai" berjubah berjalan di sisi aku..orangnya bertubuh kecil..memang betul berbeza UMNO dan PAS...dalam PAS tiada benda yang kita panggil protokol..beliau ialah Ustaz Daud Iraqi..beliau berjalan kaki setengah kilometer bersama aku menuju ke stadium..inilah pemimpin yang kita mahukan...bersama-sama susah bersama-sama senang...


Tepat jam 9.30,lepas gi booth SPIES...aku masuk sebagai pemerhati...stadium penuh..perwakilan berada di bawah..pemerhati berada di atas..
Ucapan S/U memulakan majlis..Kamaruddin Jaafar....ok la,x boring..ade yang menarik...tika berucap,budak depan aku terlepas belon...belon tu terbang tinggi...hilang...tibe-tibe,belon tu turun menuju je arah pimpinan yang berada di atas pentas dan berhenti pada seseorang iaitu Dato' Dr Hassan Ali...semua pimpinan tertawa melihat peristiwa itu..pelik n kebetulan..hahhaha..

Presiden memulakan ucapan..semua topik disentuh..isu semasa..masalah dalaman..luar negara...
seterusnya merasmikan muktamar PAS ke 55 bagi tahun ini...

Setelah tamat,presiden melancarkan e-harakah..kini harakah boleh dibaca seperti utusan online..ini satu peningkatan..

Then,presiden merasmikan projek kompleks baru PAS...ni ade citer ckit...

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah merasmikan Tabung Pembinaan Kompleks PAS di sebuah hotel pada 18 Mei yang lalu.

Kompleks yang dicadangkan dibina di kawasan Sungai Merab dan berhampiran Putrajaya itu bakal menjadi pusat latihan, pusat komersil dan pusat konvensyen.

Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar itu bakal didirikan dengan sumbangan pelbagai pihak.

Apabila siap, kompleks ini bakal mempunyai sebuah dewan persidanngan yang boleh memuatkan 8000 orang di samping pusat latihan modern serba lemgkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Layari laman web:http://kompleks.pas.org.my/ untuk keterangan lanjut...

then.Anugerah Pejuang Bahasa..1)Dato Dr Hasan Ahmad-pengerusi GMP...2)Dato A Samad Said

Petang tu kul 3 aku jumpa Dato Seri Nizar Jamaluddin...ni gambor die..taun ni dekat 5 kali jumpa die jew...

Malam tadi aku gi konsert "malam kebudayaan islam wacana muzikal"..Akhil Hayy datang..suara die berjaya memukau hadirin..meremang bulu..tapi die ade bagi kata-kata...

"kita yang hidup ditomah ini bagai dibaling batu-bata...janganlah kita baling semula batu itu,cuba kita kutip dan bina mahligai dengannya..."

Semua jemputan khas akhiri dengan dendangan selawat..ito ade..renggo ade..azhan atan ade...

Tamat...ni jalanan aku di muktamat tahun ini..last sebelum ke jordan...



Rabu, 3 Jun 2009

Not bad..


Ni novel aku beli time pesta buku ari tu...aku beli pon atas syor kawan baik aku..katanya best..
Dekat sebulan aku biarkan kat rak buku...tepi novel MIKAIL..mula-mula malas la nak baca..sebab busy wat keje..
Minggu lepas aku terdetik di hati nak baca novel 1 minggu terlantar nih...so,start la baca...

novel ni mengisahkan tentang seorang pemuda yang lari dari cinta...dia anggap semua cinta yang hadir dalam diri dia bukan cinta yang membawa ke arah baitul muslim...seorang demi seorang wujud dalam diri dia..seorang di zaman remajanya dan seorang lagi ketika dia belajar di mesir...konflik dalam citer ni memang unik yang mana dia bermain ngan perasaan sendiri...

KOMEN:Novel ni ok..tapi penulis terlalu banyak guna ayat bunga-bunga(aku x minat)...jalan citer ok..cume bile baca novel ni tak macam baca ayat-ayat cinta..aura mesir takde dalam novel nih...tapi aku enjoy la sebab nak ilang sakit..hahhaha...memang betol..takde feel mesir tau dalam novel ni..penulis terlalu ringkas gambarkan suasana mesir...ape pon aku dah baca novel ni n abiskan dalam 1 week only...

Tapi.novel ni memang banyak pengajaran..tak rugi kalau dibaca....

P/S:sori la..aku mula malas nak wat posting hari-hari sebab kepala aku sakit bila ngadap laptop..hahhaha..ape da..