Rabu, 22 Jun 2011

azam 2011

Esok
Khamis 23 june 2011

Aku fly ke Yaman
Kejar azam 2011 aku
Sile tengok kat status kiri ni

Doakan aku dan kawan-kawan selamat
Sebab sana tengah perang saudagar saudara

wasiat aku kat kawang-kawang

1) budak rumah - ade surat cinta bawah katil aku,jangan baca kalau tak jadi pape kat aku
2) cidak - harap hutang milkshake tu kau langsaikan dengan sedekah harga milkshake pada hari jumaat 
3) dak irbid - harap korang semua dalam keadaan selamat
4) dak yang balik malaysia - selamat hari raya buat korang semua
5) rakip - tQ baca post aku yang banyak ngarut ni..keh3

Selasa, 21 Jun 2011

kenduri arab

hari ni kali ke 2 aku join kenduri kawen arab..dan hari ni baru aku tau flow budaya arab bab kawen-kawen ni..jom kongsi sikit

1) cam kite la,ada akad dan cukup syarat
*mas kawen 7 jd je = 350 ringgit,cuma WAJIB ade rumah kereta n kerja 

2) ada wat majlis kenduri untuk orang luar or kawan-kawan (hanya makan halawiyat kinafah)
*kalau kat malaysia,macam hidang karipap/donut ngan air teh/kopi je 

3) kenduri untuk family (sedara mara yang satu 3a'ilah) time ni baru pekena nasi
*sape yang ada nama zoukbie tu kire sedara (ramai gile kot)

4) kenduri family (mentua n adik beradik) 
*yang ni aku tak tanya makan makanan ape


kesimpulan : sape nak kawen sini murah,takde la kenduri makan nasi minyak or ape-ape..sebab family kat malaysia,kat sini kawan-kawan..hidang halawiyat(manisan) je la

p/s : post ni bukan bertujuan puji family aku agar bagi aku kawen,or ajak korang kawen muda...Peace!!

Khamis, 16 Jun 2011

A.I.S.K.R.I.M

Ade sorang kawan aku share benda ni
sebagai renungan
sebagai pegangan

A.I.S.K.R.I.M

(A): Allah adalah segala-galanya. 
(I): Islam agama panutan.
 (S): Sunnah Rasul saw sebagai pakaian kehidupan. 
(K): Kejayaan dunia dan akhirat menjadi dambaan. 
(R): Rindu, kasih, cinta, sayang dan mahabbah hanya krn Allah. 
(I): Iman, Yakin, Ilmu dan Ihsan faktor penting utk kejayaan.
 (M): Muhammad saw, kerananya aku menjadi muhibbah.

Rabu, 15 Jun 2011

seranting pokok berbuah dua

Nur sedang menunggu kawan lelakinya di bangku kayu itu.Sambil earphone mp3 walkman sony disumbat ke telinga.Lagu 'Stand by me' OST Boys Over Flowers.Tapi,pemikirannya melayang ke tempat lain.Dia memikirkan perbualan dia dan ibunya siang tadi time lipat kain bersama.

"kau simpan 2 jantan watpe?kau dah besarkan..pilih la sorang je"
"ala mak ni..diorang baik la"
"abis,kau nak laki 2?"
"...."

Nur ada 2 teman lelaki.Seorang budak syariah,seorang budak sastera.Dia pulak budak ekonomi.Bukan dia nak amik ekonomi pun,ni semua sebab wasiat arwah ayah dia.Terpaksa la ikut.Lama-lama pasrah je la.belajar tapi tak minat.Dia minat lagi ngan sastera.Huh!

Teman pertama budak syariah tu namanya Adam.Maybe ramai la nak ngan adam ni sebab ada perangai yang baik.Suka ngaji pas maghrib kat masjid universiti.Suka nasihat-nasihat kat YM.Selalu jadi Imam kat surau-surau kampung.Tiap minggu ada aje jemputan kuliah.Suka pegi talaqqi.Semua lengkap la.Macam si Anis tu cakap la,"alim orang nye..hihi".Kopiah tak lekang dari kepala.Kalau kawen,mesti agama anak terjaga.

Teman kedua budak sastera tu namanya Aidil.Biase je budaknya.Cuma ada rupa sikit cam korea-korea gitu.Pantang lepak je,mesti kat taman bunga.Bawah pokok.Tak pun kat area-area yang tenang.Pen ngan buku kecil ade je kat poket.Ye la,selalu je Aidil ni tulis-tulis pujangga.Nur suka camtu,sebab tu minat dia jugak.Tiap kali bersama,mesti Nur senyum je.hatinya tenang je.Maybe sebab ade 1 benda yang mereka minat bersama.Cuma,Aidil ni lain sikit.Dia ok je bab agama.Cuma Nur takut kalau dah kawen kang,ade bab-bab yang Nur rasa sangsi,rasa keliru...boleh ke rujuk ngan Aidil ni?..ni kalau mak tengok,mesti mak tolak.Dengan bertopi sepanjang masa,seluar jeans tak abis-abis.Adehh!

Aku pulak,cam pompuan melayu lain.Baju kurung.Perangai pulak,boleh la.Orang cakap sedap mata memandang,sedap lagi bahu nak memikul.Biase la,anak mak kan.Mak jaga dari kecik.Takde la gaul-gaul sangat dengan kutu-kutu rayau.Dok rumah sampai la masuk universiti.Aku tak biase dengan kebebasan.Biar aku dok rumah,asal iman aku terjaga.

Umur dah 23,mak suruh kawen....sape yang patut aku pilih?Adam?Ataupun Aidil??

p/s : takde kena mengena dengan "Nur Kasih"

Selasa, 14 Jun 2011

hampas kelapa

Kau tau tak yang orang dah tak nak kau?
Kau blah je jauh-jauh
Pindah dari kehidupan orang
jangan ganggu hidup orang

Hidup bagi orang senang
Bukan nyusahkan orang

Andai manusia bencikan kamu
Tuhan menantimu sebagai tetamu


p/s : hati dok pkiaq tang mana hati ambe lonih

Ahad, 12 Jun 2011

2 kebun bunga

Baru pulang dari 2 kebun bunga
Penuh dengan ramai manusia
Tiada seorang pun yang aku kenali
Tapi ramai yang baru ku kenali

Citer pasal ragam
Berjuta ragam setiap saat
Ada yang gembira
Ada yang sedih
Ada yang senyum
Ada yang menangis

Citer pasal tenang
Tenang dengan damai
Tenang dengan keindahan
Tenang dengan ada nya bunga

Persinggahan ini punyai syarat
Mahu dipetik bunga
Tapi dilarang
Mahu diambil haruman
Pasti tidak kekal
Mahu diambil gambar
Pasti berbeza
Apa yang dapat
Hanya puisi dan pujangga
Itu yang kekal 
Dalam ingatan

Biar aku jujur
Memang aku mahu
Memang aku rindu
Tapi yang lepas
Biarkan berlalu
Pandang ke depan
Tapak langkah yang baru
kerna hidup ini
untuk yang baru


lokasi : lepaking dalam bas on the way balik dari haramain
tarikh : 8 June 2011
masa : lupe da..

p/s : persediaan untuk trip seterusnya macam lembab...kena push sikit!!