Selasa, 17 Mac 2015

Diari Encikgu #62

Semalam kenduri Cikgu Rizal. Macam biasa, aku gi makan je. Malas aku angkat periuk dengan baju lawa-lawa dan bau wangi-wangi. Dekat kenduri tu aku terbayang kisah cikgu sekolah menengah aku. Kisah bagaimana mereka bertemu jodoh.

Suatu hari cikgu lelaki hensem masuk ke sekolah aku. Dia pusing satu tingkat sekolah beberapa kali. Time tu aku tengah kelas Fizik. Cikgu perempuan muda cun walawei.

Cikgu lelaki tu berhenti depan pintu kelas aku, dia senyum dan berkata "Mana ye pejabat? Saya sesat ni".

Balas cikgu fizik aku gagap " Err..err..cikgu baru kan? Err..kantin..eh eh pejabat! Pejabat dekat blok B !". Muka cikgu fizik aku merah.

Jadi kita terus ke kisah yang real aku nak cerita.

Suatu petang hujan lebat betol. Hanya kereta je boleh bergerak atas jalanraya. Pandangan pemandu terbatas. Jadi cikgu fizik aku yang naik motor ego tu duduk depan koridor utama sekolah dekat dengan dataran.

Kereta saga putih berhenti depannya. Cermin penumpang depan diturunkan.

"Cikgu, tumpang?" tanya cikgu lelaki baru yang memandu kereta itu.

"Tak manis kita berdua je dalam kereta ni" balas cikgu fizik.

Kereta bergerak laju dan pergi dari sekolah.

Setengah jam berlalu dan hujan masih turun dengan lebat. Kereta saga itu kembali. Kali ini pintu belakang dibuka.

"Masuklah"

Cikgu fizik masuk. Dalam kereta itu ada seorang perempuan di kerusi hadapan.

"Ini mak saya"

Cikgu fizik senyum.

Dan dia dihantar pulang dan malam itu terus dilangsungkan pertunangan. Dua bulan kemudian mereka nikoh.

Simple kan?

Isnin, 16 Mac 2015

Diari Encikgu #61

Cikgu Romli cuit bahu aku time aku tengah sedap tidur dekat meja guru disiplin. Korang tahu apa, jadi cikgu disiplin ni sakit otak. Busy tak busy jadi cikgu disiplin ni setiap masa ada aje problem datang. Sampai setiap minggu muka aku makcik kantin tu nampak tak sampai 5 kali.

"Cikgu, saya ada cerita ni. Nak dengar tak?" tanya Cikgu Romli.

"Haaaa.." Aku balas pendek. Aku tahu kalau aku jawab "Taknak lah, aku nak tidur ni" pun sama je, Cikgu Romli tetap akan cerita walaupun cakap sorang-sorang.

Tengahari bahang tu dahi aku berpeluh. Satu sebab kipas bilik disiplin rosak dan satu lagi Cikgu Romli cerita pasal spiritualisme.

Cerita hantu.

Cikgu Romli cerita 2 3 kes dah berlaku penampakan kat sekolah aku ni. Yang paling latest pukul 3 petang. Tengah exam dekat tingkat 3, cikgu yang jaga exam bosan. Dia pun keluar kelas usha luar. Tiba-tiba sayup dengar suara perempuan bagi salam tiga kali. Padahal level tu ada satu kelas, yang lain stor sukan.

Cerita minggu lepas pulak jaga sekolah nampak budak kecik pakai spender makan nasi bungkus lauk telor dekat bawah tangga. Jaga tu nampak dari belakang tak berani tegur, hantu tu pulak takde nak paling senyum kat jaga tu. Jaga tu demam 2 hari.

Petang minggu lepas gak pekerja am sekolah nampak kelibat hitam macam tuala berbulu berjalan mundar-mandir dekat dataran sekolah.

Aku dah meremang menaip ni. Bye.

Sabtu, 7 Mac 2015

Diari Encikgu #60

Setiap guru ada anak murid kegemaran. Sama juga aku. Aku ada dua, sorang nama Amir sorang lagi Amira. Nama yang iras-iras tapi mereka bukan adik beradik. Mak ayah diorang bukan member mahupun berjiran atau lahir di hospital then nurse salah bagi anak macam drama melayu dulu-dulu.

Kacip tak kacip diorang dengan aku sampai hari ni diorang berebut ajak aku.

"Cikgu, joinlah clans saya!"

Bila ditanya ada berapa piala,masing-masing sebut atas 1800.

Sejak hari tu aku tak sembang pasal CoC mengenangkan nasib piala aku baru 900 lebih.