Sabtu, 30 Julai 2011

yaman (3)

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama tuhan yang pertemukan Adam dan hawa,Yusuf dan Zulaikha,Sulaiman dan Balqish,Muhammad dan Khadijah,Ali dan Fatimah.

Andai post lalu membuka permulaan pasai dakwah,kali ni nak sembang pasal persediaan dakwah.

Sebagai seorang pendakwah,kita memerlukan persediaan diri yang cukup dan mantap.Cuba kita nilai diri kita dulu,adakah sesuai kita berdakwah?baru nilai diri,belum nilai bab ilmu dan amal lagi.

Seorang pakcik yang tuang air minum time maulid malam jumaat ada sembang ngan aku pas makan tengahari hari tu,dia cakap : "lepasi 3 ujian sebelum berdakwah,Wanita Takhta Harta..andai lepas 3 ujian ini,dunia dan seisi dunia akan mengejar kamu"

Wanita


Andai kita semak sejarah lama.Setiap belakang lelaki yang hebat ada wanita yang hebat.Yedak?begitu juga sebaliknya.Wanita ni sebagai penyokong ataupun tulang belakang.Tapi jangan lupa,dengan wanita ini jugak la jadi penghalang kerja-kerja dakwah kita.

Ni ada citer pasal wanita.Godaan wanita.

"Seorang alim bermimpi suatu hari,bertemu seorang lelaki yang saaaaaaaaaaaangat wangi baunya.Bau kasturi.Lelaki alim tu bertanya kenapa dia berbau sungguh wangi sebegitu

Ceritanya begini...

Dia dulu seorang peniaga.Ibrahim namanya.Suatu hari dia meniaga di sebuah negeri.Melalui kawasan pembesar-pembesar dan tiba-tiba seorang anak dara sunti pembesar memanggilnya "wahai peniaga!mari masuk ke rumah ku,mahu dilihat sama barangan niagaan mu itu".Ibrahim masuk.Terus ke kamar.Kerana anak dara tadi tidak mahu keluar dari kamarnya.

Bila masuk sahaja kakinya ke dalam kamar,pintu ditutup rapat tiba-tiba,badannya ditolak dari belakang dan rebah di atas katil.Anak dara tadi berada di belakangnya sekarang.Peluh habis muka Ibrahim.Dia tidak mahu benda buruk terjadi,lantas bangkit dari katil dan anak dara itu berkata "andai kau tidak nodai aku,akan aku kecohkan bahawa kau perkosa aku".Ibrahim senyap.Peluh mengalir dan hati berdebar.bukan ini yang dia mahukan.Dia memohon doa kepada Tuhan agar memberi jalan jelar daripada membuat maksiat.

Perutnya tiba-tiba memulas dengan kuat.Dia berkata kepada anak dara pembesar tadi "aku mahu ke bilik air dulu,perut ku sakit..sudah pasti kau tidak mahu bersama aku sedangkan aku sakit perut".Anak gadis itu senyum,rusa sudah masuk jerat.Daging manis pasti dapat dirasai selepas ini.

Ibrahim masuk ke tandas dan membuang air besar begitu banyak sekali sambil berfikir.Time dia bangun mahu memakai pakai,dia terlihat akan najisnya dan...

"Argh!! keluar kau dari sini,tidak selera aku sama kau!! keluar!!!" jerit anak dara tadi kepada Ibrahim yang baru keluar dari tandas dan seluruh tubuhnya dilumuri najisnya.Busuk baunya.Nafsu anak dara tadi terhadapnya sudah tiada dan Ibrahim berlari keluar dengan laju sambil bersyukur kepada Allah kerana membuka jalan keluar dari maksiat dengan anak dara itu.

itulah cerita seorang lelaki yang berbau kasturi kelak di syurga.Namanya,Ibrahim Al-Misk (kasturi) "

Oh,lupa..maqam Ibrahim ni sekrang berada di Syria.

Sekian.

Lihat,nak jauh dari maksiat ni..mudah,cuma perlu doa..ni time maksiat hampir dengan kita,iman mula turun dan nafsu mula naik.Takde nak doa kepada Allah agar selamat dari maksiat.Moga Allah tempatkan kita seperti Ibrahim ini dan tingkatkan iman kita.Amiiin.

kalam syeer busairi pasal nafsu :

والنفس كالطفل ان تهمله شب على حب الرضاعه* وان تفطمه ينفطم


"Nafsu ini seperti baby (anak kecil) menjadi remaja yang masih sukakan susuan jikalau diputuskan (hentikan susuan itu) terpatuh la ia"


so,jaga nafus dengan kawalan..bukan ikutan,dok ikot cakap nafsu..sampai bila-bila kita dikawal olehnya.Kan Rasulullah ada pesan agar berjuang nafsu lagi utama dari medan jihad..sekian


p/s: panjang plak,baru satu fitnah..nanti tulis lagi la

Ahad, 24 Julai 2011

yaman (2)

Bismillahhirrahmanirrahim.
Dengan nama tuhan yang mengagungkan mekah,mencahayakan madinah dan memulikan alaqsa.

Sejak join dawroh musim panas di sini,banyak penekanan bab amal dan dakwah ilmu.Pendekatan mengenai dakwah sedikit pada diri ini sebelum ini.Maklumlah,belajar bidang bahasa arab dan sastera mana la ada sentuh bab-bab dakwah ni.


Pengenalan dakwah


Kalau kita lihat suasana di malaysia.bila disebut perkataan dakwah,hanya tertumpu kepada sesetengah pihak sahaja.Ini menunjukkan tidak banyak pihak yang tampil menjalankan kerja para rasul dan sahabat serta salafussolih.

Mengapa perlu berdakwah?Tidakkan kita ingat ketika di sekolah dulu,disuruh menghafal sifat wajib bagi nabi.Tabligh...itu sifat yang menunjukkan makna MENYAMPAIKAN.Dari sini terbukti menyampaikan dakwah adalah salah satu sunnah nabi junjungan mulia.

Dalam berdakwah,kita memerlukan senjata.Sama seperti pergi berperang.Dan senjata dakwah kita adalah Ilmu.Dengan ilmu yang bermanfaat yang disertakan dengan ikhlas kepada Allah yang dapat membawa dunia kepada akhirat,mengubah maksiat kepada taat,dan kejahilan kepada kesedaran.Ini yang perlu kita sebagai seorang muslim bawa untuk ummat kita.Bukan sekadar huha hua kat bilik,tengok movie,main UNO.

Sebagai muslim,kita perlukan dakwah mengalir dalam darah kita.Beranikan diri.Contohnya,bab solat subuh ataupun qiamullail.Andai kita terjaga awal daripada tidur.Kejutlah kawan serumah kita untuk join kita beribadat.Ni segan la.Takut la.

"e..dia tengah tidur nyenyak la..nanti kacau pulak"

Bukankah kita tahu solat 2 rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya??

Dan ketahuilah yang ilmu bermanfaat,yakni bersambung dengan orang lain (orang lain dapat ilmu dari kita) lebih baik daripada ibadat dan zikir bertahun-tahun.Sebab apa?Sebab ada ulama' berkata : "solat 2 rakaat orang alim lebih baik daripada solat 1000 rakaat orang jahil".Ini bermaksud solat alim dipenuhi dengan sunnat-sunnat solat dan kekhusyukkan berdasarkan ilmu yang dia perolehi berbanding si jahil yang solat ruku' dan sujud.

Dakwah di malaysia amat diperlukan.Semalam ada seorang ustaz bagitau yang malaysia kini memerlukan pendakwah.Berapa ramai yang murtad dalam sehari??buang anak??zina??Pendakwah diperlukan,untuk mengajak mereka kembali kepada tuhan.Jauhkkan kelalaian dan hiburan.Penuh hari mereka dengan gelak tawa dan pasti mereka menangis kelak di akhirat.

Bangunlah muslim,gerakkan jentera dakwah,bukan sekadar berpolitik dan beribadat.Tiba masa kita belajar dan mengajar.Andai kita tiada punyai lidah dakwah,kita punyai hal dakwah yakni dengan perbuatan.Lisan hal lagi baik dan fasih dari lisan berkata.Contohnya,seorang pendakwah yang solat sunat di hadapan 10 orang di dalam masjid,pasti dapat membuka sedikit dorongan orang yang melihat beliau solat dengan khusyuk dan tenang.Dan belum tentu 1 orang daripada 10 akan mendirikan solat sunat jikalau kita mengajak mereka dirikan solat.Habis air liur je wei..

Ada riwayat menceritakan kisah cucu nabi,Hasan dan Husin.Suatu hari mereka berdua turun ke masjid.Bermain di kawasan wudhu' dan terlihat seorang tua yang sedang mengabil wudhu'.Ada kecacatan pada proses pengambilan wudhu' orang itu.Hasan dan Husin ingin menegur orang itu.Tapi tidak menjadi suatu yang manis anak-anak kecil menegur orang tua lakukan kesilapan.Pasti dimarahi dan dicerca sama itu orang tua.

Maka,mereka berdua mendapat idea.mereka menghampiri orang tua yang sedang beriktikaf di dalam masjid itu.Mereka mula bergaduh dengan suara yang lantang."Aku la yang betul" "Aku la".berterusan sehingga orang tua itu menegur mereka berdua."Wahai cucu penghulu nabi,apa yang kamu berdua gaduhkan?". Hasan berkata : "dia katakan wudhu' dia lagi sempurna daripada aku". Husin menjawab : "memang pun,kalau tak percaya,Biar pakcik ni yang adili siapa lagi sempurna"

Mereka berdua ke tempat wudhu' dan Hasan mengambil wudhu'.Orang tua itu mengangguk pabila Hasan sempurna wudhu' nya. Kemudian husin mengambil wudhu' dan orang tua itu kagum.Wdhu' hasan dan husin tiada perbezaan...dan dia sedar wudhu' dia tadi pnuyai kecacatan!! dan orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada hasan dan husin dalam menegur kesalahan beliau.

Dari kisah ini,dalam berdakwah punyai skil dan uslub.Bukan main redah je.Biar kita berdakwah,semua pihak setuju dengan kita.Jangan sekadar dakwah pada suatu parti politik ataupun pihak sahaja.Dakwah Untuk Semua.

Argghh...segan kot tulis bab ni,tapi dah terpaksa.Moga ada faedah pada diri ini dan diri yang membaca.Amiin.Semoga Allah kumpulkan kita di jannah kelak.

Sabtu, 16 Julai 2011

yaman (1)

Aku malas sebenarnya nak update blog ni sebab internet sini main gaya siput semput.

Tapi ada orang pesan kat aku :

"apa yang kau dapat kat dawroh tu,kau kongsi la sebijik-sebijik untuk aku yang orang awam ni"

So..malas la nak buat cerita pasal sini,aku nak konsi ilmu yang dapat kat sini je..

p/s : tarim tempat terbaik mengubat hati n nafsu